Latar belakang Apakah yang menyebabkan ulser mulut Tanda-tanda by cometjunkie44

VIEWS: 71 PAGES: 2

									 Ulser Mulut 




Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi
oleh warna kemerahan dan menyakitkan.




Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

   •   Stres
   •   Perubahan hormon
   •   Jangkitan (infeksi)
   •   Kekurangan zat makanan
   •   Alahan
   •   Radioterapi
   •   Kimoterapi




Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

   •   Rasa membakar dalam mulut
   •   Kesakitan
   •   Tidak selesa
   •   Hilang selera makan
   •   Demam
Berapa lama ulser mulut akan sembuh ?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil
masa selama 10-14 hari untuk sembuh.




Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk
memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.




Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

   •   Gunakan bahan kumuran antiseptik
   •   Sapu gel atau krim penahan sakit
   •   Kekalkan kebersihan mulut yang baik
   •   Makan makanan lembut
   •   Elakkan makan makanan panas dan pedas
   •   Banyakkan minum air


Semakan akhir : 28 Mac 2007

								
To top