laporan sukan by kayakahaku83

VIEWS: 1 PAGES: 2

More Info
									       LAPORAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-19 TAHUN 2012

            SEKOLAH                                              KEBANGSAAN
         SEKSYEN 18 SHAH                                            ALAM




Tarikh       :      15 Julai 2012

Hari         :      Ahad

Masa         :      8.00 pagi

Tempat       :      Padang SK Seksyen 18 Shah Alam



       Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 Shah Alam telah melangsungkan Temasya
Sukan Tahunan kali ke 19 pada Julai 2012 bersamaan hari Ahad, bermula jam 8:00
pagi. Majlis ini telah dilangsungkan dalam suasana yang meriah dengan kehadiran
ibu bapa dan tetamu jemputan. Temasya sukan ini telah dirasmikan oleh Tuan
Hj.Azizan bin Yusuf iaitu Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana.

        Antara acara yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah acara
perbarisan lintas hormat dan tabik hormat oleh unit-unit beruniform sekolah, rumah-
rumah sukan , senaman erobik serta acara akhir larian murud-murid tahun 4, 5 dan 6
iaitu larian 4 x 200 meter , 4 x 100 meter ,200 meter dan 100 meter . Acara terbuka
untuk kanak-kanak bawah 6 tahun , guru-guru , ibu bapa dan bekas pelajar yang
diadakan di akhir temasya.

       Pada 13 julai 2012 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Hari Sukaneka
Kali ke-19 Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 bagi murid-murid Pra Sekolah , murid tahun
1, 2 dan 3 . Acara sukaneka dimulakan pada jam 8:00 pagi . Antara acara sukaneka
yang telah dijalankan bagi murid pra sekolah ialah ‘Lompat Arnabku Lompat’, ‘Go
Sponge Go’, larian 50 meter dan 4 X 50 meter. Acara bagi murid tahun 1 ialah ‘Sudu
Ajaib’, ‘Imbagan Bangau’, ‘Bola Berkembar’, Longgok Cari Bola’, ‘Lontar Emas’, larian
75 meter dan larian 4 X 75 meter. Acara murid tahun 2 yang dipertandingkan ialah
‘Adikku Sayang’, ‘Gaya Hidup Sihat’, ‘Pat-pat Siku Lipat’, larian 75 meter dan larian 4 X
75 meter. Bagi murid tahun 3 acara yang dipertandimgkan pula ialah ‘Bawa Bola




                                                                                            1
Emas ke Sarang Garuda’, ‘Bawa gelung Ajaib Aladin’, larian 100 meter dan 4 X 100
meter.

      Pertandingan perbarisan unit beruniform di menangi oleh Unit Tunas Puteri dan
rumah sukan Hijau menjuarai perbarisan antara rumah-rumah sukan. Kedudukan
rumah sukan setelah semua acara berakhir pada hari itu dijuarai oleh rumah Kuning
dengan mata sebanyak 243 mata, naib johan iailah rumah Merah dengan mata
sebanyak 225 mata, sementara rumah Biru dan Hijau di tempat yang ketiga, masing-
masing berkongsi mata yang sama iaitu sebanyak 143 mata.

        Temasya Sukan Tahunan Kali ke-19 Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 Shah Alam
di akhiri dengan upacara kemuncak iaitu pertabalan olahragawan dan olahragawati
bagi temasya sukan tahun ini. Olahragwan dinobatkan kepada adik Imran Hakeem
dari rumah Merah sementara olahragawati di sandang oleh adik Aina Hamizah binti
Azlan Hanif yang juga dari rumah merah.

       Kelihatan murid-murid sangat gembira . Majlis penutup bagi kejohanan sukan
tahun ini telah disempurnakan oleh Naib YDP PIBG sekolah Kebangsaan Seksyen 18
Shah Alam . Murid-murid bersurai pada jam 1:45 petang .



Disediakan oleh,



___________________

NORKAM ZARIMA BT MAHMOD

Setiausaha kokurikulum




                                                                                      2

								
To top