Pelabuhan Klang merupakan 'shipping hub' di rantau Asia Pasifik

Document Sample
Pelabuhan Klang merupakan 'shipping hub' di rantau Asia Pasifik Powered By Docstoc
					Pelabuhan Klang merupakan ‘shipping hub’ di rantau Asia Pasifik. Situasi ini
berpotensi dalam mengukuhkan dan mengembangkan lagi ekonomi di negeri
Selangor terutamanya dalam sektor pelancongan dan penjaanaan peluang-
peluang pekerjaan.

Sebagai pelabuhan utama negara ini, peranannya sebagai pintu masuk utama
kargo, kontena dan juga pelancongan ke negara ini perlu mempunyai imej dan
identiti yang unik dan tersendiri.

Dalam usaha membina dan membentuk imej dan identiti tersebut, satu kajian
yang menyeluruh dan terperinci perlu dijalankan dan didokumentasikan. Oleh itu,
segala input dan aspirasi dari pihak-pihak berkepentingan di kawasan Pelabuhan
Klang seperti jabatan-jabatan kerajaan, agensi kerajaan, organisasi peniagaan,
pertubuhan bukan kerajaan (ngo), pihak pemaju dan khasnya pihak awam perlu
digembeling dalam satu rancangan pemajuan.

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) Pindaan 2001 telah
memperuntukan satu sistem rancangan pemajuan mengikut hierarki kawasan
tertentu. Rujuk Rajah 1.
                                   • Dirunding dengan Pihak Berkuasa Negeri
           Rancangan Fizikal       • Diluluskan oleh Majlis Perancangan Fizikal
                                     Negara
               Negara
                                   • Disediakan oleh Ketua Pengarah Jabatan
                                     Perancangan Bandar dan Desa,
                                     Semenanjung Malaysia

           Rancangan Struktur      • Diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang
                Negeri               Negeri
                                   • Dipersetujui dengan Pihak Berkuasa Negeri
                                   • Disediakan oleh Pengarah Jabatan
                                     Perancangan Bandar dan Desa, Negeri

                                   • Diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang
               Rancangan
                                     Negeri
               Tempatan
                                   • Dipersetujui dengan Pihak Berkuasa Negeri
                                   • Disediakan oleh Pihak Berkuasa
                                     Perancangan Tempatan

          Rancangan Kawasan        • Diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang
                Khas                 Negeri
                                   • Dipersetujui dengan Pihak Berkuasa Negeri
                                   • Disediakan oleh Pihak Berkuasa
                                     Perancangan Tempatan

Dalam konteks Pelabuhan Klang, pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
dan Majlis Perbandaran Kelang telah bersepakat untuk menyediakan satu
Rancangan Kawasan Khas (RKK) khusus untuk pembentukan imej dan identiti
Bandar Pelabuhan Klang.
Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan satu rancangan pembangunan yang
terperinci dan bercorak tempatan. Ianya menterjemahkan Rancangan Tempatan
kepada tindakan dan perlaksanaan pembangunan khusus bagi suatu kawasan
yang mudah urus. Oleh itu, Bandar Pelabuhan Kelang yang meliputi kawasan
seluas 529 hektar di Pusat Bandar Pelabuhan Kelang telah dipilih sebagai
kawasan kajian RKK. Ianya terletak 7 km di barat daya Pusat Bandar Klang yang
dihubungkan oleh Persiaran Raja Muda Musa. Gunatanah semasa di kawasan
kajian adalah perumahan, perdagangan, industri serta institusi kemudahan
masyarakat.

Dalam proses awal penyediaan RKK ini, seksyen 12A Akta 172 memperuntukan
satu proses publisiti awal yang bertujuan memaklumkan kepada orang ramai
khasnya penduduk tempatan mengenai penyediaan RKK ini dan memberi
pelaung kepada mereka untuk memberi pandangan, cadangan awal, hasrat dan
aspirasi untuk diambilkira dalam kajian yang akan dijalankan.
Orang ramai adalah dialu-alukan untuk memberi ulasan dan pandangan terhadap
matlamat, keperluan kajian dan apa-apa perkara berkaitan penyediaan RKK ini.
Orang ramai boleh mengemukakan pandangan dan ulasan melalui Borang Ulasan
berikut :

   1.    Isu / Masalah utama yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan
         Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Pelabuhan Klang

           No.          Masalah / Isu                             Catatan




   2.    Cadangan mengatasi masalah atau isu yang dinyatakan.


           No.          Masalah / Isu                    Cadangan Mengatasi




   3.    Potensi utama di kawasan anda yang harus ditonjolkan.

           No.              Potensi                                Catatan




   4.    Aspirasi anda terhadap pembangunan masa hadapan kawasan Bandar
         Pelabuhan Klang


         --------------------------------------------------------------------------------------

         --------------------------------------------------------------------------------------

         --------------------------------------------------------------------------------------

         --------------------------------------------------------------------------------------