PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

Document Sample
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN Powered By Docstoc
					PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU BERTAJUK ASAS ELEKTROMEKANIKAL

NOORHADI BIN JAMIL

Universiti Teknologi Malaysia

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU BERTAJUK ASAS ELEKTROMEKANIKAL. 2007/2008. NOORHADI BIN JAMIL (HURUF BESAR)

SESI PENGAJIAN: Saya

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TERHAD



TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ (TANDATANGAN PENULIS). Alamat tetap: NO. 37, KAMPUNG RENGGOH, 73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Tarikh: 28 APRIL 2008
CATATAN: * ** 

__________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) DR YEO KEE JIAR Nama Penyelia

Tarikh: 28 APRIL 2008

Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

:…………………………………………. : DR YEO KEE JIAR : 28 APRIL 2008

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU BERTAJUK ASAS ELEKTROMEKANIKAL

NOORHADI BIN JAMIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah diperjelaskan sumbernya.”.

Tandatangan : …………………………… Nama Penuh : NOORHADI BIN JAMIL Tarikh : 28 APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani . Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda dan bonda tercinta serta saudara mara Jamil bin Aman, Rokiah binti Hussin Kesabaran dan pengorbanan serta iringan doamu sebagai penggerak kejayaan ini.

Buat adinda-adindaku Noorazri, Noordiana, Noor Juliana, Noorasmah, Noor Rozaini, dan Nooramirul Azmi Kejayaan ini adalah sebagai pendorong dan pembakar semangat untuk kalian bagi mencapai kejayaan di masa hadapan yang menanti.

Buat Pensyarah Pembimbing Dr Yeo Kee Jiar Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr, kerana telah banyak membantu, membimbing, memberikan peluang, dan semangat dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Buat Rakan-Rakan Segala nasihat dan sokongan kalian akan sentiasa ku kenang

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala yang telah melimpahkan rahmat dan inayatNya, agar dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurnanya, Insya Allah. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Dr Yeo Kee Jiar yang telah banyak membantu, membimbing, menyelia, memberi nasihat yang bernas dan berguna dari awal hingga akhir untuk menjayakan projek ini.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia di atas kebenaran membuat kajian di sekolah. Ucapan terima kasih ini juga diucapkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Pengetua, guru-guru serta pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Abdul Manap, Johol, Negeri Sembilan yang telah memberi kerjasama sepenuhnya.

Akhir bicara sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada kedua-dua ibu bapa, saudara mara, rakan-rakan seperjuangan dan kenalan yang secara tidak langsung telah memberikan nasihat, sokongan, dorongan serta motivasi sepanjang pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.

v

ABSTRAK

Penggunaan perisian multimedia interaktif sebagai bahan bantu mengajar semakin meluas dalam pengajaran dan pembelajaran masa kini. Namun begitu,

perisian multimedia untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup sukar didapati di pasaran. Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan satu perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang menggunakan multimedia interaktif dengan gabungan teks, grafik, animasi dan bunyi bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bertajuk “Asas Elektromekanikal”. Isi kandungan perisian disusun

berdasarkan sukatan pelajaran dan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Satu. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Swishmax 2007 dan gabungan beberapa perisian lain seperti Macromedia Flash, Adobe Photoshop CS, dan Sony Sound Forge 8. Perisian ini disimpan dalam cakera padat dalam format autorun agar bersifat mesra pengguna. Selain menjadi bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran, perisian ini dapat membantu pelajar memahami konsep asas sebelum melakukan kerja amali. Perisian ini telah dinilai dari segi reka bentuk program komputer menggunakan borang soal selidik. Analisis respons daripada soal selidik menunjukkan bahawa perisian PPBK dalam kajian ini telah berjaya dibangunkan mengikut keperluan dan menarik minat pelajar. Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka dengan menggunakan elemenelemen multimedia interaktif yang dapat menarik minat serta menggalakkan mereka terhadap pembelajaran secara kendiri.

vi

ABSTRACT

Interactive multimedia software as a teaching aid has been widely used in teaching and learning now days. However the multimedia software for the subject of Living Skill is less commonly available in market. This research intended to produce a Computer Assisted Teaching and Learning (CATL) software for the topic of Basis Electromechanical in the subject of Living Skill through a combination of text,

graphics, animation and sound. The contents of this courseware are based on syllabus and text book of Integrated Living Skill for form one students. This software was developed by using Swishmax 2007 with combination of several other software such as Macromedia Flash, Adobe Photoshop CS, Swishmax and Sony Sound Forge 8. The developed software is in the form of compact disc and formatted as autorun in order to be user friendly. This software functions as teaching aid as well as enabling students to understand better in developing a basic concept before doing practical work. The software developed in this research was evaluated based on computer programme design by using a set of questionnaire. The result showed that the CATL software has been successfully developed according to the needs and interests of students. It is hoped that this software could help students in the process of learning by using interactive multimedia which could arouse their interest and encourage self access learning.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

JUDUL PENGAKUAN PENYELIDIK DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii xii xiii xiv xv

1

PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5

Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Rasional Kajian 1.5.1 1.5.2 1.5.3 Menarik dan Mudah Digunakan Berorientasikan Pengguna Berinteraktif dan Efektif

1 2 4 5 5 6 6 6 7

1.6

Kepentingan Kajian

viii 1.7 1.8 Skop Kajian Definasi Istilah 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 1.8.5 1.8.6 1.8.7 1.9 Membangunkan Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Interaktif Multimedia Teks Pengajaran Pembelajaran 7 8 8 8 9 9 10 10 10 11

Penutup

2

SOROTAN PENULISAN

2.1 2.2

Pengenalan Sejarah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

12

13

2.3

Sejarah Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) di Malaysia 13 15 16 18 18 19 19 19 19 20 21 22 25

2.4 2.5

Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Fungsi Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2.5.1 2.5.2 2.5.3 2.5.4 2.5.5 2.5.6 Menjimatkan Masa Untuk Pembelajaran Menerangkan Sesuatu Konsep Melibatkan Pelajar Secara Aktif Merangsang Minat Pelajar Mempelbagaikan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Mempertajamkan Deria Pelajar

2.6

Teori Pembelajaran 2.6.1 2.6.2 2.6.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Teori Pembelajaran Tingkahlaku (Behavioris) Teori Pembelajaran Kognitif

2.7

Model Reka Bentuk Bersistem Dalam Pembangunan

ix Perisian PPBK 2.8 Model Assure 2.8.1 2.8.2 2.8.3 Analyze learners (menganalisa pelajar) State objective (menyatakan objektif) Slect methods, media and material (memilih kaedah, media, dan bahan) 2.8.4 Utilize media and materials (menggunakan bahan dan media) 2.8.5 Require learner’s participation (memerlukan penglibatan pelajar) 2.8.6 Evaluation and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian) 2.9 Elemen Multimedia 2.9.1 2.9.2 2.9.3 2.9.4 2.9.5 2.10 Teks Grafik Animasi Audio Video 31 32 32 32 33 33 34 34 35 35 35 35 36 36 36 36 37 31 30 29 26 27 28 28

Pembinaan Perisian Multimedia Pendidikan 2.10.1 Analisa 2.10.2 Terhadap Pengguna dan Pelajar 2.10.2.1 Terhadap Persekitaran Pelajar 2.10.2.2 Terhadap Kandungan Pelajaran 2.10.2.3 Terhadap Matlamat Pengajaran 2.10.3 Reka bentuk 2.10.4 Pembangunan 2.10.5 Perlaksanaan 2.10.6 Penilaian

2.11

Perisian-Perisian Yang Digunakan Dalam Pembangunan Perisian PPBK 38 38

2.12

Penutup

3

REKA BENTUK PERISIAN

x

3.1 3.2

Pengenalan Model Reka Bentuk Perisian 3.2.1 Fasa Analisa 3.2.1.1 Mengenal Pasti Kumpulan Sasaran 3.2.1.1 Menentukan Isi Kandungan 3.2.2 3.2.3 Menentukan Objektif Memilih Kaedah, Media, dan Bahan 3.2.3.1 Perkakasan Komputer Yang Akan Digunakan 3.2.3.2 Perisian Bahasa Pengarangan Yang Akan Digunakan 3.2.4 3.2.5 3.2.6 Menggunakan Bahan dan Media Penglibatan Pelajar Penilaian dan Pengubahsuaian

40 40 41 41 41 42 42 43

43 44 44 44 45 45 45 46 46 48 49

3.3

Reka Bentuk Perisian 3.3.1 Cara Perlaksanaan 3.3.1.1 Reka Bentuk Skrin 3.3.1.2 Paparan Antara Muka

3.4 3.5 3.6

Carta Alir Reka Bentuk Perisian Perancangan Pengujian Penutup

4

HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1 4.2 4.3

Pengenalan Pakej Perisian Perbincangan Perisian 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 Objektif dan Pengenalan Pergerakan Mekanikal Pergerakan Elektromekanikal Perbezaan Pergerakan Mekanikal dan Pergerakan

50 50 51 54 55 58

xi Elektromekanikal 4.3.5 4.3.6 4.4 Uji Minda Keluar 59 60 61 62 62 63 67

Pengujian Perisian PPBK 4.4.1 4.4.2 Pemprosesan Data Pengujian Dapatan Hasil Pengujian Perisian PPBK.

4.5

Penutup

5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN, DAN CADANGAN

5.1 5.2

Pengenalan Perbincangan 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.2.5 Perancangan Yang Sistematik Kemahiran Mereka Bentuk Pengajaran dan Perisian

68 68 70 70

Kemahiran Yang Terhad Dalam Membangunkan Perisian 71 Masa Yang Terhad Kos Pembangunan Perisian 71 72 72 72 73 73 74 75 76

5.3

Kelebihan dan Kelemahan Perisian Yang Dibangunkan 5.3.1 5.3.2 Kelebihan Perisian Yang Dibangunkan. Kelemahan Perisian Yang Dibangunkan

5.4 5.5 5.6 5.7

Kesimpulan Implikasi Kajian Cadangan Lanjutan Penutup

RUJUKAN LAMPIRAN Lampiran A – C

79

82 - 90

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

4.1

Skala Likert 5 Pemeringkatan dan 3 Pemeringkatan 62 63

4.2

Taburan Analisis Item

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

HALAMAN

3.1 3.2 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14

Carta Alir Peringkat Permulaan Carta Alir Pembangunan Perisian Paparan Daftar Pengguna Paparan Ucapan Selamat Datang Paparan Montaj Paparan Menu Utama Paparan Objektif Paparan Pengenalan Paparan Pergerakan Mekanikal Paparan Konsep Pergerakan Mekanikal Paparan Jenis Pergerakan Mekanikal Paparan Takal dan Tali Sawat Paparan Pengenalan Gear Paparan Jenis Gear Paparan Pergerakan Elektromekanikal Paparan Perbezaan Pergerakan Mekanikal dan Pergerakan Elektromekanikal

46 47 52 52 53 53 54 54 55 56 56 57 57 58 59

60 61 61

4.15 4.16

Paparan Uji Minda Paparan Pengesahan Keluar

xiv

SENARAI SINGKATAN

BBM CATS CBT CD CD-R CD-ROM CIE FPN IBM ICT KBSM KPM LCD MB MCCE OHP PBK PMR PPBK PPK PPSMI

-

Bahan Bantu Mengajar Computer-Assisted Tutorial System Computer Base Training Compact Disk Compact Disk Recordable Compact Disk Read Only Memory Computer in Education Falsafah Pendidikan Negara International Business Machine Information and Communication Technology Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Liquid Crystal Display Megabait Malaysian Council for Computers in Education Over Head Projector Pengajaran Berbantukan Komputer Penilaian Menengah Rendah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Pusat Perkembangan Kurikulum Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

P&P USM

-

Pengajaran & Pembelajaran Universiti Sains Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

A1 – A5 B1 – B2

Borang Soal Selidik Surat dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

82 - 86

87 - 88 89 - 90

C1 – C2

Surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pembelajaran pada masa kini telah banyak mengalami perubahan berbanding dengan suasana pembelajaran lama. Terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan moden telah digunakan oleh guru untuk menghasilkan suasana yang lebih baik kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat sejajar dengan kemajuan teknologi komputer pada masa kini. Menyedari kepentingan teknologi ini, kerajaan telah memikirkan satu kurikulum yang akan berupaya menyediakan pelajar untuk perkembangan teknologi pada masa kini dan akan datang.

Kepentingan teknologi ini telah membawa kepada pelbagai perubahan dalam pendidikan sama ada kepada pelajar ataupun kepada guru. Hari ini, guru mahu atau tidak perlu menerima dan mempelajari serta memanfaatkan teknologi ini dengan baik. Menurut Baharuddin et.al (2001), sama ada disedari mahupun tidak, manusia masa kini sukar untuk meneruskan kehidupan mereka tanpa teknologi yang ada pada masa kini.

Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat pada masa kini, penguasaan dalam bidang berkenaan juga telah menjadi satu kemestian. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran telah berusaha memperkenalkan program penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Pelaksanaan program ICT telah dilaksanakan melalui beberapa program utama

2 seperti Program Komputer Dalam Pendidikan, Program Sekolah Bestari, school-net dan mulai tahun 2003 Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting, iaitu pembelajaran tentang komputer, penggunaan komputer dalam memproses maklumat, dan penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, aplikasi yang disebut Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan satu cabang daripada penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan konsep PBK ini telah membawa kepada peranan pengajaran yang melampaui bilik darjah biasa dan meningkatkan kualiti pengajaran kearah akses kendiri, terarah pelajar, dan mengikut kadar pembelajaran individu.

Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan ini adalah untuk menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah perisian di dalam bilik darjah atau di dalam makmal komputer. Penggunaan multimedia yang melibatkan komputer sangat meluas digunakan pada masa kini kerana penggunaan pembelajaran menggunakan komputer dapat mendatangkan minat serta kesan positif berbanding dengan pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisional. Penggunaan yang melibatkan penggunaan perisian teknologi multimedia ini merupakan satu fenomena yang baru dalam era pendidikan di Malaysia terutama di sekolah rendah mahupun menengah. Program ini perlulah direncanakan dengan perancangan dan pelaksanaan yang berterusan agar kaedah pembelajaran dapat dipelbagaikan.

1.2

Latar Belakang Masalah

Pendidikan merupakan bidang yang sentiasa mengalami perubahan sesuai dengan perkembangan yang berlaku terhadap persekitarannya kerana apa-apa sahaja perubahan yang berlaku akan memberikan kesan terhadap pendidikan terutamanya aspek kurikulum. Para pendidik akan terabai jika tidak bergerak seiringan dengan tuntutan perubahan dalam cara penyampaian ilmu sehinggalah tugas penyediaan isi

3 pelajaran dibiarkan dibuat oleh pihak lain dan pendidik seolah-olah sebagai pendita di atas pentas yang hanya boleh bertindak sebagai pemerhati dan pengguna kepada teknologi disekelilingnya. Inilah cabaran baru yang perlu ditangani oleh para pendidik itu sendiri dalam usaha untuk menjadikan peranan pendidik itu lebih bermakna.

Hari ini, perubahan dalam teknologi maklumat akan memberikan cabaran besar terhadap profesion keguruan. Guru perlu bersedia untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Bagi menerajui pendidikan pada masa hadapan, semua guru perlu memahirkan diri dengan penggunaan dan aplikasi teknologi maklumat.

Teknologi maklumat dalam pendidikan pada masa kini adalah amat penting kerana perkembangan teknologi ini hendaklah selari dengan perkembangan teknologi semasa agar bidang pendidikan tidak ketinggalan berbanding bidang-bidang lain. Strategi meningkatkan penggunaan teknologi maklumat di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan guru-guru menguruskannya. Justeru itu, semua guru mestilah menguasai kemahiran teknologi maklumat. Ketrampilan dan penguasaan guru dalam teknologi maklumat adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke-21.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup khususnya bertajuk Asas Elektromekanikal diajarkan kepada semua pelajar tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian biasa di Malaysia. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk

mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di negara kita masih lagi menggunakan sistem pengajaran tradisional yang memfokuskan penggunaan hanya menggunakan buku, kapur, model, dan papan hitam. Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup, Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat memberi gambaran yang jelas dan tepat kepada pelajar untuk memahami sesuatu isi kandungan dengan bantuan teks, grafik, audio, dan animasi yang terdapat dalam perisian PPBK. Menerusi bantuan perisian PPBK guru tidak perlu lagi bergantung kepada kaedah tradisional, malahan pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan.

4 Dengan perkembangan pendidikan pada masa kini, semua pendidik hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah, daripada kaedah tradisional kepada kaedah moden iaitu penggunaan multimedia dalam pendidikan yakni semasa proses pengajaran. Penggunaan kaedah pengajaran secara tradisional tidak membuatkan semua pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Penggunaan multimedia dalam bilik darjah pula, dilihat dapat menarik penglibatan pelajar secara aktif dan berkesan.

1.3

Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer dalam bidang Kemahiran Hidup Pilihan 1 Kemahiran Teknikal bagi tajuk kecil Asas Elektromekanikal untuk kegunaan guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup Tingkatan Satu berdasarkan Sukatan Kurikulum Baru Sekolah Menengah

(KBSM) Tahun 2002.

Perisian multimedia interaktif ini boleh bertindak sebagai pembimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pakej perisian kursus multimedia interaktif ini boleh digunakan dalam bentuk cakera padat, sistem rangkaian persendirian dan cakera keras. Perisian interaktif multimedia ini juga diharapkan akan dapat menjadi media pengajaran yang boleh digunakan oleh pelajar pada waktu pembelajaran anjal.

Bagi memastikan perisian multimedia yang dibangunkan ini dapat digunakan dengan baik oleh guru dan pelajar, maka perisian ini akan melalui proses penilaian. Penilaian ini bertujuan untuk mendapatkan komen, kritik dan maklum balas daripada pengguna. Maklum balas yang diterima boleh digunakan untuk memperbaiki mutu perisian multimedia dan seterusnya dapat memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna pada masa akan datang.

5 1.4 Objektik Kajian

Objektif utama pembangunan perisian berasaskan CD-ROM ini adalah untuk menghasilkan satu perisian PPBK bagi kemahiran teknikal mengikut sukatan Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Tingkatan Satu. Tajuk perisian ialah Asas Elektromekanikal. Objektif kajian ini dilaksanakan adalah seperti berikut:

i.

Membina satu perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) bagi tajuk kecil Asas Elektromekanikal dalam tajuk Kemahiran Tenikal.

ii.

Menghasilkan perisian PPBK yang mengandungi elemen-elemen kaedah pembelajaran terarah kendiri.

iii.

Menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dapat membantu guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.5

Rasional Kajian

Perisian multimedia mengenai Asas Elektromekanikal yang dibina oleh pengkaji dalam kajian ini adalah berdasarkan permasalahan dan keperluan semasa guru yang didapati kurang mempunyai bahan dalam membantu pembelajaran mereka di sekolah. Pembangunan perisian ini dapat membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek tersebut, khususnya bagi pelajar tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah selain menjadikan pembelajaran lebih efektif, kreatif, dan berkesan. Secara ringkasnya rasional kajian ini adalah seperti berikut :

6 1.5.1 Menarik dan Mudah Digunakan

Perisian multimedia PPBK yang dihasilkan boleh dimainkan berulang kali dan hal ini dapat membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran sehingga dapat memahaminya dengan baik. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu guru kerana agak mustahil bagi guru untuk mengulangi sesuatu isi pelajaran yang sama sedangkan banyak lagi sukatan yang perlu dihabiskan. Justeru itu, membolehkan guru menyelia perkembangan pelajaran para pelajarnya dan merancang aktiviti pembelajaran mengikut sukatan dan jadual waktu yang telah ditetapkan.

1.5.2 Berorientasikan Pengguna

Penggunaan perisian PPBK ini membolehkan pelajar diberikan peluang untuk mempelajari isi kandungan pelajaran secara sendiri mengikut kemampuan masingmasing. Hak ini penting kerana sebahagian pelajar tidak dapat mengikut pelajaran di sekolah dengan baik. Faktor ini mungkin disebabkan kemampuan setiap pelajar adalah berbeza. Dengan adanya bantuan pelbagai elemen media dalam perisian ini, pemahaman pelajar dapat ditingkatkan dan memantapkan pembelajaran mereka berbanding dengan proses pembelajaran biasa.

1.5.3 Berinteraktif dan Efektif

Aktiviti pembelajaran tentu menjadi lebih menarik dan berkesan dengan adanya perisian yang berbentuk multimedia dan interaktif. Sebagai contoh, penerangan bagi sesuatu konsep yang disusuli dengan animasi yang menjelaskan konsep tersebut sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Pelajar pada hari ini perlu didedahkan kepada penggunaan teknologi ini memandangkan pada masa hadapan mereka perlu tahu aplikasi teknologi seperti ini seiring dengan perubahan zaman.

7 1.6 Kepentingan Kajian

Pembangunan perisian ini mempunyai kepentingan kepada pelbagai pihak supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif tertentu. Antara kepentingan projek ini ialah:

i.

Membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih menarik hasil daripada penggabungjalinan grafik, warna, dan bunyi.

ii. iii. iv.

Membantu guru memberi penerangan yang jelas terhadap isi pelajaran. Membolehkan pelajar membuat ulang kaji sendiri walaupun tanpa bantuan guru. Membuatkan pelajar lebih berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

1.7

Skop Kajian

Perisian

multimedia

ini

dibina

berdasarkan

tajuk

pelajaran

Asas

Elektromekanikal bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu dalam bidang Kemahiran Teknikal. Perisian Asas Elektromekanikal yang akan dihasilkan akan Isi

meliputi seluruh isi pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut.

pelajaran dalam Asas Elektromekanikal ialah Pengenalan Pergerakan Mekanikal dan Pengenalan Pergerakan Elektromekanikal.

Perisian yang dibina adalah berdasarkan huraian sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada Tahun 2002. Kumpulan sasaran utama perisian PPBK ini adalah pelajar tingkatan satu yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam bidang kemahiran teknikal.