SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 31990 Guru Mata Pelajaran Bahasa by jw8490k

VIEWS: 238 PAGES: 2

									KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK J, PARAS 7 UTARA
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR                                                                                                 Tel : 03-2556900

                                                                                                   KP(BS)8591/Jld.IV/ (113)
                                                                                                   21 Julai 1990



Semua Pengarah Pendidikan Negeri


Y.Bhg. Dato’/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1990 :
Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris dan
Guru Mata Pelajaran Matematik


Guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan pencapaian matlamat akademik
para pelajar. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran guru banyak mempengaruhi sikap,
tabiat dan motivasi belajar para pelajar. Kerana itu, bagi mata pelajaran penting seperti
Bahasa Inggeris dan Matematik, adalah amat wajar jika pengajarannya di sekolah seboleh-
bolehnya dilakukan hanya oleh guru-guru yang sudah terlatih khusus bagi mata pelajaran
tersebut.

2.    Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah dikeluarkan dengan tujuan untuk menentukan
bahawa perkara-perkara seperti berikut dipatuhi :

       i.      Guru-guru opsyen/pengkhususan mata pelajaran Bahasa Inggeris dan mata
               pelajaran Matematik hendaklah mengajar dan tidak boleh dikecualikan
               daripada mengajar mata pelajaran tersebut.

       ii.     Pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris dan mata pelajaran Matematik di
               sekolah hendaklah SEBOLEH-BOLEHNYA dilakukan oleh guru-guru yang
               terlatih khususnya bagi mata pelajaran tersebut atau oleh guru-guru yang
               telah diberi kursus/pendedahan mengenainya.

       iii.    Usaha perlu diambil untuk memberikan kursus atau pendedahan mengenai
               kaedah pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris dan mata pelajaran
               Matematik kepada guru-guru yang tidak terlatih khususnya bagi mata
               pelajaran tersebut tetapi sedang atau diminta mengajar mata pelajaran
               tersebut sekarang.

3.   Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah
menengah dan rendah di negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan. Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”




TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

              Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k   1.   Y.B. Saudara Anwar Ibrahim
           Menteri Pendidikan Malaysia

      2.   Y.B. Dr. Leo Michael Toyad
           Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

      3.   Y.B. Encik Woon See Chin
           Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

      4.   Ketua Setiausaha
           Kementerian Pendidikan Malaysia

      5.   Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
           Kementerian Pendidikan Malaysia

      6.   Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
           Kementerian Pendidikan Malaysia

      7.   Timbalan Ketua Setiausaha I
           Kementerian Pendidikan Malaysia

      8.   Timbalan Ketua Setiausaha II
           Kementerian Pendidikan Malaysia

      9.   Ketua-Ketua Bahagian
           Kementerian Pendidikan Malaysia

      10. Pegawai Perhubungan Awam
          Kementerian Pendidikan Malaysia




            Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

								
To top