SYARAT-SYARAT PERATURAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH

W
Document Sample
scope of work template
							SYARAT-SYARAT & PERATURAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
1. NAMA Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Sekolah Menengah Malaysia. 2. FORMAT • Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh tiga orang pembahas utama dan dua orang pembahas simpanan. Pasukan pencadang yang dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang. Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB Perdana Menteri, manakala dua orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Menteri Kedua dan YB Menteri Ketiga. Pembahas simpanan pasukan kerajaan disebut sebagai YB Menteri Keempat dan Menteri Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala dua orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua dan YB Pembangkang Ketiga. Pembahas simpanan pasukan pembangkang disebut sebagai YB Pembangkang Keempat dan Pembangkang Kelima. Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti berikut : KERAJAAN Pertama Kedua Ketiga Ucapan Menggulung Pertama/Kedua PEMBANGKANG 2 Pertama 4 Kedua 6 Ketiga 7 Ucapan Menggulung Pertama/Kedua MASA 8 minit 8 minit 8 minit 4 minit

•

•

•

1 3 5 8

•

• •

Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya mengutarakan satu hujah, manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah-hujah yang baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas hujah pasukan lawan. Semasa satu pihak berucap atau berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan. Selepas kesemua pembahas menyampaikan ucap utama, pembahas pertama atau pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

1

3. KELAYAKAN • Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tingkatan satu hingga tingkatan enam, sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Malaysia yang berumur tidak termasuk Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Berasrama Penuh. • Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk pertandingan tersebut. • Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di sekolah tersebut. 4. PENGHAKIMAN • Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tiga atau lima orang hakim. • Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum perbahasan bermula. • Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang hakim bahas Bahasa Melayu ke pertandingan peringkat zon / daerah / negeri. • Seseorang hakim tidak boleh mengadili pertandingan yang melibatkan sekolahnya sendiri. • Kemenangan tidak diperoleh dengan cara pengiraan jumlah markah. Pasukan bahas yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim dipilih sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih pasukan yang menang. • Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan merumuskan borang keputusan dan menyerahkan kepada tuan speaker untuk mengumumkan keputusan perbahasan. • Selepas borang keputusan diserahkan, para hakim berkumpul untuk berbincang dan memilih pembahas terbaik. Para hakim boleh merujuk kertas catatan hakim untuk membuat pemilihan pembahas terbaik. Dalam penentuan pembahas terbaik, ucapan penggulungan tidak diambil kira. • Keputusan panel hakim adalah muktamad. 5. TATACARA PERBAHASAN 5.1 PENGENDALIAN PERBAHASAN • • • • Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bermulanya pertandingan peringkat zon dan kebangsaan. Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia untuk menentukan pihak kerajaan dan pembangkang 1 jam sebelum pertandingan. Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang terlibat akan dikuarantinkan di bilik persediaan masing-masing. Hanya para pelajar di dalam pasukan itu ( tiga pendebat utama dan dua orang simpanan ) yang dibenarkan berada di dalam bilik persediaan. Pihak lain seperti guru penasihat / jurulatih / ahli keluarga / penyokong adalah dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan dikuarantinkan. Pasukan boleh menggunakan bahan cetak sahaja sebagai bahan rujukan semasa kuarantin persediaan. Semua alat elektronik seperti komputer dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik persediaan.

•

2

•

•

Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik pertandingan / perbahasan lima minit sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertaannya. Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah dikehendaki keluar dari tempat duduknya dan berada di tempat yang disediakan.

5.2 PERANAN YANG ARIF TUAN SPEAKER / YANG DIPERTUAN DEWAN. • Pertandingan bahas ini akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Speaker dan dibantu oleh seorang penjaga masa. Beliau dapat memastikan bahawa pertandingan bahas berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang bertanding ataupun daripada penonton yang juga disebut sidang dewan. Tuan Speaker akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan pembahas-pembahas. Tuan Speaker tidak dibenar membuat komen tentang usul perbahasan ataupun pembahaspembahas yang sedang bertanding. Tuan Speaker akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap. Tuan Speaker akan mengumumkan keputusan pertandingan.

• • • •

5.3 PERANAN PENJAGA MASA • Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa lapan minit diperuntukkan bagi ucap utama setiap pembahas dan empat minit untuk ucapan menggulung. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berucap. Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada akhir minit pertama dan akhir minit ketujuh untuk menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat ‘Izin Laluan’. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelapan sebagai tanda bahawab masa untuk pembahas berhujah telah tamat. Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit sebagai masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan. Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng amaran dan pada minit keempat loceng dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat untuk pembahas.

•

•

•

5.4 LARANGAN • Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali. 3

•

5.5 PERANAN PEMBAHAS Pembahas Pertama Kerajaan (YAB. Perdana Menteri) – 8 Minit Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau penakrifan terhadap tajuk atau usul yang dibentangkan dalam perbahasan tersebut. Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan berhubung dengan usul yang dibentangkan. Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri Kedua dan Menteri Ketiga bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan. Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usul yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mempertegaskan pendirian pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan. Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. Pembahas Pertama Pembangkang ( YB. Ketua Pembangkang )- 8 Minit Tugas pertama Ketua Pembangkang ialah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau nenolak definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi tersebut, mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan mereka. Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama Kerajaan). Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang diperdebatkan dalam perbahasan tersebut. Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh pembangkang kedua dan pembangkang ketiga bagi mengukuhkan pendirian pihak pembangkang. Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta berdasarkan pendirian pihak pembangkang. Tugas keenam ketua pembangkang adalah untuk mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. Pembahas Kedua Kerajaan ( YB. Menteri Kedua)- 8 Minit Tugas Pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baru yang telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh pihak pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan tentang definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Tugas kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh ketua pembangkang. Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. 4

• • •

• • •

•

• • •

• • •

•

• •

• •

Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan. Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. Pembahas Kedua Pembangkang (YB. Pembangkang Kedua)- 8 Minit Tugas pertama Pembangkang Pertama adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua. Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.. Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak pembangkang. Tugas keempat Pembangkang Pertama adalah untuk mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibbentangkan oleh kerajaan. Pembangkang Pertama boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. Pembahas Ketiga Kerajaan (YB. Menteri Ketiga)- 8 Minit Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah dikemukakan oleh pembangkang kedua. Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang. Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah dibawa kerajaan dan mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul dibentangkan. Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang berbuat demikian.

• • • • •

• • •

yang telah yang telah oleh pihak yang telah dibenarkan

•

Pembahas Ketiga Pembangkang ( YB. Pembangkang Ketiga)- 8 Minit • Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga. • Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua. • Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri. • Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh usul berdasarkan faktafakta pihak pembangkang dan mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. • Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. Peranan Penggulung Penggulung Pihak Pembangkang ( Pembahas Pertama/ Kedua)- 4 Minit • Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk membidas kes/ usul dan faktafakta pihak kerajaan serta menyatakan kelemahan/ kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membentangkan usul tersebut. 5

•

Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan untuk menutup kes pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Penggulung Pihak Kerajaan ( Pembahas Pertama/ Kedua)- 4 Minit

• •

Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas kes/ usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam membahaskan usul tersebut. Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk menutup kes Kerajaan dalam menyokong usul yang telah dibentangkan. Peranan Pembahas Simpanan ( YB. Menteri Keempat / Menteri Kelima / Pembangkang Keempat / Pembangkang Kelima )

•

• • •

Tugas pembahas simpanan ( YB. Wakil Kerajaan Keempat dan Kelima dan Pembangkang Keempat serta Kelima ) adalah untuk membantu membuat catatan hujah pihak lawan / bidasan / izin laluan dan memberikan kepada pasukannya. Tugas pembahas simpanan juga adalah untuk memberi idea dalam perbincangan untuk sesi penggulungan. Markah akan dinilai daripada kerjasama sepasukan antara pembahas simpanan dengan pembahas utama. Markah maksimum 10 diberi kepada pasukan.

5.6 IZIN LALUAN • Semasa seorang pembahas sedang menyampaikan ucap utama, pihak lawan dibenarkan memohon untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang sedang berucap. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk : - soalan; - kenyataan; - fakta; - ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan oleh pembahas. Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat mengenai sesuatu isi yang sedang diucapkan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan. Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas. Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan jika melanggar etika ini. Etika izin laluan. Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit kedua dan minit ketujuh ucapan pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada minit pertama dan minit terakhir semasa pembahas sedang berucap. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin laluan. 6

•

• • • •

• •

•

•

Tiada terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan. Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan. Pelakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah. Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang. Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya. Pembahas yang sedang berucap boleh: • • • Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat; Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut; Menerima izin laluan tersebut ketika itu.

Memohon Dan Menerima Izin Laluan • Sepanjang perbahasan seorang pembahas DIWAJIBKAN memohon sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas ini juga mesti menerima paling kurang dua kali izin laluan yang ditujukan kepadanya. Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua kali akan kehilangan markah isi dan strategi.l,smdsas., Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan. Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan sebagai pembahas. Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi. • • • Kehilangan markah dalam isi adalah disebabkan pembahas tidak memberi peluang kepada pihal lawan. • Kehilangan markah strategi adalah disebabkan pembahas tidak menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut menghadapi cabaran. Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat secara spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya dengan menilai daripada penglibatannya dalam izin laluan.

•

7


						
Related docs