Industri burung walet: Kesannya terhadap penyebaran penyakit berjangkit

Description

Kamilan, D. & Wan Mansor, H. (2009). Industri burung walet: Kesannya terhadap penyebaran penyakit berjangkit. Pembentangan Poster. Persidangan Kesihatan Kebangsaan Ke-VI “6th National Health Conference”: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan & Universiti Sains Malaysia. 29 –30 September 2009.

Reviews
Shared by: Kamilan D.
Stats
views:
242
rating:
not rated
reviews:
0
posted:
11/10/2009
language:
English
pages:
0
Industri burung walet: Kesannya terhadap penyebaran penyakit berjangkit Kamilan bin Demin dan Wan Mansor bin Hamzah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan • . Abstrak: Pendahuluan: Industri burung walet (swiftlet) suatu yang menguntungkan dan berupaya menjana ekonomi. Setakat ini burung walet bukan pembawa virus selsema burung. Bagaimanapun industri ini terutama di peringkat pengendalian rumah burung walet berupaya menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit yang dibawa oleh nyamuk dan ekto-parasit. Dengan itu para pemunya industri ini perlu mengamalkan konsep konservasi dan tanggungjawab sosial untuk melestarikan persekitaran supaya semakin berkembang maju dengan amalan yang sihat. Kaedah: Mengumpul maklumat berkenaan industri ini menerusi pemerhatian di lapangan, temubual, laman sesawang dan bahan penerbitan. Keputusan: Banyak amalan salah yang tidak selari dengan biologi serta tabiat burung walet dalam pengendalian rumah burung walet sehingga ianya menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit. Mewujudkan takungan air dalam rumah burung walet kononnya burung ini minum dan membentuk kelembapan udara serta membiarkan ianya menjadi pembiakan nyamuk untuk bekalan makanan kepada anak burung. Lantai yang dibiarkan basah menjadi pembiakan ekto-parasit. Punca gangguan bunyi panggilan burung yang dimainkan >40 desible dengan kedudukan pembesar suara tidak menghala ke langit dan <60 darjah serta di luar waktu yang dibenarkan. Para pekerja tidak menggunakan alat pelindung diri semasa mengendalikan rumah burung walet dan semasa membersih sarang sehingga boleh menyebabkan gangguan pernafasan oleh hama burung. Tiada aktiviti tanggung jawab sosial seperti menjadi penggerak aktiviti penglibatan masyarakat menghapuskan bekas-bekas berpotensi pembiakan Aedes spp. di luar lingkungan persekitaran sekurang-kurangnya 200 meter secara radius daripada rumah burung walet. Jika berlaku peningkatan kejadian kes denggi di persekitaran tersebut semburan kabut racun serangga yang berterusan akan dilakukan sehingga jangkitan diberhentikan. Tiada aktiviti melaksanakan konsep konservasi dan melestarikan persekitaran dengan terancang sehingga menyukarkan burung walet mencari serangga untuk makanan anak-anaknya. Kesimpulan: Tahap pengetahuan, sikap, amalan dan kecekapan pelaksanaan industri burung walet masih belum memuaskan dari segi kesihatan. Dengan itu kajian lanjut berkenaan industri ini dari segi aspek kesihatan masih diperlukan. Sarang burung walet di gua: Burung walet dan layang-layang: Berikut perbezaan antara burung walet dengan layang-layang: Amalan salah kalangan pengusaha: . Membina rumah burung walet di lingkungan persekitaran 6). penduduk. 7). Tiada usaha tanggungjawab sosial dan pelestarian di lingkungan persekitaran premis rumah burung walet sekurang-kurangnya sejauh 200 meter secara radius. 8). Menggunakan bahan kimia untuk memutihkan sarang. Keperluan burung walet: 1). Pengudaraan kekal pada suhu (23-30)0C 2). Kelembapan udara (80-85)% 3). Pencahayaan <1 lux 4). Bunyi (40 – 55) desible (dB) Penuaian sarang burung walet secara komersial di Gua Niah, Sarawak sejak 100 tahun yang lalu (bermula 1878). Selain di Gua Niah, aktiviti ini juga sedang dilakukan di Gua Mulu, Sarawak, Gua Gemungtung, Sabah dan gua-gua di Pulau Redang, Terengganu. 5). Premis kering tanpa pembiakan ekto-parasit 6). Bebas pemangsa dan makhluk perosak: - tikus, burung hantu, helang, ular, cicak, lipas, semut, anai-anai Mewujudkan takungan air dan membiarkan najis serta membiak ekto-parasit Tidak menggunakan alat pelindungan diri (penutup hidung dan mulut) semasa membersihkan sarang burung secara tradisional Tidak menggunakan sarung tangan untuk proses pembungkusan sarang burung 7). Tiada takungan air di lantai premis rumah Khasiat sarang burung walet: Perdagangan sarang burung walet bermula di China semenjak Dinasti T’ang (618-907 Selepas Masihi). Sarang burung walet dibina daripada cecair kelenjar yang terdapat bersebelahan kelenjar saliva burung walet. Ia akan keras apabila terdedah kepada udara. Ia mengandungi gliko-protein dari jenis proteoglikan (PG) yang tidak wujud dari saliva binatang-binatang lain (Hiroki et. al., 2007). Manakala, Nurul Huda et. al., (2008) mendapati ianya terdiri daripada element pemakanan berkualiti seperti kandungan protein yang tinggi, lemak yang rendah, mikromineral seperti Na, Ca, Mg, K, P, Fe dan lemak tak tepu seperti asid lemak Omega-6. 8). Makan dan memberi makanan anak dengan serangga Penutup dan rumusan: Mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan bersama agensi terbabit diperlukan supaya industri ini mengamalkan piawaian kesihatan. Kajian lebih lanjut masih juga diperlukan. Kelengkapan dan peralatan perlu Rumah Burung Walet: Alat untuk kelembapan udara Alat mengukur cahaya Rujukan: Hiroki, N., Yoichiro, H., Toshihisa, S., Su-Chen, L., Karol, M., Kittiwan, K., Shuji, M., Kazuyuki, S. and Yu-Teh, L. (2007). Occurrence of a nonsulfated chondroitin proteoglycan in the dried saliva of Collocalia swiftlets (edible bird’s-nest). Glycobiology, 17(2):157–164. JPH (2005). Amalan Baik Penternakan Haiwan Untuk Perladangan Burung Walit Spesis Aerodermus dan Perumahnya. Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kementerian Pertanian Malaysia. pg. 28. http://www.jphpk.gov.my/Malay/walit.pdf.pdf Nurul Huda, M.Z., Zuki, A.B.Z., Azhar, K. Goh, Y.M., Suhaimi, H., Awang Hazmi, A.J., and Zairi M.S. (2008). Proximate, elemental and fatty acid analysis of pre-processed edible birds’ nest (Aerodramus fuciphagus ): A comparison between regions and type of nest. Journal of Food Technology, 6(1):39-44. Latar belakang: Industri sarang burung walet di Malaysia yang bukan melibatkan gua mula aktif sekitar tahun 1997 dan 1998. Negeri Kelantan adalah kedua terbesar selepas Perak dalam industri ini. Tiada sarang burung walet yang dihasilkan di gua-gua negeri Kelantan. Industri ini hanya bersifat “menanti kehadiran walet” untuk bersarang di rumah burung. Aktiviti penetasan telur burung dan membesarkan serta membebaskan semula untuk tujuan konservasi masih kurang dilakukan. Hanya lebih kurang 500 premis rumah burung walet di negeri ini. Manakala yang berdaftar dengan persatuan berkaitan sarang burung walet hanya lebih kurang 100 premis. Sebahagian besar premis rumah burung walet di negeri ini berada dalam lingkungan penempatan penduduk. Garispanduan Amalan Baik Penternakan (GAHP) berkaitan burung ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Lesen premis rumah burung walet dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Manakala, lesen menjual sarang burung diperolehi daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Alat mengukur kelembapan udara dan suhu rumah burung walet Rupabentuk sarang burung walet yang telah dibersihkan dan sedia untuk dijadikan ramuan makanan. Amalan salah kalangan pengusaha: Tabiat burung walet: 1). Mewujudkan takungan air dalam rumah burung walet supaya: - burung mandi dan minum - kelembapan udara menjadi tinggi - nyamuk membiak dan menjadi bekalan makanan burung 2). Membiarkan najis di lantai rumah burung walet 3). Najis lembab dan menjadi pembiakan ekto-parasit Semua aktiviti burung walet seperti makan, minum dan mengawan dilakukan semasa terbang. Hidup berpasangan dan monogami. Keluar dari sarang di awal pagi dan pulang ke sarang sebelum waktu senja. Penghargaan: Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di atas keizinan membentangkan poster ini. Maklumat lanjut mengenai kajian ini boleh dihubungi menerusi email: kamilan@moh.gov.my 4). Tidak menggunakan alat pelindung diri (pernafasan) semasa bekerja di rumah burung walet dan semasa membersihkan sangkar burung. 5). Menggunakan cecair daripada najis burung walet sebagai ‘aroma tarikan’ tetapi boleh menyebabkan pencemaran najis dan amonia pada sarang. Persidangan Kesihatan Kebangsaan Ke-VI “6TH National Health Conference”: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan & Universiti Sains Malaysia. 29 – 30 September 2009.

Related docs
Renstranas Pengendalian Flu Burung
Views: 553  |  Downloads: 34
PENELITIAN DAN PENGEMBANGAN TANAMAN INDUSTRI
Views: 53  |  Downloads: 2
industri
Views: 105  |  Downloads: 5
industri rokok indonesia
Views: 4370  |  Downloads: 272
Industri
Views: 101  |  Downloads: 2
industri
Views: 32  |  Downloads: 5
Minyak Bumi, Penyakit, dan Hak Asasi Manusia
Views: 61  |  Downloads: 3
Efisiensi Industri Indonesia
Views: 674  |  Downloads: 28
geologi
Views: 345  |  Downloads: 24
Other docs by Kamilan D.