Docstoc

Msds_malaysian

Document Sample
Msds_malaysian Powered By Docstoc
					Risalah Data Keselamatan Bahan Pengelap Kuman Satu Langkah KIMTECH*

1. MENGENALPASTI BAHAN / PENYEDIAAN DAN SYARIKAT / TUGASAN
Nama Produk: Pengelap Kuman Satu Langkah KIMTECH* Nombor Produk: 78148 Tarikh Disediakan : Diedarkan Oleh: 8/12/2008 Kimberly-Clark Australia Pty. Limited, Milsons Point NSW 2061 Ph. 1800 647 994 Kimberly-Clark New Zealand, Manukau 2104, Auckland Ph. 0800 447 814 Kimberly-Clark (Hong Kong) Limited, Causeway Bay Ph. 2355 8640 Kimberly-Clark Singapore Pte. Ltd., Singapore 079909 Ph. 1 800 562 5275 Kimberly-Clark Trading (Malaysia) Sdn. Bhd., Jalan SS7/15 (Jalan Stadium), Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Ph. 1 800 889 466 Kimberly-Clark Thailand Limited, Bangkok 10500 Ph. 0 2230 3003 Kegunaan Produk: Untuk kegunaan nyahjangkit di atas permukaan yang keras. Tidak dicadangkan untuk diguna pakai pada alat-alat terapeutik. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kcpinfo@kcc.com

2. MENGENAL PASTI BAHAN BERBAHAYA
Cecair lut sinar, tidak berwarna yang berbau seperti cuka pada kain lap polipropilin yang berwarna putih. Tinjauan Kecemasan: Perengsa mata yang kuat. Jika wap atau kabus bahan ini dihidu, ia boleh menyebabkan kerengsaan kepada membran mukus dan saluran pernafasan. Jika ditelan dengan kadar yang banyak, ia boleh menyebabkan gangguan gastrousus. Ia juga boleh menyebabkan pelunturan kulit dan mukosa. Elakkan daripada terkena kulit. Pengelasan EU (1999/45/EC): Xi - Perengsa R41 Pengelasan OSHA AS (29CFR1910.1200): Perengsa Mata. Pengelasan WHMIS Kanada: Kelas D-2-B

1

Risalah Data Keselamatan Bahan Pengelap Kuman Satu Langkah KIMTECH*

3. KOMPOSISI/MAKLUMAT BAHAN Nama Kimia
Asid asetik Hidrogen Peroksida Asid Perasetik Air Polipropilin

CAS-No./ EINECSNo
64-19-7/200-580-7 7722-84-1/ 231-765-0 79-21-0/201-186-8 7732-18-5 / 231-791-2 Proprietari

%
4-5%(larutan) 4-5%(larutan) 0.1-0.3%(larutan) 85-95% (larutan) (kain bukan tenunan)

Klasifikasi EU

(67/548/EEC):
C R10, R35 R8, R20/22, R35 C, N, O, Xn, R7, R10, R20/21/22, R35, R50 Tidak berkenaan Tidak berkenaan

Lihat Bahagian 16 untuk maklumat lanjut tentang Klasifikasi EU.

4. LANGKAH PERTOLONGAN KECEMASAN
Untuk sebarang nasihat, hubungi Pusat Maklumat Racun atau doktor dengan serta merta. Penghiduan: Alih ke kawasan udara segar. Dapatkan nasihat perubatan jika batuk, sesak nafas atau masalah pernafasan yang lain berlaku. Terkena kulit: Pertolongan kecemasan tidak diperlukan. Hentikan penggunaan dan dapatkan perhatian perubatan jika kerengsaan berlaku dan berlarutan. Termasuk mata: Bilas serta-merta dengan air yang banyak, juga di bawah kelopak mata, untuk sekurang-kurangnya 15 minit. Dapatkan perhatian perubatan. Tertelan: Hubungi doktor atau Pusat Kawalan Racun dengan serta-merta. Jika mangsa sedar, bilas mulut dengan sedikit air. Minum 1 atau 2 gelas air. Jangan sekali-kali menyuap sebarang benda ke dalam mulut orang yang tidak sedar.

5. LANGKAH MEMADAM API
Bahan Pemadam Api yang Sesuai: Guna bahan pemadam api yang bersesuaian dengan bahan persekitaran. Langkah Melawan Api yang Khas: Pakai alat pernafasan yang terkandung dan sut perlindungan. Kebakaran dan Letupan yang Luarbiasa: Tiada yang diketahui. Bahan Pembakaran yang Berbahaya: Karbon monoksida, karbon dioksida.

2

Risalah Data Keselamatan Bahan Pengelap Kuman Satu Langkah KIMTECH*

6. LANGKAH PEMBEBASAN YANG TIDAK SENGAJA
Udarakan kawasan terlibat. Angkat dan letak barang tersebut dalam bekas yang sesuai untuk penggunaan atau penghapusan. Patuhi semua peraturan persekutuan, negeri dan tempatan.

7. PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN
Elakkan daripada termasuk ke mata. Elakkan daripada menghidu wap atau kabus. Elakkan daripada terkena kepada kulit. Simpan dalam balang yang sesuai pada suhu bilik (20°-24°) dalam kawasan yang kering dan berudara.

8. KAWALAN PENDEDAHAN / PERLINDUNGAN PERIBADI
Nama Kimia Asid asetik Had pendedahan 10 ppm TLV-TWA, 15 ppm TLV-STEL 10 ppm TWA OSHA PEL Hidrogen Peroksida 1 ppm TWA-TLV, 1 ppm TWA-PEL, 0.5 ppm C DFG MAK, 1 ppm UK 8 jam TWA, 2 ppm UK 15 min

Pengudaraan: Pastikan tahap pengudaraan yang mencukupi untuk mengekalkan tahap kepekatan bahan dalam udara berada di bawah had pendedahan pekerjaan yang berkenaan. Perlindungan Pernafasan: Lazimnya, kelengkapan perlindungan pernafasan peribadi diperlukan. Perlindungan Tangan: Sarung tangan lateks, nitril atau neoprin disarankan. Perlindungan Mata: Cermin mata atau gogal keselamatan disarankan.

9. SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA
Rupa dan Bau Cecair lut sinar, tidak berwarna yang berbau seperti cuka pada kain lap polipropilin yang berwarna putih. Tiada data Tiada data 1.02(larutan) Sama dengan air (larutan) Sama dengan air. Larutan – larut sepenuhnya dalam air 2.1-2.2 Tiada data

Takat/julat didih Takat/julat lebur Graviti Khusus (air=1): Tekanan Wap Ketumpatan wap (udara=1): Kebolehlarutan: pH Pekali penyekatan (n-oktanol/air):

3

Risalah Data Keselamatan Bahan Pengelap Kuman Satu Langkah KIMTECH*

Kadar Penyejatan (Butil asetat=1): Peratusan Bahan Mudah Meruap mengikut Isipadu (%) Sebatian Karbon Organik yang Mudah Meruap (VOC) (g/L): Tahap Pancaran Api: Had Kemudahan dalam Udara % mengikut Isipadu

Sama dengan air. >99%(larutan) <5% Tiada. LEL (Bawahan): Tidak berkenaan. UEL (Atasan): Tidak berkenaan.

10. KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN
Kestabilan: Stabil. Keadaan yang perlu Dielak: Pemanasan yang keterlaluan. Bahan yang perlu dielak: Agen penurunan. Dasar yang kukuh. Produk Penguraian yang Berbahaya: Karbon monoksida, karbon dioksida. Pempolimeran yang Berbahaya: Tidak berlaku.

11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI
Simptom/Kesan Pendedahan yang Keterlaluan: Penghiduan: Penghiduan wap atau kabus boleh menyebabkan kerengsaan membran mukus dan saluran pernafasan. Terkena kulit: Boleh menyebabkan kerengsaan ringan. Boleh menyebabkan pelunturan kulit dan mukosa. Produk ini telah diuji dan didapati tidak menyebabkan kerengsaan kulit atau kulit yang sensitif. Terkena mata: Perengsa mata yang kuat. Boleh menyebabkan kerosakan maata yang tidak boleh dipulih. Nilai Ketoksikan Akut: Produk: Dihidu LC50 (tikus).

12. MAKLUMAT EKOLOGI
Tiada data yang tersedia.

13. BUANG PENGELAP YANG TELAH DIGUNAKAN & KOSONGKAN BALANGNYA MENGIKUT TATACARA BIASA
Jangan buang dalam jamban.

4

Risalah Data Keselamatan Bahan Pengelap Kuman Satu Langkah KIMTECH*

14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN
Perihal Penghantaran DOT AS: Tidak dikawalatur Perihal Penghantaran IATA (Udara): Tidak dikawalatur Perihal Penghantaran IMDG (Kapal): Tidak dikawalatur Perihal Penghantaran ADR: Tidak dikawalatur Produk ini tidak mengandungi bahan pencemaran marin.

15. MAKLUMAT UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
Peraturan AS Akta Kawalan Bahan Toksik EPA (TSCA): Semua komponen produk ini disenaraikan dalam Inventori TSCA atau dikecualikan daripada TSCA. Bahan Kimia yang Tersenarai dalam SARA 302: Tiada. Kategori Bahaya SARA 311/312: Kesihatan Akut. SARA 313. Produk Ini Mengandungi Bahan Kimia yang Berikut Tertakluk kepada Keperluan Melapor Pembebasan Tahunan di Bawah SARA Seksyen 313 (40 CFR 372): Tiada. Usul 65 California: Produk ini tidak mengandungi bahan kimia yang tersenarai dalam Akta Penguatkuasaan Toksik dan Air Minuman yang Selamat 1986. Peraturan Antarabangsa CEPA Kanada: Semua komponen adalah disenaraikan dalam atau dikecualikan daripada Senarai Bahan Domestik (DSL). Pengelasan WHMIS Kanada:

Class D-2-B

Pelabelan EU:
Xi - Irritant

5

Risalah Data Keselamatan Bahan Pengelap Kuman Satu Langkah KIMTECH*

R41 - Risiko kerosakan yang parah kepada mata. S 2 - Jauhi daripada kanak-kanak. S26 - Jika bersentuhan dengan mata, bilas serta-merta dengan air yang banyak dan dapatkan nasihat perubatan. S39 - Pakai perlindungan mata/muka. Peruntukan Khas di bawah Lampiran V 1999/45/EC: Lembaran Data Keselamatan adalah tersedia untuk pengguna profesional jika diminta.

16. MAKLUMAT LAIN
Pengredan HMIS: Kesihatan 2 Kebakaran 0 Kereaktifan 0. Rujukan Kelas EU dan Frasa Risiko (Lihat Seksyen 2 dan 3): C - Mengakis. N - Berbahaya terhadap alam sekitar. O - Mengoksida. Xi - Perengsa. Xn - Memudaratkan. R 5 - Pemanasan boleh menyebabkan letupan. R 7 - Boleh menyebabkan kebakaran. R 8 - Terkena dengan bahan mudah terbakar boleh menyebabkan kebakaran. R10 - Mudah terbakar. R20/21 - Memudaratkan jika terhidu atau terkena kulit. R20/21/22 - Memudaratkan jika terhidu, terkena kulit atau ditelan. R35 - Menyebabkan luka kebakaran yang parah. R41 - Risiko kerosakan yang parah kepada mata. R50 - Sangat toksik kepada organisma akuatik. Maklumat yang terkandung di sini adalah benar dan tepat mengikut pengetahuan terbaik Kimberly-Clark. Akan tetapi, tiada jaminan, samada yang dinyatakan atau tersirat, dibuat. Semua kandungan ini tidak harus ditakrifkan sebagai saranan untuk melanggar paten yang ada atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan. Penentuan terakhir tentang kesesuaian bahan ini adalah tanggungjawab tunggal pengguna.

6