BUKU PANDUAN PENDAFTARAN BADAN SUKAN by grapieroo12

VIEWS: 0 PAGES: 15

									AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997


     BUKU PANDUAN
PENDAFTARAN BADAN SUKAN

     PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN
              MALAYSIA

    ARAS 3, PUSAT AKUATIK NASIONAL
  KOMPLEKS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL
           57700 SRI PETALING
             KUALA LUMPUR

        TEL:    03- 8994 4800
                03- 8994 4801
        FAKS:   03- 8994 4810
PENDAHULUAN


1.    Buku panduan ini dikeluarkan bertujuan untuk membantu orang ramai
yang ingin menubuhkan Badan Sukan dan seterusnya mengambil langkah-
langkah yang perlu bagi mendaftarkan badan sukan tersebut mengikut kehendak
Akta Pembangunan Sukan 1997.


2.    Adalah diharapkan buku panduan ini dapat digunakan oleh orang ramai
dan khususnya badan sukan yang berdaftar agar dapat bertindak selaras
dengan kehendak-kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997 dalam hal-hal
behubung dengan badan sukan. Ianya juga diharap dapat meningkatkan
kefahaman dan pengetahuan orang ramai dan badan sukan dari segi
pengurusan dan pentadbiran badan sukan masing-masing.
                                 PANDUAN
                    PENDAFTARAN BADAN SUKAN




1.   UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG BERKUATKUASA


     Akta Pembangunan Sukan 1997


2.   MAKNA BADAN SUKAN


     2.1   Seksyen 2 Akta Pembangunan Sukan 1997 menjelaskan bahawa
           “badan sukan” beerti sesuatu persatuan, kelab, pertubuhan atau
           syarikat yang bertindak sebagai badan pengelola atau badan
           perwakilan suatu sukan di Malaysia sama ada diperingkat Daerah,
           Negeri atau Kebangsaan, sama ada atau tidak persatuan, kelab,
           pertubuhan atau syarikat itu hanyalah anggota gabungan bagi
           persatuan, kelab, pertubuhan atau syarikat yang lain


3    BAGAIMANA MENUBUHKAN BADAN SUKAN


     3.1   Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh 7 orang atau lebih
           hendaklah diadakan.
     3.2   Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat ketetapan-
           ketetapan berikut:


           a)    Bersetuju menubuhkan badan sukan
           b)    Meluluskan nama badan sukan yang akan didaftarkan
                 (badan sukan berkaitan hendaklah tersenarai dalam Jadual
                 Pertama, Seksyen 2, Akta Pembangunan Sukan 1997.
                 Badan sukan berkenaan mestilah bertindak sebagai badan
                  pengelola    samaada    diperingkat    Daerah,    Negeri   atau
                  Kebangsaan)
           c)     Meluluskan     alamat     badan       sukan     yang    hendak
                  didaftarkan.(Jika   menggunakan        alamat    pejabat   atau
                  bangunan, surat kebenaran majikan/tuan punya alamat
                  hendaklah disertakan)
           d)     Melantik    Ahli Jawatankuasa Penaja badan sukan untuk
                  menguruskan pendaftaran. ( Senarai ahli terdiri daripada
                  Yang   Dipertua/    Pengerusi,    Timbalan      Yang   Dipertua/
                  Timbalan Pengerusi, Naib Yang Dipertua/ Naib Pengerusi,
                  Setiausaha, Bendahari dan sekurang-kurangnya beberapa
                  orang ahli jawatankuasa
           e)     Menyediakan/ meluluskan Perlembagaan/ Undang-Undang
                  Tubuh yang hendak didaftarkan
           f)     Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan badan sukan
                  serta keputusan terhadap ketetapan-ketetapan yang dibuat.


4.   CARA-CARA MEMOHON PENDAFTARAN BADAN SUKAN


     4.1   Setiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara
           berikut:


           a)     Borang Permohonan (Borang 1) yang telah ditandatangani
                  oleh 2 pemegang jawatan utama badan sukan (2 salinan)
           b)     Bayaran proses RM 50.00 melalui cek/ wang pos/ kiriman
                  wang atas nama Pesuruhjaya Sukan
           c)     Empat (4) salinan Perlembagaan/ Undang-Undang Tubuh
                  badan sukan
           d)     Dua (2) salinan Minit Mesyuarat Penubuhan badan sukan
                  (Mesyuarat J/kuasa Penaja)
           e)    Dua (2) salinan bendera, lambang, lencana atau warna
                 dan makna atau tanda lain bewarna dan salinannya
                 ditandatangani oleh pemegang jawatan utama badan sukan.
           f)    Dua (2) salinan senarai pemegang jawatan badan sukan
                 (jawatankuasa penaja) dan ditandatangani oleh orang yang
                 menandatangani Borang 1.


                 [Nota: PEMEGANG JAWATAN UTAMA IALAH YANG
                 DIPERTUA / PENGERUSI, TIMBALAN YANG DIPERTUA/
                 TIMBALAN PENGERUSI, NAIB YANG DIPERTUA/ NAIB
                 PENGERUSI, SETIAUSAHA DAN BENDAHARI]


     4.2   Borang permohonan (Borang 1) bagi mendaftarkan badan sukan
           boleh didapati di Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Aras 3, Pusat
           Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, 57700 Sri
           Petaling, Kuala Lumpur . Borang permohonan adalah percuma.
     4.3   Permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan ke Pejabat
           Pesuruhjaya Sukan, Aras 3, Pusat Akuatik Nasional, Kompleks
           Sukan Negara Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur.


5.   PERKARA-PERKARA LAIN YANG PENTING
     a)    Penggunaan Bahasa Malaysia
           Semua urusan samaada surat menyurat atau perbincangan
           dengan Pesuruhjaya sukan hendaklah menggunakan Bahasa
           Malaysia.
     b)    Keahlian
           Keutamaan menjadi ahli kepada sesebuah badan sukan (terutama
           di peringkat Negeri dan Daerah) perlu diberi kepada penduduk
           yang bermastautin di kawasan berkenaan.
c)   Perlembagaan
     Contoh   perlembagaan     yang   dibekalkan   adalah   merupakan
     standard yang perlu ada pada setiap badan sukan. Oleh itu badan
     sukan berkenaan perlu menyesuaikan standard ini dengan
     keperluan masing-masing
d)   Jawatankuasa
     Setiap badan sukan perlu memastikan supaya semua maklumat
     asas jawatankuasa seperti nama, alamat, nombor telefon, jumlah
     ahli dan sebagainya adalah lengkap dan betul bagi mengelakkan
     sebarang kesulitan.
         CARTA ALIRAN
PROSES PENDAFTARAN BADAN SUKAN


             Majoriti bersetuju untuk menubuhkan badan sukan


             Pastikan badan sukan berkenaan selaras
             dengan Jadual Pertama Akta Pembangunan
             Sukan 1997

             Dapatkan borang permohonan di Pejabat
             Pesuruhjaya Sukan (Borang 1)


             Lengkapkan borang dan sertakan
             maklumat berikut:


                 * Bayaran proses (cek/ wang pos/
                   kiriman wang) RM 50.00

                 * 4 Salinan perlembagaan


                 * 2 Salinan minit mesyuarat

                 * 2 Salinan bendera, lambang,
                   lencana atau warna dan makna


                 * 2 Salinan senarai pemegang
                   jawatan badan sukan

              Hantar permohonan pendaftaran ke
              Pejabat Pesuruhjaya Sukan

              Selesai
      PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN
                                 (BORANG 1)

                                   BORANG I

                                   MALAYSIA

                  AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997
            PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN
                 (PENDAFTARAN BADAN SUKAN) 1998
                           (Peraturan 4)

PERMOHONAN BAGI PENDAFTARAN BADAN SUKAN


KEPADA:

PESURUHJAYA SUKAN


Seperti yang dikehendakioleh seksyen * 15/16 Akta Pembangunan Sukan 1997,
kami dengan ini membuat permohonan bagi pendaftaran badan sukan
sebagaimana butir-butir di bawah.


1.    Butir-butir badan sukan:

                                 PERSATUAN TENIS NEGERI SELANGOR
      (1)   Nama:………………………………………………………………………

            ……………………………………………………………………………..


      (2)   Alamat:
                                          NO 4, JALAN PERMATA (7/1)
            (a)    Tempat perniagaan:………………………………………………
                           40000 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN
                   ………………………………………………………………………

                   ………………………………………………………………………
                          D/A MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA
      (b)   Alamat pos:………………………………………………………..

            JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA
            ………………………………………………………………………

                                  TENIS
(3)   Sukan:……………………………………………………………………

                                                 PENGELOLA
(4)   Peringkat perwakilan atau pengelola:…………………………………



(5)   Penubuhan badan sukan (lampirkan dua (2) salinan             minit
      mesyuarat sulung – sila lihat huraian 3):

                                             17 MEI 2003
      (a)   Tarikh penubuhan:………………………………………………

                                                                 15
      (b)   Bilangan orang yang menghadiri mesyuarat sulung:…………


                                                           15
(6)   Bilangan kini anggota dalam daftar anggota:…………………………



(7)   (a)   Pernahkah badan sukan didaftarkan sebelum ini di bawah
            Akta Pertubuhan 1966 atau Akta Pembangunan Sukan
            1997?
                                       -TIDAK-
            ………………………………………………………………………

                                                      -TIADA-
      (b)   Nombor pendaftaran dahulu (jika ada):………………………...



(8)   Adakah badan sukan akan memakai apa-apa bendera, lambang,
      lencana atau warna atau apa-apa tanda yang lain (lihat huraian 4)?

                          ADA
(9)    Jumlah Wang –


       (a)      yang telah diterima dalam 2 tahun yang lepas:
                                            -TIADA-
                ………………………………………………………………………

       (b)      yang telah dibelanjakan dalam 2 tahun yang lepas:
                            -TIADA-
                ………………………………………………………………………


       (c)      yang merupakan baki di tangan sekarang:
                                            -TIADA-
                ………………………………………………………………………

       (d)      yang merupakan baki di bank:…………………………………..
                                            -TIADA-
                dan nama bank:…………………………………………………..

                                                1 JANUARI
(10)   Tahun kewangan bermula pada ………………………...setiap tahun.


(11)   Butir-butir syer, debentur, amanah saham atau pelaburan lain yang
       serupa yang dipegang:

        Jenis         Syarikat/Dana         Amaun       Dipegang sejak

       ………….          …………………..             …………… ……………………

       ………….                -TIADA-
                      ………………….. …………… ……………………

       ………….          …………………..             …………… ……………………

             (Lampirkan dua (2) salinan fotostat sebagai bukti pelaburan)

(12)   Butir-butir harta tak alih yang dipunyai dan / atau dipajak / dipajak
       kecil:

                Tempat       No. Hakmilik         Maksud harta digunakan
                                                     ( lihat huraian 5)

       …………………              ……………………             ……………………………….
                                   -TIADA-
       …………………              ……………………             ……………………………….
13.   Sampul surat bersetem yang beralamat sendiri dan pengakuterimaan
      penerimaan dikemukakan bersama ini.

14.   Dua salinan senarai pemegang jawatan utama badan sukan yang
      mengandungi butir-butir yang berikut dikemukakan bersama ini. Nama
      (termasuk nama samaran jika ada), nombor kad pengenalan, tarikh lahir,
      tempat lahir, alamat rumah dan pekerjaan pemegang jawatan dan nama
      dan alamat majikan pemegang jawatan.

15.   Dua salinan diperakui perlembagaan badan sukan dalam Bahasa
      Malaysia atau Inggeris dikemukakan bersama ini.

16.   Kami memperakui bahawa sepanjang pengetahuan dan kepercayaan
      kami maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar dan betul
      dalam setiap butir.




                    20              MEI     03
      Bertarikh:……………………haribulan……………………20………..
Kami,


        (Tandatangan)…………………………………………………………………….
                         TUKIMAN BIN RAMLI
        (Nama)……………………………………………………………………………..
                             PRESIDEN
        (Jawatan)…………………………………………………………………………..




        (Tandatangan)…………………………………………………………………….
                     SATHYASEELAN A/L PAUL THURAI
        (Nama)……………………………………………………………………………..
                         SETIAUSAHA KEHORMAT
        (Jawatan)…………………………………………………………………………..




•   Potong jika berkenaan.
JADUAL PERTAMA AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997

1. Memanah           27. Sukan Air
2. Badminton         28. Biliard & Snuker
3. Bina Badan        29. Boling
4. Tinju             30. Kriket
5. Lumba Basikal     31. Sukan Ekuestrian
6. Lawan pedang      32. Bola Sepak
7. Golf              33. Gimnastik
8. Hoki              34. Judo
9. Karate Do         35. Boling Padang
10. Bola Jaring      36. Ragbi
11. Sepak takraw     37. Menembak
12. Silat Olahraga   38. Tenis Rengan
13. Soft ball        39. Squasy
14. Ping Pong        40. Tae Kwan Do
15. Tenis            41. Bola Tampar
16. Luncur Ais       42. Angkat Berat
17. Gusti            43. Wushu
18. Kapal layar      44. Besbol
19. Kanu             45. Kabbadi
20. Petanque         46. Berdayung
21. Silambam
22. Olahraga         PINDAAN 2004
23. Bola Keranjang   47. Kecergasan
24. Sukan Bermotor   48. Seni Mempertahankan Diri
25. Bina Badan       49. Paralimpik
26. Bola Baling      50. Rekreasi
                     51. Tradisional
            CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN


Contoh perlembagaan ini adalah merupakan panduan dan badan sukan
berkenaan perlu menyesuaikan contoh ini dengan keperluan masing-masing.
Secara asasnya perlembagaan badan sukan perlu mempunyai perkara-perkara
berikut:


FASAL 1.    NAMA
FASAL 2.    TEMPAT URUSAN
FASAL 3.    DEFINISI
FASAL 4.    OBJEKTIF DAN MATLAMAT
FASAL 5.    LOGO/LAMBANG
FASAL 6.    KEAHLIAN
FASAL 7.    YURAN KEAHLIAN
FASAL 8.    PERMOHONAN MENJADI AHLI
FASAL 9.    KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI
FASAL 10.   HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG
FASAL 11.   KEBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
FASAL 12.   PERWAKILAN
FASAL 13.   MESYUARAT AGUNG TAHUNAN/ DWI TAHUNAN/ TIGA TAHUN
FASAL 14.   TUGAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN/ DWI TAHUN/ TIGA
            TAHUN SEKALI (mengikut mana berkenaan)
FASAL 15.   MESYUARAT AGUNG KHAS
FASAL 16.   MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK(mengikut mana berkenaan)
FASAL 17.   TUGAS-TUGAS MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK PERSATUAN
FASAL 18.   JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
FASAL 19.   TUGAS AHLI MAJLIS/ AHLI JAWATANKUASA INDUK
FASAL 20.   MESYUARAT MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK
FASAL 21.   KEWANGAN
FASAL 22.    JURUAUDIT
FASAL 23.   TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
FASAL 24.   PENAUNG/ PENASIHAT
FASAL 25.   PINDAAN PERLEMBAGAAN
FASAL 26.   LARANGAN
FASAL 27.   PEMBUBARAN




* Sila taip dalam bentuk selang 2 baris (double spacing) untuk memudahkan
 semakan

								
To top