PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT by cahayamataku1990

VIEWS: 1 PAGES: 2

									PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT(PBSS)
Apakah pendekatan PBSS?

Enam teras utama telah digariskan bagi mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara
warga sekolah, PIBG, sektor awam, sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat
setempat ke arah melahirkan sekolah yang sihat.

       1.     Polisi Kesihatan Sekolah
       2.     Persekitaran Fizikal Sekolah yang Sihat dan Selamat
       3.     Persekitaran Sosial Sekolah yang sihat dan Selamat
       4.     Penglibatan Komuniti
       5.     Kemahiran Kesihatan Diri
       6.     Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Teras-teras ini hendaklah diterjemahkan kepada strategi-strategi dan kaedah pelaksanaan
yang lebih khusus agar ianya mudah difahami dan dapat dilaksanakan oleh semua warga
sekolah.

PBSS memberi ruang untuk tindakan bersepadu yang mengambil kira:
     kurikulum sekolah
     keadaan fizikal dan sosial sekolah
     perkhidmatan kesihatan sekolah
     peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan.
Ianya melibatkan semua warga sekolah termasuk pentadbir sekolah, guru, pelajar, pekerja
dan masyarakat setempat.

Matlamat PBSS

Melahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang sihat, selamat dan berkualiti ke arah
pencapaian wawasan negara.

Objektif PBSS

Memastikan agar setiap sekolah dapat:
       Menetapkan polisi kesihatan sekolah.
       Memelihara dan menigkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
       Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup
sihat.
       Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah.
       Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan amalan kesihatan yang baik agar
setiap
warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan
masyarakat.
       Menyediakan perkhidmatan kesihatan sekolah dari aspek:
- Penilaian taraf kesihatan murid
- Khidmat rawatan (termasuk rawatan kecemasan), rujukan, bimbingan dan kaunseling
       Pengawalan dan pencegahan kejadian penyakiT
       Mengenal pasti, merujuk dan membantu dalam penempatan kanak-kanak kurang
upaya

Kebaikan dan Kepentingan PBSS

PBSS ini memberi beberapa kebaikan seperti di bawah:
       Ia mempergunakan model kesihatan holistik yang merangkumi aspek fizikal, mental,
sosial dan persekitaran. Ini mempastikan satu persekitaran sekolah yang sihat terbentuk
dan membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat kesihatan yang
baik.
       Ia menggalakkan penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan
kemahiran kesihatan kanak-kanak.
       Ia juga memberi penekanan kepada pentingnya persekitaran fizikal seperti
bangunan, sanitasi, bekalan air dan padang permainan kanak-kanak yang mempengaruhi
kesihatan kanak-kanak.
       Ia juga mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah di dalam membantu
suasanA pembelajaran yang positif.
       Ia menghubungkaitkan sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan
kawasan bagi menyelesaikan masalah kesihatan tertentu di kalangan nakankanak.
       Ia memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara aktif di dalam kurikulum
formal untuk membentuk satu siri pengetahuan dan juga kemahiran berkaitan kesihatan.
Peranan Guru
Antara peranan guru ialah:
       Memahami teras utama PBSS.
       Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang
oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
       Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS boleh dilaksanakan oleh
Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
       Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.
       Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif.
       Memberi penerangan kepada Ibu bapa dan mesyarakat setempat mengenai PBSS.

								
To top