Keberkesanan Pelaksanaan Dan Perkembangan Program Mata Pelajaran by jw8490k

VIEWS: 239 PAGES: 1

									Keberkesanan Pelaksanaan Dan Perkembangan Program
Mata Pelajaran Vokasional (Mpv) Di Sekolah Menengah
Akademik Harian : Satu Tinjauan Di Pulau Pinang
                          oleh Afizah binti Md Yusoff
                   Penyelia : Dr. Hj.Baharom bin Mohamad

Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merangkumi 22 mata pelajaran
elektif bercorak kemahiran vokasional di Tingkatan 4 dan 5 yang mula ditawarkan
secara berperingkat-peringkat di sekolah menengah akademik mulai tahun 2002.
Kajian ini dijalankan untuk meninjau dan mengenal pasti sejauh manakah
perkembangan pelaksanaan program mata pelajaran vokasional ini di Pulau
Pinang sejak ia mula ditawarkan pada tahun 2002 lagi. Kajian juga dijalankan
untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelaksanaan
MPV. Sampel kajian terdiri dari 48 orang guru MPV dari 20 buah sekolah
menengah akademik yang terlibat dengan pelaksanaan program MPV di Pu-
lau Pinang. Maklum balas yang diperolehi dari borang soal selidik dianalisis
menggunakan statistik diskiptif dan statistik inferensi. Hasil analisis diskriptif
dipersembahkan dalam bentuk skor min. Manakala, statistik inferensi meng-
gunakan analisis korelasi untuk menentukan sama ada faktor-faktor tersebut
telah mempengaruhi pencapaian pelaksanaan MPV. Dapatan kajian menun-
jukkan bahawa faktor minat pelajar dan faktor bekalan peralatan dan bahan
telah mempengaruhi pencapaian pelaksanaan MPV di Pulau Pinang. Namun,
keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Program MPV di
Pulau Pinang telah berkembang tetapi pelaksanaannya tidak mencapai sasaran
yang membanggakan.

                                    Abstract

    The Mata Pelajaran Vokasionals (MPV) program consists of 22 elective sub-
jects taught in form 4 and form 5 were introduced in secondary school. This
research is executed in order to observe and identify how far the implementa-
tion of vocational program developed in Penang since 2002. The purpose of
this research is also to identify the several factors that affect the achievement of
implementing MPV. There are 48 MPVs teachers from 20 secondary school that
involved, had been selected as the sample of this research. Feedbacks from the
questionnaires were analyzed in descriptive statistic and inferences statistic. The
descriptive analysis been resulted in mean scores method and the inferences anal-
ysis used correlation method. The inferences analysis will analyze whether that
the factors influenced the success of the MPVs implementation. The finding has
resulted that the interest, material and equipment factors among students have
affected the achievement of MPVs implementation in Penang. However, overall
results of this research showed that the implementation of MPV in Penang has
been expanded even though its still did not achieve a positive target.

								
To top