1 LAMPIRAN B2 Anugerah Perdana Teknologi Maklumat (APTM) FORMAT by umsymums31

VIEWS: 0 PAGES: 5

									                                                        LAMPIRAN B2


           Anugerah Perdana Teknologi Maklumat (APTM)

                  FORMAT LAPORAN PENCALONAN


1.   Program Pengkomputeran Keseluruhan

     Penerangan mengenai program ICT keseluruhan organisasi yang
     merangkumi program-program yang telah dilaksanakan dan juga
     yang   dalam   perancangan    untuk     memenuhi    keperluan
     perkhidmatan/bisnes teras agensi/organisasi. Penerangan perlu
     menunjukkan dengan jelas perkara-perkara berikut :

     1.1   Pelaksanaan projek ICT organisasi adalah terancang, iaitu
           berdasarkan pelan strategik ICT (ISP) organisasi atau pelan
           perancangan yang setara dengannya;

     1.2   Peranan struktur urus tadbir ICT dalam organisasi;

     1.3   Penggunaan key performance indicators atau pendekatan
           lain yang digunakan oleh organisasi dalam penetapan
           prestasi projek ICT; dan

     1.4   Pengurusan     capaian   prestasi   yang   diamalkan   oleh
           organisasi.


2.   Projek ICT Yang Dicalonkan

     Penerangan mengenai projek ICT yang dicalonkan perlu meliputi
     perkara-perkara berikut :

     2.1   Nama projek;

     2.2   Penyataan mengenai isu/masalah utama yang perlu diatasi
           atau aktiviti/proses yang ingin dipertingkatkan. Pernyataan
           meliputi aspek-aspek berikut :

            i)    Skop isu/masalah atau aktiviti/proses;
            ii)   Kerumitan isu/masalah atau aktiviti/proses; dan



                                                                     1
            iii)   Kepentingan isu/masalah atau aktiviti/proses
                   kepada perkhidmatan/bisnes teras dan program ICT
                   organisasi secara keseluruhan.

     2.3   Tahap perancangan yang telah dibuat dan perkara-perkara
           utama yang telah diambilkira dalam persediaan awal
           sebelum pembangunan dan pelaksanaan projek ICT.


3.   Penyelesaian

     Penerangan penyelesaian merangkumi tiga (3) aspek penting iaitu :

     3.1   Keberkesanan kaedah penyelesaian

           Penerangan mengenai bagaimana penyelesaian yang telah
           dilaksanakan memberi kesan kepada isu/masalah yang
           perlu diatasi atau aktiviti/proses yang ingin diperingkatkan.

     3.2   Inovasi dalam penyelesaian

           Penerangan perlu menonjolkan inovasi dalam penyelesaian
           yang dilaksanakan. Inovasi berkaitan boleh dibahagikan
           kepada dua (2) aspek seperti berikut :

            i)     Inovasi Teknikal
                   Contoh : penggunaan tool baru, integrasi back-end
                   dengan pihak yang berkaitan.

            ii)    Inovasi Dalam Pendekatan
                   Contoh : memperkenalkan perkara baru, membuat
                   R&D, menjalankan benchmarking dan mendapatkan
                   kerjasama pihak lain yang berkaitan. Untuk Sektor
                   Sosioekonomi, inovasi termasuk mendapatkan
                   kerjasama dan komitmen bukan sahaja sektor
                   swasta tetapi juga komuniti sasaran.


     3.3   Elemen ICT dalam penyelesaian

           Elemen ICT yang digunakan merangkumi :
            i)   Komponen-komponen ICT – elemen teknologi yang
                 terkini dan bersesuaian dengan keperluan. Contoh



                                                                      2
                   komponen ICT adalah perkakasan,             perisian,
                   rangkaian, sistem operasi, sekuriti.

            ii)    Kompleksiti dan tahap teknikal penyelesaian –
                   Contoh : penggunaan akses pelbagai saluran
                   (multichannel), melibatkan integrasi proses back-end,
                   melibatkan penambahbaikan perkhidmatan/bisnes
                   organisasi (business improvement).

            iii)   Menunjukkan arkitektur yang jelas dari           segi
                   hubung kait projek ICT secara menyeluruh.


4.   Pelaksanaan

     Pelaksanaan projek diterangkan dalam tiga aspek iaitu :

     4.1   Kelancaran pelaksanaan projek

           Penerangan mengenai kelancaran pelaksanaan berdasarkan
           pelan pelaksanaan (tempoh yang ditetapkan) atau roadmap
           yang telah disediakan dan bagaimana pengukuran
           pelancaran pelaksanaan dibuat.

     4.2   Keberkesanan pelaksanaan

           Penerangan keberkesanan perlu disokong oleh key
           performance indicators atau lain-lain pengukuran yang
           berasaskan pencapaian yang telah ditetapkan. Contoh :
           pelaksanaan projek telah berjaya mengurangkan masa
           pemprosesam atau pengurangkan langkah aktiviti.

     4.3   Kestabilan sistem yang dilaksanakan

           Penerangan mengenai kestabilan sistem meliputi aspek-
           aspek berikut :

            i)     Pengurusan projek yang dijalankan untuk sepanjang
                   tempoh pelaksanaan;

            ii)    Tempoh sistem telah beroperasi dan bilangan iterasi
                   penambahbaikan atau peningkatan yang dilalui
                   untuk sampai ke tahap masakini; dan



                                                                      3
            iii)   Penerangan mengenai bagaimana (mekanisme/
                   pendekatan) kestabilan diukur dan masalah diatasi.


     4.4   Perkembangan akan datang untuk memajukan sistem

           Memberi penerangan mengenai perancangan yang telah
           dibuat untuk memajukan lagi atau meningkatkan elemen-
           elemen sistem di masa hadapan serta faedah dan impaknya
           ke atas sistem yang sedang beroperasi ini dan juga projek
           ICT organisasi secara keseluruhannya.


5.   Faedah Kuantitatif dan Kualitatif

     Penerangan mengenai faedah projek dan bagaimana pengukuran
     telah dibuat :

     5.1   Faedah kepada organisasi

           Impak projek secara langsung kepada organisasi. Contoh :
           pengurangan kos operasi, peningkatan produktiviti,
           menaikkan imej organisasi dengan peratus menurun aduan
           orang awam.

     5.2   Faedah kepada pelanggan

           Impak projek secara langsung kepada pelanggan. Contoh :
           ciri dan peluasan sistem telah memudahkan penguna
           berurusan secara elektronik dengan organisasi seperti
           memperkenalkan pembayaran ansuran secara elektronik
           melalui bank-bank tertentu.

     5.3   Faedah kepada negara

           Faedah diperolehi dengan peluasan penggunaan sistem
           seperti berikut :

            i)     Boleh digunakan oleh organisasi lain dalam negara
                   ini melalui kaedah perkongsian pintar;




                                                                    4
            ii)    Inisiatif boleh dikembangkan ke luar negara yang
                   akan menguntungkan negara dari segi perdagangan;
                   dan

            iii)   Lain-lain pendekatan yang membawa faedah kepada
                   negara.


6.   Tahap Kepuasan dan Penerimaan Pelanggan atau Kumpulan
     Sasaran

     Memberi penerangan mengenai kepuasan dan penerimaan oleh
     pelanggan atau kumpulan sasaran dan bagaimana pengukuran
     dibuat ke atas tahap penerimaan dari segi :

     6.1   Penggunaan sistem melalui saluran-saluran yang telah
           disediakan;

     6.2   Maklumbalas pelanggan atau kumpulan sasaran. Contoh :
           menggunakan borang maklum balas khas, soalselidik, temu
           bual; dan

     6.3   Lain-lain aspek penerimaan sistem yang boleh diukur.

     Pengukuran kepuasan dan penerimaan wajar dibuat berdasarkan
     key performance indicators atau pengukuran prestasi yang telah
     ditetapkan sebelum projek dilaksanakan.




                                                                  5

								
To top