Best Management Practices - DOC by norlidamd1

VIEWS: 319 PAGES: 17

									                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN




      Amalan Pengurusan Terbaik (BMP’s) Dalam Pengurusan Air Ribut Di
Kawasan Bandar Dapat Mengurangkan Banjir Dan Pencemaran. Bincangkan




1. Pendahuluan


    Negara Malaysia terletak di kawasan Khatulistiwa dan menerima purata hujan
    tahunan sebanyak 2500 mm hingga 4000 mm. Malaysia mengalami dan
    menerima hujan lebat dan berpanjangan semasa Monsun Timur-Laut untuk di
    kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada bulan November hingga
    Januari dan Monsun Barat-daya (April hingga Mei untuk Semenanjung
    Malaysia, Mei hingga Julai untuk Sabah dan Sarawak). Suhu diantara 21oC
    hingga 32oC dengan kelembapam purata 80%. Kelembapan yang tinggi
    menyebabkan penduduk di negara ini menjadi kurang selesa dengan adanya
    banjir tahunan dan banjir kilat. Kejadian banjir yang berlaku dari tahap
    kadangkala telah menjadi lebih kerap dengan masalah longkang tersumbat di
    kawasan bandaran dan keadaan sungai yang menjadi lebih cetek akibat
    enapan kelodak di dalam sungai ditambahkan lagi dengan kurangnya
    kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga dan mempunyai kualiti
    air sungai yang bersih untuk segala urusan kehidupan harian. Pembuangan
    sampah sarap dan ketidakakuran sesetengah pihak terhadap larangan
    membuang sampah dan pembuangan sisa kimia ke longkang dan parit telah
    memburukkan lagi kualiti air sungai negara ini.


2. Latarbelakang


    Negara Malaysia telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam
    setengah abad ini. Pembukan tapak pertanian dan perladangan semenjak
    pemerintahan          Perdana        Menteri      Tun   Abdul   Razak   hinggalah   kepada
    pembangunan serta pembersihan tapak pembangunan yang begitu pesat telah
    berlaku terutama semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Bin Mohamed. Untuk



Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                      1
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


    merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negara, projek peswastaan telah
    dilaksanakan dimana pertumbuhan ekonomi berlaku begitu pesat yang
    dilaksanakan          oleh     kedua-dua          pihak   kerajaan   dan   syarikat   swasta.
    Pembangunan yang pesat untuk kerja pembersihan tapak-tapak pembangunan
    untuk kawasan perbandaran telah menjadi punca utama yang tidak terkawal
    dan telah menyebabkan kuantiti air larian terutama luah puncak bertambah
    sehingga dua kali ganda dan enapan kelodak mencetekkan kedalaman sungai.
    Pembangunan bandaran yang tidak terkawal tanpa kaedah pengurusan terbaik
    telah menyebabkan pencemaran terhadap kualiti air ribut yang mengalir ke
    sungai-sungai tercemar dan menjadi air yang tidak bersih hingga ketahap IV
    (Laporan Tahunan DOE, 2005, 2006, 2007).


    Masalah-masalah di atas iaitu kuantiti air larian yang bertambah dua kali ganda
    dan kualiti air larian yang rendah atau tidak bersih hingga mencapai tahap IV
    menjurus kepada persoalan-persoalan ‘ Amalan Pengurusan Terbaik (BMP’s)
    Dalam Pengurusan Air Ribut Di Kawasan Bandar Dapat Mengurangkan Banjir
    Dan Pencemaran’ yang perlu dibincangkan.


    Kertas ini membincangkan pengurusan air ribut dari sistem konvesional kepada
    rekabentuk integrasi dan kelpalbagaian amalan-amalan pengurusan terbaik
    (Best Managemenr Practices, BMP’s) di kawasan Bandar dalam dan luar
    negara bagi menebat banjir dan mengurangkan pencemaran sungai.


3. Mengapa Kita Perlu Amalan-Amalan Terbaik Dalam Pengurusan Air Ribut


    Apakah yang dimaksudkan ‘Amalan Pengurusan Terbaik (BMP’s) Dalam
    Pengurusan Air Ribut Di Kawasan Bandar Dapat Mengurangkan Banjir Dan
    Pencemaran. Bincangkan’ ? Dua perenggan di bawah menerangkan maksud
    setiap perkataan di dalam tajuk perbincangan di atas. Seperti di perenggan 1
    dan 2 di bawah, perenggan-perenggan seterusnya juga akan menghuraikan
    bagi maksud persoalan ini.




Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                       2
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


    Amalan        pengurusan terbaik (Best Management Practices, BMP’s) adalah
    sesuatu perbuatan atau tingkahlaku dimana yang dimaksudkan di sini adalah
    kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh sesuatu pihak untuk menguruskan
    sesuatu keadaan, kerja pembangunan dan pentadbiran dalam kerja-kerja
    penyelenggaraan dan pengoperasian yang terbaik atau yang memberikan hasil
    yang bagus dengan kaedah yang serupa. Melalui amalan serupa yang
    digunakan maka akan wujud satu persamaan dalam kaedah pengurusan
    tersebut dimana tatacara pengurusannya akan menjadi lebih efesien.


    Pengurusan air ribut di bandar adalah kerja-kerja mentadbir air larian yang
    mengalir atas tanah (yang tidak menyerap ke dalam tanah) ke longkang, parit-
    parit dan alur-alur semulajadi hinggalah semuanya bercantum mengalir terus
    ke kawasan lebih rendah dan akhirnya ke sungai dan laut. Air ribut                     juga
    dikenali sebagai air larian biasanya mengalir di kawasan-kawasan bandar iaitu
    kawasan yang banyak tidak telap air seperti di kawasan industrii, perumahan
    dan perdagangan. Bandar merupakan kawasan yang telah dibangunkan
    melebihi 40% daripada jumlah kawasan tadahannya. Air ribut juga mengalir di
    kawasan yang telah dibangunkan seperti di kawasan perladangan dan
    pertanian dimana pembukaan kawasan tadahan berlaku untuk tujuan
    pembangunan, Air ribut berpunca daripada hujan yang turun dan mengalir di
    atas kawasan-kawasan yang dimaksudkan tadi untuk menjadi air larian.
    Sebanyak 57% air larian terbentuk daripada hujan yang turun, 36% menjadi
    evotranspirasi dan 7% selebihnya menyerap menjadi air bawah tanah. Dengan
    peratusan tertinggi iaitu 57%, air larian boleh menyebabkan masalah banjir
    serta pencemaran kualiti air kepada sistem sungai di negara ini. Ini kerana air
    dalam sungai membawa sampah sarap dan kelodak yang tidak dikawal dari
    sumber terkawal dan tidak terkawal. Secara tidak langsung dan mengikut
    kaedah sains, sedimen dan kelodak akan membawa bahan kimia yang terlekat
    padanya        dan      seterusnya        masuk       ke   sungai.   Dengan   amalan-amalan
    pengurusan air ribut yang akan dibincangkan dalam kertas ini kaedah amalan
    pengurusan terbaik (BMP’s) boleh mengurangkan banjir dan pencemaran di
    sungai seperti kelodak, bahan kimia dan sampah sarap.




Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                      3
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


    Kesan utama akibat proses perbandaran adalah kepada kuantiti air larian dan
    kualiti air larian. Kesan-kesan yang dimaksudkan ialah perubahan keadaan
    semualajadi kawasan tadahan di sesuatu kawasan yang diganggu seperti
    lorong aliran semulajadi air larian dan effesiensi penyerapan air hujan antara
    kawasan atas kanopi atau pokok dan seterusnya hingga sampai ke tanah.
    Olehkerana sebahagian daripada kitaran hidrologi atau proses semulajadi
    untuk air larian sampai ke tanah telah diganggu, maka terjadi peningkatan
    kuantiti air larian dan perubahan kualiti air larian. Proses penyerapan dan
    penerobosan tidak dapat berlaku lagi secara semulajdi. Inilah yang
    menyebabkan kitaran hidrologinya terganggu.


    3.1      Kesan Pembangunan dan Perubahan serta Peningkatan Kuantiti Air
             Larian


             Scheuler         (1987)        menyatakan          bahawa    pembangunan     akan
             mengakibatkan            perubahan       kitaran    hidrologi.   Keadaan   sebelum
             pembangunan yang mempunyai banyak tumbuhan (kanopi) dapat
             menyerap hujan dan menghasilkan sedikit air larian. Manakala keadaan
             sebaliknya berlaku apabila selepas pembangunan (Apendik A, Rajah 1).
             Koefisi larian (Runoff Coefficient, C) juga akan meningkat dengan
             pertambahan kawasan tidak telap air (Apendik A, Rajah 2). Apabila
             kawasan dibangunkan maka terdapat pengurangan air sungai akibat
             kurangnya proses penerobosan (percolation) ke air bawah tanah
             (Apendik A, Rajah 3). Penerobosan adalah proses penyerapan air tanah
             yang perlahan di lapisan tanah kedua atas yang akan memberikan
             potensi pengembalian semula air bawah tanah yang juga akan
             digunakan oleh pokok-pokok. Scheuler (1987) juga menyatakan bahawa
             pembangunan tidak terkawal akan menurunankan keupayaan atau
             prestasi semulajadi di sungai (degradation of stream channel). Air ribut
             hujan mempunayi tenaga yang besar dan mampu mengubah geometri
             sungai. Selepas pembangunan, kedua-dua kekerapan (frequency) dan
             nilai (magnitude) luahan sungai meningkat mendadak. Akibatnya, sungai
             di bandar menjadi penuh dan separuh penuh untuk banjir yang berlaku



Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                      4
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


             dalam setahun berbanding dengan keadan sebelumnya. Rajah 4
             menerangkan            luahan       puncak   yang   kerap   dan   tinggi   setelah
             pembangunan tidak terkawal berlaku (Apendik A, Rajah 4).


             Keadaan yang serupa juga akan berlaku kepada dasar sungai dan
             tebing akan kelihatan (expose) dan mendorong kepada proses hakisan
             setiap masa untuk jangkamasa yang lama. Keadaan yang tidak setabil
             boleh menyebabkan sungai melebar dengan sendiri untuk memastikan
             ianya dapat menampung kapasiti air sebelum ini, pertambahan hakisan
             tebing       dan      sungai,       kepupusan   jeram-jeram   (pool/riffles)   dan
             pengurangan kualiti habitat dalam sungai.


             Keadaan selepas pembangunan menyebabkan banjir limpahan sungai
             berlaku di kawasan hulu sungai. Pembangunan meningkatkan kadar
             luahan puncak berlaku pada rekabentuk hujan 100 tahun. Akibatnya
             aras air untuk rekabentuk 100 tahun menjadi lebih tinggi dan kawasan
             dataran banjir menjadi lebih luas (Apendik A, Rajah 5).


    3.2       Kesan Pembangunan dan Perubahan Kualiti Air Larian


             Terdapat dua fasa dimana kualiti air sungai tercemar. Fasa pertama,
             semasa peringkat pembinaan dan peringkat kedua pembangunan.
             Kerja-kerja pembukan tanah menyebabkan peringkat pembinaan
             menghasilkan kelodak yang boleh masuk ke sungai. Kelodak yang
             masuk ke sungai akan mendap dan boleh mencetekkan kedalaman
             sungai dan mengurangkan kapasiti sungai untuk menampung jumlah
             isipadu air sebelum pembangunan . Hakisan fasa pertama akan
             berkurangan apabila kerja-kerja fasa pertama pembangunan selesai.
             Hakisan dan kelodak akan berulang semula fasa kedua pembangunan
             dimana kerja-kerja penanaman cerucuk, pengorekan tanah untuk
             sesuatu lokasi bangunan menghasilkan kelodak yang banyak. Kedua-
             dua fasa ini bertambah lebih teruk apabila hujan sebagai faktor utama
             menyebabkan air larian membawa hakisan kelodak ke tempat-tempat



Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                      5
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


             yang lebih rendah dan seterusnya masuk ke sungai. Kelodak juga
             membawa bahan kimia kawasan tapak pembangunan tersebut. Bahan
             kimia tersebut melekat pada kelodak dan seterusnya masuk ke tasik
             atau sungai.


             Bahan pencemar yang wujud dalam air ribut dari sumber terkawal dan
             tidak terkawal adalah seperti kebocoran atau limpahan daripada paip
             pembentung, pembuangan bahan kimia ke parit dan longkang kecil
             samada pembangunan pertanian atau industri, pembasuhan daripada
             bumbung bangunan, penurunan hujan daripada atmosfera yang
             membawa turun bahan kimia udara, pembuangan sampah sarap oleh
             manusia, pencemaran dari jalanraya yang membawa enapan seperti
             minyak kenderaan bermotor dan karbon, jatuhan najis dan bangkai
             binatang masuk ke sungai dan mencemarkan sungai. Kajian Pelan
             Induk yang telah dijalankan di Los Angeles (Los Angeles World Report,
             2003) dengan menggunakan data dari tahun 1994 hingga tahun 2000
             mendapati bahawa perubahan jenis kawasan tidak telap air iaitu
             perubahan kawasan jenis guna tanah menjurus kepada perubahan
             kepada tahap kualiti air iaitu penurunan kualiti air sungai. Melalui laporan
             kajian      yang      telah     dijalankan,   rekabentuk   yang   sesuai   dalam
             merekabentuk infrastruktur pengurusan air ribut untuk LAX telah
             dikenalpasti seperti parit dan longkang di sekitar kawasan Lapangan
             Terbang LAX dan seterusnya menjaga kualiti air dalam kawasan
             tersebut.


4. Mengapa Malaysia Memerlukan Pengurusan Air Ribut Tersendiri


    Kejadian banjir merupakan fenomena biasa berlaku di Negara Malaysia. Hujan
    lebat menyebabkan banjir kilat manakala hujan berterusan menyebabkan banjir
    berlaku dan bertahan selama beberapa hari. Hujan juga adalah faktor utama
    membawa hakisan kelodak, bahan-bahan kimia dan sampah sarap ke sungai-
    sungai. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
    (JPS) menunjukkan bahawa kawasan tidak telap air adalah daripada 0 – 40 %



Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                      6
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


    boleh menyebabkan peningkatan luahan puncak meningkat kepada 190% dan
    memendekkan masa aliran keluar sebanyak 50% (Abdullah, 2000). Kekerapan
    banjir di Malaysia telah menyebabkan kehilangan nyawa dan dengan kos
    kerugian hampi 1 billion ( JPS, 2002). Roesner et al (2001) juga menyatakan
    bahawa nisbah aliran puncak selepas pembangunan naik 2 kaliganda untuk
    tempoh ulang 100 tahun (Apendik B, Jadual 1) manakala peningkatan
    frekuensi air larian untuk tempoh ulang 2 tahun akibat kesan pembangunan
    untuk 80% ketidakbolehtelapan adalah 8 kali setahun (Apendik B, Jadual 2).


    Pencemaran kualiti air sungai juga semakin meningkat (DOE, 2002). Laporan
    Kualiti Alam Sekitar, 2002, menunjukkan bahawa daripada 120 buah batang
    sungai yang dipantau pada tahun 2002, hanya 63 buah sungai dalam ketegori
    bersih, 43 hampir tercemar dan 14 tercemar teruk.


    Kaedah konvensional yang telah digunapakai semenjak zaman British dahulu
    telah mendorong kepada penyaluran air terus ke sungai dengan cepat.
    Keadaan pembangunan yang begitu pesat yang telah berlaku semenjak
    merdeka tahun 1957 dan projek penswastaan semasa pemerintahaan Perdana
    Menteri Tun Dr Mahathir Bin Mohamad telah menggunakan kaedah penyaluran
    terus besar-besaran ke sungai-sungai. Walaupun Malaysia mempunyai
    manualnya pada masa itu, penyaluran air ke sungai menjadi semakin besar.
    Kaedah konvesional itu tidak mengintegrasikan kuantiti air, kualiti air dan
    kemudahan. Penyelesaian masalah kuantiti dan kualiti tidak diambil kira
    bersama semasa kerja-kerja rekabentuk dilakukan. Begitu juga dengan
    kemudahan awam dan dari segi kesesuaian dan keselamatan orang ramai
    dalam kerja-kerja perancangan struktur banjir, ianya tidak diambil kira bersama.
    Diantara kekurangan menggunakan kaedah ini adalah seperti struktur saluran
    perlu direkabentuk menggunakan saiz yang besar untuk menampung air larian
    dalam kawasan bandaran atau kawasan tadahan, saluran di hilir sering
    didapati      kurang       besar      untuk       menampung   pertambahan   luahan   yang
    mengakibatkan banjir, sistem tradisional saluran konkrit boleh membahayakan
    orangramai semasa dan selepas hujan kerana halaju air sungai yang tinggi dan
    bahan pencemaran dari bandar dibawa ke kawasan hilir.



Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                       7
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN




    Selaras dengan penyelesaian masalah masing-masing yang sedang dihadapi
    oleh JPS dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), maka JPS telah melangkah
    kehadapan dalam memperkenalkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) pada
    tahun 2000 dan ianya telah menjadi mandatori pada tahun 2001 dan mula
    digunapakai dalam semua kerja rekabentuk yang melibatkan air larian. MSMA
    menggantikan manual lama ‘Planning and Design Procedur No.1: Urban
    Drainage Design Standards and Procedure for Peninsular Malaysia’. Manual
    MSMA ini mengunakan konsep dan prinsip pengecilan air larian dengan
    kaedah kawalan di punca. Manual ini mengandungi pelbagai contoh BMP’s
    bagi menangani kuantiti air dan merawat kualiti air larian sebelum masuk ke
    sungai. Kaedah ini mengintegrasikan rekabentuk kuantiti air, kualiti air dan
    kemudahan struktur yang dibina yang lebih mesra alam dan kepada
    orangramai (Apendik A, Rajah 6, 6a). Kitaran Hidrologi dikembalikan semula
    dengan adanya proses penyusupan, resapan dan penerobosan apabila kaedah
    MSMA ini digunapakai.


5. Kaedah dan Pendekatan Pengurusan Air Ribut


    Perbandaran telah mengubah bentuk regim aliran permukaan dan secara
    langsung merubah geomerti sungai dan sistem ekologinya. Pengurusan air
    ribut yang menggunakan pendekatan tradisional atau konvensional iaitu
    penyaluran terus pada tahun sehingg 1970an, manakala tahun 1980an
    menggunakan kaedah penahanan dan penyimpanan. Pada tahun 1990an,
    seluruh dunia mengatakan air ribut dikenal pasti sebagai punca utama
    pencemaran kualiti air. Maka kawalan di punca diperkenalkan dengan kaedah-
    kaedah pengecilan luahan puncak dan rawatan semulajadi. Welsh (1989)
    menggariskan pendekatan storan adalah lebih efektif dalam mengawal kualiti
    air dibandingkan kaedah penyaluran terus (Apendik B, Jadual 3). Malaysia
    menerima pakai konsep pengurusan penstoran air ribut ini pada tahun 2001
    melalui MSMA.




Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                      8
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


    MSMA menggunakan kaedah asas (fundamental) pengurusan air ribut dimana
    dua (2) fundamental/kaedah penyelesaian dalam mengawal kuantiti air dan
    sesetengahnya dapat mengawal kualiti air larian. Kaedah orientasi penstoran
    (storage-oriented approach) ini adalah lebih efektif dan kaedah ini lebih
    dipersetujui untuk digunapakai. Fungsi kaedah ini untuk menyimpan air ribut
    semasa hujan di kawasan setempat atau terdekat dengan menyalurkannya
    keluar berdikit-dikit ke hilir sistem sungai atau kawasan penstoran (detention)
    atau penyusupan kepada kawasan tanah sekelilingnya (retention). Kedua-dua
    kaedah ini mengurangkan kerosakan banjir dan bencana di kawasan hilir yang
    meneriman air larian tersebut. Kaedah orientasi penstoran juga boleh
    menggunakan air yang disimpan untuk digunakan semula sebagai sumber air
    untuk pertanian dan domestic (seperti penyiraman pokok bunga dan
    pembasuhan kereta).


    Elemen-elemen            perinsip      dan        teknik   yang   digunapakai   dalam   sistem
    berorientasikan penstoran adalah kemudahan penyimpanan air ribut dan
    kemudahan penstoran. Kemudahan penstoran mengandungai beberapa
    kombinasi penstoran iaitu secara Penstoran di Tapak, Penstoran Komuniti dan
    Penstoran Wilayah. Pengurusan air ribut secara berperingkat ini juga
    dicadangkan oleh CIRA (2000) dalam menangani air larian secara keseluruhan
    untuk menangani kuantiti air larian tidak secara langsung kualiti air larian
    (Apendik A, Rajah 7). Penstoran di tapak menyimpan air di kawasan lot-lot
    rumah dan bangunan, manakala penstoran komuniti adalah penyimpanan air
    larian di kawasan perumahan dan taman. Penstroan Wilayah adalah kaedah
    penstoran air larian daripada percantuman air larian yang dikeluarkan daripada
    storan-storan komuniti.


6. Strategi-Strategi Pengurusan Kualiti Air Larian


    Sehingga kini bentuk pengawalan air larian ribut yang diadaptasi di Malaysia
    adalah pemasangan basin kelodak untuk memerangkap kelodak dari kawasan
    pembangunan sumber terkawal dan tidak terkawal. Sumber pemcemaran akan
    berpunca daripada semua sumber . Walaubagaimanapun pemasangan



Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                         9
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


    perangkap         kelodak/sampah            tidak        boleh   berterusan   selamanya    tanpa
    pengurangan kuantiti dan jumlah pencemaran tersebut. Strategi pengurusan ini
    mestilah dilengkapkan dengan beberapa strategi iaitu Pengurusan Penjagaan
    Dalaman, Pengurusan Kawalan di punca dan Pengurusan Kaedah Rawatan.




    6.1 BMP’s Penjagaan dalaman
           BMP’s Penjagaan dalaman adalah penting dalam memastikan sikap
           manusia mengurangkan jumlah pencemaran masuk ke dalam sungai.
           Diantara teknik –teknik yang perlu dilakukan ialah Pendidikan Komuniti,
           Penggunaan Pengurusan dan Garispanduan seperti Pelan Hakisan Tanah
           dan      kelodak       (ESCP-        JPS),        Piawaian    Spesifikasi   Kerja   (JKR),
           Garispanduan Kolam Takungan Banjir (Jab. Pembangunan dan Desa)
           dan Operasi Pengurusan sampah di tapak. Melalui kaedah penjagaan
           dalaman ini iaitu kesedaran, tiada sampah sarap yang akan dibuang
           merata-rata. Sungai akan bersih daripada sampah. Kaedah penyampaian
           mestilah dijalankan dengan berkesan seperti mengedarkan bahan-bahan
           bagi tujuan penerangan dan pendidikan kepada semua golongan
           masyarakat. (Apendik A, Rajah 8). Kaedah ini mempunyai kebaikannya
           tersendiri seperti kos dan penggunaan komuniti yang effektif dan
           pengurangan operasi pembuangan sampah. Kaedah ini bertahan lama
           dan lebih mampan.


    6.2 BMP’s Kawalan di Punca
           BMP’s kawalan di punca pula menggunakan kaedah dimana kedua-dua
           air larian dan bahan pencemar disimpan di tempat asal atau di punca.
           Kaedah ini menggunakan resapan parit (infiltration trench), resapan
           takungan (infiltration basin) (Apendik A, Rajah 9), telap air pavement dan
           lain-lain lagi.


    6.3 BMP’s Kaedah Rawatan
           BMP’s kawalan rawatan adalah kaedah untuk merawat air larian yang
           tercemar dimana kaedah rawatan ini biasanya menggunakan tasik di



Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                        10
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


           kawasan Bandar (sistem rawatan biologi). Kolam ( Apendik A, Rajah 10)
           dan tanah bencah digunakan untuk merawat pencemar daripada bentuk
           fizikal dan kimia. Kolam dan tanah bencah ini mestilah berada di lokasi
           hulu dari tasik di bandar. Proses memerangkap sampah dan sediment
           yang kasar perlu dilakukan sebelum air larian tersebut memasuki tanah
           bencah dan kolam. Tidak secara langsung proses penyusupan,
           penyerapan dan penerobosan berlaku di kawasan ini.


7 Amalan-Amalan Terbaik Dalam Pengurusan Air Ribut ( Stormwater
    Management BMP’s)


    Amalan penggunaan pengurusan air ribut telah lama dipraktikkan di negara-
    negara maju termasuk Australia (Argue, 1998), Amerika Syarikat (Stahre, 1990)
    dan United Kingdom (Bettes, 1996). Kaedah pengurusan dan tekniknya adalah
    serupa menuju ke arah pengecilan air larian dan mengawal pencemaran air
    lain tetapi berlainan namanya seperti ‘Water Sensitif Urban Design’ untuk
    Australia, ‘Low Impact Development’ untuk Amerika Syarikat dan ‘Sustainable
    Urban Drainage’ untuk United Kingdom.


    7.1 Rekabentuk Bandar Sensitif Air (Water Sensitive Urban Design)


           Manual ini digunakan dan diaplikasikan untuk kawasan bandar baru di
           Australia. Manual ini menggunakan prinsip-prinsip meminimumkan kesan-
           kesan       pembangunan            untuk    jumlah   keseluruhan   kitaran   air   dan
           memaksimakan             penggunaan sistem kemudahan air ribut                (contoh
           penggunaan tangki hujan untuk kegunaan domestik). Antara objektifnya
           adalah untuk mengekalkan ekosistem sediada, melindungi permukaan air
           dan sumber air bawah tanah. Kaedah ini digunakan juga untuk
           meminimumkan aliran permukaan dengan mengalirkan aliran dari
           kawasan tidak telap ke telap air untuk megurangkan kuantiti air larian dan
           meningkatkan kualiti air larian.




Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                      11
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


    7.2 Pembangunan Impak Minima (Low Impact Development)
           BMP’s di Amerika Syarikat ini mengawal di skala kecil dengan meniru
           kitaran hidrologi semulajadi. Manual ini juga mengamalkan perlindungan
           bagi setiap kawasan tapak kecil untuk membantu dalam BMP’s untuk
           keseluruhan kawasan tadahan. Pendidikan yang melibatkan komuniti juga
           dilaksanakan dalam mewujudkan kefahaman di kalangan individu
           masyarakat mengenai kepentingan menjaga kualiti air sungai. Kaedah
           pencegahan dan penyelenggaraan juga diutamakan. Konsep yang
           digunapakai adalah mengalirkan air ke kawasan semulajadi dengan
           teknik-teknik resapan, penyusupan dan menggalakkan penerobosan air
           bawah tanah.           Disamping itu, penanaman pokok-pokok dan tumbuhan
           juga dititikberatkan.


    7.3 Saliran Bandar Yang Mampan (Sustainable Urban Drainage)
           Menurut CIRIA (2000), sistem pengurusan mampan menggunakan
           konsep pengurusan air berperingkat seperti di Apendik A, Rajah 7.
           Bermula dengan pencegahan di sesuatu permis individu, kemudian di
           kawasan komuniti di hilir dan seterusnya ke kawasan wilayah. Terdapat
           empat (4) teknik yang diggunakan iaitu Pencegahan, Swale dan Resapan
           (parit resapan, permukaan telap air dan peralatan resapan), Takungan
           dan Kolam. Semua pengawalan ini mestilah terletak di lokasi berdekatan
           supaya air larian boleh diseimbangkan kitaran hidrologinya melalui teknik-
           teknik tersebut. Ianya juga merawat air larian dengan kaedah semulajadi
           memendapkan kelodak, resapan, penyerapan, penerobosan dan merawat
           secara biologi.


    Pengurusan air ribut memerlukan pembangunan dan pelaksanaan kombinasi
    langkah struktur dan bukan struktur. Ianya dapat membantu dalam menangani
    kesan tidak baik kepada kuantiti dan kualiti air larian. Pengurusan BMP’s yang
    berbagai mampu meningkatkan kualiti air larian supaya sungai tidak tercemar.
    Amalan-amalan            terbaik     dalam        pengurusan   air   ribut   seharusnya   juga
    mempertimbangkan isu-isu alam sekitar seperti kualiti air, habitat akuatik,
    tumbuhan riparian dan juga isu social seperti astetik, rekreasi dan ekonomi.



Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                       12
                                         TUGASAN INDIVIDU PTK3
             AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                        DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


    Antara BMP’s yang terkenal digunakan adalah parit tanah (swale), tanah
    bencah (wetland) dan kolam takungan basah (wetpond). BMP’s tersebut dapat
    mengurangkan kuantiti air larian dan juga meningkatkan kualiti air. Ianya juga
    telah dan sedang dipraktikkan di Negara Malaysia.


              Parit Tanah (Swale)
               Parit tanah (swale) merupakan saluran di permukaan tanah yang
               diselaputi rumput kasar seperti rumput jenis ‘cow grass’ atau ‘red canary’.
               Parit     tanah     dapat       menyingkir   bahan   pencemar      dan    boleh
               memperlahankan aliran dan mengalakkan penyusupan dan sedikit
               penerobosan (Parit tanah tanpa paip berlubang). Mekanisma utama parit
               tanah sebagai agen penyingkiran bahan pencemar adalah melalui
               mekanisma penurasan oleh tumbuhan, pengenapan zarah-zarah dan
               penyusupan di zon permukaan. Barber et al (2003) memperkenalkan
               piring ekologi dimana swale digabungkan dengan paip berlubang. Paip
               ini berperanan menyalurkan air ke kawasan seterusnya. Kaedah ini
               membuktikan bahawa piring ekologi ini dapat merendahkan aliran
               puncak dan melewatkan masa untuk aliran puncak sampai ke tahap
               tinggi.


              Kolam Takungan Basah (Wetpond)
               Kolam takungan basah banyak digunakan dalam menebat aliran puncak
               akibat kehilangan kawasan storan semulajadi. Kolam takungan basah ini
               berfungsi menakong dan menahan air. Air ditahan sementara waktu
               untuk mengurangkan kadar aliran di hilir. Air dalam kolam takungan
               akan disalurkan keluar beransur-ansur apabila luahan air sungai di hilir
               telah turun. Kaedah ini juga digunakan semasa dua fasa pembangunan
               yang telah di huraikan dalam para 3.2 di atas.


              Tanah Bencah (Wetland)
               Tanah Bencah merupakan kawasan ekosistem yang sesuai untuk
               pertumbuhan mikrofit yang berfungsi dalam mengurangkan kuantiti air
               dan merawat kualiti air larian. Habitat menggemari kawasan ini kerana



Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                      13
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


             kawasan ini mempunyai sumber makanan yang banyak (Apendik A,
             Rajah 11).


    Kajian Kes ‘Bio-ecological Drainage System (BIOECODS) telah dijalankan oleh
    JPS dan Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2002. Projek ini
    merupakan projek perintis JPS dan USM. Untuk membuktikan bahawa amalan
    pengurusan terbaik dapat mengurangkan banjir dan pencemaran di bandar,
    projek tersebut telah menggunakan kaedah BMP’s MSMA. Gambarajah
    skemetik (Apendik A, Rajah 12) menunjukkan air larian daripada kawasan
    tersebut bermula dari kawasan bumbung bangunan hinggalah ke kawasan
    wetland dan rekrasi kolam dan seterusnya air masuk ke Sg. Kerian. Proses
    penyusupan, penyerapan dan penerobosan semulajadi banyak berlaku di
    kolam basah, kolam rekreasi dan tanah bencah serta sedikit di parit-parit tanah.


    Projek ini memperkenalkan tujuh (7) langkah sebelum air larian masuk ke Sg.
    Kerian. Fungsi-fungsi 7 langkah tersebut (Apendik A, Rajah 13) yang
    pertamanya adalah untuk menentukan penyusupan air ribut daripada kawasan
    permukaan tidak telap air (bumbung, tempat letak kereta) menggunakan parit
    tanah ekologi (Apendik A, Rajah 14). Fungsi kedua merupakan perlepasan air
    larian secara beransur-ansur melalui parit tanah, on-line storan bawah tanah
    dan kolam takungan kering. Fungsi ketiga adalah untuk merawat air larian
    meggunakan parit tanah, kolam takungan basah dan tanah bencah.


    Keputusan yang diperolehi daripada hasil pengumpulan data daripada projek
    perintis ini boleh disimpulkan bahawa:
       i. Kebolehan saliran parit tanah (swale) menurunkan aliran puncak 30%
           hingga 40%, manakala parit tanah ekologi dari 0% kepada 60%. (Ainan, A,
           et al, 2004)
       ii. Kolam kering menunjukkan hubungan di antara magnitude hujan dan
           masa mengosongkan aliran adalah berkait rapat. Magnitude hujan yang
           tinggi akan memerlukan masa yang lama untuk mengosongkan kolam
           kering. (Anita, A, et al, 2004)




Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                      14
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


      iii. Persempalan air di 10 buah lokasi untuk berbagai parit tanah
           menunjukkan parameter seperti DO, BOD, pH dan TSS mematuhi syarat
           Kelas II, ‘National Interim Water Quality Standards for Malaysia. (Mohd
           Sidek, L. et al, 2004).
      iv. Keputusan kualiti air untuk sistem kolam ekologi daripada sistem kolam
           basah, kolam penyimpanan dan tanah bencah menunjukkan ia merawat
           dengan baik kualiti air larian yang masuk kedalamnya. BIOECODS
           merawat air larian sebelum masuk ke Sungai Kerian (Mohd Sidek, L, et al
           (2004).


    Keputusan projek perintis ini menyokong dan memberi kebenaran kepada tajuk
    kertas kerja ini dimana amalan pengursan terbaik (BMP’s) dalam pengurusan
    air ribut di kawasan bandar dapat mengurangkan banjir dan pencemaran.
    Berdasarkan pengalaman yang telah dijalankan oleh JPS dan USM, BMP’s
    perlu dilaksanakan di kawasan-kawasan lain untuk mewujudkan satu
    pembangunan yang mampan. Kempen kesedaran juga perlu terus dijalankan.
    Kerjasama antara kerajaan dan pemaju hartanah perlu dijalin secara lebih
    efektif.


8 Kesimpulan


    Penggunaan konsep serta rujukan menggunakan amalan pengurusan terbaik
    (BMP’s) dalam pengurusan air ribut di Bandar perlu difahami dalam ertikata
    sebenar iaitu untuk menangani kuantiti dan kualiti air larian. Amalan-amalan
    pengurusan terbaik dalam Manual MSMA perlu diberi perhatian sewajarnya
    oleh semua pihak samada kerajaan mahupun bukan kerajaan. Pembangunan
    ke arah kelastarian sebuah negara yang merdeka perlu diimbangkan dengan
    keperluan ekonomi negara dan alam sekitar supaya rakyat negara ini dapat
    merasa kenikmatan dan kebebasan sebagai warganegara yang maju dan
    membangun serta beretika menjelang tahun 2020. Itulah matlamat kita sebagai
    rakyat Negara Malaysia!...Merdeka!




Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                      15
                                       TUGASAN INDIVIDU PTK3
           AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                      DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN




    Rujukan/Bibliografi


    Abdul Rahman, Z (2006). Water Quality Management in Malaysia. Department
    of Environment


    Abdullah, K (2000). Masalah Banjir dan Manual Saliran Mesra Alam. Kertas
    Kerja Mesyuarat Pegawai Kanan Perancang Bandar Dan Desa Malaysia ke
    XIV, 3-7 Sept 2000, Port Dickson, Negeri Sembilan


    Ainan, A, etl. (2004). Peak flow attenuation Using Ecological Swale and Dry
    Pond. The 6th Int. Conf. On Hydroscience and Engineering (ICHE 2004), May
    30-June 3, Brisbane Australia.


    Argue,J and Pezzati,D (1998). Catchment Greening Using Stormwater in
    Adelaide, South Australia, Proc. 3rd Int. Conf. NOVATECH, Lyon


    Barber et al (2003). Ecology Ditch. A Best Management Practice for
    Stormwater Runoff Mitigation. Journal of Hydrology Engineering, Vol 8, No3,pp
    111-122


    Bettes, R (1996). Infiltration Drainage Manual of Good Practice, CIRIA Report
    156.


    Construction Industry Research and Information Association (CIRIA), 2000.
    Sustainable Urban Drainage System.


    Department of Irrigation and Drainage malaysia (2001). Urban Stormwater
    Management Manual


    Jabatan Alam Sekitar, Laporan Tahunan Tahun 202, 2005, 2006, 2007




Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                      16
                                      TUGASAN INDIVIDU PTK3
          AMALAN PENGURUSAN TERBAIK (BMP’s) DALAM PENGURUSAN AIR RIBUT DI KAWASAN BANDAR
                     DAPAT MENGURANGKAN BANJIR DAN PENCEMARAN. BINCANGKAN


    Rujukan/Bibliografi (sambungan)


    Maryland D Epartment Of The Environment (2000). 2000 Maryland Stormwater
    Design ManuaL v olumes I & I I.


    Mohd Dom N.Development and Evaluation of Debris and Mudflow Warning
    Model in High Risk and Hilly Slopes in Malaysia, National Conference On
    Water For Sustainable Development Towards A Developed Nation By 2020,
    13-14 JULY 2006,Port Dickson, Malaysia.


    Mohd Sidek, L,e al. (2004). Stormwater Purification Capability of BIOECODS.
    The 6th Int. Conf. On Hydroscience and Engineering (ICHE 2004), May 30-
    June 3, Brisbane Australia.


    Mohd Sidek, L. et al. (2004).National Interim Water Quality Standards for
    Malaysia.
    Sthare, P (1990). 10 Years Experience of Sustainable Water management in
    the City of Malmo, Sweeden. Proceeding 8th ICUDS, Sydney Australia, 30
    September - November , Vol 1, pp 165-171.


    Rosener, L.A, et al (2001). Are Best Management Practice Criteria Really
    Environmentally Friendly?., Journal of Water Resources Planning and
    Management. Vol 127, No3,pp150-154


    U.S. Department of Transportation Federal Aviation Administration (2003).
    Technical Report LAX Master Plan Supplement to the Draft EIS/EIR.


    Zakaria, A, et al (2003). Bio-Ecological Drainage Systems (BIOECODS) for
    Water Quantity and Quality Control. Int. J.River Management Vol 1, No 3, pp
    237-251.




Norlida Mohd Dom , No angka giliran NRE 4402-08-049
                                                      17

								
To top