Pengetahuan Asas untuk Pengendalian Rawatan Haemodialisis by malaysiankidneyspa

VIEWS: 2,490 PAGES: 130

									Pengetahuan Asas Untuk Pengendalian Rawatan Haemodialisis

“Istimewa untuk Mu”

Tan Dau Chin

PENGETAHUAN ASAS UNTUK PENGENDALIAN RAWATAN HAEMODIALISIS

Cetakan Pertama - 2001

ISBN: 983-40672-0-8

Pengarang: Tan Dau Chin Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (Renal) UniSouthAust.
E.mail: tandauchin@gmail.com

Dedikasi
“Kepada Keluarga Ku – Kerana Mu”
Saya ingin mendedikasikan buku ini kepada isteri saya; Swee Choo dan puteri-puteri saya; Hwa Yin, Hwa Mei, Hwa Lii yang dikasihi, yang sentiasa memahami pahit manis kerjaya seorang staf dialisis dan terus memberikan sokongan kepada saya menceburi di dalam bidang dialisis.

“Kepada Pesakit-Pesakit Dialisis - Istimewa untuk Mu”
Buku ini juga didedikasikan kepada semua pesakit-pesakit dialisis, semoga dengan adanya buku ini akan membolehkan anda memahami dan menghargai rawatan dialisis, dan sentiasa menerima rawatan yang bermutu tinggi.

Penghargaan
“Kepada Pesakit-Pesakit Dialisis - Istimewa untuk Mu”

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan tidak terhingga saya kepada semua pesakit pesakit yang disayangi, yang pernah di bawah jagaan saya kerana kepercayaan dan kerjasama yang telah diberikan. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua rakan persejuangan saya di dalam bidang perawatan dialisis di atas dedikasi mereka membantu pesakit-pesakit kegagalan buah-pinggang untuk membina kehidupan baru kedua mereka. Tidak juga dilupai semua kawan-kawan seperjuangan yang telah membantu dan memberikan sokongan dan panduan sepanjang perkhidmatan saya di dalam bidang ini.

Pendahuluan
Buku Pengetahuaan Asas untuk Pengendalian Rawatan Haemodialisis – “Istimewa untuk Mu” telah diterbitkan dengan tujuan untuk memberikan pengetahuan asas dalam perihal rawatan haemodialisis kepada pembacapembaca, terutama sekali pesakit-pesakit serta ahli-ahli keluarga, manamana individu yang berminat untuk memperceburi di dalam bidang perawatan dialisis dan tidak ketinggalan kepada mereka yang sedang berkhidmat di pusat pusat rawatan haemodialisis. Kepada pesakit pesakit adalah diharapkan dengan pengetahuan asas ini, dapat memberikan kesedaran dan memahami serta menghargai kaedahkaedah rawatan yang disampaikan dan semoga dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk mencapai kesudahan rawatan yang terbaik. Kepada semua staf pusat-pusat rawatan haemodialisis, mahupun pegawai pegawai pentadbir / pengurusan atau pegawai pegawai klinikal, adalah diharapkan dengan pengetahuan asas ini akan dapat membantu meningkatkan dan memantapkan lagi pengetahuan dan mutu perkhidmatan dan rawatan haemodialisis. Kepada pembaca-pembaca yang berminat untuk menambahkan pengetahuan mereka berkenaan rawatan haemodialisis, agar buku ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan kaedah-kaedah rawatan. Adalah dimaklumkan bahawa pengetahuan yang terkandung di dalam buku ini adalah terhad dan pembaca dinasihatkan untuk sentiasa meningkatkan pengetahuan diri dengan pengetahuan terkini setiap masa.

Pengarang

Mustahak AMARAN
Hakcipta Terpelihara Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, di simpan untuk pengeluaran semula atau disiarkan, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, mekanikal, gambar, rakaman, fotokopi atau sebagainya, tanpa mendapat izin daripada pemegang hakcipta terlebih dahulu.

Pelepasan Walaupun setiap usaha telah dibuat untuk menyemak ketetapan penerbitan ini, pengarang dan penerbit tidak bertanggung-jawab ke atas sebarang kesilapan jika ada atau sebarang kejadian yang tidak diingini yang mungkin berlaku akibat dari maklumat atau perlaksanaan kadeahkaedah rawatan yang terkandung di dalam penerbitan ini.

Kritikan Sebarang kritikan untuk memperbaiki penerbitan ini dialu-alukan oleh pihak pengarang dan penerbit.

© Hakcipta Tan Dau Chin

Pendahuluan
Buku Pengetahuan Asas untuk Pengendalian Rawatan Haemodialisis telah diterbitkan semata-mata untuk membantu pesakit-pesakit kegagalan ginjal, keluarga mereka dan staf-staf yang membantu mengendalikan rawatan haemodialisis, memperolehi pengetahuan asas disebalik penyakit dan rawatan gantian berkenaan. Ramai di antara pesakit-pesakit tidak memahami penyakit kegagalan ginjal, kesan-kesannya serta pentingnya rawatan yang dikendalikan untuk mereka. Dengan adanya, buku seumpama ini, pesakit-pesakit akan dapat memahami penyakit mereka dan menghargai rawatan yang dipanjangkan agar mereka dapat memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memperolehi kesudahan rawatan yang terbaik untuk diri mereka. Kepada keluarga pesakit, agar buku ini dapat membantu mereka memahami penyakit ini, dan menyediakan mereka untuk memberi sokongan terbaik berasaskan pengetahuan kepada pesakit semasa pesakit menghadapi cabaran hidup yang sangat getir ini. Staf-staf yang membantu mengendalikan rawatan haemodialisis terutama sekali, mereka yang bertugas di pusat-pusat Swasta dan Bukan Kerajaan adalah diharapkan agar dengan penerbitan buku ini, mutu perkhidmatan rawatan yang dipanjangkan akan juga berasaskan pengetahuan supaya lebih berkesan lagi dan membantu pesakit-pesakit menikmati mutu hidup yang lebih baik dan lagi bermakna. Tidak dinafikan bahawa isi kandungan buku ini tidak memberikan pengetahuan selengkapnya dan hanya setakat menyentuh permukaan lautan pengetahuan yang dalam lagi meluas. Namun bagaimanapun, ia adalah tanggung-jawab pembaca untuk mendapatkan maklumat tambahan serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf pengetahuannya di dalam bidang perawatan dan perubatan yang meluas dan kian pesat membangun agar tidak ketinggalan zaman. Pengarang

Kandungan:
Bab 1 - Pengenalan
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Sejarah Ringkas Pengendali Rawatan Dialisis Anatomi dan Fisioloji Asas - Sistem Ginjal Anatomi dan Fisioloji Asas - Sistem Pengaliran Darah Asas Rawatan - Nadi Asas Rawatan – Tekanan Darah Kegagalan ginjal Kaedah kaedah Rawatan Gantian Ginjal Proses Haemodialisis - Pengenalan 1 2 3-4 5-6 7 8-9 10 11-14 15-16

Bab 2 - Kaedah Haemodialisis - Keperluan
1. 2. 3. 4. 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 Akses darah Mesin haemodialisis Sistem “Reverse Osmosis” Keperluan – barangan “disposable” Dialiser Tiub-tiub darah Jarum arterio-venous fistula (AVF) Cecair “Normal Saline” Pelindung transduser (TP) Siring Set infusi intravena (IV) Cecair heparin Pati dialisat Lain-lain keperluan barangan “disposable” Alat penimbang berat badan Sfigmomanometer Stetoskop Lain lain keperluan 17-20 21-23 24-29 30 31-32 33-34 35-36 37 38 39 40 41 42-43 44-45 46 47 48 49

Bab 3 - Kaedah Haemodialisis – Teknikal
1. 2. 3. 4. 5. 6. Berat badan kering – pengenalan Pencegahan pembekuan darah Kaedah “recirculation” Mesin haemodialisis – pengenalan Persediaan untuk rawatan Ujian untuk baki bahan disinfektan 50-52 53-54 55-56 57-59 60-61 62

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Pemulaan rawatan Pemerhatian semasa rawatan Tamat rawatan Proses mengeluarkan jarum AVF Pembersihan mesin Ubat-ubat Permakanan Prinsip penggunaan-semula dialiser

63 64 65 66 67-68 69-71 72-74 75-77

Bab 4 - Kaedah Haemodialisis – Kecemasan
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Reaksi penggunaan kali pertama barangan “disposable” Reaksi pyrogenik Kekurangan cecair dalam darah (Hypovolumia) Kekejangan otot Embolisma udara Kesan sampingan baki bahan disinfektan Pembekuan darah semasa rawatan Kesakitan di dada Bekalan lektrik terputus Bekalan air “reverse osmosis” (R.O.) terputus Kebakaran Isyarat-isyarat amaran 78 79 80 81 82 83 84-85 86 87 88 89 90-92

Bab 4 – Gambarajah, Glosari & Rujukan
Gambarajah No. 1 Gambarajah No. 2 Gambarajah No. 3 Gambarajah No. 4 Gambarajah No. 5 Gambarajah No. 6 Gambarajah No. 7 Gambarajah No. 8 Gambarajah No. 9 Gambarajah No. 10 Gambarajah No. 11 Gambarajah No. 12 Gambarajah No. 13 Gambarajah No. 14 Gambarajah No. 15 Gambarajah No. 16 Sistem ginjal Ginjal Sistem pengaliran darah Arterio-venous Fistula Graf tiruan Graf tiruan Mesin haemodialisis Sistem “Reverse Osmosis” Dialiser Set tiub-tiub darah Jarum AVF Cecair “Normal Saline” Pelindung Transduser Siring Set infusi intravena Cecair heparin

Gambarajah No. 17 Gambarajah No. 18 Gambarajah No. 19 Gambarajah No. 20 Gambarajah No. 21 Gambarajah No. 22

Cecair pati-pati dialisat Suntikan Erithropoitin Alat penimbang berat badan Sfigmomanometer Stetoskop Mesin-mesin memproses kegunaansemula dialiser

Glosari Rujukan

Pengetahuan Asas Untuk Pengendalian Rawatan Haemodialisis

Bab 1

-

Pengenalan

1

Bab 1 - Pengenalan:
1. Sejarah Ringkas:
Sejak tahun 3500 Sebelum Masihi, orang-orang Mesir telah meneroka ruang-ruang tubuh manusia dan organ-organ di dalamnya untuk memahami fungsi-fungsinya. Pada tahun 1600, Sir William Harvey telah mencatatkan sistem pengaliran darah dan justeru itu menggalakkan ahli-ahli sains lain untuk menyiasat secara lebih mendalam berkenaan darah dan penyakit berkaitan dengan darah. Terdapat pelbagai cara untuk mengubati penyakit ginjal secara tradisional sebelum tahun 1950an seperti berendam dalam air suam, melakukan perdarahan terkawal dan lain-lain tetapi tidak mendatangkan keputusan yang diharapkan. Pada tahun 1854, apabila dialiser pertama telah diperkenalkan oleh Thomas Graham, perkembangan kaedah rawatan dialisis telah giat membangun. Dari bentuk dialiser yang sebesar katil, hinggalah sekecil penapis air yang terdapat pada hari ini, dialiser bukan sahaja telah dikecilkan bentuknya tetapi prestasi dan keputusan rawatan telah dipertingkatkan secara keseluruhannya. Pada 1960 an Clyde Shields adalah pesakit yang pertama menjalani rawatan dialisis yang dikendalikan oleh Dr. Belding Scribner dan dibantu oleh Wayne Quinton, seorang jurutera yang telah mencipta akses darah yang membolehkan rawatan dialisis dilaksananakan berulang-kali. Albert Babb, seorang jurutera bioperubatan telah mencipta sistem pembancuran cecair dialisat pada 1964 atas permintaan Dr. Scribner. Sistem ini pada dasarnya masih digunakan pada hari ini. Dr. James Cimino telah memperkenalkan penggunaan vena yang telah diperkukuhkan untuk digunakan sebagai akses darah. Beliau telah membedah arteri dan vena, dan kemudiannya mencantumkan kedua-dua arteri dan vena. Darah arteri yang mengalir masuk ke dalam vena akan memperkukuhkan dinding vena untuk dikanulasikan berulangi-kali tanpa merosakkan vena berkenaan dengan cepat. Dengan kemajuan pesat teknologi pada tahun 1970an, rawatan dialisis telah berkembang dengan pesat. Mesin-mesin dialisis dan peralatan keperluan lain telah kian diperkenalkan dan dimajukan. Masa rawatan untuk setiap sesi telah disingkatkan dari melebihi 8 jam kepada 2 jam dengan menggunakan dialisis jenis “highflux”. Beberapa kaedah rawatan juga diperkenalkan seperti CAPD, haemofiltration, haemoperfusion dan lain-lain.

2

Pengendali Rawatan Dialisis: Peranan:
Menguruskan dan menjalankan kaedah rawatan haemodialisis di pusat-pusat rawatan dialisis dengan sempurna, efisien dan profesional supaya keputusan rawatan yang paling sesuai dapat dicapai, tanpa membahayakan pesakit-pesakit berkenaan.

Tanggungjawab:
1. Bertanggungjawab kepada pesakit-pesakit dan pegawai-pegawai atasan. 2. Bertanggungjawab menjaga keselamatan, maruah, perihal peribadi, rekod peribadi dan rawatan pesakit. 3. Bertanggungjawab akan keselamatan diri, rakan-rakan sejawat dan alam sekeliling. 4. Bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan yang slebih tinggi dan terkini.

Tugas:
1. Sentiasa berperihatinan terhadap keperluan pesakit. 2. Mengutamakan keselamatan, kesempurnaan, kebaikan dan kepuasan kepada pesakit. 3. Memastikan layanan dan perkhidmatan yang berpanjangan kepada pesakit dan keluarga sentiasa bermutu tinggi, mesra dan berprofesional. 4. Menjalankan prosedur-prosedur rawatan yang telah ditetapkan dengan betul dan cekap. 5. Memastikan pencapaian keputusan rawatan yang paling baik dan sesuai untuk setiap pesakit. 6. Penjagaan dan penggunaan mesin-mesin, peralatan dan kemudahankemudahan dengan sempurna dan baik.

3

2. Anatomi dan Fisioloji Asas - Sistem Ginjal (Buah Pinggang)
Terdapat sepasang ginjal pada setiap tubuh badan manusia. Ianya terletak di kiri dan kanan tulang belakang pada cekak pinggang tubuh manusia. Saiznya adalah sebesar genggaman tangan dan berbentuk seperti biji kacang. Beratnya lebih kurang 120-170 gram setiap satu dan berukuran 11-13cm (panjang) x 5-7cm (lebar) x 2.5-3cm (tebal) bagi orang dewasa.

Pada bahagian ginjal yang melengkung ke dalam, terdapat ureter, arteri renal, vena renal, urat saraf dan lain-lain. Ureter adalah saluran di mana air kencing yang telah diproses disalurkan dari ginjal ke pundi kencing. Arteri renal adalah saluran darah yang membawa darah yang mengandungi bahan-bahan kumuhan dari jantung ke ginjal. Manakala, vena renal adalah saluran darah yang membawa darah yang telah diproses dan dibersihkan dari ginjal ke jantung. Pada bahagian pempejal ginjal, terdapat 1 – 1.3 juta “kilang” penapis darah yang dikenali sebagai nefron, pada setiap ginjal. Nefron-nefron akan membersihkan darah dengan menyingkirkan bahan-bahan kumuhan, garam galian dan air yang berlebihan. Kedua-dua ginjal menerima lebih kurang 20 - 25% (1,200 - 1,300ml/min) darah yang dipam keluar oleh jantung, melalui arteri renal dan disalurkan ke nefron-nefron. Darah yang telah dibersihkan oleh nefron-nefron akan mengalir keluar dari ginjal melalui vena renal.

4

Buah pinggang mempunyai pelbagai fungsi seperti berikut:

1. Menyingkirkan bahan-bahan kumuhan seperti urea, kreatinin dan asid urik daripada sistem darah. 2. Mengimbangkan air di dalam tubuh badan dengan menyingkirkan jumlah air yang berlebihan. 3. Mengimbangkan garam galian dalam cecair tubuh badan. 4. Mengawal tekanan darah dengan pengeluaran hormon renin. 5. Mengawal penghasilan sel-sel darah merah oleh sum-sum tulang dengan pengeluaran hormon eritropoitin. 6. Mengawal pemprosesan Vitamin D.

5

3. Anatomi dan Fisioloji Asas - Sistem Pengaliran Darah
Sistem pengaliran darah terdiri daripada jantung, arteri-arteri, vena-vena, pembuluhpembuluh, dan cecair darah yang mengandungi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih, cecair plasma dan lain lain. Terdapat lebih kurang 5 – 7 liter darah dalam tubuh manusia, tertakluk pada berat badan seseorang manusia. Jantung berfungsi sebagai pam saluran darah yang mendenyut 60 – 100 kali seminit tanpa henti. Setiap denyutan jantung, lebih kurang 60ml darah akan dipam ke dalam saluran pengaliran darah. Terdapat empat saluran darah utama pada jantung, 2 saluran membawa darah dari jantung ke paru-paru dan keseluruh tubuh badan, dan 2 saluran darah membawa darah dari paru-paru dan seluruh tubuh badan kejantung.

Bekalan darah ke dan dari peparu

Bekalan darah ke dan dari seluruh badan

Saluran arteri adalah saluran darah yang membawa darah dari jantung kepada seluruh badan. Sel-sel darah merah membawa oksigen dan zat-zat makanan kepada sel-sel tubuh melalui saluran arteri. Tekanan pengaliran darah di dalam saluran arteri adalah tinggi berbanding dengan tekanan saluran vena. Cecair darah yang mengalir di dalam saluran arteri berwarna merah muda dan akan memanjut keluar jikalau saluran berkenaan terbocor. Denyutan jantung boleh dirasai di saluran arteri berhampiran dengan permukaan kulit seperti gelangan lengan, ari-ari, bahagian tepi leher dan ini dikenali sebagai “nadi”.

6

Pembuluh-pembuluh adalah saluran darah yang halus yang menyambungkan saluran arteri dan vena, di mana pertukaran oksigen dengan karbon dioksida dan zat-zat makanan dengan bahan-bahan kumuhan berlaku di dalam sel-sel tubuh badan. Saluran vena adalah saluran darah yang membawa darah yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan kumuhan dari sel-sel tubuh badan ke jantung. Bahan-bahan kumuhan berkenaan akan disingkirkan dari sistem darah oleh ginjal dan penukaran karbon dioksida dengan oksigen di paru-paru. Pengaliran darah di dalam saluran vena adalah dengan bantuan injap-injap yang terdapat di dalam saluran vena dan pergerakan otot-otot. Cecair darah yang mengalir di dalam saluran vena berwarna merah tua dan akan mengalir keluar jika saluran berkenaan terbocor. Sel-sel darah merah dihasilkan oleh sum-sum tulang yang terdapat seperti di pertengahan tulang peha (femur). Penghasilan sel-sel darah merah ini akan tertakluk pada kesuburan sum-sum tulang berkenaan, zat-zat galian tertentu seperti zat galian besi dan pengeluaran hormon eritropotin oleh ginjal.

7

4. Asas Rawatan - Nadi:
Nadi adalah pergerakan darah mengikut denyutan jantung, melalui arteri di bawah bahagian permukaan kulit. Bahagian-bahagian di mana nadi boleh dirasai adalah pada pergelangan tangan, ari-ari dan di antara otot-otot di bahagian tepi leher seseorang. Setiap nadi adalah bersamaan dengan satu denyutan jantung. Nadi seseorang dewasa adalah di antara 60 – 100 denyutan seminit. Nadi boleh dideskripsikan sebagai kuat, lemah, cepat, perlahan, ikut rentak atau tidak ikut rentak. Peralatan keperluan untuk mengira nadi: Sebuah jam tangan yang boleh menunjukkan saat. Kaedah mengambil nadi: Di tangan pesakit: Maklumkan pesakit tentang prosedur yang akan dijalankan. Letakkan jari telunjuk dan jari hantu pada pergelangan tangan pesakit di bahagian yang selari dengan ibu jari tangan pesakit. Rasakan denyutan nadi pada permukaan kulit pesakit. Gunakan jam dan mula mengira denyutan nadi pesakit selama 1 minit. Catatkan jumlah denyutan nadi serta diskripsi nadi berkenaan jika perlu. Dibahagian tepi leher pesakit: Biasanya dilakukan sekiranya pesakit berada dalam keadaan pengsan. Rasakan halkum di tengah-tengah leher pesakit yang terletak di bawah dagunya. Gerakkan jari telunjuk dan jari hantu kelongkang otot ditepi leher pesakit. Hanya rasakan nadi di tepi leher pesakit berhampiran anda dan bukan pada kedua-dua belah lehernya. Rasakan denyutan nadi pada permukaan kulit pesakit. Gunakan jam dan mula mengira denyutan nadi pesakit selama 1 minit. Catatkan jumlah denyutan nadi serta deskripsi nadi berkenaan jika perlu.

8

5. Asas Rawatan - Tekanan Darah:
Tekanan darah adalah tekanan yang terdapat di dalam saluran darah. Ia berlaku akibat penguncupan jantung dan tentangan yang berlaku di dalam saluran darah semasa pengaliran darah. Tekanan darah dibahagikan kepada 2 bacaan. Bacaan pertama dikenali tekanan sistolik, iaitu tekanan semasa jantung menguncup. Manakala, bacaan kedua dikenali tekanan diastolik, iaitu tekanan semasa jantung tidak menguncup dan dalam keadaan rehat. Bacaan tekanan sistolik adalah bacaan teratas dan bacaan tekanan diastolik adalah bacaan bawah pada setiap rekod bacaan tekanan darah. Peralatan keperluan untuk menentukan tekanan darah sesaorang adalah seperti berikut: Sfignomanometer Stetoskop – alat untuk membaca tekanan darah. – alat pendengaran.

Kaedah mengambil tekanan darah: AMARAN: JANGAN SEKALI KALI MENGGUNAKAN TANGAN AVF UNTUK MENGAMBIL BACAAN TEKANAN DARAH.

9

Pastikan semua peralatan keperluan dalam keadaan baik dan berfungsi. Maklumkan pesakit tentang prosedur yang akan dijalankan. Gunakan tangan pesakit yang bukan tangan AVF. Balutkan lengan dengan pembalut sfignomanometer pada bahagian atas 2 – 3 cm dari siku pesakit. Pastikan petanda arteri di pembalut berdudukan lebih kurang 2 – 3 cm dari sisi siku sebelah dalam tangan berkenaan. Gunakan stetoskop dan letakkan bahagian diafragma di bahagian bawah petanda arteri disisi siku sebelah dalam tangan berkenaan. Semasa merasai nadi di lengan tangan yang sama, pamkan bebola sfignomanometer sehingga nadi tidak dapat dirasai. Bacaan paras raksa diambil dan lepaskan tekanan dengan membukakan injap bebola. Dengan perlahan-lahan mengepamkan bebola ke tahap 10 – 20 mmhg atas paras di mana nadi tidak dapat dirasai. Dengan perlahan-lahan melepaskan tekanan bebola sebanyak 5 mmhg setiap 1 saat. Sambil mendengar dengan menggunakan stetoskop, perhatikan penurunan paras raksa. Bacaan paras raksa diambil pada bunyi pertama yang didengar dan sekali lagi apabila bunyi yang terakhir. Bacaan paras pada bunyi pertama adalah bacaan tekanan sistolik dan bacaan paras pada bunyi terakhir adalah bacaan tekanan diastolik. Jika kurang pasti, dapatkan bantuan dari jururawat bertauliah untuk membantu.

10

6. Kegagalan Ginjal
Definasi: Kegagalan kedua-dua ginjal berfungsi untuk menampung keperluan asas fisiologi bagi tubuh manusia yang boleh memudaratkan pesakit. Peringkat: 1. Peringkat Akut – Kegagalan kedua-dua ginjal secara tiba-tiba, keadaan boleh dipulih semula tanpa sebarang kesan. 2. Peringkat Kronik – Kegagalan kedua-dua ginjal secara perlahan-lahan dalam satu jangkamasa yang panjang dan tidak dapat dipulih semula. 3. Peringkat Akhir – Kegagalan melebihi daripada 90% fungsi kedua-dua ginjal yang memerlukan rawatan gantian ginjal sepanjang hayat pesakit untuk menampungkan keperluan fisiologi tubuh badan pesakit. Tanda-tanda dan gejala-gejala am: 1. Kencing - berkurangan atau tiada 2. Tekanan darah- tekanan darah yang tinggi 3. Kulit - kelihatan pucat dan berwarna kelabu-perang - kegatalan seluruh permukaaan kulit - kelihatan pepasir urea di seluruh permukaan kulit - kudis-kudis pada permukaan kulit, bibir dan mulut 4. Berat badan - kenaikan berat badan secara mendadak - kesembaban pada muka, kedua-dua kaki dan tangan 5. Pernafasan - kesesakan nafas dan bertambah teruk apabila berbaring 6. Kecederasan - sentiasa penat dan tidak bermaya - tidak dapat berfikir dengan waras - pengsan atau dalam keadaan koma 7. Permakanan - tidak berselera - sentiasa loya atau muntah 8. Kekurangan darah (anaemia)

11

7. Kaedah-kaedah Rawatan Gantian Ginjal
Jenis-jenis Kaedah: Transplan Rawatan CAPD Haemodialisis 1. Transplan: Ia adalah satu kaedah pembedahan di mana sebiji buah pinggang yang sihat dibedah daripada penderma dan dipindahkan kepada pesakit. Ini dilakukan setelah pemeriksaan yang teliti dijalankan ke atas kedua-dua penderma dan pesakit. Jenis kumpulan transplan seperti berikut: Di antara ahli keluarga hidup terdekat. Di antara individu hidup yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan darah. Individu yang disahkan kematian otak. i. Ahli keluarga hidup terdekat: Ahli-ahli keluarga hidup terdekat pesakit termasuklah ibu bapa yang sihat dan didapati sesuai untuk menderma sebiji buah pinggang. Kedua-dua penerima dan penderma akan menjalani pemeriksaan yang teliti dan terperinci atas persetujuan mereka. Hanya mereka yang didapati paling sesuai akan diterima sebagai penderma. Buah pinggang yang diperolehi akan dipindahkan ke ruang bawah abdomen berhampiran dengan ari-ari pesakit. Pesakit perlu makan ubat- ubatan khas sepanjang hayat pesakit. ii. Individu hidup yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan darah: Transplan jenis ini tidak dilakukan di Malaysia tetapi terdapat di negara-negara asing. Biasanya transplan jenis ini memerlukan bayaran yang tinggi (RM60,000.00 – RM100,000.00) Kaedah pembedahan ini adalah seperti dengan transplan jenis pertama. Pesakit-pesakit berkenaan juga perlu makan ubatubatan khas sepanjang hayat mereka.

12

iii.

Individu yang disahkan kematian otak: Pesakit-pesakit yang disahkan kematian otak oleh panel pakar perubatan akibat kemalangan boleh menderma organ-organ tertentunya. Keizinan bertulis daripada keluarga terdekat pesakit perlu diperolehi terlebih dahulu.

Bakal penerima akan dipilih daripada senarai calon-calon yang disimpan dan diselenggara oleh badan yang diamanahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Penerima organ secara ini juga perlu memakan ubat-ubatan khas sepanjang hayatnya. 2. Kaedah rawatan CAPD ( Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis): Rawatan CAPD adalah salah satu kaedah rawatan bagi pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang peringkat akhir. Ianya menggunakan selaput peritoneum yang terdapat di ruang antara dinding dalam dan luar abdomen yang meliputi sekeliling organ-organ di abdomen pesakit.

13

Sebelum rawatan boleh dilakukan, pesakit perlu menjalani pembedahan kecil, di mana satu tiub khas (kateter Tenckoff) dimasukkan ke dalam ruang peritoneal dan sebahagian lain, yang berukuran lebih kurang 4 inci keluar daripada sisi abdomen pesakit. Cecair khas, di antara 1.5 – 2.0 liter akan dialirkan ke dalam ruangan peritoneal melalui kateter Tenckoff dan dibiarkan selama 4 – 6 jam. Pada masa ini, pesakit boleh melakukan aktiviti harian sehingga masa untuk penukaran cecair seterusnya. Kaedah rawatan ini merupakan rawatan dialisis di rumah, di mana pesakit boleh melakukan rawatan ini di dalam rumah ataupun di tempat kerja. Pesakit perlu memastikan keadaan sekeliling adalah bersih dan tatacara penukaran cecair dilakukan dengan betul. Rawatan ini memberikan kebebasan kepada pesakit untuk menjalani urusan hariannya. Rawatan jenis ini lebih sesuai untuk mereka yang memerlukan kebebasan masa dan pergerakan contohnya, mereka yang sentiasa perlu menjalankan aktiviti luar. Rawatan ini juga sesuai dengan mereka yang menghidapi penyakit jantung, kecing manis dan untuk remaja serta yang telah berusia. 3. Kaedah Haemodialisis: Haemodialisis juga merupakan satu kaedah rawatan kegagalan buah pinggang pada peringkat akhir. Istilah haemodialisis terdiri daripada dua suku kata; i. “Haemo” bermakna darah ii. “dialisis” bermakna pembersihan. Kaedah ini membersih darah pesakit dengan bantuan mesin. Rawatan ini boleh dijalankan di pusat-pusat rawatan atau dilakukan oleh pesakit sendiri di dalam rumah mereka. Pesakit perlu menjalani pembedahan kecil pada lengan tangan, di mana satu arteri disambungkan kepada satu vena. Pembedahan ini dikenali sebagai “arterio-venous fistula” atau dengan nama ringkasnya - AVF. AVF ini hanya boleh digunakan selepas 4 hingga 6 minggu. Bagi kes-kes kecemasan, satu tiub khas – kateter venus sentral (Central Venous Catheter) boleh dimasukkan ke dalam saluran utama vena pada dada atau leher pesakit untuk rawatan haemodialisis sementara menunggu permatangan AVF. Semasa rawatan, satu jarum akan dikanulasikan ke dalam vena berdekatan dengan AVF dan disambungkan kepada set tiub darah arteri yang kemudian akan menyalur

14

darah pesakit ke dialiser (penapis). Darah daripada dialiser kemudiannya akan dikembalikan kepada pesakit melalui set tiub darah vena dan jarum berasingan. Tiga tugas utama yang dilaksanakan oleh kaedah haemodialisis ialah Pembersihan bahan-bahan kumuhan dalam darah. Pengeluaran air yang berlebihan daripada badan pesakit. Pengimbangan garam galian dalam badan. Kaedah ini memakan masa selama 4 jam. Pesakit perlu menjalani 3 sesi rawatan setiap minggu untuk sepanjang hayatnya. Mesin haemodialisis membantu dalam proses pengepaman darah keluar daripada pesakit. Darah setelah dibersihkan, akan kemmudiannya dikembalikan kepada pesakit. Mesin haemodialisis mempunyai beberapa fungsi seperti berikut: Membancuh cecair dialisat (cecair pembersih darah) Memanas dan menetapkan suhu cecair dialisat. Menyingkirkan jumlah air yang telah disasarkan. Mengesan kebocoran rerambut dialiser. Mengesan dan menghalang buih-buih udara dari memasuki sistem saluran pengaliran darah tubuh pesakit.

15

8. Proses Haemodialisis - Pengenalan:
Perkataan haemodialisis terdiri dari dua suku-kata, iaitu “haemo” bererti darah dan “dialisis” bermakna pembersihan. Haemodialisis adalah satu proses pengantian pembersihan darah bagi pesakit yang mengalami kegagalan pada kedua-dua ginjalnya. Proses haemodialisis mengandungi 2 bahagian, iaitu penyingkiran bahan-bahan kumuhan dan air yang berlebihan. Proses penyingkiran bahan-bahan kumuhan dan garam galian yang berlebihan dikenali sebagai resapan. Manakala, proses penyingkiran air dikenali sebagai ultraturasan. Resapan (Diffusion) Resapan adalah pergerakan bahan-bahan larutan dari larutan yang pekat ke larutan yang kurang pekat. Dalam proses haemodialisis, di mana pembersihan darah secara resapan, terdapat darah yang mengandungi larutan bahan-bahan kumuhan dan garam galian yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan cecair dialisat (yang tidak mengandungi sebarang bahan kumuhan dan hanya mengandungi garam galian pada tahap yang rendah).

Larutan pekat

Larutan cair

Larutan seimbang

Arah Pergerakan

Arah seimbang

Ultraturasan (Ultrafiltration) Ultraturasan adalah proses pergerakan air berdasarkan perbezaan tekanan. Di dalam dialiser (penapis), darah dan cecair dialisat yang mengalir di saluran masingmasing dipisahkan oleh selapisan membran separuh telap yang nipis. Dengan kuasa sedutan (negatif) yang dikenakan ke membran separuh telap dari bahagian cecair
16

16

dialisat, cecair dari saluran darah disedut keluar melalui proses yang dikenali sebagai ultraturasan.

Larutan pekat

Larutan seimbang Arah Pergerakan

Larutan cair

Membran separuh telap Kuasa sedutan

Konveksi (Convection) Di dalam kaedah rawatan haemodialisis, resapan memainkan peranan utama di dalam proses penyingkiran bahan bahan-kumuhan. Bahan-bahan kumuhan boleh di singkirkan dengan proses konveksi. Konveksi adalah pergerakan bahan-bahan berkenaan yang mempunyai berat molekul yang boleh melepasi membran separuh telap dengan mengikuti arus cecair ultraturasan. Hanya bahan-bahan yang boleh melepasi membran separuh telap, akan di singkirkan. Jumlah bahan-bahan yang akan disingkirkan bergantung kepada kadar ultraturasan dan tahap penapisan membran separuh telap.

Bhg. Darah

Bhg. Dialisate

Bhg. Darah

Bhg. Dialisate

Arah pergerakan ultraturasan Bahan-bahan yang mempunyai berat molekul yang besar seperti sel sel darah

Membran separuh telap Bahan-bahan yang mempunyai berat molekul yang kecil seperti urea dan kreatinin.

Pengetahuan Asas Untuk Pengendalian Rawatan Haemodialisis

Bab 2

-

Keperluan

17

Bab 2 - Keperluan
1. Akses Darah
1.1 Arterio-Venous Fistula (AVF) Definasi: AVF adalah satu percantuman di antara saluran darah arteri dengan satu saluran vena, ianya dilakukan melalui satu pembedahan kecil. Tujuan: Ia bertujuan untuk membekalkan pengaliran darah yang mencukupi kepada vena yang berkenaan supaya proses rawatan haemodialisis dapat dijalankan dengan sempurna. Kaedah: Satu pembedahan kecil, biasanya dilakukan pada tangan pesakit yang kurang digunakan. Pencantuman ini boleh dilakukan dengan tiga cara, iaitu: Penghujung ke penghujung – bahagian hujung arteri dan vena yang telah dipotong, dicantumkan kepada satu sama lain. Penghujung ke tepi – bahagian hujung arteri yang telah dipotong dicantumkan ke tepi vena yang telah ditebuk. Tepi ke tepi – bahagian tepi arteri yang telah ditebuk dan dicantumkan ke tepi vena yang juga telah ditebuk. Selepas pencantuman telah dilakukan, pengaliran darah akan bermula. Gegaran (bruit) akan dirasai pada permukaan kulit, tempat di mana pembedahan kecil itu dilakukan. Ini bermakna AVF berfungsi dengan sempurna. Kematangan AVF: AVF akan menjadi matang dalam jangkamasa selama 6 – 8 minggu sebelum ia boleh digunakan untuk rawatan haemodialisis. Darah dari saluran arteri akan disalurkan ke saluran vena yang telah disambungkan. Pengaliran darah arteri yang deras dan bertekanan tinggi akan membesar, mengukuh dan memperkuatkan dinding vena berkenaan. Proses ini dapat dipercepatkan dengan membuat senaman tangan AVF. Penjagaan AVF: Setelah pembedahan dilakukan, tangan berkenaan perlu ditinggikan daripada paras tubuh badan si pesakit untuk beberapa jam bagi mengurangkan pendarahan atau mengelakkan tempat pembedahan menjadi bengkak. Pada keesokan harinya, pesakit perlu memulakan senaman pasif tangan AVF (penggunaan bebola getah adalah digalakkan) untuk mempercepatkan proses kematangan AVF tersebut.

18

Pesakit dinasihatkan supaya melarang pengambilan bacaan tekanan darah, contoh-contoh darah, penyuntikan ubat-ubat melalui intravenous atau berpakaian ketat, jam tangan dan barang kemas pada lengan AVF. Ini adalah untuk mencegahkan penyekatan pengaliran darah ke AVF dari berlaku, dimana boleh menyebabkan AVF gagal berfungsi.

Penggunaan AVF: Hanya kakitangan perubatan dan kejururawatan yang bertauliah boleh mengkanulasikan jarum AVF untuk tujuan rawatan haemodialisis atau prosedur kecemasan. Elakkan penggunaan pengikat (tourniquet) pada lengan AVF. Dilarang mengkanulasikan jarum AVF arteri pada jarak yang kurang daripada 5 cm dari bekas tempat pembedahan. Pastikan tidak menggunakan tempat yang sama untuk mengkanulasi jarum bagi setiap rawatan. Gilirkan tapak mengkanulasikan jarum untuk mengelakkan pemparutan ditempat kanulasi.

19

1.2 Pengkateteran Vena Sentral – (Central Venous Catherization - CVC) Pengkateteran Vena Sentral (CVC) adalah satu kaedah akses darah bagi rawatan haemodialisis. Kaedah ini hanya untuk kegunaan sementara. Ia melibatkan pengkanulasian satu tiub (kateter) khas. Kaedah CVC hanya dilakukan pada saluran induk vena seperti pada bahagian atas dada berdekatan tulang serangka (vena subklavian), di sisi leher (vena jugular) atau di ari-ari (vena femoral) pesakit. Penggunaan kaedah CVC untuk rawatan haemodialisis mempunyai had masa, iaitu dari 2 minggu ke 6 minggu sahaja. Jikalau kaedah ini diguna untuk suatu jangkamasa yang panjang, ia boleh mengakibatkan beberapa komplikasi seperti penyempitan saluran darah dan jangkitan kuman.

Ia memerlukan penjagaan yang rapi bagi mengelakkan jangkitan-jangkitan yang boleh mengancam nyawa pesakit. 1.3. Graf: 1.3.1 Alograf: Alograf adalah penggunaan sebahagian saluran vena besar dari kaki pesakit untuk pembentukan AVF ditangannya. Ianya dilakukan apabila berlakunya kegagalan AVF disebabkan oleh saluran darah ditangan pesakit halus dan tiada cara lain untuk mengakses darah secara tetap.

20

1.3.2 Graft Tiruan Pembentukan AVF dengan penggunaan saluran bahan tiruan khas adalah satu opsyen untuk pesakit-pesakit yang menghadapi masalah saluran darah yang halus atau kekerapan kegagalan AVF. Kosnya adalah tinggi jika dibandingkan dengan pembedahan pembentukan AVF atau prosedur CVC. Graft tiruan juga memerlukan penjagaan yang rapi.

21

2. Mesin haemodialisis
2.1 Pengenalan Terdapat pelbagai jenama dan model mesin haemodialisis di Malaysia seperti Fresenius, Althin, Gambro, Kawasumi, Nipro, B. Braun dan lain-lain. Pada dasarnya, semua mesin haemodialisis yang terdapat di pasaran Malaysia mematuhi mutu piawaian bagi rawatan haemodialisis – seperti yang terkandung di dalam piawaian AAMI (America Syarikat) atau IEC (Europa). Fungsi-fungsi Mesin Haemodialisis: 2.2 Fungsi-fungsi utama: Untuk mengepamkan darah keluar dari tubuh badan pesakit dan mengembalikannya selepas diproseskan. Untuk menyediakan cecair dialisat. Untuk menyingkirkan jumlah air dari tubuh badan pesakit yang telah ditetapkan. 2.3. Suis-Suis: “On/Off” “Start” “Bypass”

- untuk menyambungkan bekalan elektrik ke mesin - untuk memulakan atau menghentikan masa rawatan - untuk memulakan atau menghentikan pengaliran dialisat melalui tiub-tiub dialisat ke dialiser “Test” - untuk menguji fungsi-fungsi mesin “Mute” - untuk menghentikan bunyi-bunyi amaran buat sementara “Prime” - untuk menjalankan proses mengisikan tiub-tiub darah dan dialiser dengan cecair normal saline “Disinfect” - untuk memulakan proses mendisinfektankan mesin “Heparin” - untuk memulakan dan menghentikan pam heparin “Reset” - untuk memulakan semula fungsi yang terhenti “Air Bubble Detector” – untuk memulakan dan menghentikan pengesanan buih-buih udara di dalam tiub-tiub darah

2.4. Petunjuk-petunjuk: Jumlah air untuk disingkirkan sepanjang rawatan Jumlah air yang telah disingkirkan pada ketika itu

22

Jumlah masa yang ditetapkan untuk rawatan Jumlah baki masa rawatan pada ketika itu Tekanan Arteri - untuk menunjukkan bacaan tekanan di dalam tiub darah arteri semasa rawatan dikendalikan. Tekanan Vena - untuk menunjukkan bacaan tekanan di dalam tiub darah vena semasa rawatan dikendalikan. Tekanan TMP - untuk menunjukkan bacaan tekanan sedutan yang dikenakan pada rerambut dialiser bagi menyingkirkan jumlah air yang telah disasarkan. 2.5. Amaran-amaran: Alat pengesan udara: • akan menghentikan pam darah dan memberi isyarat jikalau terdapat udara di dalam tiub darah vena. Pengesan kebocoran rerambut dialiser: • memberi isyarat apabila mengesan darah di dalam dialisat akibat daripada kebocoran rerambut dialiser. Melebihi atau kurang daripada paras yang ditetapkan: • tekanan arteri • tekanan vena • tekanan TMP • konduktiviti dialisat • suhu dialisat Penamatan masa yang ditetapkan: • masa rawatan • masa pemberian heparin • masa mendisinfeksi Pam darah: • membantu dalam penyaluran darah keluar dan mengembalikannya setelah diproses ke badan pesakit melalui tiub-tiub darah. Suis pam darah: • mengawal kelajuan pam darah. Alat pengesan buih: • mempunyai dua fungsi. • Untuk mengesan buih-buih udara di dalam darah yang telah diproseskan sebelum dikembalikan kepada pesakit. • Menyekat pengaliran darah yang mengandungi buih-buih udara dari memasuki badan pesakit. Buih-buih udara di

23

dalam darah boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan kematian. Pam heparin: • untuk pemberian dos cecair heparin secara automatik melalui siring mengikut sukatan yang ditentukan.

24

3. Sistem “Reverse Osmosis” 3.1. Osmosis Osmosis adalah satu proses pergerakan air atau pelarut dari suatu larutan cair kepada larutan yang lebih pekat melalui membran separuh telap.

3.2. “Reverse Osmosis”: Ini adalah satu proses pergerakan air atau pelarut dari suatu larutan pekat kepada larutan yang cair melalui membran separuh telap dengan kuasa tekanan (positif).

Membran separuh telap Larutan pekat

Larutan seimbang Arah pergerakan

Larutan cair Kuasa tekanan

Setiap manusia memerlukan lebih kurang 2 liter air dalam bentuk minuman setiap hari atau 14 liter seminggu. Jumlah air ini adalah kecil jikalau dibandingkan dengan jumlah air untuk rawatan haemodialisis, iaitu lebih-kurang 360 liter air seminggu. Air untuk rawatan haemodialisis mempunyai hubungan rapat dengan darah pesakit. Air yang digunakan untuk rawatan haemodialisis perlu diproses untuk menyingkirkan bahan-bahan yang boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada pesakit. Proses rawatan air secara sistem osmosis terbalik adalah proses yang paling sesuai dan praktikal untuk rawatan haemodialisis.

25

3.3 Sistem “Reverse Osmosis” Air yang dibekalkan oleh perbadanan air tempatan adalah air dari sumber semula-jadi seperti sungai, yang kemudiannya diproses bagi menapis bahan-bahan yang terapung dalam air seperti lumpur, pasir, geledak dan lain-lain. Kandungan kuman di dalam air tersebut dikurangkan dengan penggunaan klorin. Akan tetapi, proses ini tidak dapat membasmikan semua kuman yang terdapat di dalam air tersebut. Memandangkan air yang digunakan untuk rawatan dialisis mempunyai hubungan rapat dengan darah pesakit, air berkenaan perlu diproses dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan supaya tidak mendatangkan kesan mudarat kepada pesakit. Setiap pesakit yang menjalani rawatan selama 4 jam memerlukan lebih kurang 120 liter air yang telah diproseskan oleh sistem “reverse osmosis” atau dengan ringkasnya RO. RO mempunyai beberapa bahagian, iaitu tabung multimedia, tabung karbon, tabung pelembut air dan penapis RO. 3.3.1. Tabung Multimedia Air yang dibekalkan oleh lembaga air tempatan akan disalur ke dalam sistem RO melalui tabung pertama yang dikenali sebagai tabung multimedia. Tabung multimedia mengandungi beberapa lapisan pasir dan batu-batu kecil yang bertujuan untuk menapis bahan-bahan yang terapung (ampaian) seperti lumpuh dan lain-lain. Tabung multimedia perlu dibersihkan dengan cara “backwash” apabila perlu. “Backwash” adalah kaedah pembersihan tabung di mana arah dan arus pengaliran air ditukar kepada arah yang bertentangan dan disalur ke longkang bersama-sama bahanbahan kotoran yang telah diperangkapkan. 3.3.2. Tabung Karbon Tabung karbon mengandungi karbon atau arang yang telah diproseskan. Fungsi utama tabung berkenaan adalah untuk menyerapkan klorin dan kloramin yang telah digunakan oleh perbadanan air tempatan semasa pemprosesan air paip. Klorin boleh menjejaskan prestasi penapis RO. Manakala, kloramin boleh menyebabkan sel-sel darah berkecai dan seterusnya mengakibatkan pesakit kekurangan darah. Tabung karbon juga dibersihkan dengan cara “backwash” apabila perlu. 3.3.3. Tabung Pelembut Air Air yang dibekalkan oleh perbadanan air tempatan mempunyai tahap kalsium dan magnesium yang tinggi dan ini boleh menyebabkan penapis RO tidak dapat berfungsi dengan baik. Tabung pelembut air mengandungi bijiran-bijiran khas yang dapat

26

mengurangkan kandungan kalsium dan magnesium di dalam air tersebut, sebelum diproses oleh penapis RO. Bijiran-bijiran khas di dalam tabung pelembut air perlu dipulihkan secara regenerasi dengan penggunaan air garam apabila perlu. Kepekatan air garam yang diperlukan untuk proses regenarasi dapat dikenalpasti dengan penghasilan selapisan garam pada permukaan bawah tabung air garam pada setiap masa. 3.3.4. Penapis Sistem “Reverse Osmosis” Lebih daripada 95% bahan-bahan terlarut dan kuman yang terkandung dalam air yang disalurkan ke penapis RO dapat ditapiskan. Untuk mendapatkan bekalan air RO yang bermutu tinggi, lazimnya melebihi 50% daripada jumlah air yang disalurkan ke dalam penapis RO akan disingkirkan oleh membran RO. Penapis RO perlu dibersihkan dari semasa ke semasa dengan penggunaan asid hidroklorid dan lain-lain bergantung kepada jenis membran penapis RO yang digunakan.

Gambar disumbangkan oleh Medi-Chem Systems Sdn. Bhd.

Pengambilan air bagi setiap manusia adalah lebih kurang 2 liter setiap hari atau 14 liter setiap minggu. Air ini akan diserapkan oleh sistem saluran penghadaman manusia.

27

Proses dialisis memerlukan jumlah air yang banyak. Setiap pesakit yang menjalani rawatan dialisis memerlukan 120 liter air RO bagi setiap sesi rawatan yang mengambil masa selama 4 jam. Air ini memainkan peranan yang penting dalam proses pembersihan darah pesakit. Jadi, ketulenan air RO adalah amat penting kerana banyak bahan galian dan bahan lain boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pesakit. 3.3.5. Mutu Piawaian: Mutu air yang digunakan untuk rawatan dialisis perlu mematuhi piawaian-piawaian yang ditetapkan seperti piawaian AAMI (Association of the Advancement of Medical Instrumentation) supaya semua pesakit akan terlindung dari kesan yang tidak diingini. Piawaian AAMI mg/l 0.01 0.10 0.10 0.20 2.0 100.0 0.10 0.10 2.0 4.0 70 8.0 0.5 0.005 Piawaian Mutu Air Minuman Sedunia (1994) mg/l 0.2 1.00 0.6 – 0.8* 10.0 400 5 150 200 250 0.005

Unsur Aluminum Kloramin Tembaga Fluorida Nitrat Slfat Zink Barium Kalsium Magnesium Natrium Kalium Kloride Arsenik

28

Unsur Plumbum Perak Kromium Kadmium Selenium Raksa Bakteria

Piawaian AAMI mg/l 0.005 0.005 0.014 0.001 0.09 0.0002 200 (cfu/ml)

Piawaian Mutu Air Minuman Sedunia (1994) mg/l 0.05 0.05 0.05 0.005 0.01 0.001 Tiada

*Nota: Tahap mutu piawaian Malaysia – tidak di senaraikan oleh WHO

3.3.6. Pemeriksaan Makmal: Air RO perlu dianalisa pada jangkamasa yang telah ditetapkan untuk memastikan kualiti air sentiasa mematuhi piawaian. Contohnya, air RO yang bertujuan untuk dianalisa perlu diambil dengan cara yang mematuhi piawaian berkenaan. Makmal yang bertanggungjawab untuk menjalankan analisa tersebut perlu mempunyai pengiktirafan yang sewajarnya seperti pengiktirafan ISO1400 / IEC G25 dan sebagainya. 3.3.7. Pemantauan Sistem RO: Pemantauan sistem RO adalah penting untuk memastikan kualiti air yang telah diproses mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Sistem RO mempunyai beberapa meter tekanan seperti tekanan sebelum dan selepas penapis RO, meter konduktivi, dan meter jumlah air RO yang telah diproseskan. Kesemua meter-meter ini merupakan petunjuk status prestasi penapis-penapis RO. Bacaan perlu diambil dan dicatatkan dengan betul selepas 1 jam sistem RO tersebut beroperasi. 3.3.8. Kerja Penyelanggaraan: Kerja penyelanggaraan perlu dijalankan oleh juruteknik-juruteknik bertauliah, mengikut jadual yang telah ditetapkan atau apabila diperlukan.

29

3.3.9. Kesan sampingan air yang tidak rawat Unsur-unsur Aluminium Kalsium/Magnesium Kloramin Kesan Sampingan Encephalopati, penyakit tulang Loya, muntah, letih dan lesu, tinggi/rendah (Hard Water syndrome) tekanan darah

Sel-sel darah merah yang berkecai, anaemia Tekanan darah tinggi, kesesakan nafas, denyutan jantung yang cepat, sawan, koma dan mengakibatkan kematian Loya, kesejukan mengigil, sakit kepala, kerosakan hati, kekecaian sel-sel darah merah secara berlebihan. Rapuh tulang, penyakit-penyakit tulang yang lain Loya, muntah, asidosis Kekurangan darah, loya, muntah, demam Tekanan darah yang rendah, loya, kekurangan darah Kuman dalam darah, demam, menggigil yang kuat, loya, muntah, tekanan darah yang rendah, pucat.

Natrium

Tembaga Fluorida Sulfat Zink Nitrat Bakteria

Di dalam keadaan yang melebihi ketahanan badan pesakit, boleh mengakibatkan keadaan yang serius dalam jangka masa yang pendek dan panjang.

30

4. Barangan keperluan
a. Senarai barangan “disposable” Dialiser Set tiub-tiub darah Jarum-jarum AVF Cecair normal saline Pelindung transduser (TP) Siring Set infusi intravena (IV) Cecair heparin Pati-pati dialisat Lain-lain Swab alkohol Plaster Bebola kapas Penyambung Sarong tangan Bahan-bahan disinfektan b. Senarai keperluan lain-lain Alat penimbang berat badan Sfigmomanometer Stetoskop Lain-lain Pengikat (Tourniquet) Bekas simpanan Bekas penerima

31

4.1. Dialiser Dialiser adalah penapis (alat utama) dalam kaedah rawatan haemodialisis. Ia mempunyai beberapa bahagian: 1. Bahagian darah arteri - di mana bahagian penghujung tiub darah arteri disambungkan, iaitu bahagian kemasukan darah ke dalam beribu-ribu rerambut dialiser untuk dibersihkan. 2. Bahagian darah vena - di mana bahagian penghujung tiub darah vena disambungkan, iaitu bahagian di mana darah yang telah dibersihkan disalur keluar dari beribu-ribu rerambut dialiser yang berkenaan. 3. Bahagian dialisat vena - di mana penyambung cecair dialisat disambungkan kepada dialiser, iaitu bahagian kemasukan cecair dialisat bersih ke dalam badan dialiser. 4. Bahagian dialisat arteri - di mana penyambung cecair dialisat disambungkan kepada dialiser, iaitu bahagian keluarnya cecair dialisat dari dialiser. Lazimya, mengandungi bahan-bahan kumuhan, garam-garam galian dan air yang berlebihan dari darah pesakit untuk yang disingkirkan.

32

5. Rerambut dialiser - terdapat beribu-ribu rerambut di dalam setiap dialiser. Rerambutrerambut ini diperbuat daripada membran separuh telap seperti selulos asetat, selulos triasetat dan lain-lain. Struktur membran separuh telap akan menentukan daya kebolehannya untuk menyingkir bahan-bahan tertentu dari darah pesakit. Kebolehan ini dikenali sebagai klearasan. Saiz dialiser tertakluk kepada saiz keluasan rerambut yang terkandung di dalam dialiser seperti 1.0, 1.1, 1.2, atau 1.5 meter per segi. Badan dialiser diperbuat daripada plastik khas yang tidak akan mendatangkan sebarang kesan-kesan sampingan buruk kepada pesakit. Adalah disyorkan setiap dialiser diguna-pakai sekali sahaja. Akan tetapi, penggunaan semula masih diamalkan atas sebab-sebab tertentu seperti kos rawatan dan untuk meminimakan reaksi bio-keserasian darah pesakit dengan membran separuh telap.

33

4.2. Set tiub-tiub darah Set tiub-tiub darah mengandungi 2 set tiub yang berasingan. Tiub darah arteri mempunyai petanda berwarna merah dan tiub darah vena mempunyai petanda berwarna biru. Fungsi utama tiub-tiub darah adalah untuk menyalurkan pengaliran darah dari pesakit ke dialiser untuk proses pembersihan darah dan kemudian mengembalikan darah itu kepada pesakit. A) Set tiub darah arteri: 1. Bahagian permulaan tiub darah arteri - untuk disambungkan ke jarum AVF arteri, tempat permulaan bagi pengaliran darah keluar dari tubuh badan pesakit. 2. Bahagian pengambilan contoh darah - tempat di mana contoh darah arteri boleh diambil dari tiub darah tersebut. 3. Talian infusi - talian di mana cecair normal saline, darah atau lain lain cecair yang di berikan semasa rawatan melalui set infusi intravena. 4. Bahagian pam darah - bahagian yang dipasangkan ke pam darah dan diperbuat daripada plastik berjenis lembut. Ukuran adalah 30 – 40cm panjang dan 6 atau 8 mm diameter. Membantu dalam proses pengeluaran darah dari tubuh badan pesakit dengan pergerakan pam darah. 5. Talian heparin - talian di mana cecair heparin saline diberikan semasa rawatan dengan penggunaan siring. 6. Tabung arteri - sebuah tabung yang berukuran 11 cm panjang dan 2 cm diameter. Tiub dari bahagian pam darah akan disambungkan ke kepala tabung berkenaan yang mengandungi 2 tiub yang lain: i. Tiub pertama untuk disambungkan ke alat pengesan tekanan darah arteri. ii. Tiub kedua untuk kegunanan lain jika perlu. Fungsi-fungsi tabung arteri adalah: a. Untuk memerangkap buih-buih udara yang mungkin terdapat di dalam saluran tiub darah arteri. b. Memastikan kestabilan pengaliran darah di dalam tiub darah arteri. c. Membantu dalam proses pemerhatian tekanan darah di dalam tiub darah arteri. 7. Penghujung tiub darah arteri

34

-

untuk disambungkan ke dialiser supaya darah dapat disalurkan ke dialiser untuk dibersihkan.

B) Set tiub darah vena 1.Penghujung tiub darah vena - untuk disambungkan ke dialiser supaya darah yang telah dibersihkan dapat dikembalikan ke pesakit. 2. Tabung vena - sebuah tabung yang berukuran 11 cm panjang dan 2 cm diameter. Tiub dari dialiser disambungkan ke kepala tabung vena yang mengandungi 2 tiub lain: i. Tiub pertama untuk disambungkan ke alat pengesan tekanan darah vena. ii. Tiub kedua untuk kegunan lain jika perlu. Fungsi tabung vena ialah: a. Untuk memerangkap buih-buih udara yang mungkin terdapat di dalam saluran tiub darah vena. b. Memastikan kestabilan pengaliran darah di dalam tiub darah vena. c. Membantu dalam proses pemerhatian tekanan darah di dalam tiub darah arteri. 3. Bahagian pengambilan contoh darah - tempat di mana contoh darah vena boleh diambil dari tiub darah vena. 4. Bahagian permulaan vena - untuk disambungkan ke jarum AVF vena, di mana pengaliran darah luar dari tubuh badan pesakit ditamatkan.

35

4.3. Jarum Arterio-Venous Fistula (AVF) Setiap rawatan haemodialisis memerlukan sepasang jarum AVF. Satu jarum digunakan untuk mengeluarkan darah dari tubuh badan pesakit dan satu lagi untuk mengembalikan darah kepada pesakit. Jarum-jarum AVF terdiri daripada batang jarum, pemegang kupu-kupu, klam dan batang tiub. Batang jarum yang berukuran 1 inci mempunyai pelbagai saiz jarum seperti 15G, 16G, 17G. Angka yang lebih kecil mewakili saiz jarum yang lebih besar dan sebaliknya. Pada batang jarum, terdapat satu lubang yang dikenali sebagai “backhole” ataupun lubang belakang. Ia bertujuan untuk membantu pengaliran darah semasa keluar / masuk dari tubuh badan pesakit.

Gambar sumbangan ikhlas Hospitech Marketing Sdn. Bhd.

Pemegang kupu-kupu berfungsi untuk menyenangkan proses pengkanulasian jarum tersebut. Ia biasanya dikepit oleh ibu jari dan jari telunjuk pemegang di mana pemegang akan menghala dan menolak jarum ke dalam kulit pesakit. Kemudian, ia dilampir pada kulit pesakit untuk diplasterkan. Saiz-saiz jarum juga boleh dikenalpasti dengan warna pemegang kupu-kupu seperti kuning – 17G, hijau – 16G, dan biru – 15G. Batang tiub adalah sebatang tiub plastik lembut yang berukuran 12 inci panjang. Ia bertujuan untuk meyenangkan penyambungan jarum AVF ke bahagian permulaan tiub-tiub darah arteri / vena atau penyambung. Klam yang terletak di batang tiub berfungsi untuk menghentikan pengaliran darah dan cecair dari keluar atau masuk melalui jarum AVF tersebut. Ini bertujuan untuk menyenangkan kerja penyambungan siring, tiub darah dan lain-lain apabila perlu.

36

Pembuangan jarum AVF perlu dilakukan dengan cermat. Jangan menyarungkan jarum semula dengan tudungnya selepas digunakan. Buangkan jarum tersebut ke dalam bekas penerima dan pastikan jarum berkenaan tidak terkeluar dari bekas penerima supaya tidak tercucuk sesiapa pun. Sekira kejadian sedemikian berlaku, sila memberitahu jururawat bertauliah dengan serta-merta supaya tindakan yang sewajar boleh diambil.

37

4.4. Cecair “Normal Saline” Cecair “normal saline” atau nama ringkasnya “saline” adalah cecair steril yang mengandungi natrium kloride 0.9% w/v, bersamaan dengan cecair tubuh badan manusia. Ia tidak berwarna atau berbau. Ia boleh didapati dalam bentuk botol plastik, botol kaca atau beg plastik dan kandungan berat sebanyak 500ml dan 1,000ml. Sebelum menggunakan cecair tersebut, periksa tarikh pengeluaran, tarikh tamat tempoh yang sah, botol / beg tidak bocor dan cecair tidak bertukar warna. Pastikan cecair tersebut adalah cecair yang betul sebelum penggunaannya. Jangan keluarkan botol / beg cecair “normal saline” dari balutan plastiknya. Ini adalah kerana balutan plastik ini dapat mengelakkan sebarang pencemaran pada ruangan bersih yang mengelilingi botol / beg berkenaan. Cecair “normal saline” digunakan untuk membersihkan tiub-tiub darah semasa kaedah penyediaan rawatan, kaedah pemulangan darah pesakit yang berada di dalam tiub-tiub darah dan dialiser selepas rawatan, menggantikan kehilangan cecair dalam tubuh badan pesakit dan lain-lain. Cecair “normal saline” tidak boleh dikongsikan di antara pesakit-pesakit. Baki cecair selepas rawatan perlu dibuangkan dan tidak boleh disimpan untuk digunakan semula pada sesi rawatan yang akan datang.

Gambar sumbangan ikhlas Ain Medicare (M) Sdn. Bhd.

38

4.5. Pelindung Transduser (TP) Pelindung transduser atau dengan ringkasnya “TP” ialah satu alat kecil diperbuat daripada plastik keras dan mengandungi sekeping penapis. Bentuknya seperti gasing sebesar duit syiling sepuluh sen dan terdapat 2 muncung di bahagian tengah. Ia dipasang pada alat pengesan tekanan darah arteri dan vena mesin haemodialisis. Kemudian, ia disambung ke talian tekanan darah arteri dan vena tiub-tiub darah. Pelindung transduser berfungsi untuk mengelakkan pencemaran pada alat-alat pengesan tekanan darah arteri / vena yang terdapat pada mesin daripada kemasukan bendalir dari tiub-tiub darah. Pelindung transduser yang digunakan tidak boleh dikongsi di antara pesakit-pesakit Pesakit-pesakit hanya boleh menggunakan TP masing-masing. Pelindung transduser perlu digantikan dengan yang baru apabila dicemari oleh darah, cecair atau tidak dapat berfungsi dengan baik. Adalah digalakkan pelindung transduser diguna pakai sekali sahaja. Tempat sambungan alat pengesan tekanan mesin

Tempat sambungan talian tekanan tiub darah

39

4.6. Siring Siring ialah satu alat yang diperbuat daripada plastik keras atau kaca. Ia mempunyai beberapa saiz seperti 1ml, 3ml, 5ml, 10ml, 20ml dan lain-lain. Siring yang diperbuat daripada plastik hanya digunakan untuk sekali-pakai sahaja dan siring yang diperbuat daripada kaca boleh digunakan-semula. Siring kaca biasanya akan digunakan untuk ubat-ubat yang tidak boleh terkena plastik. Siring terdiri daripada satu badan yang mempunyai tanda-tanda bacaan sukatan dan satu penolak yang memuatkan diameter dalaman badan siring tersebut. Apabila penolak ditarik keluar sebahagian dari badan siring, berlakunya ruang di dalam badan siring. Cecair yang hendak disuntikan akan disedut masuk kedalam badan siring akibat perbezaan tekanan melalui jarum yang dipasangkan dimuncungnya. Cecair yang terdapat di dalam badan siring akan disuntik keluar dari siring melalui jarum atau lain-lain peralatan apabila penolak ditolak masuk kedalam badan siring.

Badan

Muncung

Penolak

Tanda bacaan

Siring

JANGAN sarungkan jarum yang telah digunakan dengan tudungnya. Buangkan siring dan jarum yang telah digunakan dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan.

40

4.7. Set Infusi Intravena (IV) Set infusi intravena atau dengan ringkasnya set IV, adalah tiub plastik yang digunakan untuk menyalurkan cecair di dalam botol / beg kepada pesakit. Di dalam kaedah rawatan haemodialisis, set IV digunakan untuk menyalurkan cecair “normal saline” ke tiub-tiub darah untuk proses pembersihan, proses pengembalian darah selepas rawatan dialisis ataupun semasa kecemasan. Set IV mengandungi bahagian spik untuk dicucuk ke dalam botol / beg cecair yang berkenaan. Pada bahagian hujung spik, terdapat sebiji tabung yang berfungsi sebagai ampangan bagi mengawal pengaliran cecair. Ia disambung dengan seutas tiub kecil sepanjang 1 meter. Terdapat satu klam untuk mengawal kelajuan pengaliran cecair yang disangkut pada tiub kecil berkenaan. Pada bahagian hujung tiub kecil itu, terdapat satu bahagian tiub getah yang berfungsi untuk memberi laluan bagi cecair disuntikkan melalui jarum dan siring. Seterus itu, bahagian hujung yang diperbuat daripada plastik keras digunakan untuk disambungkan kepada jarum, penyambung tiub darah dan lain-lain. Isikan set IV dengan cecair “normal saline” dengan membuka klamnya. Isikan tabung set IV sehingga ¾ penuh dan pastikan tiub set IV tidak mengandungi buih-buih udara. Tutupkan klam set IV dan sambungkannya kepada tiub darah atau lain-lain. Sekarang, set IV dalam keadaan siap sedia untuk digunakan.

41

4.8. Cecair Heparin Cecair heparin menyerupai sejenis bahan semula-jadi yang terdapat di dalam tubuh manusia. Ia berfungsi untuk mencegah pembekuan darah semasa pengalirannya di dalam saluran darah tubuh badan manusia. Cecair heparin yang diniagakan adalah diperolehi dari khinzir atau lembu yang telah diproseskan. Cecair heparin yang digunakan untuk rawatan dialisis dibekalkan dalam bentuk cecair, di dalam vial kaca berisian 5ml dan 10ml. Kekuatannya adalah 1,000iu dan 5,000iu dalam 1ml. Haba dan cahaya boleh menjejaskan prestasi heparin. Oleh yang demikian, ia perlu disimpan pada tempat yang jauh dari cahaya dan suhu di antara 15 - 30oC. Sentiasa memeriksa tarikh pengeluaran dan tarikh tempoh yang sah dan pada kekuatan yang diperlukan sebelum menggunakannya. Perhatikan sama ada cecair di dalam vial mengalami sebarang pertukaran warna atau mengandungi bahan-bahan terapung, sekiranya ini berlaku, elakkan menggunakannya. Penggunaan cecair heparin yang tidak mencukupi akan mengakibatkan pembekuan darah manakala penggunaan yang berlebihan akan mengakibatkan kesulitan untuk menghentikan pendarahan. Patuhi arahan yang telah ditetapkan atau merujuk kepada jururawat bertauliah yang bertugas.

Gambar sumbangan Ain Medicare Sdn. Bhd

42

4.9. Pati Dialisat Pati dialisat adalah cecair yang mengandungi garam galian tertentu seperti natrium klorida, kalium, bikarbonat dan lain-lain. Ianya kemudian dilarutkan dengan air R.O. (1:34) dan menjadi cecair dialisat yang akan digunakan untuk rawatan haemodialisis. Mesin haemodialisis akan menghasilkan 500ml cecair dialisat setiap minit semasa rawatan haemodialisis. Ia disalurkan ke dalam ruangan dialisat dialiser, di mana pembersihan darah secara resapan, ultratulasan dan konveksi akan berlaku menerusi membran separuh telap. Cecair dialisat yang telah digunakan mengandungi bahanbahan kumuhan dan air yang berlebihan, yang telah disingkirkan dari darah. Kemudian, cecair tersebut akan disalurkan ke longkang untuk dibuangkan. Terdapat 2 jenis cecair pati dialisat; iaitu asetat dan bikarbonat. Pati-pati cecair dialisat mengandungi garam- garam galian tertentu seperti natrium klorida, kalium, magnesium dan lain-lain. Kandungan garam-garam ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kandungan pada darah pesakit. Ini akan melindungi pesakit daripada kesan-kesan sampingan akibat daripada tahap kandungan garam-garam galian darah yang terlalu rendah. Cecair pati dialisat asetat hanya memerlukan sejenis cecair sahaja. Campuran cecair dialisat jenis asetat adalah 1 bahagian cecair air RO kepada 34 bahagian pati dialisat asetat (1:34). Hati pesakit yang menggunakan asetat akan menukarkan asetat ke bikarbonat semasa rawatan dialisis. Pertukaran ini akan mengambil masa dan pesakit mungkin merasai loya, muntah, pening dan lain-lain. Hati pesakit mungkin akan terjejas sekiranya pati asetat digunakan untuk jangkamasa yang panjang. Oleh yang demikian, rawatan yang menggunakan dialisat bikarbonat semakin digemari oleh para doktor. Cecair pati dialisat bikarbonat memerlukan 2 jenis cecair; iaitu cecair asid dan cecair bikarbonat. Kedua-dua larutan ini tidak boleh dibancuh pada peringkat awal kerana ia akan bertukar menjadi pepasir garam. Ia hanya boleh dibancuh oleh mesin haemodialisis semasa rawatan. Bancuhan cecair dialisat jenis Bikarbonate adalah 1 bahagian cecair air RO kepada 34 bahagian pati dialisat, (1 bahagian pati dialisat A (asid) dengan 1.8 bahagian pati dialisat B (bikarbonat)). Pesakit-pesakit yang mengguna cecair bikarbonat akan berasa lebih selesa semasa dan selepas rawatan. Terdapat juga cecair pati dialisat asetat dan bikarbonat khas yang mengandungi kandungan garam galian tertentu dengan kandungan garam-garam seperti kalsium atau natrium yang berbeza mengikut keperluan pesakit.

43

Cecair pati dialisat bikarbonat perlu digunakan sebaik-baiknya dalam masa 36 jam selepas dibuka bekasnya. Ini adalah untuk memastikan cecair tersebut tidak kehilangan kuasa bikarbonatnya dan berlakunya pembiakan bacteria. Terdapat mesin haemodialisis tertentu yang menggunakan tepung bikarbonat bagi menggantikan cecair pati bikarbonat. Cecair bikarbonat yang dihasilkan dengan cara ini adalah sentiasa segar. Ia masih memerlukan cecair pati asid semasa campuran cecair dialisat.

Gambar sumbangan Ain Medicare Sdn. Bhd.

44

4.10. Lain-lain keperluan barangan “disposable” Swab alkohol: Swab alkohol atau dikenali sebagai “swab spirit” adalah sekeping kertas, kapas atau gauze yang mengandungi cecair pembasmi bakteria, lazimnya spirit bermethil. Ia disapukan pada tangan pesakit untuk membersih dan menyediakan tempat tersebut bagi pengkanulasian jarum AVF atau suntikan yang hendak dilakukan. Swab alkohol mestilah berada dalam keadaan basah dan bukan kering apabila disapukan pada bahagian yang berkenaan serta semasa pengkanulasi jarum AVF.. Alkohol yang tersentuh pada luka akan mengakibatkan kesakitan yang memedihkan. Selain itu, alkohol juga mudah terbakar dan perlu dijauhi dari bahan api. Plaster: Plaster digunakan untuk mengekalkan kedudukan jarum-jarum AVF semasa rawatan dan melindung lubang-lubang jarum pada permukaan kulit pesakit dari kekotoran selepas rawatan. Pastikan plaster yang digunakan adalah mencukupi. Bebola Kapas: Kapas yang dibentuk seperti bebola kecil adakalanya diguna untuk menutup dan melindung lubang-lubang jarum AVF selepas rawatan dan kedudukan kapas dikekalkan dengan menggunakan plaster. Pastikan saiz bebola bersesuaian dengan tujuan berkenaan, saiz yang besar boleh menghalang pengaliran darah di dalam saluran vena. Penyambung: Penyambung adalah alat yang digunakan untuk menyambungkan dua alat, contohnya, penghujung tiub-tiub darah semasa kaedah “recirculation”.

45

Sarung tangan: Gunakan sarung tangan semasa mengendalikan peralatan rawatan, pesakit-pesakit dan sisa-sisa rawatan yang berkemungkinan telah dicemari oleh darah atau cecair badan pesakit. Cecair-cecair bahan disinfektan: Cecair-cecair bahan disinfektan seperti Renalin, Formaldehyde (formalin), Puristeril, Natrium Hipoklorida (Chlorox) untuk membersih dan mensterilkan lingkaran dalaman mesin untuk kegunaan semula. Penggunaan cecair yang tidak mengcukupi boleh menjejaskan keselamatan kesihatan dan mutu rawatan pesakit.

46

4.11. Alat penimbang berat badan Alat penimbang berat badan yang terdiri dari jenis mekanikal atau elektronik perlu disediakan untuk pesakit menimbang berat badannya sebelum dan selepas rawatan. Ini berkait rapat dengan rawatan yang melibatkan penyingkiran air. Jadi, jumlah air yang perlu disingkirkan harus dihitung dengan tepat sebelum memulakan rawatan. Jumlah air dalam kiraan mililiter (ml) adalah bersamaan dengan berat badan dalam kiraan gram (gm). Iaitu, 1,000 ml (1 liter) air sama dengan 1,000 gram (1 kilogram) berat badan. Terdapat beberapa jenis alat penimbang berat badan, iaitu jenis untuk pesakit berkemampuan berdiri, duduk dan jenis alat penimbang pesakit berkatil bagi pesakit yang tidak berkemampuan untuk bergerak/koma. Perlu diingatkan bahawa alat penimbang mesti mempunyai kejituan untuk memberikan bacaan sehingga 1 tempat perpuluhan dalam unit kilogram. Bacaan ini adalah penting agar sasaran jumlah air yang perlu disingkirkan dari pesakit, dihitung dengan tepat.

47

4.12. Sfignomanometer Sfignomanometer adalah sejenis alat untuk mengesan tekanan darah pesakit. Ia terdiri daripada sebuah badan yang diperbuat daripada besi dengan penutupnya boleh dibuka. Pada bahagian penutupnya, terdapat satu tiub kaca yang ditandakan dengan bacaan dari 0 – 300 mmgh (millimeter raksa). 0 mmhg adalah bersamaan dengan tekanan pada paras laut. Ianya disambungkan ke sebuah tabung yang mengandungi cecair raksa. Terdapat sehelai pembalut kain yang mengandungi pundi getah di dalamnya dan disambung ke sebiji bebola getah. Apabila bebola getah itu dipamkan, pundi getah akan mula berkembang. Tekanan yang dihasilkan akibat daripada pengembangan pundi getah itu akan ditunjukkan dengan kenaikan paras raksa di dalam tiub kaca. Dengan menggunakan stetoskop dan sfignomanometer, bacaan tekanan darah seseorang boleh diambil. Terdapat juga alat sfignomanometer digital. Ia tidak perlukan stetoskop. Pesakit hanya perlu memasangkan pembalut kain ditangannya dan alat berkenaan akan memberikan bacaan tekanan darah dan nadi pesakit secara automatik.

48

4.13. Stetoskop Stetoskop adalah alat pendengaran yang digunakan doktor-doktor dan jururawatjururawat untuk mendengar pernafasan pesakit, ruang dada dan abdomen, pengambilan bacaan tekanan darah dan lain-lain. Ia terdiri daripada satu permukaan berbentuk piring leper yang berdiameter lebih kurang 5 cm dan pada bahagian belakang permukaan tersebut, terdapat sebuah piring yang melengkuk ke dalam atau berbentuk loceng, berdiameter lebih kurang 3.5 cm. Bahagian ini disambung ke dua utas tiub getah yang kemudiannya masing-masing disambung ke tiub besi yang melengkung ke dalam. Pada bahagian hujung tiub-tiub besi ini, terdapat pembalut yang diperbuat daripada getah/plastik lembut. Piring leper berfungsi untuk mendengar bunyi pada bahagian yang tertentu dan piring yang melengkuk / berbentuk loceng adalah untuk mengumpul dan memperkuatkan bunyi yang didengar. Kedua-dua tiub getah dan tiub besi merupakan sambungan bagi bahagian piring ke telinga pengguna stetoskop. Pada bahagian hujung tiub-tiub besi, terdapat pembalut yang diperbuat daripada getah atau plastik lembut untuk diletakkan pada bahagian cuping telinga pengguna supaya bunyi tersebut dapat didengar oleh pengguna.

49

4.14. Lain-lain keperluan Pengikat: Pengikat atau tourniquet digunakan untuk mengikat tiub-tiub darah pada tangan pesakit semasa rawatan. JANGAN gunakan tourniquet untuk menghentikan pendarahan akibat dari cabutan jarum-jarum AVF atau semasa mengkanulasikan jarum-jarum AVF. Bekas simpanan: Bekas untuk menyimpan barangan pakai-buang pesakit seperti dialiser dan lain-lain agar sentiasa bersih dan tidak tercemar dengan bahan-bahan atau cecair-cecair yang boleh menyebabkan infeksi bersilang. Bekas penerima: Bekas penerima adalah bekas pembuangan cecair atau barangan yang telah dicemari dengan darah atau cecair pesakit. Berhati-hati semasa mengendalikan bekas berkenaan terutamanya bekas yang mengandungi jarum-jarum atau barangan tajam.

Pengetahuan Asas Untuk Pengendalian Rawatan Haemodialisis

Bab 3

-

Teknik klinikal

50

Bab 3 - Teknik klinikal
1. Berat badan optima “Dry Weight”
1.1. Pengenalan Berat badan manusia bergantung kepada struktur tulang rangka dan ketinggian seseorang. Pada umumnya, seseorang yang sihat akan minum dua liter air pada setiap hari dan akan kehilangan lebih kurang 500 ml (1/2 liter) melalui pernafasan dan perpeluhan, yang dianggap sebagai kehilangan yang tidak boleh dihitung (insensible loss) dan bakinya disingkir sebagai najis dan melalui ginjal sebagai air kencing. Bagi seseorang pesakit yang mengalami kegagalan ginjal, berat badan yang optima adalah kritikal. Ini disebabkan oleh kedua-dua ginjalnya yang tidak berfungsi, tidak dapat menyingkirkan air yang berlebihan dari tubuh badannya. Jumlah air yang tersimpan di dalam tubuh badan pesakit boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti kesesakan sistem pengaliran darah, kelemahan jantung, kesesakan pernafasan dan lain-lain. “ Dry weight” ialah istilah yang merujuk kepada berat badan optima pesakit, di mana saiz jantung dan tekanan darahnya berada pada tahap normal. Pesakit dapat tidur dengan satu bantal dan menjalani aktiviti seharian secara normal. Air yang berlebihan di dalam tubuh badannya yang boleh mendatangkan komplikasi-komplikasi yang akan menjejaskan kesihatan pada jangkamasa pendek dan panjang. Setelah doktor menentukan berat badan kering pesakit, jururawat yang mengendalikan rawatan haemodialisisnya perlu berusaha bagi mencapai berat badan yang telah ditetapkan dengan secepat mungkin. Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada pesakit. 1.2. Pencapaian anggaran berat badan optima Usaha untuk mencapai anggaran berat badan optima adalah usaha bersama antara pesakit dan jururawatnya. Tanpa persefahaman dan kerjasama yang erat di antara mereka boleh mengakibatkan kegagalan dalam pencapaian keputusan rawatan yang diharapkan. Pesakit perlu menjaga pemakanannya, terutama jumlah air yang diminum setiap hari. Jumlah air yang terkandung dalam hidangan makanan hariannya seperti sup, bubur, buah-buahan dan lain-lain juga perlu diambilkira. Had pengambilan air yang ditetapkan perlu dipatuhi.

51

Jururawat yang mengendalikan rawatan haemodialisis akan mengira perbezaan berat badan pesakit sebelum setiap sesi rawatan dialisis, dan dibandingkan dengan berat badan selepas rawatan terakhir pesakit. Kenaikan berat badan di antara kedua-dua sesi rawatan dialisis perlu sentiasa berada pada tahap yang dihadkan. Kenaikan berat badan pesakit di antara dua sesi rawatan berkenaan adalah dihadkan kepada 3% – 5% daripada berat badan optima pesakit. Walau bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya mengawasi kenaikan berat badannya sambil mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ini adalah penting untuk menjaga kesihatan pesakit pada keseluruhannya. Jangkamasa yang diperlukan untuk mencapai anggaran berat badan seseorang pesakit bergantung kepada beberapa faktor seperti keinginan pesakit untuk menangani kesankesan penyakitnya dan memperolehi keputusan rawatan yang menggalakkan. 1.3. Pengiraan jumlah air yang disarankan Kaedah rawatan dialisis mempunyai 2 bahagian manakala penyingkiran air yang berlebihan (ultraturasan) adalah salah satu daripadanya. Pengiraan penyingkiran air dari pesakit adalah penting untuk memastikan keberkesanan rawatan dialisis yang disampaikan: 1. Dapatkan bacaan berat badan pesakit pada akhir sesi rawatan yang terakhir. 2. Bandingkan berat badan pesakit pada permulaan sessi rawatan kali ini dengan yang terakhir sebelum ini. 3. Jumlah perbezaan, ialah kenaikan air yang berpunca dari pemakanan pesakit. 4. Bandingkan jumlah ini dengan berat badan kering pesakit yang telah ditetapkan oleh doktor dan tentukan samada pesakit berada dalam lingkungan 3 – 5% dari berat badan optima seperti disyorkan. 5. Jumlah air yang perlu disingkirkan bergantung kepada 3 dan 4. Jumlah air yang disarankan perlu ditingkatkan supaya berat badan seperti yang disyorkan oleh doktor dapat dicapai. 6. Bertanya kepada pesakit sama ada beliau bercadang untuk makan-minum semasa rawatan. Anggarkan jumlah makanan dan minuman pesakit berkenaan. (1gram makanan / minuman bersamaan 1ml air). 7. Sejumlah 200 – 250ml normal saline akan digunakan untuk mengembalikan darah yang mengalir di lingkaran tiub-tiub darah dan diliser di luar badan pesakit pada akhir rawatan. 8. Campurkan 5, 6 & 7 dan jumlah ini adalah jumlah yang perlu disingkirkan dari tubuh badan pesakit.

52

9. Jika kurang pasti tentang jumlah yang patut disingkirkan, sila hubungi doktor atau jururawat bertauliah yang bertugas dan menunggu arahan selanjutnya.. 1.4. Cara pengiraan “TransMembrane Pressure” (TMP): 1. Dapatkan faktor daya pengeluaran air (KUF) dialiser yang boleh diperolehi dari syarikat pembekal. Faktor daya pengeluaran air dialiser adalah jumlah air yang mampu dikeluarkan oleh dialiser pada tekanan 1 mmhg (milimeter raksa) pada setiap jam. 2. Hitungkan jumlah air yang disasarkan untuk dikeluarkan dari pesakit (goal). 3. Pastikan jumlah masa rawatan yang akan dilakukan (masa). 4. Pengiraan tekanan “Transmembrane Pressure” atau “TMP” ialah: TMP : ____ _Sasaran_ ____ KUF x Masa

1.5. Kesan sampingan tersilap kiraan: 1. Jumlah air yang berlebihan di dalam tubuh badan pesakit boleh mengakibatkan kelemahan jantung, tekanan darah tinggi, paru-paru berair, kesesakan nafas dan kematian. 2. Pengeluaran air yang berlebihan dari tubuh badan pesakit boleh menyebabkan pesakit berasa pening, pengsan, tekanan darah yang rendah, kerosakan AVF, serangan sakit jantung dan kematian.

53

Bab 3 – Teknik Klinikal
2. Pencegahan pembekuan darah
Darah yang mengalir di dalam tubuh badan manusia tidak akan membeku kerana terdapat beberapa faktor tertentu seperti heparin semula-jadi dan suhu badan yang mencegah proses pembekuan dari berlaku. Proses pembekuan darah akan bermula apabila darah terkeluar dari sistem pengaliran darah tertutup di dalam tubuh badan manusia. Rawatan dialisis memerlukan pengaliran darah yang berterusan dan keluar-masuk tubuh badan pesakit sepanjang sesi rawatan. Darah akan mula membeku sebaik sahaja disalur keluar dari tubuh badan pesakit. Heparin yang dibekalkan untuk rawatan dialisis boleh didapati dalam bentuk cecair di dalam vial 5ml dan 10ml. Kekuatannya adalah 1,000iu dan 5,000iu dalam 1ml/cecair. Keperluan heparin biasanya tertakluk kepada arahan doktor. 2.1. Persediaan cecair heparin 1. Dapatkan jumlah heparin yang diperlukan untuk rawatan. 2. Pilihkan saiz siring yang bersesuaian. 3. Ambilkan vial heparin yang berkenaan. 4. Keluarkan jumlah cecair heparin yang diperlukan dari vial. Contoh: Keperluan: 10,000iu heparin dalam 10ml cecair normal saline. Pastikan kepekatan heparin di dalam vial terlebih dahulu. Keluarkan 2ml cecair heparin dari vial 5,000iu/ml cecair heparin (2ml bersamaan 10,000iu cecair heparin) dengan menggunakan siring. Gunakan siring yang sama dan keluarkan 8ml cecair normal saline sehingga bacaan siring menunjukkan bacaan 10ml.(1ml bersamaan 1,000iu cecair heparin/normal saline). Jika pesakit memerlukan 4,000iu cecair heparin sebagai dos bolus, suntikan 4ml cecair heparin/normal saline bersamaan 4,000iu cecair heparin. 5. Kembalikan baki heparin ke dalam peti ais secepat mungkin selepas digunakan. 6. Periksakan jumlah heparin yang telah ditetapkan sebelum diberikan kepada pesakit. 7. Memperhatikan pemberian cecair heparin oleh pam heparin semasa rawatan haemodialisis.

54

2.2. Cara-cara pemberian 1. Dos bolus : 2. Dos bersambungan : 3. Dos beransur-ansur : 4. Dos bebas heparin :

Pemberian dos yang diberi sekali gus. Pemberian dos sepanjang masa dengan penggunaan pam. Pemberian dos mengikut had masa yang ditetapkan seperti pada setiap jam. Tidak melibatkan heparin semasa rawatan.

2.3. Kesan sampingan heparin 1. Pendarahan yang berlebihan atau / dan sukar hendak dihentikan.

55

Bab 3 – Teknik Klinikal
3. Kaedah “recirculation”
Kaedah ini melibatkan pengaliran cecair “normal saline” atau darah pesakit di dalam lingkaran tertutup tiub-tiub darah dan dialiser tanpa disambung kepada pesakit. Ia dilaksanakan dalam keadaan-keadaan berikut: 1. Semasa menunggu pesakit bersiap sedia untuk menjalani rawatan. 2. Untuk menyingkirkan baki bahan-bahan disinfektan atau “pyrogen” yang berkemungkinan terkandung di dalam tiub-tiub darah atau dialiser yang diguna semula sebelum disambungkan kepada pesakit. 3. Untuk memudahkan proses-proses tertentu dijalankan seperti pembetulan kedudukan jarum AVF, reaksi pryogenik, penggantian tiub-tiub darah atau disliser yang bocor atau tersumbat. 3.1. Permulaan kaedah recirculation darah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Hentikan pam darah. Sepitkan klam tiub darah arteri dan jarum AVF arteri. Tanggalkan tiub darah arteri dari jarum AVF arteri. Sepitkan klam tiub darah vena dan jarum vena. Tanggalkan tiub darah vena dari jarum AVF vena. Sambungkan tiub-tiub darah arteri dan vena dengan menggunakan penyambung. 7. Bukakan klam tiub-tiub darah arteri dan vena. 8. Mulakan pam darah semula dengan kelajuan 150ml/seminit. 9. Isikan siring dengan cecair “normal saline” dan bersihkan darah dari jarumjarum AVF dengan mengepamkan darah yang terdapat di dalam jarum-jarum AVF kembali ke saluran darah pesakit.. Pastikan tiada udara termasuk ke dalam saluran darah pesakit. 10. Tutupkan penghujung jarum-jarum AVF dengan tudungnya.

Perhatian: kaedah recirculation darah hanya boleh dilakukan selama 15 minit pada setiap kali. Darah perlu dipulangkan kepada pesakit dengan serta merta sekiranya keadaan tertentu tidak dapat dipulihkan dalam tempoh tersebut.

56

3.2. Mengakhiri kaedah “recirculation” darah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Hentikan pam darah. Sepitkan klam tiub-tiub darah arteri dan vena. Tanggalkan penyambung dari tiub-tiub darah. Tanggalkan tudung jarum-jarum AVF. Sambungkan tiub-tiub darah kepada jarum-jarum AVF berkenaan. Bukakan keempat-empat klam berkenaan. Pastikan tiada udara di dalam tiub darah dan jarum AVF vena. Mulakan pam darah dengan kelajuan yang perlahan sambil memerhatikan keadaan pesakit. 9. Jika tiada sebarang masalah, kelajuan pam darah boleh dipercepatkan sehingga mencapai kelajuan biasa.

57

Bab 3 – Teknik Klinikal
4. Mesin haemodialisis
4.1 Pengenalan Terdapat pelbagai jenama dan model mesin haemodialisis di Malaysia seperti jenama Fresenius, Althin, Gambro, Kawasumi, Nipro, B. Braun dan lain-lain. Pada dasarnya, semua mesin haemodialisis yang terdapat di pasaran Malaysia mematuhi mutu piawaian bagi rawatan haemodialisis – seperti yang terkandung di dalam piawaian AAMI (America Syarikat) atau IEC (Europa). Fungsi-fungsi Mesin Haemodialisis: 4.2 Fungsi-fungsi utama: Untuk mengepamkan darah pesakit keluar dari tubuh badan pesakit dan mengembalikanya selepas diproseskan. Untuk menyediakan cecair dialisat. Untuk menyingkirkan jumlah air dari tubuh badan pesakit yang telah ditetapkan. 4.3. Suis-Suis: “On/Off” “Start” “Bypass” - untuk menyambungkan bekalan elektrik ke mesin - untuk memulakan atau menghentikan masa rawatan - untuk memulakan atau menghentikan pengaliran dialisat melalui tiub-tiub dialisat ke dialiser “Test” - untuk menguji fungsi-fungsi mesin “Mute” - untuk menghentikan bunyi-bunyi amaran buat sementara “Prime” - untuk menjalankan proses mengisikan tiub-tiub darah dan dialiser dengan cecair normal saline “Disinfect” - untuk memulakan proses mendisinfektankan mesin “Heparin” - untuk memulakan dan menghentikan pam heparin “Reset” - untuk memulakan semula fungsi yang terhenti “Air Bubble Detector” – untuk memulakan dan menghentikan pengesanan buih-buih udara di dalam tiub-tiub darah

4.4. Petunjuk-petunjuk: Jumlah air untuk disingkirkan sepanjang rawatan. Jumlah air yang telah disingkirkan pada ketika itu. Jumlah masa yang ditetapkan untuk rawatan.

58

Jumlah baki masa rawatan pada ketika itu. Tekanan Arteri - untuk menunjukkan bacaan tekanan di dalam tiub darah arteri semasa rawatan dikendalikan. Tekanan Vena - untuk menunjukkan bacaan tekanan di dalam tiub darah vena semasa rawatan dikendalikan. Tekanan TMP - untuk menunjukkan bacaan tekanan sedutan yang dikenakan pada rerambut dialiser bagi menyingkirkan jumlah air yang telah disasarkan. 4.5. Amaran-amaran: Alat pengesan udara: • akan menghentikan pam darah dan memberi isyarat jikalau terdapat udara di dalam tiub darah vena. Pengesan kebocoran rerambut dialiser: • memberi isyarat apabila terkesan darah di dalam dialisat akibat daripada kebocoran rerambut dialiser. Melebihi atau kurang daripada paras yang ditetapkan: • tekanan arteri • tekanan vena • tekanan TMP • konduktiviti dialisat • suhu dialisat Penamatan masa yang ditetapkan: • masa rawatan • masa pemberian heparin • masa mendisinfeksi Pam darah: • membantu dalam penyaluran darah keluar dan mengembalikannya setelah diproses ke badan pesakit melalui tiub-tiub darah. Suis pam darah: • mengawal kelajuan pam darah. Alat pengesan buih: • mempunyai dua fungsi. • Untuk mengesan buih-buih udara di dalam darah yang telah diproseskan sebelum dikembalikan kepada pesakit.

59

•

Menyekat pengaliran darah yang mengandungi buih-buih udara dari memasuki badan pesakit. Buih-buih udara di dalam darah boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan kematian. untuk pemberian dos cecair heparin secara automatik melalui siring mengikut sukatan yang ditentukan.

Pam heparin: •

60

Bab 3 – Teknik Klinikal
5. Persediaan untuk Rawatan
1. Gunakan sarung tangan untuk menjaga keselamatan anda. 2. Sediakan mesin haemodialisis seperti yang disarankan oleh syarikat pembekal mesin. 3. Pasangkan dialiser pada pemegang dialiser mesin. 4. Sambungkan bahagian pam tiub darah arteri ke pam darah mesin. 5. Pasangkan tabung arteri pada pemegang tabung arteri. 6. Sambungkan bahagian hujung tiub darah arteri ke bahagian arteri dialiser. 7. Sambungkan bahagian hujung tiub darah vena ke bahagian vena dialiser. 8. Pasangkan tabung vena pada pemegang tabung vena. 9. Pasangkan bahagian tiub darah vena ke alat pengesan udara mesin. 10. Letakkan bahagian permulaan tiub darah vena pada bekas penerima tanpa menyentuh bahagian tepi bekas tersebut. 11. Sambungkan set IV ke botol cecair “normal saline” dan bahagian permulaan tiub darah arteri. 12. Bukakan semua klam dan mulakan pam darah dengan kelajuan 100ml/minit. 13. Isikan tabung arteri ¾ penuh dengan cecair “normal saline”. 14. Tegakkan dialiser dengan bahagian arteri pada sebelah bawah dan vena pada sebelah atas. Kaedah ini adalah untuk menyingkirkan udara yang terdapat di dalam dialiser. 15. Picit-picitkan tiub darah vena untuk mengeluarkan udara yang terperangkap di dalam dialiser. 16. Isikan tabung vena ¾ penuh dengan cecair “normal saline”. 17. Kosongkan botol cecair “normal saline” dan hentikan pam darah. 18. Gantikan botol cecair “normal saline” yang kosong dengan yang baru. 19. Sambungkan kedua-dua penyambung dialisat arteri dan vena pada mesin, ke bahagian dialisat dialiser masing-masing. 20. Sambungkan permulaan tiub darah arteri ke permulaan tiub darah vena dengan menggunakan penyambung, lakukan kaedah recirculation sekurang-kurangnya 10 minit. 21. Mulakan pam darah dengan kelajuan 250ml/minit. (Pastikan TMP berada di antara 10 –50mmhg jika boleh). 22. Masukkan sukatan heparin yang telah ditetapkan ke dalam saluran lingkaran tiub-tiub darah melalui talian heparin. 23. Selepas 10 minit: a. Dialiser baru: mesin dalam keadaan sedia diguna oleh pesakit.

61

b. Dialiser lama: jalankan ujian untuk mengesan baki bahan disinfektan, jikalau dikesan, buat “recirculation” selama sepuluh minit lagi sehingga bersih. 24. Buangkan cecair yang terkandung di dalam bekas penerima dengan cara yang telah disyorkan.

62

Bab 3 – Teknik Klinikal
6. Ujian untuk baki bahan disinfektan
1. Hentikan pam darah selepas sepuluh minit atau lebih selepas melakukan kaedah “recirculation”. 2. Sediakan kertas ujian (“test strip”) untuk menguji baki bahan disinfektan di dalam lingkaran tiub-tiub darah dan dialiser. 3. Sepitkan klam pada permulaan tiub darah arteri. 4. Bukakan klam set IV cecair “normal saline”. 5. Mulakan pam darah dengan kelajuan 20 ml/minit. 6. Letakkan kertas ujian di dalam saluran cecair yang mengalir keluar dari tiub darah vena. 7. Hentikan pam darah. 8. Perhatikan kertas ujian sama ada ia bertukar warna atau tidak. Bandingkan warna tersebut dengan senarai warna yang sedia ada dengan kertas ujian tersebut dan membaca keputusannya. 9. Lakukan kaedah recirculation selama 10 minit lagi jika masih terdapat kesan baki bahan disinfektan. 10. Lakukan kaedah recirculation dan ujian baki bahan disinfektan sehingga ujian tersebut menunjukkan keputusan negatif.

63

Bab 3 – Teknik Klinikal
7. Pemulaan Rawatan
Gunakan sarung tangan untuk menjaga keselamatan diri anda. Hentikan pam darah mesin. Sambungkan permulaan tiub darah arteri ke jarum AVF arteri. Mulakan pam darah dengan kelajuan 100ml/minit. Masukkan cecair heparin mengikut sukatan yang telah ditetapkan apabila darah di dalam tiub darah sampai ke talian heparin. 6. Tunggakkan dialiser supaya bahagian arteri berada pada bahagian bawah semasa darah mula memasuki dialiser. 7. Pusingkan bahagian arteri dialiser ke atas selepas dialiser telah dipenuhi dengan darah. 8. Hentikan pam darah apabila darah menghampiri permulaan tiub darah vena. 9. Sambungkan permulaan tiub darah vena ke jarum AVF vena. 10. Pastikan tiada udara berada di dalam saluran lingkaran tiub darah. 11. Bukakan klam pada talian alat pengesan tekanan vena dan arteri. 12. Mulakan pam darah dengan kelajuan 100ml/minit, sambil menanya pesakit sama ada beliau terasa sebarang kesakitan. 13. Perhatikan tekanan vena dan arteri supaya tidak meningkat dengan mendadak, jika ini berlaku, bererti terdapat penyekatan pada pengaliran darah. 14. Dengan perlahan-lahan, meningkatkan kelajuan pam darah ke kelajuan yang ditetapkan. 15. Pastikan pesakit berasa selesa. 16. Catitkan semua perkara yang telah ditetapkan dalam borang berkenaan. 1. 2. 3. 4. 5.

64

Bab 3 – Teknik Klinikal
8. Pemerhatian Semasa Rawatan
Adalah ditegaskan bahawa pemerhatian terhadap keadaan pesakit dari semasa ke semasa adalah penting. Kekerapan pemerhatian pada pesakit tertakluk kepada keadaan pesakit. Pemerhatian termasuklah pengambilan bacaan tekanan darah, nadi, keadaan am pesakit dan mesin. 8.1. Bacaan tekanan darah & nadi Adalah disyorkan mengambil bacaan tekanan darah dan nadi pesakit sekurang-kurang sekali setiap jam rawatan. Lebih kerap jika keadaan memerlukan. 8.2. Keadaan am pesakit Perhatikan wajah pesakit sama ada lesu, pucat dan lain-lain yang memberikan petanda awal bahawa komplikasi akan berlaku. 8.3. Mesin Mesin berfungsi dengan baik. Pengaliran darah yang sempurna dan warna darah di dalam tiub-tiub darah tidak kelihatan kehitam-hitaman. Bacaan-bacaan pada mesin dalam lingkungan bacaan yang sepatutnya. Keperluan mesin seperti cecair dialisat adalah mencukupi. Mencatitkan semua bacaan yang perlu dengan sempurna dan tepat. Beritahu kepada Doktor atau Jururawat Terlatih dengan serta-merta sekiranya terdapat sebarang bacaan atau keadaan yang di luar kebiasaan.

65

Bab 3 – Teknik Klinikal
9. Tamat Rawatan
1. Gunakan sarung tangan untuk menjaga keselamatan anda. 2. Isikan siring dengan 8ml cecair “normal saline”. 3. Padamkan alat pengesan had tekanan vena, arteri dan TMP. Pastikan anda sentiasa memerhatikan bacaan tekanan vena dan arteri berada pada tahap yang ditetapkan semasa menjalani proses pemulangan darah pesakit. Bacaan tekanan yang tinggi menunjukkan pengaliran darah tersekat. 4. Jangan matikan pengesan buih semasa pemulangan darah. 5. Hentikan pam darah mesin. 6. Sambungkan set IV ke bahagian permulaan tiub darah arteri. 7. Gunakan siring yang mengandungi cecair “normal saline” untuk memulangkan darah di dalam jarum AVF arteri. 8. Mulakan pam darah dengan kelajuan 100ml/minit. 9. Picit-picitkan tiub darah arteri supaya semua darah dapat dipulangkan kepada pesakit. 10. Pastikan dialiser ditegakkan dengan bahagian arteri berada di sebelah bawah. 11. Picit-picitkan tiub darah vena supaya dapat membersihkan darah dari dialiser. 12. Picit-picitkan tiub darah vena supaya semua darah dapat dipulangkan kepada pesakit. 13. Hentikan pam darah apabila tiada kelihatan darah dalam tiub darah vena. 14. Tanggalkan tiub darah vena dari jarum AVF vena. 15. Tanggalkan semua barangan “disposable” daripada mesin. 16. Pastikan barangan “disposable” dibawa dan disimpan pada tempat yang disyorkan. 17. Mulakan proses pembersihan dan mendisinfeksikan mesin.

66

Bab 3 – Teknik Klinikal
10. Proses Mengeluarkan Jarum AVF
1. Pakai sarung tangan untuk menjaga keselamatan anda. 2. Maklumkan pesakit tentang langkah-langkah yang akan dilakukan. 3. Lipatkan gauze dan letakkannya pada tempat jarum AVF vena yang memasuki kulit pesakit. 4. Keluarkan jarum tersebut dengan perlahan-lahan sambil menekan gauze untuk menghentikan pendarahan. 5. Letakan jarum berkenaan ke dalam bekas buangan jarum AVF dan JANGAN menyarungkan kembali jarum itu dengan sarung penutupnya. 6. Selepas 5 – 10 minit, tanggalkan gauze dan tampalkan dengan plaster jika tidak ada perdarahan. 7. Lakukan yang sama untuk jarum AVF arteri. 8. Pastikan AVF pesakit masih berfungsi. 9. Bawa bekas jarum-jarum AVF yang sudah dipakai ke tabung khas untuk dihapuskan. 10. Jangan menggunakan pengikat [“tourniquet”] untuk menghentikan pendarahan.

67

Bab 3 – Teknik Klinikal
11. Pembersihan Mesin
11.1. Badan mesin 1. Lapkan mesin dengan menggunakan kain bersih dan air sahaja. Bilaskan kain dengan air bersih setiap kali apabila hendak menggunakannya semula untuk mesin-mesin lain atau menggunakan kain berasingan yang bersih. Penggunaan sabun boleh digunakan untuk kekotoran degil. 2. Gunakan bahan disinfektan dan kaedah yang ditetapkan untuk membersih kesan-kesan darah. 11.2. Saluran litaran dalaman a. Pembilasan - proses membilas saluran litar dalaman mesin dengan air bertujuaan untuk membersihkan saluran litar dalaman yang mengandungi garam-garam galian, kesan darah, bahan-bahan kumuhan dan lain-lain. b. Dekalsifikasi - proses untuk mencairkan garam-garam galian yang terlekat pada dinding saluran litar dalaman mesin. Sekiranya keadaan sedemikian dibiarkan, lapisan garam pada dinding akan bertambah dan ini boleh menjejaskan operasi mesin. c. Disinfeksi - proses untuk membasmikan kuman-kuman di dalam saluran litar dalaman mesin. Jika proses ini tidak dilakukan dengan sempurna, ia boleh menyebabkan pembiakan dan jangkitan kuman. d. Disinfeksi Haba - proses seperti disinfeksi tetapi menggunakan air yang panas tanpa / atau dengan penggunakan bahan kimia tertentu yang boleh membasmi kuman-kuman yang lali kepada bahan disinfektan yang biasa digunakan. e. Peluntur - proses untuk menghapuskan selaput protein yang terlekat pada saluran litar dalaman mesin. Sekiranya dibiarkan, ini akan menyebabkan kejadian jangkitan pada pesakit atau / dan

68

menjejaskan prestasi mesin. 1. Menjalani proses dekalsifikasi, disinfeksi dan peluntur seperti yang disyorkan oleh syarikat pembekal mesin. 2. Pastikan jumlah bahan-bahan dekalsifikasi, disinfeksi dan peluntur yang terkandung dalam bekas masing-masing mencukupi untuk menjalani proses berkenaan.

69

Bab 3 – Teknik Klinikal
12. Ubat-ubatan
Pesakit-pesakit yang menjalani rawatan haemodialisis perlu mengambil ubat-ubatan untuk mengawal keadaan-keadaan tertentu seperti tekanan darah dan paras fosfat yang tinggi. Pesakit-pesakit perlu mengambil ubat-ubatan mereka mengikut arahan yang telah diberikan. Mengingkari arahan doktor boleh memudaratkan kesihatan mereka. Perlu diingatkan bahawa ada ubat-ubatan yang mempunyai pelbagai fungsi selain dari yang digunakan untuk seseorang pesakit. Adalah dilarang mengesyorkan pesakit mengambil sebarang ubat tanpa arahan dari doktor atau kakitangan kejururawatan bertauliah. 12.1. Ubat mengawal tekanan darah tinggi Terdapat pelbagai jenis ubat untuk mengawal tekanan darah. Ubat-ubatan ini biasanya mengawal tekanan darah dengan beberapa cara seperti mengembangkan saluran-saluran darah, melembutkan dinding saluran darah dan lain-lain. Kebanyakan ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tidak boleh dicuci keluar semasa rawatan dialisis. Perlu diingatkan bacaan tekanan darah pesakit perlu diambil dari masa ke semasa pesakit menjalani rawatan. Ini adalah kerana pesakit boleh mengalami keadaan tekanan darah yang sangat rendah akibat kesan ubat berkenaan. Maklumkan kepada Doktor atau kakitangan kejururawatan dengan segera jika ia berlaku untuk tindakan selanjutnya. Kesan sampingan lain yang boleh dialami pesakit akibat ubat-ubat mengawal tekanan darah adalah seperti dahaga, denyutan jantung tidak seimbang, impoten, sakit kepala, sakit perut dan banyak lagi mengikut tindakan ubat-ubat berkenaan. 12.2. Ubat menggalakkan kencing Ubat-ubatan jenis ini dikenali sebagai “diuretics”. Ia hanya akan menggalakkan nefron-nefron yang masih sihat untuk menambahkan pengeluaran air kencing. Ubat jenis ini boleh digunakan untuk mengawal tekanan darah yang tinggi. Kesan sampingannya adalah tahap kalium rendah di dalam darah yang boleh mengakibatkan serangan sakit jantung. 12.3. Ubat Pengikat fosfat (phosphate binders)

70

Ubat-ubatan jenis pengikat fosfat adalah ubat yang menghalang fosfat yang terdapat di dalam makanan, diserap oleh sistem penghadaman. Ubat jenis ini perlu di makan bersama makanan. Kumpulan ubat-ubatan dari bahan kalsium sering di gunakan untuk tujuan ini. 12.4. Ubat kalsium Selain digunakan sebagai pengikat fosfat, ubat-ubatan jenis ini juga diberikan sebagai tambahan keperluan tubuh badan. Penghadaman kalsium oleh sistem usus pesakit kegagalan ginjal adalah terhad. Pengambilan kalsium mungkin dibantu dengan pengambilan vitamin D. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang-tulang reput dan mudah patah. 12.5. Vitamin-vitamin Selain dari vitamin D, vitamin-vitamin lain perlu diberikan sebagai tambahan untuk kesihatan pesakit. Perlu diingatkan vitamin-vitamin untuk kesuburan tubuh badan akan disingkir keluar semasa rawatan haemodialisis. Vitamin B12 dan asid folik perlu untuk pembentukan dan kesuburan sel-sel darah merah. 12.6. Zat Besi Pesakit kegagalan ginjal sentiasa menghadapi masalah kekurangan darah (anemia) kerana kesuburan som-som darah tertindas akibat darah yang kotor, kekurangan pengeluaran hormon eritropoitin dan kehilangan darah semasa rawatan. Pengambilan zat besi tambahan mungkin perlu mengikut panduan pemeriksaan darah pesakit. 12.7. Suntikan Hormon Eritropoitin (EPO) Hormon eritropoitin adalah penting untuk kesuburan dan kematangan sel-sel darah merah muda. Pengeluaran hormon eritropoitin yang dikeluarkan oleh ginjal akan terjejas sekiranya ginjal berkenaan gagal. Masalah ini boleh diatasi dengan rawatan haemodialisis yang mencukupi dan suntikan eritropoitin. Suntikan yang berlebihan tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan peningkatan tahap haemoglobin darah dan tekanan darah yang terlampau tinggi.

71

3. Menjalani proses dekalsifikasi, disinfeksi dan peluntur seperti yang disyorkan oleh syarikat pembekal mesin. 4. Pastikan jumlah bahan-bahan dekalsifikasi, disinfeksi dan peluntur yang terkandung dalam bekas masing-masing mencukupi untuk menjalani proses berkenaan.

72

Bab 3 – Teknik Klinikal
13. Pemakanan
Pemakanan seseorang pesakit yang menjalani rawatan haemodialisis adalah penting. Ini adalah kerana amalan pemakanan dan minuman harian pesakit boleh menentukan keadaan kesihatan pesakit. Perlu diingatkan bahawa setiap makanan yang dimakan pesakit, sebahagian besarnya akan bertukar menjadi air dan baki kecilnya, pepejal setelah dicernakan di dalam tubuh badannya. 13.1. Air Sukatan air yang diminum perlu diberikan perhatian pada setiap masa. Pesakit perlu diingatkan bahawa jumlah sukatan air minuman (500 – 700ml) harian yang dibenarkan bergantung kepada kenaikan berat badan pesakit di antara dua sesi rawatan yang berturutan. Air yang berlebihan boleh mengakibatkankan yang berikut: a. Kesesakan nafas. b. Tekanan darah tinggi. c. Jantung bengkak dan lemah. d. Peparu berair. e. Kematian. 13.2. Permakanan Pemakanan yang seimbang perlu diberikan keutamaan. Pemakanan yang tidak seimbang boleh mendatangkan beberapa keadaan yang mudarat. a. Makanan tenaga (karbohidrat)– makanan seperti nasi, roti, mee dan lain-lain menghasilkan tenaga. Jika tubuh badan pesakit tidak dapat menghasilkan tenaga yang diperlukan bagi menjalani aktiviti seharian, ia boleh menyebabkan tubuh badan mula mencernakan protein yang terdapat pada tubuh badan berkenaan. Seterusnya, ini boleh mengakibatkan pesakit kehilangan berat badan dan menjadi kurus. b. Makanan protein – makanan protein boleh didapati daripada ternakan dan sayur-sayuran seperti telur, daging, ikan, tauhu, tempeh dan lain-lain. Jika tubuh badan pesakit kekurangan protein yang diperlukan, ia boleh menyebabkan pencernaan protein oleh tubuh badannya. Secara tidak langsung, ini akan mengakibatkan peningkatan bahan-bahan kumuhan seperti urea dan kreatinin dalam darah. Pesakit yang menerima rawatan yang mencukupi memerlukan lebih kurang 20% protein tambahan jika dibandingkan dengan

73

keperluan protein harian bagi individu yang sihat. Pemakanan protein secara berlebihan tidak digalakkan sama sekali. 1. Fosfat & kalsium – Unsur fosfat dan kalsium adalah penting untuk kesihatan tulang dan gigi manusia. Penyingkiran kedua-dua unsur ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna setelah kegagalan ginjal berlaku. Apabila paras fosfat kian meningkat di dalam darah, tubuh badan pesakit akan mengambil kalsium dari tulang-tulang pesakit untuk mengimbangkan paras fosfat. Ini boleh menyebabkan kereputan dan kepatahan tulang-tulang serta sakit sendi, kegatalan kulit dan kesakitan pada mata. Pesakit perlu mengurangkan makanan yang mengandungi fosfat seperti coklat, makanan laut, susu, keju dan lainlain. Mereka juga perlu mengambil ubat pengikat fosfat bersama-sama dengan makanan dan kalsium tambahan seperti yang diarah oleh doktor. 2. Kalium – paras kalium yang tinggi dan rendah boleh mengakibatkan denyutan jantung yang tidak teratur dan justeru itu menyebabkan serangan sakit jantung. Pemakanan makanan yang mengandungi unsur kalium yang tinggi seperti pisang, cempedak, nangka, brocoli, bayam, kopi, air kelapa dan lain-lain tidak diizinkan. Kalium yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dapat dikurangkan dengan merendamkannya di dalam air suam serta menukarkan air tersebut untuk beberapa kali dalam masa 1 – 2 jam. 3. Garam – paras garam yang tinggi boleh mengakibatkan kehausan dan kenaikan tekanan darah. Amalan pemakanan bahan yang mengandungi paras garam yang tinggi seperti telur masin, sayur masin, makanan ala barat, makan tin dan lain-lain perlu dihentikan. 4. Lemak dan Kolesetrol – pemakanan yang mengandungi lemak yang tinggi boleh menyebabkan kolesterol darah kian meningkat dan justeru itu mengakibatkan serangan sakit jantung. Amalan pemakanan kurang lemak melalui cara seperti mengurangkan penggunaan lemak (santan kelapa) dalam lauk, membuangkan lemak-lemak lebihan pada daging, membuangkan kepala udang dan ikan bilis semasa memasaknya dan lain-lain yang boleh mengurangkan paras lemak dan kolesterol pada darah pesakit. Bahan-bahan masakan yang mengandungi lemak dan kolesterol adalah santan kelapa, minyak sapi, mayonnaise, kuning

74

telur, organ-organ ternakan, kaki dan sayap ayam, susu pekat dan lainlain. Pesakit-pesakit perlu diberikan kebebasan untuk memilih makanan supaya dapat meningkatkan selera mereka. Akan tetapi, sentiasa mengingati nasihat-nasihat di atas supaya keadaan-keadaan yang tidak diingini dapat dielakkan.

75

Bab 3 – Teknik Klinikal
14. Prinsip penggunaan-semula dialiser
Terdapat dua cara untuk mengguna dialiser, iaitu penggunaan dialiser sekali sahaja atau penggunaan-semula. Kedua-dua cara ini diamalkan oleh pusat pusat rawatan dialisis mengikut keperluan. Penggunaan-semula dialiser biasanya diamal oleh kebanyakkan negara. Amalan ini bergantung kepada beberapa faktor seperti: 1. Penyesuaian tubuh badan terhadap dialiser penggunaan-semula berbanding dengan dialiser baru. - Sindrom kegunaan pertama kali - Pengeluaran bahan komplemen di dalam badan. 2. Kesan sampingan penggunaan-semula. - Reaksi pyrogenik - Reaksi alahan terhadap bahan disinfektan. 3. Rawatan dialisis yang mencukupi dengan penggunaan-semula. - Mutu rawatan yang kian menurun akibat daripada peningkatan bilangan pengunaan-semula 4. Ekonomi - Kos perbelanjaan rawatan yang tinggi Pakar Perubatan / pihak pengurusan bertanggung-jawab atas jaminan mutu dan piawaian rawatan yang melibatkan pengunaan-semula. Manakala, pihak pengeluar hanya memberi jaminan pada penggunaan kali pertama sahaja. Kebaikan dan keburukan penggunaan-semula bergantung pada cara pemprosesan dialiser penggunaan-semula. Terdapat dua cara bagi memproseskan penggunaansemula yang diamalkan di Malaysia; iaitu secara “manual” (tanpa menggunakan mesin) dan dengan penggunaan mesin pembersih. 14.1. Secara manual - menggunakan tekanan air dengan kawalan tangan untuk membersihkan rerambut dialiser. Cara ini boleh mengakibatkan rerambut dialiser bocor di bawah tekanan air yang tinggi. Cara ini tidak dapat menguji kebocoran dan jumlah isipadu rerambut dialiser yang masih berfungsi. Jesteru itu, ini boleh mengakibatkan kehilangan darah semasa rawatan ataupun rawatan yang dikendalikan kurang berkesan. Biasanya, pembersihan sedemikian boleh menggunakan semua jenis bahan disinfektan yang terdapat di pasaran.

76

14.2. Secara penggunaan mesin pembersih Mesin separuh automatik ialah mesin pembersih dialiser yang digunakan bagi mengendalikan proses pembersihan rerambut dialisis dengan mengisikan dialiser dengan bahan disinfektan. Tekanan air untuk pembersihan dan pengisian bahan disinfektan akan dikawal oleh mesin pembersih. Cara sedemikian membolehkan penggunaan semua jenis bahan disinfektan yang diperolehi dari pasaran. Mesin automatik adalah seperti mesin-mesin pemprosesan dialiser separuh automatik dan mempunyai proses tambahan bagi menguji kebocoran atau jumlah isipadu rerambut dialiser yang masih berfungsi. Kebanyakkan mesin-mesin ini menghadkan penggunaan jenis bahan disinfektan yang tertentu sahaja. Mutu pembersihan dialiser yang tinggi dan dialiser boleh digunakan berulang-kali tanpa was-was.

-

14.3. Keperluan Pemprosesan Penggunaan-Semula Dialiser i). Mesin (a) Mesin Automatik - dapat mengendalikan proses pembersihan, menguji tekanan air pada rerambut, menguji jumlah isipadu rerambut yang masih berfungsi dan menjalani proses pengisian cecair disinfektan. (b) Mesin Separuh Automatik - hanya boleh mengendalikan proses-proses pembersihan dan mengisikan cecair disinfektan sahaja. (c) Peralatan Pembersihan Secara Manual - Meter tekanan air, tiub-tiub untuk pembersihan diliser dan tabung simpanan cecair disinfektan. ii). Bekalan Air RO Adalah penting untuk menggunakan air RO untuk memproses penggunaansemula dialiser bagi mencapai mutu pemprosesan yang optima. iii). Cecair Disinfektan Terdapat pelbagai jenis cecair disinfektan yang biasa digunakan seperti Renalin, Puristeril dan Formalin. Setiap jenis cecair disinfektan mempunyai kelebihannya tersendiri.

77

iv). Bekas Simpanan Dialiser Perlu diingatkan bahawa setiap dialiser perlu disimpan pada tempat yang berasingan untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit berjangkit dari merebak.

Pengetahuan Asas Untuk Pengendalian Rawatan Haemodialisis

Bab 4

-

Kecemasan

78

Bab 4 - Kecemasan
1. Reaksi penggunaan kali pertama barangan “disposable”
Merujuk kepada keadaan di mana pesakit boleh mengalami beberapa gejala semasa permulaan rawatan yang menggunakan barangan “disposable” yang baru. Ia adalah reaksi pesakit terhadap bahan pengeluaran dialiser dan / atau tiub-tiub darah seperti membran rerambut, gas ethylene oxide, gliserin dan lain-lain. 1.1. Tanda-tanda dan gejala-gejala 1. Gatal pada sebahagian atau seluruh badan pesakit. 2. Kesesakan pernafasan. 3. Berasa loya atau muntah. 4. Pening. 1.2. Tindakan 1. Berikan kata-kata untuk menyenang dan mententeramkan pesakit. 2. Hentikan pam darah dengan serta-merta. 3. Beritahu Doktor atau Jururawat dengan serta-merta. 4. Baringkan pesakit. 5. Lakukan kaedah recirculation. 6. Berikan oksigen (4L/minit) 7. Ikut arahan Doktor atau Jururawat bertauliah yang selanjutnya. 8. Catitkan kesemua bacaan tekanan darah, masa dan tindakan yang telah diambil. 1.3. Komplikasi 1. Kesesakan nafas. 2. Pengsan.

79

Bab 4 - Kecemasan
2. Reaksi pyrogenik
Keadaan ini mungkin berlaku apabila terdapat protein-protein asing (seperti sisa bakteria yang telah mati) di barangan pakai-semula yang digunakan terutamanya dialiser. Biasanya berlaku pada permulaan rawatan atau pada bila-bila masa sewaktu rawatan dijalankan. 2.1. Tanda-tanda dan gejala-gejala Seram-sejuk Mengigil Demam Keadaan pesakit sama ada serius atau tidak, bergantung kepada kandungan bahan pyrogen yang terdapat di dalam dialiser. 2.2. Tindakan Berikan kata-kata untuk menyenang dan mententeramkan pesakit. Beritahu Doktor atau Jururawat dengan serta-merta. Lakukan kaedah “recirculation” selama 10 minit. Selimutkan pesakit jika perlu. Berikan minuman panas jika perlu. Doktor atau Jururawat akan memberi nasihat atas perubatan yang perlu diberikan kepada pesakit. Ikut arahan Doktor atau Jururawat selanjutnya. Catitkan masa dan tindakan yang telah diambil. 2.3. Komplikasi Jangkitan kuman dalam darah. Pengsan/ Koma.

80

Bab 4 - Kecemasan
3. Kekurangan cecair dalam darah (Hypovolumia)
Keadaan di mana kekurangan cecair dalam darah disebabkan oleh penyingkiran air yang berlebihan. Sebab-sebab berlakunya keadaan tersebut adalah tersilap mengira jumlah air yang perlu disingkirkan sewaktu rawatan, berat badan kering pesakit telah meningkat, tersilap timbang sebelum rawatan dan lain-lain. 3.1. Tanda-tanda dan gejala-gejala Peluh-sejuk Pening Kekejangan otot Tekanan darah yang rendah Nadi yang lemah Pengsan 3.2. Tindakan Berikan kata-kata untuk menyenang dan mententeramkan pesakit. Baringkan pesakit Beritahu Doktor atau Jururawat dengan serta-merta. Tinggikan kedua-dua kaki pesakit Ambilkan bacaan tekanan darah pesakit Berikan cecair “normal saline” 100ml dan memerhatikan keadaan pesakit Jikalau keadaan pesakit masih tidak pulih, berikan 100-200ml cecair “normal saline” lagi Ikut arahan Doktor atau Jururawat selanjutnya. Catitkan kesemua bacaan tekanan darah, masa dan tindakan yang diambil. 3.3. Komplikasi Serangan sakit jantung. Pengsan. AVF tidak berfungsi.

81

Bab 4 - Kecemasan
4. Kekejangan Otot
Keadaan di mana kekurangan cecair dalam darah atau paras natrium klorida (garam) terlalu rendah kerana penyingkiran air yang berlebihan atau pesakit mempunyai paras natrium klorida yang rendah dalam darahnya. 4.1. Tanda-tanda dan gejala-gejala Kekejangan otot terutamanya pada otot betis. Kekejangan ibu jari dan jari petunjuk Peluh-sejuk 4.2. Tindakan Berikan kata-kata untuk menenangkan dan mententeramkan pesakit. Beritahu Doktor atau Jururawat dengan serta-merta. Berikan cecair “normal saline” 100ml melalui tiub darah. Urutkan betis pesakit (sekiranya otot-otot petis terlibat) sambil menolak jarijari kaki pesakit menghala ke badannya. Berikan minuman air garam 20-30ml jika perlu. Ikut arahan Doktor atau Jururawat selanjutnya. Catitkan peristiwa tersebut dan data-data di dalam rekod pesakit. 4.3. Komplikasi Kesakitan yang teruk pada otot-otot terbabit. Pengsan.

82

Bab 4 - Kecemasan
5. Embolisma Udara
Keadaan di mana terdapat udara memasuki saluran tertutup darah tubuh pesakit. Keadaan ini adalah amat merbahaya kepada pesakit. Ia boleh berlaku apabila terdapat saluran tertutup tiub-tiub darah dan dialiser telah bocor akibat: 1. Sambungan atau klam saluran-saluran tiub-tiub darah atau dialiser berkenaan tidak dipasangkan dengan betul. 2. Berlakunya kebocoran tiub-tiub darah atau dialiser semasa rawatan. 3. Kehabisan cecair yang diberikan semasa rawatan seperti darah dan lain-lain tanpa disedari. DAN 4. Pengesan udara pada mesin haemodialisis tidak dimulakan atau 5. Penggunaan mesin haemodialisis tanpa pengesan udara (kerana telah rosak) 5.1. Persembahan 5. Pesakit akan berbatuk-batuk. 6. Kesesakan bernafas 7. Sawan 8. Pengsan 5.2. Tindakan 9. Berikan kata kata untuk menenangkan dan mententeramkan pesakit. 10. Berhentikan pam darah dengan serta-merta. 11. Maklumkan kepada Doktor atau Jururawat dengan serta-merta. 12. Baringkan pesakit dengan mengiringkan tubuhnya kesebelah kiri dengan kepala pesakit lebih rendah dari kakinya. 13. Berikan oksigen 100% kepada pesakit 14. Ikut arahan Doktor atau Jururawat selanjutnya. 15. Catitkan semua bacaan tekanan darah, masa dan tindakan yang diambil. 5.3. Komplikasi 3. Serangan sakit jantung. 4. Kerosakan otak. 5. Kematian.

83

Bab 4 - Kecemasan
6. Kesan sampingan terhadap baki bahan disinfektan
Merujuk kepada reaksi badan pesakit terhadap bahan disinfektan yang terdapat di dalam lingkaran tiub-tiub darah dan dialiser. Ini hanya berlaku apabila proses pembersihan dialiser atau / dan tiub-tiub darah yang diguna-semula tidak dilakukan dengan sempurna dan masih mengandungi bahan disinfektan. 6.1. Tanda-tanda dan gejala-gejala Pesakit akan berasa saluran darah pada lengannya membakar, iaitu tempat di mana jarum AVF vena dikanulasikan dan menuju ke arah jantungnya. 6.2. Tindakan Berikan kata-kata untuk menyenang dan mententeramkan pesakit. Hentikan pam darah dengan serta-merta. Beritahu Doktor atau Jururawat dengan serta-merta. Lakukan kaedah “recirculation” dengan kelajuan 250ml/minit. Bukakan klam set IV untuk cecair “normal saline”. Ambil bacaan tekanan darah dan nadi pesakit. Selepas 10minit, jikalau keadaan pesakit bertambah baik, teruskan rawatan tersebut. Dengan kelajuan pam darah 50ml/minit, memerhatikan keadaan pesakit sambil menanya pesakit sama ada beliau mengalami sebarang kesakitan. Jika tidak ada, tambahkan kelajuan pam dengan pelahan-lahan sehingga paras biasa pesakit. Jika masih mengalami kesakitan, terpaksa menjalankan proses “recirculation” sekali lagi selama 15 minit. Ikut arahan Doktor atau Jururawat selanjutnya. Catitkan kesemua bacaan tekanan darah, masa dan tindakan yang telah diambil. 6.3. Komplikasi Pengsan Kerosakan sel-sel darah Kematian

84

Bab 4 - Kecemasan
7. Pembekuan darah semasa rawatan
Berlakunya pembekuan darah di dalam dialiser semasa rawatan, boleh berlaku akibat beberapa sebab seperti kekurangan dos heparin, salah bancuhan cecair heparin, keadaan semula jadi yang melibatkan proses pembekuan darah dengan cepat, penghalangan saluran tiub-tiub darah, dialiser, jarum AVF vena dan lain lain. 7.1. Persembahan Tekanan arteri dan / atau TMP akan meningkat. Bacaan tekanan vena adalah biasa. Pengaliran darah di dalam tiub-tiub darah akan mengalir secara tersekat-sekat. Warna darah di dalam dialiser mula bertukar kehitam-hitaman. 7.2. Tindakan Berikan kata kata untuk menenangkan dan mententeramkan pesakit. Berhentikan pam darah dengan serta-merta. Maklumkan kepada Doktor atau Jururawat dengan serta-merta. Dengan mengunakan 2 penyepit (forcep), sepitkan bahagian penghujung tiub tiub darah arteri dan vena. Tanggalkan dialiser dan gantikan dengan dialiser yang baru. Bukakan klam talian set IV supaya cecair “normal saline” dapat mengisikan ruang kosong di dalam likaran tiub tiub darah dan dialiser. Lakukan kaedah ‘recirculation” dengan kelaluan 50ml/minit pam darah. Hentikan fungsi pengesan udara sementara. Tanggalkan talian tekanan vena dari pelindung transduser. Bukakan klam talian tekanan vena apabila tabung vena mula mengosong. Lakukan ini sehingga tidak ada lagi udara di dalam lingkaran tiub tiub darah dan dialiser. Sambungkan talian tekanan vena kepada pelindung transduser. Sepit semula klam talian set IV. Sambungkan tiub-tiub darah kepada pesakit dan sambungkan rawatannya. Jika keadaan memaksa, buangkan darah yang beku bersama dialiser dan tiub tiub darah. Mulakan rawatan dengan barangan yang baru. JANGAN lupa menghidupkan semula fungsi pengesan udara. Ikut arahan Doktor atau Jururawat selanjutnya. Catitkan semua bacaan tekanan darah, masa dan tindakan yang diambil.

85

7.3. Komplikasi Kekurangan darah. Lemah dan lesu. Pengsan.

86

Bab 4 - Kecemasan
8. Kesakitan di dada
Keadaan di mana pesakit mengalami kesakitan di dada, denyutan jantung yang pantas, tidak berasa selesa pada bahagian dada, pening dan lain-lain. Ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti serangan sakit jantung, kekurangan air dan kekurangan darah. 8.1. Tanda-tanda dan gejala-gejala Pucat Peluh-dingin Sakit pada bahagian dada Denyutan jantung yang pantas Kesesakan nafas Tekanan darah yang rendah atau tinggi Loya dan muntah Pengsan 8.2. Tindakan Berikan kata-kata untuk menenang dan mententeramkan pesakit. Hentikan pam darah dengan serta-merta. Beritahu Doktor atau Jururawat dengan serta-merta. Baringkan pesakit. Lakukan pemulangan darah pesakit dan tamatkan rawatan. Berikan oksigen (4L/minit) Ikut arahan Doktor atau Jururawat selanjutnya. Catitkan kesemua bacaan tekanan darah, masa dan tindakan yang telah diambil. 8.3. Komplikasi Serangan sakit jantung Pengsan. Kematian.

87

Bab 4 - Kecemasan
9. Bekalan elektrik terputus
Keadaan di mana bekalan utama elektrik terputus dan / atau tiada bekalan sokongan atau gagal berfungsi. 9.1. Persembahan Keadaan di dalam pusat rawatan menjadi gelap-gelita Penggera-penggera di mesin dialisis akan berbunyi dan bercahaya. 9.2. Tindakan Berikan kata-kata untuk menenang dan mententeramkan pesakit. Maklumkan kepada Doktor atau Jururawat dengan serta-merta. Keluarkan bahagian tiub-tiub darah dari pengesan udara. Pastikan tiub darah vena di keluarkan dari penghalang pengesan udara. Putarkan pam darah perlahan-lahan (30 pusingan seminit) dengan mengunakan tangan sekiranya mesin tiada bekalan sokongan bateri. Sekiranya bekalan elektrik tidak pulih dalam masa 10 minit, pulangkan kembali darah pesakit secara manual. Pastikan tiada udara termasuk ke dalam saluran darah (pengesan udara tidak berfungsi). Ikut arahan Doktor atau Jururawat selanjutnya. Catitkan masa dan tindakan yang diambil. 9.3. Komplikasi Pembekuan darah. Renjatan. Serangan sakit jantung. Kematian.

88

Bab 4 - Kecemasan
10. Bekalan air “Reverse Osmosis” (RO) terputus
Keadaan di mana bekalan air RO terhenti / terputus. 10.1. Persembahan Mesin-mesin haemodialisis memberikan amaran tekanan air rendah (water pressure). Penggera mesin-mesin dialisis akan berbunyi dan bercahaya. 10.2 Tindakan Berikan kata-kata untuk menyenang dan mententeramkan pesakit. Beritahu Doktor atau Jururawat dengan serta-merta. Siasat punca masaalah air terhenti / terputus: jika hanya satu mesin terlibat, pastikan sambungan air ke mesin berkenaan mengalir dengan betul. jika beberapa buah mesin atau semua mesin terlibat, pastikan sistem RO berfungsi dengan baik. Betulkan masalah yang menyebabkan bekalan terhenti, jika masalah tidak dapat diperbetulkan dengan segera, pulangkan darah pesakit, satu demi satu. Ikut arahan Doktor atau Jururawat selanjutnya. Catitkan masa dan tindakan yang telah diambil. 10.3. Komplikasi Cecair dialisat di dalam litaran dalam mesin-mesin haemodialisis akan bertukar menjadi pepasir garam.. Prestasi mesin akan terjelas.

89

Bab 4 - Kecemasan
11. Kebakaran
Keadaan di mana berlakunya kejadian kebakaran yang boleh mengancamkan nyawa dan keselamatan pesakit-pesakit dan staf. 11.1. Persembahan Keadaan di dalam pusat rawatan menjadi gelap gelita, berasap dan kelamkabut. 11.2. Tindakan Berikan kata-kata untuk menyenang dan mententeramkan pesakit. Beritahu Doktor atau Jururawat dengan serta-merta. Pulangkan darah pesakit sekiranya keadaan mengizinkan. Hentikan pam darah mesin dialisis. Tanggalkan tiub-tiub darah dari jarum AVF pesakit dan membawanya keluar dengan segara dari pusat rawatan. Bantu pesakit-pesakit yang kurang berupaya beredar dari pusat rawatan. Ikut arahan Doktor atau Jururawat selanjutnya. Catitkan masa dan tindakan yang telah diambil. 11.3. Komplikasi Kesesakan nafas. Terlecur. Mati terbakar.

90

Bab 4 - Kecemasan
12. Isyarat-isyarat amaran
12.1. Tiada bekalan lektrik Isyarat lampu dan berbunyi Kemungkinan punca masalah: Kepala plug tercabut. Plug tidak menerima bekalan elektrik. Suis mesin belum dimulakan. Fius mesin rosak. 12.2. Tiada bekalan air Isyarat lampu dan berbunyi Kemungkinan punca masalah: Sistem RO belum dimulakan. Tekanan bekalan air RO rendah. Paip air RO tersekat. Suis bekalan air RO ke mesin belum dibuka. Penyambung paip tersilap disambungkan ke paip bekalan. Kerosakan mesin. 12.3. Konduktiviti Rendah Isyarat lampu dan berbunyi Mesin akan berada dalam keadaan “bypass”. Kemungkinan punca masalah: Bekas pati dialisat sudah kosong. Tiub penyedut pati dialisat tidak berada di dalam cecair pati. Jenis pati dialisat yang salah digunakan. Kerosakan mesin. 12.4. Konduktiviti Tinggi Isyarat lampu dan berbunyi. Mesin akan berada dalam keadaan “bypass”. Kemungkinan punca masalah: Tiub penyedut pati dialisat terletak dalam bekas pati dialisat yang salah.

91

Kerosakan mesin. 12.5. Suhu Rendah/Tinggi Isyarat lampu dan berbunyi. Mesin akan berada dalam keadaan “bypass”. Kemungkinan punca masalah: Suhu dialisat melebihi suhu yang ditetapkan. Suis suhu tersilap putar. Kerosakan mesin. 12.6. Alat Pengesan Buih Udara Isyarat lampu dan berbunyi. Pam darah berhenti. Saluran tiub darah vena tersekat. Kemungkinan punca masalah: Paras darah di dalam tabung vena terlalu rendah. Kedudukan tabung darah tidak betul untuk mengesan buih. Terdapat buih di dalam tabung darah vena. Kelajuan darah yang deras mengalir ke dalam tabung darah vena. Alat pengesan buih kotor. Kerosakan alat pengesan buih. 12.7. Alat Pengesan Kebocoran Darah Isyarat lampu dan berbunyi. Pam darah berhenti. Kemungkinan punca masalah: Kebocoran pada rerambut dialiser. Alat pengesan kebocoran darah yang kotor. Kerosakan mesin. 12.8. Tekanan Vena Rendah Isyarat lampu dan berbunyi. Kemungkinan punca masalah: Kelajuan pam darah yang perlahan. Pengaliran bekalan darah tersekat. Pelindung transduser rosak.

92

12.9. Tekanan Vena Tinggi Isyarat lampu dan berbunyi. Kemungkinan punca masalah: Kelajuan pam darah yang cepat. Saluran darah tersekat. Tangan pesakit bengkak. 12.10. Tekanan Arteri Rendah Isyarat lampu dan berbunyi. Kemungkinan punca masalah: Kelajuan pam darah yang perlahan. Bekalan darah tidak mencukupi / tersekat. Pelindung transduser rosak. 12.11. Tekanan Arteri Tinggi Isyarat lampu dan berbunyi. Kemungkinan punca masalah: Tersekat pengalir darah di dalam tiub-tiub darah/dialiser. Tangan pesakit bengkak.

Pengetahuan Asas Untuk Pengendalian Rawatan Haemodialisis

Gambarajah, Glosari & Rujukan

Gambarajah No. 1: Sistem Ginjal

Gambarajah No. 2: Ginjal

Gambarajah No. 3: Sistem Pengaliran Darah

Gambarajah No. 4: Arterio-Venous Fistula

Gambarajah No. 5: Graf Tiruan

Gambarajah No. 6: Graf Tiruan

Gambarajah No. 7: Mesin Haemodialisis

Gambarajah No. 8: Sistem “Reverse Osmosis” (RO)

Tangki Air Garam

Penal Kawalan RO

1

2

3

C D
A B

Mesin Mesin Haemodialisis

Mesin mesin Pemprosesan Guna-Semula Dialiser Legenda: A - Pam air yang menyalurkan air dari Lembaga Air Tempatan ke dalam tabung-tabung Multimedia, Karbon dan Pelembut Air. - Pam RO yang menyalurkan air yang telah dirawat ke membran-membran RO untuk diproses. C & D - Membran-membran RO. 1 - Tabung Multimedia 2 - Tabung Karbon 3 - Tabung Pelembut Air B

Gambarajah No. 9: Gambarajah Dialiser

Cecair dialisat mengalir diluar rerambut

Bahagian darah Arteri

Bahagian Dialisat Arteri

Bahagian Dialisat Vena

Darah mengalir Didalam rerambut Bahagian vena darah

Arah pengaliran darah Arah pengaliran dialisat Drah didalam rerambut dialiser Dialisat

Gambarajah No. 10: Set Tiub-tiub Darah

Gambarajah No. 11. : Jarum AVF

Gambarajah No. 12: Cecair “Normal Saline”

Gambarajah No. 13: Pelindung Transduser

Gambarajah No. 14: Siring

Gambarajah No. 15: Cecair Heparin

Gambarajah No. 16: Cecair Pati-pati Dialisat

Gambarajah No. 17: Suntikan Erithropoitin

Gambarajah No. 19: Alat penimbang berat badan

Alat penimbang jenis berdiri

Alat penimbang jenis duduk

Gambarajah No. 20: Sfigmomanometer

Sfigmomanmeter Manual

Sfigmomanometer Digital

Gambarajah No. 21: Stetoskop

Gambarajah No. 22: Contoh Mesin-mesin Memproses Kegunaan-semula Dialiser

Glosari:
Akut (acute) Anatomi (anatomy) Arteri (artery) Arterio-veno fistula - Keadaan genting - Sains pengajian struktur tubuh badan manusia - Saluran yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan - Hubungan yang dilakukan secara surgeri di antara arteri dan vena, biasanya di tangan pesakit untuk kaedah rawatan haemodialisis - Cecair yang digunakan dalam proses haemodialisis - Alat penapis di dalam kaedah rawatan haemodialisis - Kaedah rawatan dialisis menggunakan ruang peritoneum - Hormon untuk pembesaran sel- sel darah merah - Sains pengajian fungsi-fungsi organisma hidup - Kaedah pembersihan darah dan penyingkiran air berlebihan dan bahan kumuhan dari tubuh badan pesakit kegagalan ginjal. - Cecair mencegah pembekuan darah - Kebolehan untuk menyingkir bahan-bahan tertentu oleh membran separuh telap - Pergerakan bahan-bahan yang boleh melalui membran separuh telap mengikut arus ultraturasan - Bahan kumuhan - Keadaan berlarutan - Alat yang melindungi lingkaran dalaman mesin dari darah dan cecair melalui bahagian tiub-tiub darah pengesan tekanan arteri dan vena pesakit - Bahagian ginjal yang memproseskan air kencing - Pergerakan bahan-bahan larutan dari larutan pekat ke larutan lebih cair - Pemindahan organ - Alat untuk mengukur tekanan darah - Alat pendengaran - Pergerakan air berdasarkan perbezaan tekanan - Bahan kumuhan - Saluran yang membawa darah dari seluruh badan ke jantung

Dialisat (dialysate) Dialiser (dialyser) Dialisis Peritoneal (peritoneal dialysis) Eritropoitin (EPO) Fisoloji (physiology) Haemodialisis (haemodialysis) Heparin Klearasan (clearence) Konveksi (convection) Kreatinin (creatinine) Kronik (chronic) Pelindung transduser (transducer protector) Nefron (nephron) Resapan (diffusion) Transplan (transplant) Sfigmomanometer (sphygmomanometer) Stetoskop (stethoscope) Ultraturasan (ultrafiltration) Urea Vena (vein)

Rujukan:
1. Basic Nephrology, Norella CT Kong, Fakulti Perubatan, UKM, 1996 2. Core Curriculum for Nephrology Nursing, Larry E. Lancaster, American Nephrology Nurses’ Association, 3rd Edition 1995 3. Drinking Water Quality Standard (WHO) 1994 4. Eat Right on Haemodialysis, K. Tilakavati & Winnie SS Chee, UKM & Janssen-Cilag, 1998. 5. Grassmann A. et al., 1994 Dialyser Reuse: It is worth it? Scientific Services Akzo Faser AG. 6. Haemodialysis Manual, Department of Nephrology, Hospital Kuala Lumpur 7. Istilah Perubatan Pengajian Tinggi – Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1987 8. Permakanan dan Terapi Hemodialisis, Jab. Dietetik Hospital Kuala Lumpur, 1996 9. Quick Reference Renal Critical Care Nursing, Janice Weems, Aspen Publication, 1991 10. Review of Hemodialysis for Nurses and Dialysis Personnel, Mosby 5th Edition 1993


								
To top