Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan
Document Sample


Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri 2008 atau akronimnya PABM 2008 yang akan dianjurkan pada 17hb. hingga 24hb Februari 2008 merupakan pertandingan kali kedua selepas julung-julung kali pada tahun lalu. Pertandingan ini akan dianjurkan secara tahunan mulai tahun ini berdasarkan kejayaan gemilang PABM 2007. PABM 2008 akan diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk peringkat saringan dan separuh akhir; dan acara kemuncaknya akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Februari 2008, jam 8.30 malam dan akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri. Pertandingan ini yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran; Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Kementerian Penerangan dan Kementerian Pelancongan dengan tema “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu“ Pertandingan pada tahun ini akan disertai oleh 50 orang peserta daripada 42 buah negara dari seluruh pelosok dunia. Pertandingan kali ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Nusantara dan Kategori Antarabangsa khusus untuk memberikan keadilan dalam pemilihan peserta terbaik untuk dinobatkan sebagai juara. Kategori Nusantara terdiri daripada negara-negara yang digolongkan sebagai negara pengamal bahasa Melayu sebagai bahasa utama atau bahasa ibunda mereka. Negara-negara tersebut ialah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina dan Timor Leste. Setiap negara akan diwakili oleh dua orang peserta yang dipilih oleh kementerian atau pihak berkuasa di negara mereka. Kategori Antarabangsa menyaksikan penyertaan yang amat memberangsangkan, iaitu 37 orang peserta mewakili 35 buah negara dari tujuh buah benua. Mereka ini terdiri daripada anak watan negara tersebut yang mengambil jurusan bahasa Melayu sebagai kursus elektif di pusat-pusat pengajian tinggi di negara mereka. Sehingga tahun 2007, terdapat 129 buah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian bahasa Melayu di 40 buah negara di seluruh dunia. Negara-negara tersebut ialah Amerika Syarikat, Argentina, Jepun, China, Korea Selatan, Australia, New Zealand, United Kingdom, Jerman, Belanda, Perancis, Rusia, Kazakhstan, Georgia, Ukraine, Romania, Poland, Uzbekistan, Azerbaijan, Tajikistan, Bosnia Herzegovina, Albania, Yaman, Mesir, Iran, Afghanistan, Pakistan, India, Sri Lanka, Nigeria, Sudan, Somalia, Kemboja, Myanmar dan Vietnam. Para peserta diberikan 10 buah tajuk yang bersifat tempatan dan sejagat dan mereka dikehendaki memilih satu sahaja tajuk untuk dikupas dan dibahaskan. Para peserta akan berpidato dalam dua pusingan di peringkat saringan. 10 peserta terbaik Kategori Antarabangsa dan 7 peserta terbaik kategori Nusantara akan dipilih untuk ke peringkat separuh akhir. Masing-masing 5 dan 3 peserta yang mendapat markah tertinggi di peringkat separuh akhir akan layak ke peringkat akhir PABM bagi merebut Piala Pusingan, Piala Timbalan Perdana Menteri. Piala Pusingan, Piala Timbalan Perdana Menteri direkabentuk dengan tiga bilah keris terhunus di dasar yang memegang dunia sebagai simbolik bahawa bangsa Melayu telah berjaya meletakkan diri dan negara ini setanding dengan bangsa-bangsa maju yang lain serta berjaya memainkan peranan utama dalam mencorakkan politik dan sosioekonomi dunia. Piala ini diperbuat sepenuhnya daripada perak yang berwarna putih tulin sebagai lambang ketulusan, ketelusan dan keikhlasan. Peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam mengembangkan bahasa dan budaya Melayu ke seluruh dunia dan juga membawa keamanan sejagat. Johan setiap kategori PABM akan membawa pulang Piala Pusingan, Piala Timbalan Perdana Menteri, Piala Iringan, Wang Tunai USD3,000.00 hadiah sampingan berupa kamus dan buku-buku dalam bahasa Melayu serta beberapa hadiah cenderamata sampingan. Naib Johan akan menerima Piala Iringan, Wang Tunai USD2,000.00 dan hadiah-hadiah iringan manakala pemenang tempat ketiga akan membawa pulang Piala Iringan, Wang Tunai USD1,000.00 dan hadiah-hadiah iringan. Semua peserta yang mengambil bahagian akan menerima cenderamata berupa plak, RM1,000.00 dan sijil penyertaan. wang saguhati PABM dianjurkan sebagai simbolik bahawa bahasa Melayu telah menjadi salah sebuah bahasa yang kukuh kedudukannya di seluruh dunia serta menjadi alat menyampaikan buah fikiran baik dalam bentuk pengetahuan atau kesusasteraan. Kementerian Pengajian Tinggi merupakan agensi yang pertama di dunia yang menganjurkan pertandingan seumpama ini kerana belum ada mana-mana negara di dunia yang pernah menganjurkan pertandingan seperti ini. Penganjuran PABM ini dilihat sebagai salah satu usaha kementerian dan kerajaan Malaysia untuk memartabatkan pengaruh dan kesejagatan bahasa Melayu sehingga ke peringkat antarabangsa. Ia juga sebagai satu bentuk kesedaran dan perang psikologi kepada rakyat Malaysia yang membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan bahasa kebangsaan, malah ia semakin diperkasa dan diperluaskan penggunaanya ke pusat-pusat ilmiah di seluruh dunia. Penganjuran ini akan mampu ‘menutup mulut’ para pengkritik dasar kerajaan mengenai bahasa kebangsaan. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk mendaulatkan bahasa Melayu yang akan turut sama menyumbang ke arah kepesatan tamadun saintifik dan teknologi. Penganjuran PABM juga dilihat sebagai satu wadah kepada kesinambungan usaha kerajaan Malaysia ke arah penyatuan pelbagai bangsa dan budaya melalui aspek bahasa iaitu bahasa Melayu Selain itu, penganjuran PABM ini turut membuktikan salah satu usaha untuk berterusan Kementerian Pengajian Tinggi untuk bergerak senada dan seirama dengan kehendak pasaran semasa yang memperlihatkan pola permintaan yang tinggi terhadap mata pelajaran bahasa Melayu di seluruh dunia. Kementerian melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara telah memberikan penekanan kepada usaha pengantarabangsaan institusi pengajian tinggi serta berhasrat menubuhkan Universiti Apex yang bersifat global. Penganjuran PABM ini merupakan salah satu usaha untuk merealisasikan isi kandungan pelan tersebut dalam menterjemahkan hasrat murni kerajaan ke arah globalisasi pengajian tinggi nasional. PABM juga mampu membawa kepada kerjasama dengan pelbagai pihak luar khususnya pentadbiran institusi pengajian tinggi asing dan universiti ternama dunia dalam pembangunan dan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu serta mewujudkan lebih banyak Kursi Pengajian Melayu di universiti-universiti berkenaan pada masa hadapan. Kementerian yakin PABM mampu memupuk semangat cintakan bahasa kebangsaan di dalam sanubari pelajar-pelajar di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi tempatan. PABM dapat memberi peringatan dan kesedaran kepada mereka akan kepentingan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan untuk sesebuah negara pelbagai kaum yang merdeka seperti Malaysia. Ia juga menjadi sesuatu yang amat unik dan menarik untuk memperlihatkan bangsa asing yang berlainan budaya dan pendidikan mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik dan fasih selain melahirkan rasa hormat mereka kepada bahasa Melayu. Disediakan oleh: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Tarikh Tema : 17 – 24 Februari 2008 : “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu” Acara Saringan Tarikh Masa : 19 & 20 Februari 2008 : 9.00 a.m. – 12.00 p.m. 2.00 p.m. – 4.00 p.m. Tempat : Panggung Eksperimen, UPM (Kategori Antarabangsa) Auditorium Fakulti Kejuruteraan, UPM (Kategori Nusantara) Peringkat Separuh Akhir Tarikh Masa Tempat : 21 Februari 2008 : 9.00 a.m. – 1.00 p.m. : Panggung Eksperimen, UPM Peringkat Akhir/Acara Kemuncak : Tarikh Masa Tempat : 22 Februari 2008 : 8.30 malam : Dewan Merdeka, PWTC Peserta : 50 peserta dari 42 buah negara TAJUK-TAJUK TAHUN 2008 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kemerdekaan Pemangkin Pembinaan Ketamadunan Bangsa Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat Perang: “Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu” Bahasa Melayu Bahasa Dunia Kelestarian Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama Keamanan Dunia Bukan Impian Warisan Seni dan Budaya Tunjang Kecemerlangan Sejagat Adakah Dunia Tanpa Sempadan Pemacu Kegemilangan? Malaysia Mampu Mencapai Taraf Negara Maju 10. Kecemerlangan Pendidikan Perlu Dikongsi Bersama SYARAT DAN PERATURAN 1. AM 1.1 Peraturan ini diterima pakai untuk pertandingan ‘Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri 2008. Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan. Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa. 1.2 1.3 2. TAFSIRAN 2.1 ‘Ketua Hakim’ dan ‘Panel Hakim’ bermaksud individu yang dilantik oleh pihak penganjur untuk memegang jawatan-jawatan tersebut. “UNIVERSITI” bermaksud universiti yang dipelawa untuk menyertai pertandingan ini. Ketua Hakim adalah individu yang dilantik oleh Penganjur untuk mengaturselia urusan penghakiman kejohanan. Kategori Nusantara adalah peserta-peserta yang mewakili negaranegara Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Timur Lestee. Kategori Antarabangsa adalah peserta-peserta yang mewakili negara-negara selain dari negara yang disebutkan di atas (2.4) 2.2 2.3 2.4 2.5 3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 3.1 Setiap negara bagi Kategori Antarabangsa yang dijemput boleh menghantar satu wakil untuk menyertai pertandingan ini berdasarkan univesiti yang telah dikenalpasti. Bagi Kategori Nusantara, setiap negara boleh menghantar maksima dua (2) peserta. Peserta yang pernah mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri terdahulu tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Untuk layak memasuki pertandingan ini, peserta mestilah terdiri daripada pelajar yang berdaftar di universiti tersebut dan mereka mestilah warganegara asal negara tersebut. 3.2 4. SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan akan diadakan dalam dua kategori iaitu Kategori Antarabangsa dan Nusantara. Pertandingan akan berlangsung di dalam empat (4) pusingan. Pusingan awal akan dijalankan sebanyak dua kali. Pemidato akan berpidato di hadapan dua juri yang berasingan. Selepas itu, 17 peserta terbaik akan memasuki pusingan seaparuh akhir akhir dari kedua-dua kategori ( 7 peserta dari Kategori Nusantara dan 10 peserta dari Kategori Antarabangsa). Pada peringkat akhir 3 peserta terbaik yang berlainan Negara dari Kategori Nusantara dan 5 peserta terbaik dari Kategori Antarabangsa akan dipilih untuk bertanding. Kriteria-kriteria yang diambil kira untuk menentukan kedudukan pemidato adalah seperti yang berikut: a) b) c) d) Jumlah markah keseluruhan Jumlah markah isi Jumlah markah gaya dan penyampaian Jumlah markah bahasa 4.2 4.3 5. KAEDAH PERTANDINGAN 5.1 5.2 Setiap pemidato diberi masa 7 minit untuk berpidato. Semasa pertandingan, loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda bermulanya pidato dan satu kali loceng akan dibunyikan apabila masa 1 minit sebelum tamat dan dua kali loceng dibunyikan apabila masa telah tamat. 5.3 Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah. Pidato hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu. Para peserta hendaklah hadir di tempat pertandingan lima belas minit (15 minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan. 5.4 5.5 6. ETIKA PERTANDINGAN 6.1 6.2 Peserta digalakkan berpakaian kemas semasa pertandingan. Peserta tidak digalakkan menunjukkan aksi kurang sopan, misalnya mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis. Peserta tidak digalakkan menyentuh perkara-perkara yang boleh menjejaskan maruah dan integriti seseorang individu dan sesebuah negara. 6.3 7. MASA PERSEDIAAN 7.1 Sebanyak 10 tajuk akan disediakan untuk dipilih oleh setiap pemidato. Pemidato hendaklah memilih satu tajuk untuk dipertandingkan. 8. PEMARKAHAN 8.1 Setiap pemidato akan berdasarkan kepada: diberikan markah maksimum 100 Isi Gaya dan Penyampaian Bahasa 8.2 40 markah 30 markah 30 markah Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah yang bernas, fakta-fakta, huraian dan bukti atau contoh yang logik. Gaya dan penyampaian akan diadili berdasarkan persembahan pemidato yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang 8.3 meyakinkan, gaya yang menarik, nilai bujukan yang tinggi dan penyampaian isu yang tertib. 8.4 Bahasa diadili berdasarkan bahasa yang jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan. 9. KEPUTUSAN 9.1 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah-markah yang dicatatkan oleh mereka adalah sulit dan rahsia. Sebarang kesulitan atau bantahan perlu dikemukakan kepada Urusetia Pertandingan. Disediakan oleh: MAJLIS DEBAT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MADUM)
Related docs
Get documents about "