Model-model Perniagaan Internet by klutzfu50

VIEWS: 446 PAGES: 11

									www.setriahariadi.com

                 Model-model Perniagaan Internet

Melihat kepada gambaran kasar, perniagaan Internet boleh dibahagi kepada
beberapa model;

   Perniagaan Internet model jualan produk fizikal
Secara ringkasnya model perniagaan ini memerlukan sebuah laman web jualan
sama ada berbentuk e-commerce, minisite atau laman web lelongan. Dalam
model perniagaan ini memerlukan anda mempunyai produk sendiri atau menjual
produk orang lain di dalam halaman web anda. Antara contoh halaman web
model jualan produk fizikal adalah:

        www.rahsialangsing.com




Halaman web ini menjual produk fizikal dalam bentuk minisite. Ini adalah di
sebabkan pemilik halaman web ini(iaitu isteri saya), hanya menjual satu jenis
produk sahaja, iaitu set pelangsingan badan. Kelebihan halaman web jenis ini
adalah ia hanya menumpukan perhatian pengunjung hanya pada satu jenis
produk sahaja. Dalam halaman jenis ini, penjual boleh menerangkan kelebihan
dan faedah apabila menggunakan produk. Di samping itu, penjual juga boleh
meletakkkan testimoni pengguna yang telah membeli produk yang di jual.
Kebanyakan halaman web jenis ini mempunyai kadar conversion yang tinggi
(CTR) berbanding daripada jenis lain.
www.setriahariadi.com


      www.blooming.com.my




Halaman web ini adalah berbentuk ecommerce iaitu halaman web yang
mempunyai shopping cart. Biasanya halaman web jenis ecommerce digunakan
oleh penjual yang mempunyai produk yang banyak. Selain dari itu, kos untuk
membina halaman web jenis ini adalah tinggi dan boleh mencecah ribuan ringgit
sebuah. Kelebihan halaman web jenis ini adalah, penjual boleh menjadikan
halaman web ini seperti sebuah kedai maya.Teknik yang saya gunakan adalah,
jual satu produk melalui minisite, bina satu mailing list, buat pautan dari halaman
minisite ke halaman web ecommerce dan promote halaman web ecommerce
anda kepada mailing list anda tadi.Itulah kelebihan menggunakan autoresponder
.
www.setriahariadi.com



      www.ebay.com/www.lelong.com.my

       Jika anda mahu menjual produk anda tanpa membina halaman web,
halaman web lelongan di atas adalah jawapan kepada permasalahan anda.
Halaman web ebay adalah halaman web lelongan yang terbaik pada peringkat
antarabangsa, manakala leong.com.my pula adalah untuk pasaran Malaysia
sahaja. Bagi mereka yang ingin menjual produk tanpa halaman web, halaman
web di atas adalah tempat di mana harus bermula. Saudara sifu lan, noorizam
Shah dan Erruwan Gerry Norsen adalah pakar dalam menjual di halaman web
lelongan ini.

Untuk menerima pembayaran dari pelangan melaui internet, penjual boleh
menggunakan perkhidmatan perbankan internet seperti: maybank2u , cimb click
dan sebagainya bagi pasaran malaysia, manakala paypal atau 2checkout.com
bagi pasaran antarabangsa. Manakala untuk penghantaran pula, kebanyakan
penjual menggunakan khidmat pos laju dan kurier.




         Perniagaan Internet model jualan produk digital

Secara mudahnya, perniagaan Internet model produk digital ini adalah;

● Produk yang boleh dimuat-turun setelah pembayaran dilakukan.

● Produk yang boleh diakses terus dari komputer,
sebagai contoh ebook (format .pdf atau .exe), perisian-perisian (softwares), mp3
audio, dan video tutorial.

  Apa yang anda perlukan untuk perniagaan model produk digital?

1. Produk digital yang bakal anda jual (ebook, perisian)

2. Sebuah laman web sebagai 'jurucakap' produk anda. Biasanya laman web
model minisite menjadi pilihan untuk model perniagaan ini.

3. Fasiliti pembayaran (rujuk fasiliti pembayaran produk fizikal di mukasurat
terdahulu).

4. Khidmat sokongan [biasanya untuk anda yang menjual perisian (software)].
www.setriahariadi.com




Contoh Perniagaan Internet Model Produk Digital

1. Ebook (produk informasi)

● Panduan bagaimana untuk... (How To)

● Penyelesaian kepada sesuatu masalah (cinta, kesihatan, keluarga, dan
lain-lain)

● Panduan menggunakan ... (perisian, skrip, dan lain-lain)


Contoh-contoh ebook sebagai produk informasi:




BloggingSteps.com/kit, satu contoh produk informasi digital (ebook) yang
memberi panduan bagaimana untuk membina blog anda sendiri.
www.setriahariadi.com



2.Video tutorial

Antara kategori video tutorial yang boleh dijadikan sebuah produk adalah;

      Video tutorial menggunakan sesuatu applikasi perisian atau laman web,
      contohnya seperti AdobePhotoshop, Macromedia Dreamweaver,

      Video tutorial untuk tujuan pengajaran akademik, contohnya tutorial
      melukis, mengira,

      Video tutorial bagaimana memasang sesebuah sistem atau perisian seperti
      sistem affiliate, sistem autoresponder dan sebagainya.

      Video tutorial yang menunjukkan langkah demi langkah (step-by-step)

Antara contoh video tutorial yang terdapat di pasaran adalah video tutorial
mengenai langkah demi langkah dalam memulakan perniagaan di ebay.com
dan lelong.com.my


Sebenarnya banyak lagi video tutorial yang anda boleh hasilkan dan jual melalui
internet. Video tutorial bagaimana untuk mendapatkan trafik misalnya.Pada masa
kini, ramai usahawan internet yang menghasilkan video tutorial sama ada yang
berbayar atau percuma.

3. Perisian

Perisian adalah komponen yang paling penting dalam perniagaan internet dan
merupakan produk yang paling laris jualannya. Contoh perisian yang di jual di
internet adalah perisian seperti virtual agent, Instant Article Wizard dan
sebagainya.




 3. Perniagaan Internet model perkhidmatan (servis)
Model ini terbahagi kepada dua iaitu;

● Perkhidmatan professional, dan
● Perkhidmatan freelance
www.setriahariadi.com




Perkhidmatan professional

Biasanya perkhidmatan professional menggunakan tenaga kerja yang ramai
untuk sesuatu jenis perkhidmatan yang disediakan. Bagi perkhidmatan freelance,
ianya lebih dikategorikan sebagai perkhidmatan persendirian yang lebih
bergantung kepada skill yang dimiliki oleh individu yang menyediakan
perkhidmatan tersebut.

Sebagai contoh, jika Azman mempunyai kemahiran (yang baik) dalam
menggunakan Adobe Photoshop, maka Azman boleh menyediakan perkhidmatan
yang berkaitan designing di Internet.

“Tahukah anda perkhidmatan juga boleh dijadikan sebuah produk di Internet?
Berbalik kepada contoh diatas, Azman yang memiliki kemahiran di dalam
menggunakan Adobe Photoshop. Selain dari menyediakan perkhidmatan mereka
bentuk laman web dan designing, Azman juga boleh mencipta produk beliau
sendiri berdasarkan kemahiran yang beliau miliki. Sebagai contoh produk video
tutorial bagaimana untuk menghasilkan grafik dengan menggunakan Adobe
Photoshop. Jadi melalui produk tersebut Azman kini mempunyai saluran
pendapatan tambahan selain dari khidmat mereka bentuk laman web yang beliau
lakukan.”



Perkhidmatan Freelance

Biasanya perkhimatan ini disediakan oleh individu-individu perseorangan yang
memiliki bakat dan kemahiran tertentu di dalam sesuatu bidang.
Sebagai contoh:

● Freelance Web Designer
● Freelance Writer dan Copywriter
● Freelance Software Programmer

Dan mereka mempunyai dua opsyen, samada untuk menggunakan laman web
sendiri untuk memaparkan portfolio mereka sekaligus mendapatkan
pelangganpelanggan baru atau membuat bidaan kerja di laman-laman bidaan
freelance seperti eLance.com, GetAFreelancer.com, RentACoder.com,
FreelanceWriting.com dan Guru.com.
www.setriahariadi.com




      4. Perniagaan Internet model penerbitan dan
                      pengiklanan

Model perniagaan sebegini lebih menekankan kepada konsep mencipta suatu
penerbitan atau laman web dengan tujuan mendapat keuntungan dari
pengiklanan.

Contoh-contoh model penerbitan dan pengiklanan:

www.EarlyToRise.com,
contoh laman web model penerbitan yang memfokuskan kepada penerbitan
newsletter percuma dan menjana pendapatan melalui iklan di dalam kandungan
newsletter dan melalui rekomendasi produk (product recommendation).

www.majalahim.com

contoh halaman web model e-zine (e-majalah) yang memfokuskan kepada
penerbitan e-majalah secara percuma di samping menjana pendapatan melalui
iklan di dalam e-majalah tersebut. Tetapi khabarnya majalah im akan
mengenakan sedikit bayaran pada edisi yang akan datang.




      Program penjanaan pendapatan melalui
                    internet

Manakala untuk program penjanaan pendapatan melalui Internet, model-model
tersebut adalah;

1. Program Pengiklanan – anda dibayar hasil dari iklan yang
dipaparkan di laman web anda.

2. Program Affiliate – anda menjadi agen pemasaran maya
untuk sesuatu produk atau laman web.
www.setriahariadi.com



Memahami Sistem Disebalik Program-Program Penjanaan Pendapatan
Melalui Internet

   1. Program Pengiklanan

Program pengiklanan merupakan salah satu program penjanaan wang paling
popular di Internet. Ianya berfungsi apabila pemilik-pemilik laman web
meletakkan iklan tertentu pada laman web mereka, dan apabila iklan tersebut
di klik, pemilik laman web tersebut akan mendapat komisen. Terdapat pelbagai
terma yang perlu diketahui dalam program pengiklanan ini. Seperti Cost per Click
(CPC), Cost per Impression (CPM) dan sebagainya
Contoh-contoh program pengiklanan di Internet:

Google Adsense- ini adalah program yang popular di Malaysia dan sangat
sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai modal. Di mana anda boleh bermula
tanpa mengeluarkan kos untuk membli hosting dan domain. Manakala lain-lain
program yang terdapat di internet adalah Clicksor, Bidvertiser, Chittika dan
sebagainya.

2. Program Affiliate

Program affiliate berfungsi dimana anda mendaftar menjadi agen maya untuk
mempromosikan sesuatu produk, dimana anda akan menerima satu link khas
dan jika anda berjaya melakukan jualan melalui link khas tersebut, anda akan
dibayar komisen berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan oleh pemilik
produk tersebut (penganjur program affiliate). ClickBank, PayDotCom,
CommisionJunction.


Salah satu cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui halaman
web anda adalah dengan menjadi affiliate bagi mana-mana produk. Letakkan kan
banner atau membuat review mengenai produk tersebut di halaman web anda.

Tetapi cara yang paling efektif adalah dengan sistem autoresponder iaitu
mempunyai mailing list sendiri. Dengan mempunyai mailing list sendiri, anda
boleh mempromosikan produk affiliate atau produk sendiri kepada mailing list
anda.
www.setriahariadi.com




                              Kesimpulan

Begitulah serba sedikit gambaran mengenai model perniagaan yang terdapat di
internet. Oleh itu,anda mestilah memilih model perniagaan mana yang sesuai
dengan minat anda atau kepakaran anda.Sebenarnya banyak lagi model
perniagaan di internet, tetapi model di atas adalah antara yang paling di minati
dan senag di jual di internet. Apa yang penting adalah tindakan. Tidak guna anda
membeli pelbagai jenis ebook, tetapi tidak melakukan tindakan. Cuba anda beli
satu panduan yang anda minati, kemudian ikuti panduan tersebut sehingga
berhasil. Jika masih belum berhasil, tingkatkan lagi usaha, semak balik apa yang
tidak kena.

Jika anda mempunyai produk yang unik dan mempunyai permintaan, apa kata
anda membuat sebuah halaman web dan promosikannya. Jangan risau jika anda
tidak mendapat pelangan kerana kebiasaannya akan mengambil masa 2 bulan
untuk mendapatkan pelanggan yang pertama, bergantung kepada keagresifan
promos yang anda lakukan. Saya juga mengambil masa lebih kurang sebulan
sebelum halaman web jualan saya menerima respon daripada pengguna.

Jika anda tidak mempunyai produk atau modal untuk memulakan perniagaan
internet, anda boleh bermula dengan Google adsense.


Setria Hariadi
www.setriahariadi.com
www.setriahariadi.com




                        Produk Cadangan




Sistem Autoresponder yang digunakan oleh IM tempatan dan antarabangsa.




Panduan Menjana pendapatan melalui Google Adsense Yang paling
lengkap. Untuk Keterangan Lanjut, Sila klik Di sini
www.setriahariadi.com




Video Panduan Langkah demi Langkah Bagaimana Menjana wang
besar Di ebay. Untuk keterangan lanjut, Sila Klik Di sini




                                                              f




Video panduan Langkah demi Langkah Bagaiman Menjana Wang Besar
Di Portal Lelong.com.my. Untuk Keterangan Lanjut, Sila Klik Di sini

								
To top