PUSAT PERKEMBANG INTERNATIONAL ISLAMIC UN PUSAT PERKEMBANGAN

Document Sample
PUSAT PERKEMBANG INTERNATIONAL ISLAMIC UN PUSAT PERKEMBANGAN Powered By Docstoc
					      PUSAT PERKEMBANGAN BAHASA
              IfLA, CELPAD
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
                  (IIUM)




  1   IfLA IIUM: Tilawah for Public (KUTAQ)
KENAPA PERLUNYA BELAJAR TILAWAH AL-QURAN?

Belajar dan membaca al-Quran adalah suatu kewajipan kepada setiap muslim. Terdapat banyak hadith
yang menerangkan tentang fadhilat membaca dan mempelajari serta mengkaji ayat-ayat al-Quran.
Diantaranya adalah :
               “Bacalah Al-Quran, Maka sesungguhnya ia akan memberi syafaat kepada
                orang-orang yang sering membacanya di hari kiamat kelak.”
                                                            (Sahih Muslim : 1337)

Juga terdapat di dalam hadith lain yang menyebut tentang perlunya membaca serta mendalami al-
Quran seperti :
                “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
                                                                           (Sahih Bukhari : 4639)


Hukum membaca al-Quran secara bertajwid adalah Fardhu Ain atau wajib. Kemahiran untuk membaca
secara bertajwid hanya akan diperolehi dengan mempelajarinya secara mendalam.

APA ITU KUTAQ?

Kursus Umum Tilawah Al-Quran (KUTAQ) adalah satu program atau kursus jangka pendek anjuran
Institut Kemajuan Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IfLA,UIAM). Kursus ini terbuka
kepada segenap lapisan masyarakat. Setiap tahun IfLA menawarkan sebanyak dua pengambilan.
Kursus ini akan berjalan sepanjang tahun kecuali pada bulan Ramadhan.

APA YANG AKAN DIPELAJARI?

Peserta akan belajar membaca dan mendalami ilmu Tajwid al-Quran secara lebih menyeluruh menurut
Riwayat Imam Hafs ‘An ‘Asim melalui Toriq Imam al-Syatibi. Peringkat pengajian atau kursus yang
ditawarkan adalah seperti berikut :

          1) ASAS 1
             Para peserta akan didedahkan dengan perkara-perkara asas di dalam pembelajaran al-
             Quran. Pengenalan kepada bentuk huruf-huruf al-Quran, tanda baris beserta bunyi yang
             betul berpandukan kepada bacaan Rasulullah s.a.w. dengan menggunakan kaedah Talaqqi
             dan Musyafahah

          2) ASAS 2
             Peringkat ini merupakan kesinambungan daripada peringkat Asas 1. Para peserta akan
             didedahkan dengan perkara perkara asas dalam hukum-hukum tajwid seperti mad,
             ghunnah, tafkhim, tarqiq dan sebagainya.Pada peringkat ini juga peserta akan dilatih
             dengan pembacaan surah-surah lazim untuk lebih memantapkan penguasaan bacaan
             mereka..

          3) KEMAHIRAN
             Pada peringkat ini pula, para peserta akan dibimbing membaca al-Quran serta
             mempraktikkan hukum-hukum tajwid. Bersesuaian untuk para peserta yang sudah
             mampu membaca al-Quran tetapi masih melakukan kesalahan pada hukum-hukum asas
             seperti mad , ghunnah , tafkhim , tarqiq dan lain lain



      2     IfLA IIUM: Tilawah for Public (KUTAQ)
    4) TAJWID 1,2 DAN 3
       Pada peringkat ini, peserta sudah mahir dalam bacaan dan dapat mempraktikkan tajwid
       dalam bacaan mereka, cuma masih belum didedahkan dengan ilmu tajwid secara teori.
       Disamping itu juga, peserta dilatih tubi dengan bacaan yang betul serta akan didedahkan
       dengan hukum-hukum tajwid secara lebih mendalam. Pada peringkat ini peserta akan diuji
       dengan peperiksaan secara bertulis serta secara lisan.

    5) TARANNUM
       Setelah ilmu-ilmu tajwid telah dikuasai dengan betul peserta akan diberi peluang untuk
       mempelajari serta mengenali apa itu Tarannum. Penekanan kursus ini lebih kepada
       pemahaman terhadap tingkatan suara, mengetahui alunan-alunan seni lagu al-Quran
       dengan mengikut kaedah yang sebenar. Peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang
       sangat mahir serta bepengalaman dalam bidang Tarannum al-Quran.

    6) QIRAAT
       Pengenalan kaedah ilmu Qiraat melalui aliran al-Syatibiyyah serta aliran al-Jazariyyah akan
       didedahkan kepada peserta. Mereka berpeluang untuk mendalami jenis-jenis bacaan
       mutawatir sekaligus dapat mempelajari keindahan ilmu bahasa Arab dan dialeknya seperti
       bacaan imam Abu ‘Amru, Ibn Kathir, Qalun dan ramai lagi.

    7) TILAWAH & TAFSIR
       Peringkat ini adalah khusus bagi para peserta yang mahir dalam pembacaan al-Quran
       dengan bertajwid dan ingin memahami isi kandungan al-Quran serta mempelajari
       Tafsirnya. Tenaga pengajar akan membimbing bacaan al Quran serta menghuraikan
       maksud-maksud ayat, disamping mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang berlaku pada
       masa kini.

             KURSUS YANG
                                      TEMPOH (18 MINGGU)              TEMPOH (9 MINGGU)
            DITAWARKAN
       Asas 1                                   36 jam                         36 jam
       Asas 2                                   36 jam                         36 jam
       Kemahiran                                36 jam                         36 jam
       Tajwid 1                                 36 jam                         36 jam
       Tajwid 2                                 36 jam                         36 jam
       Tajwid 3                                 36 jam                         36 jam
       Tarannum                                 36 jam                         36 jam
       Qiraat                                   36 jam                         36 jam
       Tilawah & Tafsir                         36 jam                         36 jam
       *Peserta akan ditemuduga terlebih dahulu sebelum menyertai kursus Tilawah al-Quran yang
       ditawarkan.

       *Pihak pengurusan IFLA berhak membuat sebarang pindaan.




3     IfLA IIUM: Tilawah for Public (KUTAQ)
                                                ASAS 1




                                                ASAS 2




                                              KEMAHIRAN




                                               TAJWID 1




                                                TAJWID 2




                                               TAJWID 3




            TARANNUM                            QIRAAT     TILAWAH&TAFSIR



Sebarang maklumat sila rujuk kepada :
Penyelaras,
Kursus Umum Tilawah Al-Quran,
Institut Perkembangan Bahasa (IfLA),
Tingkat 3, Bangunan CELPAD,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Penyelaras : Encik Ramlee b. Abdullah
H/P        : 019-2725516
Pejabat    : 03-61965873
Fax        : 03-61965875
Email      : ramlee@iiu.edu.my / ifla_kutaq@yahoo.com
Website : www.iiu.edu.my/ifla


  4   IfLA IIUM: Tilawah for Public (KUTAQ)