pentaksiran dan penilaian dalam pendidikan khas by nadiaburn

VIEWS: 9,581 PAGES: 3

More Info
									Popham(2000)

berpendapat

istilah

pengukuran,

pengujian

dan

pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses

pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Merujuk

http://specialed.about.com/od/assessment/a/Aandee.htm

iaitu

satu laman web pendidikan khas, matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data

pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan.

Mengikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Mempelajari kemahiran asas adalah amat penting bagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana ia akan membantu murid untuk mempelajari setiap matapelajaran dengan lebih mudah dan cepat jika mereka mahir dalam menguasai kemahiran asas. Terdapat beberapa komponen dalam kemahiran asas. Antaranya ialah kemahiran 3M dan kemahiran pengurusan diri.

Kemahiran 3M ialah membaca, menulis dan mengira. Terdapat beberapa kepentingan mempelajari kemahiran ini. Pertama, kemahiran ini adalah asas utama dalam setiap pembelajaran. Setiap murid seharusnya mempunyai kemahiran untuk membaca, menulis dan mengira supaya mereka dapat menjalankan segala proses P&P dengan berkesan. Menguasai kemahiran membaca membolehkan mereka membaca maklumat dan latihan yang diberikan oleh guru. Mereka juga dapat mencari bahan-bahan pembelajaran dan melakukan ulangkaji pelajaran dengan mudah. Selain itu, penguasaan dalam kemahiran menulis pula membolehkan murid untuk menulis nota pelajaran dan melakukan latihan yang diberikan oleh guru. Seterusnya, kemahiran mengira bukan sahaja penting bagi matapelajaran yang melibatkan kira-kira tetapi ia juga penting dalam kehidupan seharian mereka.

Kemahiran pengurusan diri pula ialah keupayaan dalam menguruskan diri sendiri. Hal ini meliputi kemampuan dalam membersihkan diri sendiri, memakai pakaian tanpa bantuan, makan dengan cara yang betul dan mampu memenuhi kehendak asas diri seperti membuang air. Kepentingan kemahiran ini adalah supaya murid dapat menjaga keperibadian diri sendiri dan berupaya

menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan orang lain.

Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang

mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain. Selain itu, kemahiran

sosial juga dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi. Tujuan pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenalpasti murid yang

mempunyai kelemahan dalam bersosial. Prosedur pentaksiran kemahiran sosial yang biasa digunakan di luar negara ialah (a)pengukuran sosiometrik, (b)penilaian oleh guru, (c)ujian ’role-play’ dan (d)pemerhatian langsung. Penguasaan dalam kemahiran sosial adalah amat penting kerana ia membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka. Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini juga membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri, mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan kemurungan.

Kemahiran tingkah laku ialah melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu membawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran. Sekiranya seseorang itu dibesarkan dalam persekitaran yang aman dan harmoni, maka dia akan berkelakuan baik serta bertamadun. Sebaliknya, sekiranya seseorang itu dibesatkan dalam suasana berpecah belah seperti peperangan, kemungkinan besar dia akan menjadi seorang yang kasar dan panas baran. Walaubagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi

pembelajaran. Tingkah laku manusia akan berubah apabila mereka menjadi semakin terpelajar.


								
To top