KERJA KURSUS LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Document Sample
KERJA KURSUS LINGUISTIK BAHASA MELAYU Powered By Docstoc
					                                       1.LINGUISTIK
        Kajian linguistik meliputi bidang yang luas. Antara kajian linguistik yang perlu
diketahui oleh kita ialah fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, leksikografi, semantik,
pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik, linguistik teoritis dan linguistik
terapan. Tiga bidang utama sahaja akan disentuh iaitu:
i. bidang fonetik dan fonologi,
ii. morfologi
iii. sintaksis.


i. Fonetik dan Fonologi
       Pertuturan bahasa melibatkan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu. Kesemua bunyi
yang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan fonologi. Fonetik meneliti
bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-sifat akuastiknya, manakala ilmu
fonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan dan
strukturnya. Kita dapat melihat fungsi fonetik dan fonologi ini dengan menjelaskannya
bersertakan contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan penelitian mengikut bidang
kajian masing-masing. Sebagai contoh, bunyi "p" yang secara lazimnya menurut sifat
fonetiknya diapit oleh tanda condong. Ia disebut dengan menutup kedua-dua bibir dan
melepaskannya sehingga udara keluar dengan "menghasilkan suatu bunyi letupan".
Penghasilan bunyi "p" tersebut merupakan deskripsi fonetik sahaja.


        Seterusnya, jika dua bunyi yang secara fonetik mempunyai perbezaan tertentu,
ia dikatakan berbeza fonologinya. Perbezaan tersebut memperlihatkan perbezaan
makna. Ini bermakna dua bunyi tersebut dikatakan mempunyai perbezaan fonologi jika
bunyi-bunyi tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Sebagai contoh, di dalam
bahasa Melayu, bunyi "p" dan "t" berbeza dari segi fungsional atau secara fonologi. Ia
disebut sebagai pasangan minimum kerana kata-kata yang dihasilkan oleh kedua-dua
bunyi tersebut berbeza dari segi kata-kata yang dihasilkan, seperti dalam contoh kata
"padi" dan "tadi". "Padi" merujuk kepada sejenis tanaman, manakala "tadi" merujuk
kepada kata keterangan masa. Jelas, perbezaan pasangan minimum tersebut

                                                                                               1
BBM 3107
memperlihatkan wujudnya tafsiran makna yang berlainan bagi kedua-dua kata tersebut.
Perbezaan makna yang dibawa oleh bunyi-bunyi tersebut merupakan bidang kajian
ilmu fonologi.


ii. Morfologi
      Nik Safiah Karim et al. (1993) mentakrifkan morfologi sebagai "bidang ilmu
bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata", manakala Arbak
Othman (1968) menjelaskan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang
menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian morfem. Sebagai rumusan, dapat
disimpulkan bahawa morfologi ialah bidang yang mengkaji cara kata dibentuk. Bentuk
kajian morfologi yang terkecil ialah morfem dan bentuk yang terbesar ialah kata. Kata
mempunyai bentuk yang bebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri manakala morfem
terdiri daripada dua bahagian, iaitu bentuk bebas dan bentuk terikat.
       Kata-kata yang dibentuk lahir daripada kata yang terdapat di dalam sesuatu
bahasa dan juga melalui proses-proses tertentu. Kata yang dilahirkan melalui kata
tertentu; sebagai contoh di dalam bahasa Melayu merupakan kata yang dihasilkan di
dalam bahasa Melayu itu sendiri. Manakala kata yang melalui proses tertentu pula
ialah melalui proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Melalui proses
pengimbuhan kata dasar, kata yang dihasilkan ialah kata terbitan. Melalui proses
penggandaan, kata yang dihasilkan merupakan kata ganda dan melalui proses
pemajmukan pula, kata yang dihasilkan merupakan kata majmuk.
      Di dalam bahasa Melayu, terdapat bentuk kata utama; yakni kata nama, kata
kerja, dan kata adjektif. Contoh kata nama ialah "sabun", "cangkul', dan "penyapu".
Contoh kata kerja pula ialah kata "gerak", "kumpul" dan "letup" manakala contoh kata
adjektif ialah kata "baik", "gemuk" dan "panjang". Selain kata utama, terdapat juga kata
tugas yang mempunyai tugas tertentu, sama ada di dalam perkataan atau binaan ayat.


iii. Sintaksis
      Perkataan "sintaksis" berasal daripada perkataan Yunani "suntutein" yang
bermaksud menyusun atau susunan. Di dalam bidang linguistik, "sintaksis" bermaksud
"kajian pembentukan ayat". Menurut Kamus Linguistik (1997), sintaksis ialah „cabang

                                                                                           2
BBM 3107
ilmu linguistik yang mengkaji proses pembentukan ayat, seperti penyusunan kata
kepada ayat dan cara hubungan antara kata di dalam ayat. Nik Safiah Karim et al.
(1986) mendefinisikan sintaksis sebagai "bidang linguistik yang mengkaji proses
pembinaan ayat". Abdullah Hassan (1981) menyatakan sintaksis ialah "istilah untuk
mengkaji pembentukan ayat", iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit
sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan inti terbesar.
Asmah Hj. Omar (1968) turut mendefinisikan sintaksis sebagai "bahagian daripada
linguistik deskriptif atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai
kata dan ayat".
     Berdasarkan pandangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa sintaksis
sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji "bentuk, struktur dan binaan ayat". Ia
sebenarnya mengkaji konstruksi ayat, iaitu mengkaji bagaimana ayat dibentuk bermula
dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat.
Bidang kajian sintaksis pula meliputi perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kajian sintaksis
melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari cara penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk membina ayat.




                                                                                           3
BBM 3107
                       bidang fonetik
                        dan fonologi




                       LINGUISTIK




           sintaksis                    morfologi




                                                    4
BBM 3107
2. SIFAT BAHASA
Bahasa sebagai sistem
      Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bahasa itu mempunyai cara atau
kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Sistem itu pula bersifat berperaturan. Setiap
bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan,
susunan perkataan, nahu atau struktur sintaksis.
      Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan
perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Bentuk dan
kedudukan perkataan dalam ayat dapat memberikan makna kepada sesuatu bahasa.
Semua bahasa mempunyai sistem, namun sistem setiap bahasa mempunyai beberapa
bentuk dan pola yang berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.
      Sebagai contohnya, jika diminta untuk menerangkan struktur bahasa Melayu,
kita mungkin tidak dapat menerangkan peraturan dan strukturnya dengan terperinci.
Walaupun begitu, kita masih mengetahui dan menerangkan strukturnya secara
automatik. Hal ini dapat dirumuskan bahasa setiap bahasa itu bersistem dan apabila
bertutur, secara automatik kita dapat menyusun struktur bahasa dengan betul.
Bahasa sebagai lambang
Pada zaman awal, manusia menggunakan gambar dan objek tertentu sebagai simbol
atau lambang untuk menerangkan sesuatu.            Kemudian, manusia menggunakan
kombinasi bunyi sebagai simbol. Bunyi yang sistematik disusun secara berurutan untuk
menghasilkan perkataan yang seterusnya digunakan sebagai simbol untuk semua
perkara yang dilakukan dan difikirkan oleh manusia. Contohnya, simbol # mempunyai
pelbagai nama yang mengelirukan mengikut tempat seperti simbol ukuran berat –
Amerika, simbol pound iaitu mata wang – British dan sharp – dalam muzik.. Lazimnya,
simbol ini disebut hash.
      Bahasa juga boleh dikatakan sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh
penutur kepada pendengar dalam proses interaksi. Simbol yang digunakan merujuk
kepada perkataan atau ungkapan yang membentuk simbol tersebut




                                                                                   5
BBM 3107
Bahasa adalah bunyi
Menurut Kridalaksana(1983:27), bunyi adalah kesan pada pusat saraf sebagai akibat
dari getaran gendang telinga yang bertindak balas kerana perubahan-perubahan dalam
tekanan udara. Bunyi bahasa atau bunyi ujaran (speech sound) adalah satuan bunyi
yang dihasilkan oleh alat ucap manusia yang terdapat dalam fonetik dikenali sebagai
“fon” dan dalam fonemik sebagai “fonem”.
       Oleh itu, bahasa adalah bunyi bermaksud bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
pertuturan menghasilkan bahasa.       Bunyi bahasa adalah lambang-lambang yang
dikonsepsikan melalui pendengaran. Tulisan pula bukanlah merupakan bahasa, tetapi
tulisan merupakan pemetaan pertuturan.
Bahasa sebagai alat komunikasi
   Komunikasi merupakan satu bentuk tingkah laku sosial dan untuk memenuhi
keperluan tersebut mereka yang berkomunikasi perlu menguasai beberapa perkara
seperti bagaimana hendak menarik perhatian pendengar, memulakan dan mengakhiri
pembicaraan, mencelah perbualan dan mendapatkan penjelasan lanjut. Bahasa
sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara, iaitu secara lisan dan tulisan.
Penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi menitikberatkan beberapa faktor seperti:
      Penutur - Penutur perlu diketahui terlebih dahulu untuk membolehkan mesej
       penutur dapat difahami dengan tepat oleh pendengar.
      Pendengar – pendengar yang berbeza seperti rakan, ibu bapa, orang tua serta
       yang berbeza status atau mempunyai gelaran akan membuatkan ujaran yang
       sama ditafsirkan secara berbeza.
      Latar belakang/ komunikasi – hal ini termasuklah masa, tempat, situasi dan
       hubungan antara penutur dengan pendengar.
      Topik pembicaraan – topic yang dibicarakan perlu mudah difahami oleh
       pendengar supaya adanya tindak balas komunikasi.

Bahasa bersifat arbitrari
Bahasa bersifat arbitrari bermakna tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-
bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Sifat arbitrari
inilah yang menyebabkan bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan berlainan
bagi merujuk kepada benda yang sama.
                                                                                        6
BBM 3107
        Contohnya, apabila ditunjukkan gambar seekor kuda. Dalam bahasa Melayu kita
akan menyebut perkataan [kuda] untuk menamakan binatang tersebut.            Sebaliknya
dalam bahasa Inggeris, kuda disebut sebagai horse, dalam bahasa Sepanyol disebut
caballo, bahasa Perancis membunyikan sebagai cheval dan bahasa Jerman
menyebutnya sebagai pferd. Semua simbol bahasa mempunyai bentuk yang dapat
dilihat, sebaliknya makna sukar dikenal pasti hanya dengan melihat bentuk simbol
tersebut.
Bahasa bersifat unik
Bahasa bersifat unik bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur
tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan
kata seperti kata nama dan kata kerja. Contohnya dalam Bahasa Melayu jatuh dan
terjatuh mempunyai bentuk dan makna yang berbeza.
        Semua bahasa mempunyai bentuk dan struktur tetapi mempunyai huraian yang
tersendiri. Bahasa bersifat unik juga dikaitkan dengan cara kita memperolehi bahasa
itu, iaitu bukanlah seperti mewarisi ciri-ciri fizikal keluarga. Bahasa merupakan sesuatu
yang perlu kita pelajari secara tidak langsung daripada ahli keluarga dan masyarakat di
sekeliling kita. Sebagai contohnya, jika seorang bayi Cina yang sejak kecil dipelihara
dan dibesarkan oleh keluarga Melayu, maka bahasa yang diperolehnya ialah bahasa
Melayu dan bukanlah bahasa Cina.
Bahasa itu universal
Setiap bahasa mempunyai sifat sejagat atau universal yang bermaksud sesuatu bahasa
itu boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja. Setiap bahasa mempunyai
penuturnya dan tidak ada peraturan yang melarang individu lain mempelajari mana-
mana bahasa di dunia ini.     Secara alamiah, bahasa berpotensi untuk berbeza dan
beraneka. Menurut Anderson (1972), terdapat lapan ciri yang berkaitan sifat bahasa
yang dianggap universal bagi semua bahasa di dunia ini, iaitu:
  i.    Bahasa merupakan satu sistem
 ii.    Bahasa terdiri daripada vokal dan bunyi-bunyi ujaran
 iii.   Bahasa terdiri daripada lambang-lambang yang arbitrari
 iv.    Bahasa terbina daripada kebiasaan
 v.     Bahasa merupakan alat perhubungan

                                                                                       7
BBM 3107
 vi.    Bahasa berhubung erat dengan budaya tempat bahasa itu dituturkan
vii.    Bahasa sentiasa berubah-ubah
viii.   Bahasa mempunyai sifat khas dan unik

Bahasa itu dinamis
        Bahasa bersifat dinamis bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi untuk
berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.
Sifat bahasa sedemikian akan terus berlaku selagi penuturnya bergaul dan beinteraksi
dengan manusia yang lain. Pertembungan kebudayaan dan manusia dengan manusia
yang lain menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbendaharaan kata sesuatu
bahasa. Walaupun begitu, struktur dan tatabahasa sesuatu bahasa itu lazimnya tidak
akan berubah.
Bahasa itu bervariasi
        Bahasa bersifat bervariasi bermaksud terdapat kepelbagaian bagi suatu bahasa
itu. Kepelbagaian itu termasuklah cara dan gaya mengajarkannya, istilah-istilah khusus
yang digunakan dan struktur sintaksis bagi sesuatu variasi bahasa itu.        Maksud
bervariasi juga adalah sesuatu bahasa mempunyai dialek yang pelbagai diujarkan oleh
satu-satu kumpulan penutur dan laras bahasa yang digunakan dalam suatu bidang
ilmu.




                                                                                    8
BBM 3107
                                          bahasa
                                          sebagai
                                           sistem
                                                                 bahasa
                bahasa itu
                                                                 sebagai
                bervariasi
                                                                lambang




   bahasa itu                                                                bahasa
    dinamis                                                                adalah bunyi

                                    Sifat Bahasa



                                                                       bahasa
       bahasa itu
                                                                     sebagai alat
        universal
                                                                     komunikasi



                                                    bahasa
                             bahasa itu
                                                    bersifat
                               unik
                                                    arbitrari




                                                                                          9
BBM 3107
3. SEJARAH PERKEMBANGAN BIDANG ILMU LINGUISTIK
Zaman Yunani
         Tokoh pengkajian bahasa zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle. Plato ahli
falsafah yang pertama menyelidik bahasa melalui karyanya berbentuk di Cratylus.
Cratylus menerangkan bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan
anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar
sepenuhnya. Plato pula menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata
nama dan kata kerja. Plato meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada
prediket dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.Zaman aristotle 384-322
sebelum masihi. Tambah satu lagi pembahagian tatabahasa iaitu kata penghubung.
Aristotle memperkembangan falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Gagasan lain
yang dikembangkan oleh Aristotle ialah menganggap bahawa fungsi bahasa sebagai
alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Pada zaman yunani lebih tertumpu kepada
tatabahasa. Kaedah kajian bersifat logik dan tidak saintifik.
Zaman Iskandariah
         Pada abad ke-3 tahun masihi. Merupakan sebuah tanah jajahan Yunani.
Penumpuan bahasa lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mengkaji sistem fonetik
dan   membahagi      kepada    adverb,    perticipal,   ganti   nama   dan   kata   depan.
Memperkenalkan bidang sintaksis iaitu ayat merupakan satu unit deskriptif yang terdiri
daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.
Zaman Rom
         Mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Mengambil ilmu
bahasa kajian bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Perubahan
sistem    bahasa   Yunani    kepada    bahasa    Latin.   Kurang   menyumbang       kepada
perkembangan ilmu baharu bahasa.
Zaman Pertengahan
         Dikenali sebagai zaman Renaissance.            Mula mengkaji bahasa termasuk
tatabahasa vernakular Menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk
mengukur kualiti sesuatu bahasa Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi
kesusasteraan.
                                                                                        10
BBM 3107
Pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan
antara bahasa mula berkembang. Golongan ini menolak bahasa luar atau bahasa
pinjaman. Mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa
Inggeris.
Zaman Arab
       Perkembangan di Baghdad setelah eropah mengalami zaman gelap. Ahli fikir
yang terdiri daripada sarjana Islam yang mendapat sokongan daripada pemimpin
mereka.Kajian tertumpu kepada Al-Quran dan ilmu fonetik berkembangan menjadi
pesat dan hampir menjadi sempurna.
Zaman India
       Bahasa Sanskrit digunakan memberi kesan yang besar kepada ilmu linguistik.
Bahan kajian tidak berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda.
Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.
Pembaharuan yang dibuat ialah mengkaji bahasa secara saintifik.
Zaman Linguistik Bandingan
       Permulaan kepada linguistik moden pada abad ke-19. Berkembang kepada
bidang baru iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian berdasarkan bukti nyata
Mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.
Hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada
satu rumpun yang sama. Ahli bahasa pada zaman ini mengasingkan bahasa-bahasa di
dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi.
Zaman Moden
       Pada abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa lebih cenderung kepada linguistik
deskriptif atau linguistik huraian. Lebih bersistematik yang menekankan kepada
sinkronis dan diakronis. Pengkaji mengeluarkan satu teori baru iaitu bahasa adalah
baka dan satu fenomena sosial.




                                                                                   11
BBM 3107
                            Zaman Yunani


                                              Zaman
            Zaman Moden
                                           Iskandariah




                             SEJARAH
      Zaman
    Linguistik
                          PERKEMBANGAN              Zaman Rom
    Bandingan              BIDANG ILMU
                            LINGUISTIK




                                              Zaman
            Zaman India
                                           Pertengahan


                            Zaman Arab




                                                                12
BBM 3107
4. STRUKTUR LINGUISTIK
Bidang linguistik merangkumi beberapa subbidang, seperti:
   a. Fonetik Terapan : Mempelajari bunyi bahasa dan penggunaannya dalam
   praktisnya. Misalnya olah vokal dalam seni drama dan seni muzik, dan untuk
   membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak.
   b. Perancangan Bahasa          : Mempelajari bahasa dalam konteks perkembangan
   bahasa. Misalnya aspek pembakuan bahasa.
   c. Pembinaan Bahasa : Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan bahasa
   yang baik dalam acuan kaedah dan pendekatan yang telah dikenal pasti dan
   diamalkan oleh penutur jati.
   d. Pengajaran Bahasa : Mempelajari bahasa ibunda, bahasa kedua atau bahasa
   asing mengikut pendekatan, kaedah dan teknik tertentu.
   e. Penterjemahan : Mempelajari bahasa untuk kepentingan pengalihbahasaan
   daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain.
   f. Grafonomi atau Ortografi : Mempelajari cara-cara mewujudkan bahasa dalam
   bentuk tulisan. Grafonomi atau Ortografi dinamakan juga sebagai ilmu ejaan.
   g. Grafologi : Mempelajari tulisan dengan tujuan untuk mengetahui sifat, nasib,
   kesesuaian dan keberuntungan penulis.
   h. Leksikografi : Mempelajari bahasa dalam konteks penulisan leksikon dalam
   bentuk kamus, ensiklopedia, dan tesaurus. Ilmu ini juga dinamakan juga sebagai
   ilmu perkamusan. Fokusnya pada cara penyusunan kamus.
   i. Mekanolinguistik : Mempelajari bahasa yang digunakan dalam penyusunan
   program mekanik.
   j. Medikolinguistik : Mempelajari bahasa untuk diterapkan dalam pengubatan.
   Misalnya pengubatan orang yang menghadapi tekanan perasaan yang serius.
   k. Sosiolinguistik Terapan (Pragmatik) : Mempelajari bahasa dalam konteks
   penggunaan bahasa dalam komunikasi sosial, iaitu dengan mengambil kira situasi,
   maksud, status penutur.
   l. Leksikostatistik : Ilmu yang mempelajari usia kata sejak kewujudannya dengan
   menggunakan rumus statistik. Ilmu ini penting untuk menentukan bahasa induk atau
   proto.

                                                                                 13
BBM 3107
                                                    Fonetik
                                                    Terapan
                                                                Perancangan
                              Leksikostatistik                    Bahasa




                 Sosiolinguistik                                               Pembinaan
                    Terapan                                                      Bahasa




                                                  STRUKTUR                          Pengajaran
           Medikolinguistik
                                                  LINGUISTIK                          Bahasa




                Mekanolinguistik                                              Penterjemahan



                                                                Grafonomi
                                   Leksikografi                    atau
                                                                 Ortografi
                                                    Grafologi




                                                                                      14
BBM 3107
                                5. VARIASI BAHASA
 Variasi Bahasa
      Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan
bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu . Variasi bahasa merupakan suatu
pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita
membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama
dalam keadaan yang berbeza. Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk
bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. Variasi
bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.            Makin besar jumlah
penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula
perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan
Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja
sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang,
Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.
      Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah
penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula
perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga terdapat variasi-variasi
bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang
pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza
penggunaannya.
      Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli- ahli bahasa.
Namun    apabila   mereka    merujuk   sesuatu   bahasa    tertentu,   misalnya bahasa
Melayuatau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan
bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada
satu keseluruhan. Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu
dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila
kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.
      Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa
secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa Melayu
baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek

                                                                                    15
BBM 3107
di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami. Tiap-tiap
pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak
variasi bahasa yang bersifat bahasa Melayu umum, yang dari segi sejarahnya
berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.
       Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi
yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi
seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.


Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.
i.   Variasi Bahasa (Dialek)
       Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu
perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani
pada waktu itu. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih
difahami    oleh     pengguna   dalam     sesuatau   masyarakat   bahasa walaupun   ada
pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Dialek ialah variasi
daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-
satu masyarakat bahasa.
       Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan
berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan
penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk
dianggap sebagai satu bahasa yang lain.
       Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam
sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara.
Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti
Filipina,          Sumatera,      jawa,         Kalimantan        dan      sebagainya.


ii. Variasi Bahasa Isyarat
       Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa
tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi. Kaum tunarungu adalah
kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan
bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah

                                                                                     16
BBM 3107
untuk mengungkapkan fikiran mereka. Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap
negara.    Bahasa   isyarat   berbeza   di   negara-negara   yang   berbahasa   sama.
Contohnya,Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama
tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign
Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memilikibahasa
tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa
isyarat yang sama. Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang
mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak. Ini adalah salah satu cara untuk mereka
berkomunikasi antara satu sama lain.




                                                                                   17
BBM 3107
           18
BBM 3107
6. PERATURAN PARADIGMATIK
       Peraturan paradigmatik yang akan dibincangkan secara ringkas ialah pola
penggunaan kata dalam ayat dan perbezaan minimal dalam aspek morfologi (kata).
Peraturan paradigmatik merupakan kumpulan perkataan yang tidak jelas melibatkan
penggunaan kata dalam ayat.
Contoh ayat:
Ali sedang lena di dalam bilik.
Ali sedang nyenyak di dalam bilik.


Dimensi Paragdigmatik
Hubungan sesuatu kata yang bersifat umum dengan kata yang lebih khusus sifatnya.
Contoh ayat:
Awan gelap menunjukkan hari hendak hujan.


Pola-pola Paradigmatik
Perkataan boleh dimasukkan dalam teks asalkan bersesuaian.
Pola paradigmatik di dalam sintaksis


               Sintagmatik                    Paradigmatik
               Horizontal                     Vertikal
               Dibaca secara luaran           Dibaca dengan mendalam
               Mencari      petanda      yang Mencari tanda yang tidak
               sama hadir dalam teks          ada dalam teks


Pola paradigmatik di dalam linguistik:
“bet” dan “pet” diletakkan dalam ciri linguistik yang sama.


Perbezaan Minimal
       Perbezaan minimal adalah satu cara bagi mengenal pasti bunyi-bunyi fonem
berdasarkan     perkataan-perkataan       berpasangan    minimal.   Kanak-kanak   yang
mempunyai masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah dalam menyebut bunyi-

                                                                                    19
BBM 3107
bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai
perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan
makna perkataan itu tersasar jauh. Sebagai contoh huruf ‘d’ dalam perkataan ladang
disebut sebagai ‘l’ sehingga bertukar menjadi perkataan lalang.
      Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi
konsonan ‘d’ dan ‘l’ dan meminta murid menyebutnya berulang kali sehingga mahir.
Dengan menggunakan bahan pasangan minimal ini, pelbagai kebaikan dapat diperoleh
oleh pelajar. Antaranya unsur ini dapat melibatkan murid secara langsung dalam aktiviti
pembelajaran selain murid dapat membunyikan perkataan itu dengan bunyi fonem yang
betul. Ini dapat mengelakkan murid daripada salah faham dalam membunyikan sesuatu
perkataan terutamanya perkataan yang membawa maksud yang berbeza. Selain itu,
bahan ini mudah alih dan dapat membantu pelajar dengan melihat gambar seterusnya
menyebut nama gambar tersebut. Tambahan pula, bahan pasangan minimal ini sesuai
untuk kanak-kanak pemulihan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.
      Guru boleh membuat bahan dengan menyediakan beberapa perkataan yang
hampir sama bunyinya dan setiap perkataan itu disertakan dengan gambar. Kemudian,
murid diminta menyebut perkataan tersebut sehingga mendapat bunyi fonem yang
betul. Aktiviti ini diulang sehingga murid dapat menyebut perkataan yang diberikan
dengan bunyi yang betul sehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut.




                                                                                    20
BBM 3107
7.MEMBANDING BEZA DAN MENJELASKAN TENTANG STILISTIK DAN BAHASA
MELAYU SAINTIFIK
Stilistik
       Stilistik    atau    kajian   bentuk   boleh   dibahagikan        kepada   dua    perkara.
Pertama,kajian        tentang    kelainan     bahasa yang       mengandungi       bentuk    gaya
bahasapengulangan, penyirnaan, perbandingan,pertautan dan pertentangan. Kelainan
bahasa juga termasuk peribahasa, sindiran dan gaya retorik. Ciri yang keduanya
ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik seperti
fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.
       Prinsip stilistik yang pertama adalah menganggap dan mengiktiraf bahasa
sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa
sebagai satu anugerah dan bakat eserang penulis. Manakala analisis karya sastera
merupakan suatu            huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang seseorang
pengarang. Namun begitu, analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian
bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.
       Prinsip stilistik yang kedua pula membincangkan aspek tema seperti yang sering
dibicarakan        dengan    menggunakan      pendekatan       struktural.   Namun,     penelitian
menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat
yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna mudah
difahami, mudah dimengerti, banyak maksuddan mempunyai makna simbolik.
       Ketiga,      penggunaan       pendekatan   stilistik   berhasil   memperlihatkan      gaya
kepribadian seorang penulis.           Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai
penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan
diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi
penulisnya .Penulis pula mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh
beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis.
       Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi,
pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. Dalam sesebuah karya sastera yang
pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang
digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan
iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.

                                                                                               21
BBM 3107
       Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan
yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. Pengaplikasian
kata   dan   diksi   dari   bahasa   daerah   atau   tempatan   dapat   memperkayakan
perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang
penulis.
       Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan
sesebuah karya. Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan
dan ransangan yang berlaku di sekelilingnya.         Penelitian yang dilakukan dengan
menggunakan pendekatan stilistik       ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat
unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.
       Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses
penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan
penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. Oleh itu aspek bahasa
dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami,
menimbulkan keseronokan atau member kecelaruan atau kekaburan tanggapan kesan
daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk
mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.


       Bahasa Melayu Saintifik
       Bahasa Melayu berkembang dan maju selaras dengan kemajuan yang dicapai
oleh masyarakat penuturnya. Mampu mengungkapkan pelbagai konsep seperti dalam
bidang pendidikan, undang-undang, sains dan teknologi, ekonomi dan bidang-bidang
profesional yang lain. Bahasa Melayu menggunakan istilah-istilah yang sesuai yang
boleh dibuktikan secara emperikal dan boleh menghuraikan sesuatu konsep yang
berfokus kepada penghuraian bahasa. Istilah-istilah dapat menerangkan struktur,
sistem, dan pola-pola bahasa         sesempurna yang mungkin. Bahasa Melayu ilmiah
menggunakan      istilah-istilah teknikal dalam penghuraian bahasa supaya ia wujud
sebagai subjek yang diselidiki dengan segala sifatnya yang saintifik. Penggunaan
istilah- istilah ini penting kerana dengan langsung dapat merujuk kepada benda-benda,
peristiwa-peristiwa, objek-objek, sifat-sifat dan konsep-konsep dan sebagainya yang
diperlukan dalam penghuraian sesuatu fenomena.

                                                                                   22
BBM 3107
RUMUSAN
         Setelah melaksanakan tugasan BMM 3107 Pengantar Linguistik ini, saya banyak
mendapat manfaat dan ilmu baru berkenaan dengan linguistik ini sendiri. Jika sebelum
ini, kami kurang faham berkenaan ilmu linguistik, namun setelah melaksanakan tugasan
ini, kami memperoleh banyak ilmu baru. Linguistik merupakan satu bidang kajian yang
mengkaji bahasa secara saintifik.       Secara ringkasnya, bidang linguistik mempunyai
beberapa bahagian seperti pembahagian bidang linguistik.
         Setiap bidang kajian mempunyai pecahannya yang tersendiri seperti linguistik
terapan. Antara bidang yang terdapat dalam bidang linguistik ialah linguistik umum,
linguistik terapan, linguistik historis dan linguistik komparatif. Selain itu, linguistik telah
berkembang sejak zaman-berzaman. Perkembangan bidang linguistik bermula sejak
zaman Yunani dan berkembang sehingga ke zaman moden. Setiap bidang dipelopori
ada dipelopori oleh tokoh-tokoh linguistik.        Bukan itu sahaja, bahasa juga telah
didefinisikan mengikut pelbagai cara seperti sifat semula jadi, peranan dan fungsinya.
Dalam setiap perlakuan manusia, bahasa memainkan peranan penting.                    Oleh itu,
bahasa mempunyai sifat atau cirinya sendiri.
         Tambahan lagi, perkembangan linguistik juga telah dikaji sejak zaman-berzaman
bermula dari zaman Yunani lagi sehinggalah ke zaman moden. Pada setiap zaman,
linguistik menunjukkan perkembangannya yang dihuraikan oleh tokoh-tokoh tertentu.
Teori bahasa pula menunjukkan pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik
yang dianggap sebagai asas penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Sebagai seorang guru, adalah amat penting untuk mengetahui teori bahasa
dan teori pemerolehan bahasa untuk mengajar bahasa Melayu kepada murid-murid
kelak.




                                                                                            23
BBM 3107

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:42
posted:4/15/2013
language:
pages:23