Siaran Berita SYARIKAT REKA BENTUK CIP DAPAT KELULUSAN UNTUK by sparkunder21

VIEWS: 0 PAGES: 3

									Siaran Berita




            SYARIKAT REKA BENTUK CIP DAPAT KELULUSAN
                       UNTUK DISENARAIKAN DI MESDAQ


KUALA LUMPUR, 12 April 2006 – BCT Technology Berhad, sebuah syarikat
reka bentuk Litar Bersepadu (IC) atau Cip, telah mendapat kelulusan daripada
Suruhanjaya Sekuriti untuk disenaraikan di Pasaran MESDAQ Bursa Malaysia
Securities Berhad.


BCT Technology, sebuah syarikat status MSC, akan menempa nama sebagai
syarikat reka bentuk cip yang pertama untuk disenaraikan di Bursa Malaysia
apabila ia dijadualkan dimasukkan dalam Senarai Rasmi pasaran tersebut pada
Jun 2006.


Dalam proses penyenaraian ini, BCT Technology akan membuat terbitan awam
12.2 juta saham baru dengan nilai par 10 sen sesaham.


Kumpulan BCT Technology telah berkembang maju daripada sebuah syarikat
pembekal perisian reka bentuk IC yang kecil untuk menjadi salah sebuah
syarikat utama di rantau ini dalam reka bentuk Cip dan produk Cip yang
mendapat permintaan tinggi dalam pasaran elektronik pengguna yang
mencatatkan kadar pertumbuhan tinggi.


“BCT Technology kini bersedia untuk mencapai peringkat pertumbuhan
seterusnya dengan penyenaraian awam kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif,
Ken Lee.        “Ini akan memberi peluang kepada kami untuk memperluas
perniagaan dengan melibatkan diri dengan lebih giat dalam reka bentuk dan
pembangunan Cip untuk menjadi salah sebuah syarikat produk Cip tanpa kilang
yang utama di Asia.”
Kumpulan BCT Technology memulakan operasi pada 1994 menerusi anak
syarikat milik penuh, BlueChips Technology Pte Ltd (BCT), yang ditubuhkan di
Singapura. Syarikat tersebut merupakan pembekal peralatan EDA atau
Automasi Reka Bentuk Elektronik bersepadu, iaitu perisian yang menambah
baik dan membantu dalam reka bentuk Cip.


Lee berkata peralatan EDA dibekalkan kepada syarikat reka bentuk produk
elektronik bagi reka bentuk dan pembangunan Cip dan produk sistem. BCT
kemudian menceburi perkhidmatan penyenggaran teknikal dan perisian bagi
pelanggan EDAnya.


“Kami telah melihat potensi reka bentuk Cip yang mendorong kami membina
pasukan pereka litar analog dan memulakan perkhidmatan reka bentuk Cip.
Dalam tempoh dua tahun, kami telah diberi kontrak sebagai rakan reka bentuk
persumberan luar oleh syarikat-syarikat elektronik utama bagi menyediakan
perkhidmatan reka bentuk litar analog canggih,” tambahnya.


Kumpulan BCT Technology kini diiktiraf kerana kemampuannya melaksanakan
reka bentuk, ujian dan pengeluaran (menerusi persumberan luar) keseluruhan
Cip ASSP (Produk Piawai Aplikasi Khusus).          Syarikat juga telah berjaya
membangunkan tiga Cip ASSP dan ASIC (Litar Bersepadu Aplikasi Khusus)
yang disasarkan untuk digunakan dalam produk elektronik pengguna seperti
dispenser minyak wangi/penghalau nyamuk dan pemain DVD.


[ASSP ialah produk cip dengan spesifikasi piawai yang boleh digunakan untuk
pelbagai aplikasi sasaran dan boleh dijual kepada bilangan syarikat tidak terhad
manakala ASIC ialah Cip yang direka khusus untuk aplikasi tertentu untuk
pelanggan khusus.]


BCT juga terlibat dalam pelesenan hak milik intelektual (IP) dalam bidang
berkaitan IC. Perkhidmatan pelesenan IP adalah dalam bentuk yuran pelesenan
bayar sekali atau program royalti produk atau kombinasi kedua-duanya.



                                                                              2
Syarikat mempunyai dua anak syarikat milik penuh iaitu Blue Chips
Semiconductors (M) Sdn Bhd yang berpangkalan di Malaysia, yang terlibat
dalam penyelesaian perisian, dan Bluechips Technology (HK) Ltd yang
berpangkalan di Hong Kong pula mengendalikan reka bentuk dan pengilangan
produk semikonduktor Litar Bersepadu.




Dikeluarkan bagi pihak BCT Technology Berhad oleh Quattro Communications Sdn
Bhd. Sila kemukan pertanyaan media kepada:   KL Lim
                                             Quattro Communications
                                             012.307.3115
                                             03.7804.3088
                                             kllim@quattro.com.my




                                                                          3

								
To top