3 Soalan Maut!
Dengan Menjawab Cuma 3 Soalan Sahaja, Minda Prospek Anda Akan Lebih Terbuka dan Tak Sabar Lagi Untuk Mendengar Pembentangan Peluang Perniagaan Anda. Inilah Yang Anda Mahukan Sebelum Membuat Pembentangan Peluang Perniagaan Anda, Bukan?
Saudara/saudari Usahawan MLM, Anda dan prospek anda sampai 10 minit awal dari masa yang ditetapkan untuk perjumpaan mingguan anda. Sebentar lagi, salah seorang pemimpin syarikat anda akan membuat pembentangan peluang perniagaan MLM anda. Buat masa sekarang, apa yang anda hendak lakukan? Inilah masanya untuk anda membuka minda prospek anda supaya mereka akan lebih terbuka dengan peluang perniagaan yang anda tawarkan. Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan memberikan sehelai kertas yang mempunyai 3 soalan maut di bawah dan katakan kepada mereka: “Borang ini ialah untuk kegunaan anda sahaja. Tiada siapa lagi yang akan melihatnya. Ianya boleh memberikan sedikit idea tentang apa yang anda boleh jangkakan di dalam perjumpaan peluang perniagaan malam ini.” Minda prospek anda akan lebih terbuka untuk menerima apa yang bakal mereka lihat dan dengar di dalam pembentangan peluang perniagaan anda. Ianya juga mungkin dapat menguatkan lagi alasan untuk mereka menyertai perniagaan anda. Cuba dan lihat hasilnya! Semoga berjaya, Zamri Nanyan www.RahsiaMLM.com Nota: Soalan-soalan di bawah ini adalah petikan daripada hadiah bonus dari “103 Ways & Places To Sponsor New Distributors”, hasil tulisan Art Jonak www.MLMLessons.com/103
Nama: ___________________________
1. Bilakah Anda Ingin Bersara?
Dalam 1 Tahun Lagi Dalam 5 Tahun Lagi Dalam 2 Tahun Lagi Dalam 10 Tahun Lagi
Bagus! Apakah plan anda untuk mencapai matlamat ini?
________________________________________________________________________
2. Berapa Banyakkah Wang Yang Anda Perlukan Setiap Bulan Untuk Bersara Dengan Selesa?
RM 1,000 RM 3,000 RM 2,000 RM 5,000 atau lebih.
Bagus! Apakah plan anda untuk mencapai pendapatan bulanan sebgini?
________________________________________________________________________
3. Berapa Banyakkah Wang Yang Anda Perlu
Laburkan Dengan Pulangan 6% Setahun Untuk Mendapatkan Pendapatan Bulanan Untuk Persaraan Anda? (Ambil jawapan untuk soalan #2 dan darabkan
dengan 200). Bagus! Apakah plan anda untuk mengumpul wang sebanyak ini?
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________