Kuliah Maghrib 4 August 2008

Reviews
Shared by: zahrein yaacob
Categories
Tags
Stats
views:
74
rating:
not rated
reviews:
0
posted:
9/21/2008
language:
pages:
0
www.zahrein.com Kuliah Maghrib Tarikh:4 August 2008 Tempat : Masjid Gelugor Penceramah: Ustaz Ismail Din Penceramah memberitahu bahawa cara solat cepat tidak diterima oleh Allah S.W.T. Solat itu adalah wajib dan dilakukan oleh orang beragama islam. Seperti kebiasaan, pada bulan rejab ada kisah Israk dan Mikraj. Antara yang paling penting dalam kisah Israk dan mikraj adalah berkenaan dengan solat. Tetapi mengapakah ramai yang tidak mahu solat.? Surah Al-Ankabut (Ayat 45) [45] Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari AlQuran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan Alangkah baiknya jika kita sering mengumandangkan Al-Quran. Dan persepsi ini, kita amatlah lemah. Kita hendaklah menanam tradisi membaca Al-Quran di kediaman kita. Kita kena dirikan solat dan dirikan ia dengan kemas. Surah Mu’minun (Ayat 1-5) [1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, [2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; [3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; [4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); [5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Oleh itu peliharalah solat kita. Dalam solat ada 3 perkara penting: 1. Zikir 2. Tasbih 3. tahmid www.zahrein.com Surah Al-Hadid (Ayat 3) [3] Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Di dalam solat kita , diawalkan dengan nama Allah dan diakhirkan dengan nama Allah. Dalam Surah Annur(24) Ayat 41 [41] Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. Ayat ini menunjukkan , semua makhluk bertasbih. Kita hasrus malu , kerana kita sebagai manusia seharusnya sentiasa ingat pada Allah. Suraj Al-Nahl (Ayat 48-51) [48] Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri? [49] Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya). [50] Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan. [51] Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar. Orang yang solat, adalah orang yang sombong. Kita harus mempunyai rasa takut kepada Allah S.W.T. Hendaklah jangan kita solat dengan cepat dan tergopoh gapah. Kita solatlah dengan tenang. Pencuri yang utama, adalah orang yang mencuri solatnya. www.zahrein.com Surah Al-AnAm - Ayat 92 [92] Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada AlQuran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya. Kita hendaklah menjaga waktu dan adab. Kita hendaklah solat dalam keadaan tenang. Surah Taha- Ayat 123 [123] Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. Surah AnNur – Ayat 23 [24] Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. Surah An-Nisa – Ayat 80-82 [80] Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan). [81] Dan mereka (golongan munafik) berkata: "(Kami) taat", kemudian apabila mereka keluar dari majlismu, segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan (kepadamu). Sedang Allah (perintahkan malaikat) menulis apa yang mereka rancangkan itu; maka berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah dihiraukan apa yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara mereka). [82] Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah www.zahrein.com Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya Kita hendaklah taat pada Rasul. Surah Yunus - Ayat 35-38 [35] Bertanyalah (wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk: yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? "Katakanlah: "Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu ? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?" [36] Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. [37] Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada AlQuran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. [38] (Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar Wassalam

Related docs
Kuliah maghrib 16 August
Views: 63  |  Downloads: 8
Kuliah Maghrib 3 August 2008
Views: 73  |  Downloads: 6
kuliah Maghrib 11 oktober 2008
Views: 99  |  Downloads: 3
Kuliah Maghrib
Views: 177  |  Downloads: 7
kuliah maghrib 30 june 2008
Views: 99  |  Downloads: 3
Kuliah Maghrib 19 may 2008
Views: 212  |  Downloads: 1
Kuliah Maghrib 10 june
Views: 92  |  Downloads: 2
kuliah maghrib 31 may 2008
Views: 96  |  Downloads: 2
Kuliah Subuh 7 june 2008
Views: 80  |  Downloads: 4
Kuliah 1
Views: 8  |  Downloads: 2
kuliah subuh 31 may 2008
Views: 94  |  Downloads: 0
PEDOMAN KULIAH KERJA NYATA
Views: 26  |  Downloads: 3
premium docs
Other docs by zahrein yaacob
The_Major_Sins__Alkabair__
Views: 19  |  Downloads: 7
kuliah Maghrib 11 oktober 2008
Views: 99  |  Downloads: 3
Bila Zina lebih mudah dari kahwin
Views: 212  |  Downloads: 18
DR Danial Kulliyah on 31 August 2008
Views: 63  |  Downloads: 1
BIla yang Nyata dibiar..
Views: 61  |  Downloads: 8
Kuliah maghrib 16 August
Views: 63  |  Downloads: 8
Amal kebajikan satu tuntutan
Views: 247  |  Downloads: 6
Kuliah Maghrib 3 August 2008
Views: 73  |  Downloads: 6
Kuliah Subuh 26 julai 2008
Views: 112  |  Downloads: 4
Kuliah Dr Danial on 20th July 2008
Views: 67  |  Downloads: 0
kuliah maghrib 30 june 2008
Views: 99  |  Downloads: 3
Kuliah subuh 28 june
Views: 116  |  Downloads: 4
Kuliah Maghrib 10 june
Views: 92  |  Downloads: 2
Kulliyah Dr Danial on 8th June
Views: 46  |  Downloads: 0
Kuliah Subuh 7 june 2008
Views: 80  |  Downloads: 4