BAHASA MELAYU (PENULISAN)

Document Sample
BAHASA MELAYU (PENULISAN) Powered By Docstoc
					BAHASA MELAYU (PENULISAN) TAHUN ENAM MASA : 1 JAM 15 MINIT

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga Bahagian. Bagi Bahagian B kamu boleh memilih sama ada menjawab soalan 1, soalan 2 atau soalan 3. BAHAGIAN : A Masa yang dicadangkan : 15 minit (10 markah)

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1. 2. 3. 4. 5.

BAHAGIAN B Masa yang dicadangkan : 40 minit (30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1.

Musim cuti sekolah semester pertama akan bermula tidak lama lagi.

Tulis langkah-langkah yang terbaik untuk memenuhi masa cuti tersebut.

ATAU

2.

Kelas kamu telah mendapat seorang guru baru. Selaku ketua kelas,

kamu dikehendaki berucap dalam satu majlis untuk meraikan guru tersebut. Tulis ucapan itu selengkapnya. \

ATAU

3.

Pada suatu petang yang damai, sedang aku berjalan-jalan sambil

memandang kanak-kanak bermain di taman permainan. Tiba-tiba ............................................................................................................... Lengkapkan cerita di atas. Mulakan karangan kamu dengan ‘Tiba-tiba aku,..........

BAHAGIAN C (Masa dicadangkan : 20 minit)

Tulis beberapa amalan baik dan nilai-nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Suasana pada pagi itu, sunnguh tenang sekali. Penduduk kampung sudah berkumpul di luar dewan orang ramai. Ada yang membawa cangkul,mesin pemotong rumput, parang penyapu dan peralatan-peralatan lain untuk kerja gotong-royong yang akan dirasmikan oleh wakil rakyat. Penduduk kampung dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antara kawasan yang akan dibersihkan termasuklah tanah perkuburan, longkang-longkang, masjid dan taman permainan kanak-kanak. Pihak berkuasa tempatan menyediakan lori untuk mengangkut sampah sarap. Kira-kira pukul 12.00 tengahari, kerja gotong royong pun selesai. Walaupun letih namun wajah mereka menunjukkan kegembiraan dan kepuasan. Pada akhir majlis tersebut, wakil Rakyat

menyatakan kebanggannya terhadap sikap penduduk kampung yang prihatin akan kerja-kerja amal. Beliau berharap agar amalan bergotong royong dapat diteruskan pada masa akan datang.