UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT Laporan Tahunan 2008 Hospital Taiping by umsymums31

VIEWS: 190 PAGES: 2

									UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT



PENGENALAN
Unit Teknologi Maklumat (UTM) adalah unit di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Taiping dan
diletakkan di Dewan CME bersebelahan Unit Hameodialisis . Ia ditubuhkan bagi mengurus segala
kemudahan ICT dan merupakan sebuah unit yang menyediakan perkhidmatan sokongan terpenting di
dalam entiti Hospital Taiping serta mempunyai peranan yang besar dalam mengendalikan semua
urusan ICT seperti perancangan dan pengurusan ICT iaitu rangkaian, portal, teknologi maklumat,
perkakasan, perisian dan internet. Seiring dengan keperluan capaian maklumat tanpa sempadan, UTM
berfungsi membangunkan sistem, bertindak mengawasi operasi data, melatih kakitangan serta
menyediakan laporan-laporan semasa yang diperlukan organisasi. Di samping itu, Unit Teknologi
Maklumat juga menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan penyelengaraan yang optimum bagi
memastikan semua sistem-sistem aplikasi dan peralatan komputer sentiasa berfungsi dengan
sempurna.


KEANGGOTAAN
Terdapat seorang Pegawai Teknologi Maklumat (F44), Penolong Pegawai Teknologi
Maklumat Kanan (F32) dan Juruteknik (F17) di Hospital Taiping buat masa ini.


                          Jawatan                             Pengisian        Kekosongan
         1. Pegawai Teknologi Maklumat F44                         1                 -
         2. Pegawai Teknologi Maklumat F41                         -                 1
         3. Pen.Pegawai Teknologi Maklumat F32                     1                 -
         4. Juruteknik Komputer FT17                               1                 -


VISI
   Ke arah memodenkan pentadbiran Hospital Taiping dengan teknologi ICT yang terkini
   untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan cekap.
   melahirkan warga hospital yang membudayakan ICT


MISI
Mempertingkatkan perkhidmatan ICT yang bersepadu menerusi teknologi maklumat terkini atau
bersesuaian dan berinovasi untuk kecemerlangan Hospital Taiping
OBJEKTIF
   Mengadakan khidmat bantuan dalam membangun dan mengurus sistem maklumat yang cekap
   dan berkualiti.
   Memastikan pembangunan sistem, kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat mengikut
   piawaian yang telah ditetapkan.
   Memastikan kesediaan (availability) infrastruktur ICT berada pada tahap tinggi.
   Memastikan budaya ICT diterapkan ke dalam tadbir urus dan diamalkan oleh warga Hospital
   Taiping.



Laporan Tahunan 2008 Hospital Taiping
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT




AKTIVITI-AKTIVITI
   Pembangunan dan pengemaskinian Web portal Hospital Taiping
   Memberi kursus komputer kepada kakitangan hospital sebanyak 31 sesi sepanjang tahun 2008
   Pembangunan Aplikasi
           Discharge Summary Sheet
           Patient Appointment System
           Jadual Aktiviti Harian Doktor
           Operation Report
   Menyediakan rangkaian backbone LAN berbentuk Fiber Optic dan kabel UTP CAT5e untuk
   keseluruhan hospital secara berperingkat-peringkat.
   Menyediakan Internet Access
   Pelaksanaan Sistem Lab Info System(LIS)
   Mentadbir dan mengurus email MOH*CUBE
   Menghasilkan persembahan audio video Korporat Hospital Taiping


PENCAPAIAN
   Web Portal
   Tempat ke 3 di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN)

   Tempat ke 7 di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)




Laporan Tahunan 2008 Hospital Taiping

								
To top