modul

Document Sample
modul Powered By Docstoc
					                        (PKP 3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2)


 TAJUK 1 KEMAHIRAN MENULIS

1.0   SINOPSIS

Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan dengan definisi menulis dan penulisan,
serta membincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran
menulis; peringkat perkembangan menulis; masalah dalam tulisan dan penulisan;
startegi pemulihan masalah tulisan/pratulis dan latihan-latihan pratulisan; latihan
tulisan mekanis; dan latihan penulisan mentalis.


1.1   HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

      i. menjelaskan definisi menulis dan tulisan;

      ii. menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis;

      iii. menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan menulis;

      iv. membincangkan jenis-jenis masalah tulisan; dan

      v. menghuraikan strategi pengajaran kemahiran menulis.




                                        1
                                    (PKP 3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2)



         1.3       KERANGKA TAJUK


                                  KEMAHIRAN MENULIS




Definisi menulis                Peringkat Perkembangan                            Strategi Pemulihan
dan Penulisan                   Menulis                                           Masalah Tulisan /

               Faktor-faktor yang
                                                 Masalah dalam
               Mempengaruhi
                                                 Tulisan dan
               Kemahiran Menulis
                                                 Penulisan


                                                         Latihan                         Latihan
                                                         Pratulisan                      Tulisan Mentalis


                                                                      Latihan Tulisan
                                                                      Mekanis




         1.4       Pengenalan


         Bahasa tulisan ialah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks.
         Menulis ialah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang
         melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-
         aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Sebelum
         seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi,
         seseorang itu perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan
         selepas itu barulah seseorang itu dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi
         dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan
         perasaannya atau apa-apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat
         dibaca dan difahami oleh orang lain. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah

                                                 2
                         (PKP 3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2)


pembelajaran di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) tidak
menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis ataupun         tulisan
mentalis.



1.5      Definisi Menulis dan Tulisan


Menulis ialah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan
teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat
komunikasi. Manakala tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah
dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea.
Tulisan juga merupakan bahasa yang tersusun yang berupa frasa kata dan ayat-
ayat .


Mengikut Raminah Hj Sabran (1988), penulisan ialah penglahiran perasaan,
fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga
melambangkan lagi bahasa yang dapat dibaca dan difahami.       Kamarudin Hj
Husin (1998) pula menyatakan bahawa tulisan ialah bahasa bertulis dengan
lambang-lambang bunyi dan merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan
perasaan.


Berdasarkan definisi yang dikemukakan, jelas menunjukkan bahawa pelajaran
menulis sangatlah penting kerana aktiviti ini bertindak sebagai alat bagi
menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang.




                                        3

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:0
posted:4/7/2013
language:
pages:3