Docstoc

Proposal Kajian Tindakan - Matematik Tambahan

Document Sample
Proposal Kajian Tindakan - Matematik Tambahan Powered By Docstoc
					SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG JALAN SEMENYIH 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2009

NAMA PENYELIDIK NG KOK LYE

TAJUK KAJIAN MENINGKATKAN MINAT MURID-MURID TINGKATAN 5 MEMBUAT LATIHAN SOALAN-SOALAN FORMAT KERTAS 2 SPM

1 .0

NAMA SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Negeri Selangor Darul Ehsan. (Tel: 03-87363044, Fax: 03-87341478)

2 .0

PENYELIDIK Ng Kok Lye

3 .0

TAJUK KAJIAN Meningkatkan kecenderungan murid-murid tingkatan 5 yang lemah dalam Matematik Tambahan membuat latihan soalan-soalan Matematik Tambahan Kertas 2 SPM

4 .0

REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU Daripada pengalaman mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan semenjak dari pengenalan format baru soalan Kertas 1 dan Kertas 2 SPM pada tahun 2003, saya dapati murid-murid tidak berminat membuat latihan soalan-soalan Matematik Tambahan khasnya soalan-soalan format Kertas 2 SPM. Keadaan lebih tenat bagi murid-murid yang sudah memang lemah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Tanpa membuat latihan menjawab soalan-soalan Matematik Tambahan murid-murid tidak mungkin dapat menguasai mata pelajaran tersebut. Data dari pemeriksaan buku kerja murid-murid mendapati 50 % murid tidak membuat latihan soalan-soalan format Kertas 2 SPM apabila diarahkan membuat latihan di rumah dan daripada ini 100% murid yang lemah dalam Matematik Tambahan tidak membuat latihan soalan-soalan tersebut. Data dari temuduga dengan murid-murid dengan menanyakan sebab-sebab mereka berminat membuat latihan soalan-soalan formast kertas 2, mendapati 100% mengatakan tiada ruang kerja disediakan bagi menjawab soalansoalan tersebut. Murid-murid ini juga mengatakan terpaksa menyalin soalan pada buku latihan. Bagi murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran ini, 100% mengatakan mereka kurang faham soalan yang dikemukakan. Kelemahan murid-murid menjawab soalan-soalan format Kertas 2 Matematik Tambahan dengan baik boleh menyebabkan kemerosotan kuantiti dan kualiti prestasi murid-murid dalam Peperiksaan SPM. Bagi pihak saya sebagai guru yang memeriksa kerja latihan murid, saya mendapati agak membebankan memeriksa kerja yang dilakukan oleh murid dalam buku latihan mereka. 100 % murid yang lemah tidak menjawab soalan dengan tertib dan meniru sepenuhnya dari rakan-rakan mereka. 50% peratus murid yang berada di kategori baik tidak menyalin soalan, maka berkemungkinan besar mereka tidak akan menggunakan latihan soalansoalan yang telah dijawab sebagai bahan rujuk pada masa hadapan. Sehubungan itu saya telah memikir satu kaedah iaitu membina modul yang mengandungi soalan-soalan format Kertas 2 dengan menyediakan ruang untuk murid-murid menjawab soalan-soalan tersebut dengan harapan muridmurid akan lebih cenderung menjawab soalan-soalan format tersebut. Bagi mengatasi murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran ini, saya bercadang

menggunakan sistem tutor rakan sebaya, iaitu seorang murid yang mempunyai prestasi agak baik dalam mata pelajaran ini menjadi tutor kepada seorang atau dua orang murid yang lemah. Mereka akan sama-sama membuat latihan soalan-soalan yang terdapat dalam modul soalan yang disediakan. Melalui sistem ini diharapkan semua murid yang terlibat samasama membuat latihan dan murid-murid yang lemah akan mendapat bimbingan dari murid-murid yang baik. 5 .0 ISU / KEPERIHATINAN (FOKUS KAJIAN) 5.1 5.2 Murid-murid tidak berminat membuat latihan soalan-soalan forrmat Kertas 2 SPM. Tanpa latihan menjawab soalan-soalan Kertas 2 SPM, murid-muird akan lemah dalam menjawab soalan-soalan format Kertas 2 SPM seterusnya akan mejejaskan kuantiti dan kualiti prestasi murid-murid dalam Matematik Tambahan.

6 .0

OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid- murid diharap akan mencapai objektif berikut:6 .1 OBJEKTIF AM Meningkatkan peratus kelulusan Matematik Tambahan dalam SPM. 6 .2 OBJEKTIF KHUSUS   Meningkatkan minat murid-murid membuat latihan soalan-soalan format Kertas 2 SPM. Meningkatkan prestasi Matematik Tambahan dalam peperiksaan SPM.

7 .0

KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 28 orang murid-murid Tingkatan 5H.

8 .0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN 8.1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah- langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data berikut:    Data dari pemeriksaan buku latihan murid. Data prestasi murid-murid Tingkatan 5H dalam Ujuian Setara 1 dengan tumpuan kepada jawapan soalan-soalam format Kertas 2 SPM. Temuduga murid-murid untuk mengetahui sebab-sebab mereka kurang berminat membuat latihan soalan-soalan format Kertas 2 SPM.

8.2

Program Modul Soalan-Soalan Format Kertas 2 SPM Cara Pelaksanaan: 1. Guru menyediakan modul soalan-soalan format Kertas 2 SPM. Setiap halaman modul mengandungi satu atau dua soalan dengan ruang kosong yang mencukupi untuk murid menjawab soalan tersebut. 2. Guru mengarahkan murid-murid membuat latihan soalan-soalan dalam modul. 3. Modul dengan soalan yang telah dibuat oleh murid-murid dikumpulkan dan diperiksa oleh guru. Data murid yang menyerahkan modul latihan untuk diperiksa dan prestasi murid dari pemeriksaan modul latihan direkodkan. 4. Guru menganalisis data yang terkumpul.

8.3

Program Tutor Rakan Sebaya Cara pelaksanaan: 1. Murid dengan prestasi baik diarah memilih satu atau dua orang murid yang lemah sebagai rakan sebaya untuk dibimbing semasa membuat latihan modul. 2. Murid-murid diminta membuat latihan soalan-soalan dalam modul latihan. Murid-murid dengan prestasi baik bersama-sama dan membimbing rakan sebayanya membuat latihan soalan-soalan dalam modul latihan. 3. Langkah seterusnya adalah seperti langkah 3 dan 4 dalam cara pelaksanaan Program Modul Latihan Soalan-Soalan Format Kertas 2 SPM di Bahagian 8.2 di atas.

9.0 BAHAN YANG DICADANGKAN 9.1. 9.2. 9.3 Modul Kertas Latihan Soalan-Soalan Format Kertas 2 SPM Kertas A4 dan Riso Kertas Graf

10.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. AKTIVITI Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. Menulis proposal kajian Merancang tindakan - individu Melaksanakan tindakan 1 Analisis tindakan 1 Analisis pencapaian murid dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun TARIKH 11 Mac 2009 19 Mac 2009 25 Mac 2009 2 April 2009 29 Mei 2009 19 Jun 2009

7. 8. 9. 10. 11.

Melaksanakan tindakan 2 Analisis tindakan 2 Analisis pencapaian murid dalam Ujian Setara 2 Refleksi kajian Menulis laporan kajian

22 Jun 2009 15 Ogos 2009 1 September 2009 September 2009 September 2009

11.0 KOS KAJIAN BIL 1. 2. 3. 4. JENIS BAHAN Kertas A4 (5 rim) Bahan-bahan cetakan riso Dakwat cetakan komputer Lain-lain JUMLAH 12.0 DAPATAN DAN LAPORAN Sedang dalam proses pengumpulan data diikuti dengan laporan dapatan kajian. KOS (RM) RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 200.00

Disediakan oleh, NG KOK LYE SMK Tinggi Kajang, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:9013
posted:11/25/2009
language:Malay
pages:5