Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

2.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT KONSEP DAN PENGURUSAN by umsymums36

VIEWS: 3,577 PAGES: 27

									2.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT:
   KONSEP DAN PENGURUSAN


        Mohd Hasbullah Omar
    Jabatan Pengurusan Teknologi
     Sekolah Teknologi Maklumat
       Universiti Utara Malaysia


                                   1
Pengenalan
   Objektif bab ini adalah untuk
    menjelaskan pelbagai jenis sistem
    maklumat dan evolusinya, mengenal
    sistem maklumat fungsi (functional) dan
    pemprosesan transaksi, dan
    membincangkan infrastruktur dan
    senibina maklumat.



                                          2
2.1 Sistem Maklumat: Konsep dan
    Definisi
   Ciri-ciri kebanyakan sistem maklumat di abad ke-21:
       Beberapa sistem maklumat berlainan boleh wujud dalam
        satu organisasi.
       Sistem-sistem maklumat disambungkan dengan
        rangkaian elektronik.
       Sistem maklumat antara-organisasi (interorganizational)
        melibatkan arus maklumat dalam 2 atau lebih organisasi
        dan digunakan terutamanya dalam aplikasi e-business.
       Sistem persyarikatan atau sistem maklumat antara-
        organisasi mengandungi perkakasan dan komputer
        samada banyak atau sedikit disambungkan dengan
        pelbagai jenis rangkaian (seperti virtual private networks,
        intranet dan Internet). Juga mengandungi perisian,
        pangkalan data, data, prosedur, dan manusia.


                                                                  3
   Sistem maklumat dibina untuk mencapai
    beberapa matlamat. Salah satu matlamat
    utama ialah memproses data kepada
    maklumat atau pengetahuan secara
    economical. Definisi konsep-konsep ini adalah
    seperti berikut:
       Data merujuk kepada penerangan asas benda,
        peristiwa, aktiviti, dan transaksi yang mempunyai
        rekod, klasifikasi, dan disimpan, tetapi tidak
        tersusun untuk menyampaikan sesuatu maksud.
        Item data ini mungkin numerik, alphanumeric,
        gambarajah, bunyi, dan imej. Sesebuah pangkalan
        data mengandungi beberapa item data yang
        tersusun untuk dicapai.

                                                        4
   Maklumat (Information) ialah data yang telah
    disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai
    kepada penerima. Penerima mentafsir maksud
    serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data
    yang diproses oleh sesuatu program aplikasi
    menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik
    dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian
    ringkas daripada sesebuah pangkalan data.
   Pengetahuan (Knowledge) mengandungi data
    dan maklumat yang tersusun dan diproses untuk
    menyampaikan pemahaman, pengalaman,
    pembelajaran terkumpul dan kepakaran apabila
    diaplikasikan kepada masalah atau aktiviti. Ia
    adalah kombinasi peraturan, idea dan prosedur
    yang membantu membuat keputusan.

                                                  5
   Data, maklumat, dan pengetahuan adalah
    input kepada sesuatu sistem maklumat dan
    boleh juga sebagai output.
   Contoh: data pekerja, gaji dan masa bekerja
    diproses untuk maklumat perolehan gaji
    (output). Maklumat ini pula boleh diguna
    semula sebagai input kepada sistem lain yang
    menyediakan belanjawan atau membantu
    pengurusan menetapkan skala gaji.


                                               6
2.2 Klasifikasi Sistem Maklumat
   Sistem maklumat diklasifikasikan dalam
    beberapa cara:
       berpandukan struktur organisasi,
       fungsi,
       sokongan, dan
       senibina sistem maklumat.
   Walau bagaimana sistem itu diklasifikasikan,
    struktur sistem tersebut adalah sama iaitu
    mengandungi perkakasan, perisian, data,
    prosedur, dan manusia.

                                                   7
2.2.1 Klasifikasi berpandukan Struktur
      Organisasi
   Secara tradisinya, sistem maklumat
    dibahagikan menurut hirarki organisasi.
    Sistem ini dibangunkan sama ada untuk ibu
    pejabat, bahagian, jabatan (department), unit
    operasi, dan mungkin juga untuk setiap
    pekerja.
       Sistem maklumat jabatan (Departmental IS) –
        penggunaan beberapa program aplikasi pada
        satu-satu kawasan fungsi atau jabatan.
        Contoh: Koleksi program aplikasi di Jabatan
        Sumber Manusia dinamakan Sistem Maklumat
        Sumber Manusia.

                                                      8
   Sistem maklumat syarikat (Enterprise IS) –
    kombinasi koleksi semua aplikasi jabatan dengan
    aplikasi-aplikasi fungsi lain. Contoh: ERP –
    membenarkan syarikat menggantikan sistem yang
    sedia ada kepada satu sistem secara integrasi.
   Sistem antara-organisasi (Interorganizational
    systems) – beberapa IS menghubungkan
    beberapa organisasi.




                                                  9
2.2.2 Klasifikasi berpandukan Bidang
      Fungsi

   IS berpandukan fungsi seperti:
       Sistem maklumat   perakaunan
       Sistem maklumat   kewangan
       Sistem maklumat   pembuatan
       Sistem maklumat   pemasaran
       Sistem maklumat   pengurusan sumber
        manusia
   Contoh: TPS – menyokong tugasan
    semua bidang fungsi terutamanya
    dalam perakaunan dan kewangan.
                                              10
2.2.3 Klasifikasi berpandukan Sokongan
   Sistem maklumat diklasifikasikan berdasarkan jenis
    sokongan yang diberi, tidak mengira bidang fungsi.
    Contoh: sokongan IS terhadap pekerja tidak mengira
    bidang fungsi dan sokongan IS kepada majikan tidak
    mengira dimana mereka bekerja. Antaranya:
       Sistem pemprosesan transaksi (TPS)
       Sistem maklumat pengurusan (MIS)
       Sistem pengurusan pengetahuan (KMS)
       Sistem pengautomatan pejabat (OAS)
       Sistem sokongan pemutusan (DSS)
       Sistem maklumat syarikat (EIS)
       Sistem sokongan kumpulan (GSS)
       Sistem sokongan pintar (ISS)


                                                     11
2.2.4 Evolusi Sistem Sokongan
   1950an TPS – sistem memproses jumlah data
    yang banyak, ringkaskan, dan susunkan data
    dalam perakaunan, kewangan, dan bidang
    sumber manusia.
   1960an MIS – sistem mengakses, menyusun,
    meringkaskan, dan memaparkan maklumat untuk
    menyokong pembuatan keputusan.
   1970an Sistem sokongan: OAS, Sistem
    Pemprosesan Perkataan, CAD/CAM, DSS, EIS,
    GSS.
   1980an Sistem pakar (ES), KMS.
   1990an Artificial Neural Networks (ANN),
    algoritma genetik – boleh belajar dari sejarah.
                                                 12
                                Non Computer
                                  Support
Transaction     MIS       DSS
 Processes




  External      Data      EIS
Information   Warehouse




                                Non Computer
                                Support
                                  Internet, other
                                Computer Support




                                                    13
2.2.5 Klasifikasi berpandukan Senibina
      Sistem

   IS diklasifikasi mengikut tiga jenis asas
    senibina:
       Sistem berasaskan rangkautama
       PC (komputer peribadi/desktop)
       Sistem pengkomputan terangkai/teragih
        (distributed/networked computing)




                                                14
2.2.6 Klasifikasi berpandukan Aktiviti
      Sokongan

   IS diklasifikasi mengikut aktiviti
    sokongan iaitu:
       Sistem pengoperasian – urusan operasi
        harian seperti pembahagian tugas pekerja
        dan merekod masa bekerja.
       Sistem pengurusan – urusan aktiviti
        pertengahan pengurusan seperti pelan,
        perlaksanaan, dan kawalan jangka pendek.
       Sistem strategik – berkaitan keputusan
        yang merubah perlaksanaan bisnes.
                                               15
   Sistem Strategik Baru
   Perdagangan elektronik telah menjadi cara
    baru perlaksanaan bisnes dalam sedekad lalu.
       Transaksi bisnes melalui rangkaian
        telekomunikasi, terutamanya Internet.
       Perdagangan elektronik memberi inovasi dan
        kelebihan strategik kepada organisasi seperti:
            Meningkatkan saham pasaran
            Lebih berupaya berurusan dengan pembekal
            Lebih berupaya menghalang pesaing masuk ke kawasan
             perdagangan


                                                              16
Hubungkait Antara Manusia Dan Sistem
Maklumat




                                       17
2.3 Infrastruktur dan Senibina Maklumat
2.3.1 Infrastruktur
   Infrastruktur maklumat mengandungi
    kemudahan-kemudahan fizikal, perkhidmatan,
    dan pengurusan yang menyokong perkongsian
    sumber (computing) dalam organisasi.
   5 komponen penting infrastruktur maklumat:
    1.   perkakasan komputer
    2.   perisian pembangunan
    3.   kemudahan rangkaian dan komunikasi
    4.   pangkalan data
    5.   personel pengurusan maklumat (manusia)


                                                  18
2.3.2 Senibina
   Senibina maklumat ialah pelan atau peta
    peringkat tertinggi keperluan maklumat
    dalam sesuatu organisasi. Dalam
    memnyediakan senibina maklumat, 2
    pecahan maklumat diperlukan:
    i.  Keperluan bisnes terhadap maklumat – objektif
        organisasi, masalah, dan sumbangan yang
        boleh dibuat dengan IT.
    ii. IS yang sedia wujud dalam organisasi dan
        bagaimana semua IS akan disatukan sesama
        sendiri atau dengan sistem yang baru.

                                                   19
   Model Senibina Maklumat – Figure 2.7 pg.63
   Jenis-jenis yang biasa:
    i.  Persekitaran rangkautama – proses dilakukan
        di komputer rangkautama, terminal pasif
        (sebelum 1890an) vs. terminal pintar
        (pertengahan 1980an).
    ii. Persekitaran PC – membentuk senibina
        perkakasan, tidak berkait antara satu dengan
        yang lain tetapi biasanya dihubungkan dengan
        rangkaian elektronik.



                                                   20
    iii. Persekitaran terangkai (teragih)
            Pemprosesan teragih membahagikan kerja
             memproses kepada dua atau lebih komputer.
            Pembahagian menurut geografi dipanggil
             cooperative processing.
            Susunan client/server adalah satu konfigurasi
             penting dimana beberapa komputer berkongsi
             sumber dan boleh berkomunikasi dengan
             komputer lain melalui LAN.
   (i dan ii adalah 2 jenis senibina utama.
    Kombinasi i dan ii membentuk senibina iii.


                                                             21
2.3.3 Client/Server dan Enterprisewide
        Computing
   Senibina client/server terbahagi kepada client dan
    server, kesemuanya dihubungkan dengan LAN dan
    mungkin private WAN.
   Client – komputer seperti PC atau workstation
    dihubungkan kepada rangkaian, dimana digunakan
    untuk mengakses sumber-sumber rangkaian yang
    dikongsi.
   Server – mesin yang dihubungkan dengan rangkaian
    yang sama dan memberi perkhidmatan rangkaian
    tersebut kepada client.
   Fungsi senibina ini adalah untuk memaksimumkan
    penggunaan sumber komputer. Client biasanya jauh
    lebih murah akan berkongsi alat yang mahal iaitu
    server.

                                                     22
Enterprisewide computing ialah senibina client/server
yang menghubungkan data di dalam seluruh organisasi.
Kelebihan:
     Persekitaran computing fleksibel, teratur dan lebih berkuasa.
     Memberi integrasi total sumber-sumber jabatan dan korporat
      IS.
     Memberi lebih kawalan dan keselamatan data dalam
      persekitaran teragih.
     Memaksimumkan nilai maklumat dengan meningkatkan
      kemudahcapaian.
     Membolehkan organisasi melakukan BPR, mengagihkan
      transaksi, menyelaraskan operasi, dan memberi servis yang
      lebih baik dan baru kepada pelanggan.



                                                                 23
   Kesimpulannya, penggunaan senibina
    enterprisewide client/server
    memberikan sesebuah korporat banyak
    kelebihan kompetitif.




                                         24
Fikir-fikirkan
   Apakah teknologi-teknologi yang
    terlibat dalam senibina
    client/server?




                                      25
2.3.4 Senibina-senibina Maklumat Lain
i.   Pertukaran Data Elektronik (EDI) –
     pergerakan elektronik dokumen-dokumen
     bisnes yang mempunyai format standard
     seperti borang-borang pesanan, bil-bil dan
     pengesahan yang dihantar diantara rakan
     kongsi.
        Kelebihan – menyumbang kepada standard
         sebahagian senibina maklumat diantara pihak
         terlibat.
        Kelemahan – tidak dapat digunakan dalam
         bisnes syarikat besar dengan syarikat kecil
         kerana kos rangkaian yang tinggi.

                                                       26
ii.   Sistem Legasi – selalunya sistem
      rangkautama atau teragih dimana
      rangkautama memainkan peranan utama
      dan PC sebagai terminal pintar.
         Kelebihan – IS tertua dan matang, sebahagian
          dari tulang belakang keseluruhan infrastruktur
          IT dalam organisasi. Mekanisme utama dalam
          aplikasi yang besar jumlah prosesnya.
         Kelemahan – kurang kompetitif dan kurang
          serasi (compatible) dengan sistem
          seumpamanya sekarang. Walaupun begitu,
          sistem ini yang terbaharu mungkin
          mengandungi satu atau lebih LAN dan juga
          perlaksanaan awal client/server.

                                                       27

								
To top