Docstoc

Urus Wang Anda

Document Sample
Urus Wang Anda Powered By Docstoc
					Urus Wang Anda: Analisis manfaat kos bantu kawal perbelanjaan Oleh Prof Madya Ir Sodri Ariffin, Pensyarah di Medec, UiTM WANG sukar diperoleh dan adalah sumber terhad bagi semua orang tetapi mudah untuk dibelanja atau dihabiskan. Justeru, bagaimanakah seseorang harus berbelanja supaya mendapat nilai maksimum daripada setiap sen yang dibelanjakan. Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Robert McNamara pernah memperkenalkan kaedah analisis manfaat kos bagi perbelanjaan negara itu dan kaedah yang sama boleh diguna pakai oleh pengguna. Pada asasnya setiap perbelanjaan mestilah berasaskan matlamat yang jelas dan seseorang perlulah sedar apakah matlamat utama beliau. Kesedaran sedemikian akan membantu beliau membuat pilihan berdasarkan keutamaan dan perbelanjaan mana yang tidak penting boleh disisih atau dikemudiankan. Strategi demikian dapat memastikan bajet yang terhad mencukupi untuk diagihkan perkara penting. Anda perlu senaraikan apakah agenda dan matlamat penting untuk keluarga anda. Apabila keutamaan sudah jelas, maka seseorang perlu mengkaji pilihan yang ada untuk mencapai matlamat yang dikenal pasti itu. Biasanya, ada pelbagai pilihan iaitu kos dan keberkesanannya berbeza. Perbandingan antara kos dan manfaat antara setiap pilihan perlu dibuat supaya pilihan dibuat paling baik. Kos boleh diperincikan dalam jumlah nilai ringgit sementara manfaat atau kebaikan diperoleh daripada perbelanjaan perlu disenaraikan. Analisis manfaat boleh dibuat secara subjektif dan kuantitatif. Analisis subjektif memerlukan senaraikan kriteria dalam menilai produk atau perkhidmatan yang hendak dibeli. Terdapat kriteria tertentu yang lebih penting daripada yang lain. Kadangkala, pendapat pakar atau mereka yang berpengalaman boleh menjadi

sumber rujukan bernilai untuk membantu kita membuat keputusan yang baik. Jika analisis dibuat bagi semua perbelanjaan secara disiplin dan istiqamah maka sudah tentu keputusan pembelian menjadi lebih baik. Jumlah RM1,000 sama nilainya untuk semua orang tetapi nilai yang diperoleh daripadanya berbeza dan bergantung kebijaksanaan kita berbelanja. Nota Niaga: Melayu kena yakin kebolehan usahawan sebangsa Oleh Datuk Mohd Nasir Ahmad APABILA Gagasan Badan Ekonomi Melayu atau Gabem dilancarkan lebih dua bulan lalu, slogan „Melayu tolong Melayu‟ telah dilaungkan. Gabem sebagai badan bukan kerajaan diharap membantu memantau dan menyelaras kemajuan ekonomi Melayu melalui perundingan dan permuafakatan dikalangan pelbagai komuniti ekonomi Melayu.

Hakikat bahawa slogan „Melayu tolong Melayu‟ dalam konteks pembangunan ekonomi Melayu perlu disuarakan 36 tahun selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) jelas mencerminkan kegagalan orang Melayu bermuafakat sepenuhnya membantu sesama sendiri. Laungan supaya „Melayu tolong Melayu‟ timbul kerana dalam tiga dekad setengah usaha memajukan ekonomi orang Melayu, didapati orang Melayu sendiri masih sukar memberi sokongan kepada usahawan dan peniaga Melayu. Berdasarkan sejarah dan budaya, orang Melayu sebenarnya sudah lama hidup dalam suasana bekerjasama. Budaya gotong royong adalah cara hidup orang Melayu terutama apabila menjayakan urusan seperti kenduri kahwin dan mengurus kematian. Budaya ini masih subur hingga sekarang, terutama di luar bandar. Namun entah mengapa, sikap bantu membantu di kalangan orang Melayu nampak sukar dicapai dalam kegiatan ekonomi berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Orang Melayu kelihatan kurang selesa membantu bangsa sendiri mencari kejayaan dalam bidang perniagaan. Sikap orang Melayu ini mungkin disebabkan sistem penjajahan Inggeris selama lebih 400 tahun yang mana bidang kerja di kalangan masyarakat dijuruskan berasaskan kaum. Cara penjajah ini menyebabkan orang Melayu lebih ramai menjadi petugas kerajaan atau petani dan tidak terfikir untuk menjadi peniaga atau pedagang.

Kesan daripada cara pemerintahan penjajah ini melahirkan kepercayaan bahawa perniagaan dan perdagangan bukan bidang kepakaran orang Melayu. Untuk sekian lama orang Melayu selesa dengan kedudukan dan peranan mereka dalam masyarakat seperti ditentukan oleh penjajah Inggeris. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957, orang Melayu memang sudah jauh tertinggal dalam penguasaan kekayaan ekonomi negara. Orang Melayu mencapai tahap mereka sendiri tidak percaya mereka mampu menjadi peniaga atau pedagang. Kepincangan dalam agihan kekayaan ekonomi negara berdasarkan kaum sudah tentu memerlukan pembetulan untuk kestabilan dan kesejahteraan negara. Kesedaran dan keperluan ini memuncak pada 1969 dan melahirkan DEB pada 1970. DEB menjadi kaedah untuk mula melahirkan masyarakat perniagaan Melayu. Namun, jelas usaha mengikis pandangan bahawa Melayu bukan masyarakat perniagaan bukannya kerja mudah. Usaha ini jelas belum berjaya kerana pelbagai statistik menunjukkan pencapaian masih di bawah sasaran. Kita perlu akui 36 tahun tentu tidak cukup mengubah budaya dan pemikiran yang terbina dalam tempoh lebih 400 tahun. Kita sudah pasti tidak dapat menunggu 400 tahun lagi untuk mengubah kedudukan orang Melayu dalam ekonomi negara. Dengan adanya wawasan untuk menjadi negara maju menjelang 2020, mungkin sehingga itu saja tempoh bagi orang Melayu berbuat sesuatu. Banyak persepsi negatif diluahkan mengenai usahawan Melayu. Usahawan Melayu sebenarnya menghadapi krisis reputasi dan imej. Antara lain usahawan Melayu dilihat mempunyai masalah sikap, tidak pandai mengurus perniagaan, tiada budaya perniagaan, terlalu bergantung kepada kerajaan dan tidak mampu bersaing. Kita tahu masyarakat bukan Melayu umumnya memandang rendah kemampuan usahawan Melayu berniaga. Ini berlaku walaupun sudah ada usahawan Melayu membuktikan kemampuan mereka hingga ke peringkat antarabangsa. Lebih malang ialah masih ramai orang Melayu sendiri meragui kemampuan bangsanya bergiat sebagai ahli perniagaan. Masyarakat Melayu sendiri kelihatan kurang yakin dengan kemampuan usahawan Melayu khususnya dalam bidang tertentu. Bidang peruncitan umpamanya masih kekurangan usahawan Melayu berbanding kedudukan sebagai kumpulan majoriti rakyat. Menyedari kekurangan ini, beberapa program diperkenalkan kerajaan untuk membangun usahawan Melayu dalam bidang ini khususnya Projek Usahawan Bumiputera dalam Bidang

Peruncitan atau Prosper oleh PUNB. Dalam perniagaan apa sekalipun, pasaran akan menentukan kejayaan perniagaan itu atau sebaliknya. Pasaran negara kita sudah tentu majoritinya orang Melayu. Berdasarkan hakikat ini seharusnya usahawan peruncitan Melayu mempunyai peluang besar untuk berjaya. Usahawan Melayu pula perlu berusaha memperbaiki cara pengurusan perniagaan mereka untuk menarik keyakinan pelanggan. Pelanggan bukan Melayu biasanya mempunyai pilihan lain kerana banyak perniagaan bukan Melayu untuk dipilih. Dengan sendirinya usahawan Melayu terpaksa berusaha menarik pelanggan Melayu sebagai pasaran utama. Diakui kebanyakan peniaga Melayu dalam bidang peruncitan dapat bertahan atas sokongan pasaran Melayu. Tetapi kejayaan lebih besar dan cepat akan dicapai jika mendapat sokongan lebih besar daripada pengguna Melayu khususnya. Malangnya masih ada pengguna Melayu meragui kebolehan usahawan Melayu dalam bidang tertentu, umpamanya bengkel kereta atau kedai cermin mata. Pengguna Melayu seolah-olah kurang yakin dengan kemampuan mekanik Melayu berbanding bukan Melayu, walaupun biasanya mekanik bukan Melayu itu hanya seorang perantis dalam latihan. Satu lagi alasan tidak melanggani kedai Melayu ialah boleh mendapat harga lebih murah di kedai bukan Melayu. Ini mungkin benar dalam banyak keadaan. Tetapi jika kita ingin membantu usahawan Melayu berjaya, pengguna Melayu perlu membuat pengorbanan menyokong kedai orang Melayu walaupun mahal sedikit. Dalam suasana usahawan Melayu masih kecil bilangannya, mereka tidak dapat membina jaringan luas sesama sendiri dan skala ekonomi mengurangkan kos. Ini menyebabkan kebanyakan kedai Melayu mempunyai kos jualan lebih tinggi daripada kedai bukan Melayu. Kedai Melayu akan gulung tikar jika tiada sokongan. Pengguna Melayu perlu terus menyokong kedai Melayu supaya mereka dapat meningkatkan volum jualan. Ini memberi peluang mengurangkan kos unit, sekali gus menjadi lebih bersaing dalam jangka panjang. Negara akan menyambut ulang tahun ke-49 kemerdekaan tidak lama lagi. Hakikatnya, kita masih belum berjaya mengikis peninggalan penjajah bahawa kononnya orang Melayu tidak mampu menjadi masyarakat perniagaan. Masyarakat Melayu keseluruhannya perlu berfikir bagaimana dapat membantu sebahagian daripada kita bergiat sebagai usahawan dengan lebih berjaya.

Setiap orang Melayu ada ruang membantu membina masyarakat perniagaan Melayu berdaya maju dan berdaya tahan.

Projek kerepek ‘menjadi’ Oleh Hanisah Selamat Bermula dengan perniagaan kecil, Mahmuddin kini miliki syarikat jana pulangan lumayan dengan pengeluran 25 tan sebulan

MERCU TANDA: Kerepek House menjadi lambang kejayaan perniagaan kerepek Mahmuddin.

BANTING: Siapa sangka, perusahaan kerepek yang dimulakan secara kecilkecilan untuk menambah pendapatan keluarga akhirnya membawa pulangan lumayan, dan inilah yang berlaku kepada Mahmuddin Abas, 51. Bapa kepada lapan cahaya mata itu kini boleh tersenyum puas apabila hasil titik peluhnya „menjadi‟ malah perolehan syarikatnya, Fazz Enterprises (M) Sdn Bhd tahun lalu mencecah angka yang amat memberangsangkan. Kejayaan tidak datang bergolek, jatuh bangun yang dilalui tatkala mula bertapak lebih dua dekad lalu dianggap pengalaman paling berharga. Hasilnya, daripada perniagaan di dapur keluarga, ia semakin berkembang hingga mampu membina sebuah bangunan kilang yang mampu menghasilkan 25 tan kerepek

setiap bulan.

Mahmuddin juga membina pusat jualan yang dinamakan Kerepek House, di

Kanchong Darat, Banting bersebelahan kediaman dan kilangnya.

“Saya memulakan bisnes ini pada 1983 dengan mengedarkannya di sekolah kerana ketika itu saya dapati kebanyakan makanan ringan yang dijual menggunakan bahan pengawet. “Dari sekolah, pasaran diperluaskan ke kedai runcit hingga ke luar daerah. Melihatkan sambutan, saya memperbesar lagi skil produksi menerusi pembinaan kilang. Kebanyakan pelanggan mendapatkan stok secara pukal. “Boleh dikatakan promosi produk Fazz Enterprises tersebar dari mulut ke mulut. Bagi meningkatkan pengeluaran, saya melengkapkan kilang dengan jentera rekaan sendiri seperti mesin pemotong ubi dan pisang. Kaedah ini mempercepatkan proses penyediaan bahan sekali gus memastikan hanya bahan mentah segar digunakan,” kata bekas juruteknik di sebuah kilang itu. Kemahiran berkaitan jentera digunakan sepenuhnya, malah tugasan penyelidikan dan pembangunan (R&D) turut membantu meningkatkan produksi. Di kilangnya ada tiga jentera pemotong dan lima unit dapur goreng. Begitupun, buat masa ini kerja pembungkusan masih dijalankan secara konvensional. Mesin pemotong yang dipasang terus pada kuali dan mesin menyaring minyak dapat menjimatkan masa kerana ia boleh diselenggarakan dua orang pekerja saja, malah keunikan mesin berkenaan mendorong sebuah agensi kerajaan mempelajari teknik ciptaannya. Faktor tarikan lain sudah tentu tawaran harganya yang lebih murah. Dedahnya lagi, tidak mudah menghasilkan kerepek bermutu kerana bahan mentah perlu dipastikan segar terutama ubi kaya. Lokasi penanaman bahan mentah tidak boleh melebihi 20 kilometer dari kilang. Selepas ubi dicabut ia perlu dibawa segera ke kilang, dikupas, dibersihkan dan digoreng untuk mengelakkannya lebam. “Disebabkan mahu menjaga kualiti, kami sendiri mencabut bahan mentah di kebun. Bahan mentah pula hanya di sekitar kawasan ini. Selain mengawal mutu, secara tidak langsung kita memberi peluang perniagaan kepada petani di sini. Kerepek biasanya mampu bertahan selama 12 minggu jika kaedah penghasilan dan pembungkusan dilakukan dengan sempurna,” katanya. TEKUN: Petugas menyelenggarakan kerja pembungkusan kerepek.

Disebabkan penjagaan kualiti juga, Mahmuddin terpaksa menghentikan operasi eksport yang dimulakan pada 1988. Kos penyelenggaraan atau pemulangan semula stok yang rosak disebabkan faktor logistik membuatkannya berfikir dua kali untuk meneruskannya. Hasil perbincangan, operasi eksport setakat bertahan untuk sembilan tahun. “Melihat prospek kerepek tempatan, saya mengedarkannya hingga ke United Kingdom, Dubai, Australia, Brunei dan Hong Kong. Walaupun proses pengilangan dan pembungkusan dilakukan secara teliti, ketika dalam kontena kita tidak mampu mengawal keadaan. Pengimport hanya mahu barang sampai dalam keadaan sempurna. “Apabila produk hancur ketika dalam perjalanan, ia perlu dihantar semula ke kilang. Ada lagi masalah sampingan yang menyebabkan operasi ini dibekukan. Oleh itu, buat masa ini tumpuan kami hanya kepada pengeluaran tempatan. Selain ubi dan pisang, Kerepek House turut mengedarkan makanan ringan lain yang diperoleh daripada pembekal lain bagi mewujudkan kepelbagaian,” katanya. Biarpun jalan yang diambil mungkin merugikan di mata kasar orang lain, Mahmuddin menganggap ia kaedah terbaik untuk mengurangkan kerugian. Tumpuannya semakin terarah kepada variasi produk jualan. Dari kerepek ubi dan pisang biasa, ia diperluas ke pelbagai rasa seperti manis dan pedas. Malah di atas permintaan, Fazz Enterprises menjual 65 jenis makanan ringan termasuk rempeyek, baulu, maruku, emping, opak dan jejari udang. Selain Banting, Mahmuddin membuka satu cawangan di Pulau Pinang yang dikendalikan anak sulungnya, Faizul, 29. Menyentuh permintaan menjelang hari raya, beliau kini sibuk menyediakan tempahan pelanggan malah dianggarkan sebahagian besar pendapatan diperoleh pada musim perayaan ini. Beliau dan 28 pekerjanya pasti tidak menang tangan kerana permintaan meningkat lebih dua kali ganda berbanding hari biasa. Melihat kejayaan yang dikecapi usahawan gigih itu, semakin ramai mengikut jejaknya apabila di sekitar kampung terbabit dianggarkan kira-kira sembilan kilang kerepek dibina, sekali gus mengangkat nama daerah Kuala Langat sebagai lokasi IKS yang boleh dicontohi. Fakta Nombor: Syarikat Fazz Enterprises - Jenis makanan ringan dipasarkan - Pekerja Fazz Enterprises

DEWAN MASYARAKAT Irfan Khairi Jutawan Muda Keluaran January 2006 Memperoleh keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usia muda menjadi impian setiap insan . Pierre Omidyar , pengasas laman lelongan menerusi internet yang lebih dikenali sebagai eBay menjadi jutawan pada usia yang belum pun mencecah 30 tahun . Berikutan kejayaan Omidyar , mendorong anak muda tempatan lulusan ijazah Sarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari Universiti Staffordshire , United Kingdom [UK] , Irfan Khairi , 28 tahun , menceburi perniagaan sendiri di Internet . Pemuda kelahiran Perak , tetapi dibesarkan di Selangor dan sekarang menetap di Seremban ini mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan Internet dan Multimedia yang dipelajarinya untuk menjadi jutawan muda seawal umur 25 tahun . Tidak ada siapa yang menduga , anak muda yang agak pemalu dan sentiasa merendah diri ketika di bangku sekolah itu berjaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan tokoh jutawan Internet yang lain . Menyoroti sejarah sebelum memegang status itu , Irfan setelah habis pengajian ijazah pertamanya menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham iaitu Netmedia [UK] Ltd . Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet , beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolahsekolah di UK yang dikenali sebagai Learning Grid . Sekarang lebih daripada 5000 buah sekolah di UK menggunakan sistem tersebut . Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan , beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan Internet secara sambilan pada 1999 . Selepas mendapati pendapatan daripada perniagaan Internet miliknya itu bertambah berlipat kali ganda , beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan tersebut . Semenjak itu , Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan komputer riba dan Internet . Dalam masa tiga tahun beroperasi , salah satu perniagaannya memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM 1 juta tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih . Modal permulaannya hanya RM500.

Ditanya sejak bila mula terfikir untuk terlibat secara serius dalam bidang perniagaan seperti ini , Irfan dengan senyum yang tidak pernah lekang dari bibirnya menjawab , 'Ketika berusia 18 tahun ' 'Selepas Sijil Pelajaran Malaysia , saya mula memikirkan masa depan perniagaan ini . Saya berminat menceburinya setelah mendapat banyak sumber inspirasi melalui buku tentang kejayaan orang lain yang saya baca ,' Katanya . Kejayaan yang dimilikinya itu , menurut bapa kepada dua anak ini , memerlukan usaha yang bersungguh dan terancang . 'Saya bukan bergelar jutawan dalam sekelip mata , tetapi mengambil masa tujuh tahun untuk sampai ke tahap ini ,'Katanya . Menurut Irfan , semuanya bermula apabila beliau mula berminat mendalami kejayaan orang lain dalam bidang-bidang tertentu . 'Saya dapati mereka berjaya kerana melakukan perkara yang disukaai,'katanya . Meminati Bill Gates yang dianggap sebagai idolanya , beliau menyatakan kekagumannya terhadap manusia paling kaya di dunia itu . 'Saya kagum dengan idea , konsep yang diketengahkan oleh beliau . Bill Gates juga seorang ayah yang baik . Walaupun beliau orang yang terkaya di dunia , tetapi masih tetap merendah diri .Kalau boleh saya ingin menjadi seperti beliau .' 'Dari awal hingga menjadi kaya , beliau buat perkara yang diminatinya iaitu pengaturcaraan [programming] , Beliau menjadi kaya sebab buat perkara yang diminatinya . Saya juga selalu sarankan kepada peserta bengkel kendalian saya supaya buat perkara yang mereka minat , jangan terikut-ikut dengan industri yang kita sendiri tidak tahu keadaannya . Kalau hendak mencapai kejayaan sebenarnya industri apa-apa pun boleh tetapi yang paling panting , kita minat ,' jelas beliau . Ditanya tentang kelebihan perniagaan Internet , Irfan berkata , 'Kemudahan Internet sebenarnya memberikan potensi cukup luas dalam memperluas perniagaan dan kita boleh berniaga apa-apa sahaja di luar sana . Jenis perniagaan itu pula bebas asalkan mendapat permintaan .' Menurut Irfan lagi perniagaan itu sesuai diceburi oleh siswazah menganggur kerana mereka mempunyaai pelbagai kepakaran bidang yang boleh diniagakan menerusi internet, asalkan mereka celik IT , mempunyaai peralatan komputer , dan kemudahan Internet . 'Perkara yang penting ialah kesungguhan dan yakin terhadap potensi diri untuk menjadi yang terbaik dan peluang menjadi jutawan sebenarnya terbuka luas untuk semua orang , ' tambah beliau .

Perniagaan Internet beliau yang menggunakan nama IdeaBubble , sehingga sekarang telah berkhidmat untuk lebih daripada 3000 orang pelanggan dari serata dunia . Kebanyakannya dari Amerika Syarikat , UK ,negara-negara Eropah , Timur Tengah , Jepun dan Australia . Antara perniagaannya yang berjaya termasuk mereka cipta E-book , mereka cipta laman web dan grafik , perkhidmatan SEO [Searca Engine Optimization ] , Menjual peta , penempahan hotel , perunding multimedia , E-Niaga , dan epembelajaran . Irfan juga tidak lokek berkongsi kejayaannya malah menulis buku berjudul , Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar , kepada orang ramai yang berminat mempelajari teknik berkesan untuk menjalankan perniagaan Internet . Dalam buku tersebut , beliau mencadangkan supaya pembaca yang ingin menjalankan perniagaan Internet hanya menjual satu produk atau perkhidmatan sahaja untuk setiap laman web yang dibangunkan kerana ini memudahkan mereka mencapai kejayaan . Tidak ketinggalan beliau juga memberikan beberapa panduan bagaimana pembaca boleh membangunkan laman web mereka sendiri . Buku setebal 158 halaman terbitan Truewealth Sendirian Berhad ini berguna untuk mereka yang merancang untuk menjalankan perniagaan Internet . Sehingga sekarang , Irfan mesih bekerja sepenuh masa di rumah dengan penuh selesa menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama-sama isteri dan sepasang cahaya mata . Katanya , hidup mesti diteruskan walaupun sudah bergelar jutawan .'Walaupun harta akan ditinggalkan setelah mati , tetapi berfikirlah bahawa pekerjaan yang kita lakukan hari ini adalah untuk kesenangan 1000 tahun lagi . Maka , wajib bekerja dan bekerja '

Mingguan Malaysia "Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Jutawan"

Mukadimah

BEKERJA dari rumah dan memperoleh pendapatan RM1 juta! Bunyinya mungkin pelik tetapi itu yang telah dibuktikan oleh anak muda bernama Irfan Khairi, 28. Lebih membanggakan, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom (UK) ini mula memegang status jutawan muda sejak tiga tahun lalu. Ketika rakan-rakan sebayanya sibuk membina keyakinan diri menerusi bidang pekerjaan yang diceburi, Irfan anak kelahiran Perak tetapi dibesarkan di Selangor dan kini menetap di Seremban, telah mampu memiliki apa sahaja yang diingini. Kejayaan yang dimilikinya itu, walaupun nampak mudah, namun menurut bapa kepada dua anak ini, memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan terancang. ``Saya bukan bergelar jutawan dalam sekelip mata, tetapi mengambil masa tujuh tahun untuk sampai ke tahap ini,'' katanya kepada wartawan SITI MARIAM MD. ZAIN dan jurugambar RASHID MAHFOF ketika ditemui di Kelana Jaya barubaru ini. Menurut Irfan, semuanya bermula apabila beliau mula berminat mendalami kejayaan orang lain dalam bidang-bidang tertentu. ``Saya dapati mereka berjaya kerana melakukan apa yang disukai. Dan ini yang saya lakukan untuk diri saya,'' katanya. Menarik tentang Irfan ialah beliau juga bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di UK, dinamakan Learning Grid. Pernah mengikuti kursus Ekonomi di Institut Teknologi Mara (kini UiTM), Irfan mengakui ketiadaan minat menyebabkan beliau beralih arah ke bidang multimedia. Berbekalkan semangat, kreativiti dan komputer ribanya, anak muda pemalu dan suka merendah diri ini akhirnya menemui impian yang dicari-cari - duduk sebaris dengan tokoh jutawan Internet yang lain. Dengan kepakaran yang ada, Irfan kini mendedahkan segala rahsianya menerusi buku bertajuk Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar yang ditulis sendiri, selain sibuk menganjurkan seminar-seminar tentang kejayaannya. Irfan berasal daripada keluarga yang menjalankan perniagaan? Dalam keluarga, saya orang yang pertama menceburi bidang perniagaan.

Bila mula terfikir untuk terlibat secara serius dalam bidang perniagaan seperti ini? Semasa kecil saya minat melukis dan mereka bentuk. Minat dalam perniagaan bermula semasa remaja, setelah saya membaca buku-buku tentang perniagaan. Ketika berumur 18 tahun saya mula terfikirkan masa depan dalam bidang perniagaan ini. Bila mula serius dengan komputer? Semasa saya melanjutkan pelajaran dalam bidang multimedia design di UK. Siapa yang banyak mendorong minat ini? Diri sendiri. Selain saya mendapat banyak sumber inspirasi melalui buku-buku tentang kejayaan orang lain yang saya baca. Orang yang paling dikagumi? Bill Gates. Kenapa? Antara sebab ialah dia merupakan manusia yang paling kaya di dunia. Saya kagum dengan idea, konsep yang diketengahkan. Bill Gates juga seorang ayah yang baik. Walaupun dia orang yang terkaya di dunia tetapi masih tetap merendah diri. Kalau boleh saya ingin menjadi seperti dia. Apa yang Irfan belajar tentang Bill Gates? Dari awal sehingga menjadi kaya, dia buat perkara yang dia minat pengaturcaraan (programming). Dia jadi kaya sebab buat apa yang dia minat. Saya juga selalu sarankan kepada peserta-peserta bengkel supaya buat apa yang mereka minat, jangan terikut-ikut dengan industri lain yang kita sendiri tidak tahu keadaannya. Kalau hendak mencapai kejayaan sebenarnya industri apa pun boleh tetapi yang paling penting, kita minat. Perkara yang tidak disukai? Saya suka kalau tidak berfikir negatif tentang orang lain. Memang Bill Gates pun ada perkara-perkara negatif tetapi saya lebih suka mengambil yang positif sahaja. Apa makna kekayaan bagi Irfan?

Wang bagi saya bukanlah keutamaan. Apa yang paling saya pentingkan ialah keluarga. Ramai yang tanya kalau perniagaan baik kenapa tidak mahu buka pejabat, ada pekerja sendiri. Tetapi bagi saya, kalau sudah ada wang cukup, saya lebih suka duduk rumah bersama keluarga. Memanglah kita perlu duit, tetapi yang lebih penting ialah membina sebuah keluarga bahagia. Bagaimana keadaan bekerja di rumah? Saya ada satu bilik khas yang dijadikan pejabat. Apabila saya buat kerja saya akan tumpu sepenuh perhatian kepada kerja. Saya bekerja waktu malam sampai subuh. Selepas (solat) subuh, baru saya tidur. Kenapa tidak buka pejabat sendiri? Saya suka menghabiskan masa bersama keluarga. Kalau boleh saya mahu terus begini. Saya selesa dengan cara ini. Irfan tidak gemar bersosial? Saya tidak menafikan kalau dibandingkan dengan rakan-rakan lain, mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan bermain futsal, tengok wayang dan sebagainya. Tetapi bagi saya, sejak dulu lagi sudah fokus untuk kerja, menjana pendapatan, minat saya di situ. Saya tidak berapa suka keluar dengan kawankawan begitu (ketawa). Lagipun pilihan ini terpulang kepada individu. Saya jadi begini mungkin sebab banyak membaca. Adik saya tidak macam saya, abang saya pun begitu. Mungkin juga faktor pergaulan dengan rakan-rakan semasa kecil banyak mempengaruhi sikap saya sekarang. Dulu, kawan-kawan saya kebanyakannya bukan daripada keluarga berada. Saya pun daripada keluarga sederhana, bila tengok rakanrakan kaya, kami segan nak bercampur, tidak selesa bila bersama mereka. Sekarang saya telah buktikan walaupun kita hidup sederhana, peluang untuk kita mencipta kekayaan tetap terbuka. Ini juga salah satu daripada matlamat hidup saya. Bila Irfan menetapkan sasaran untuk bergelar jutawan? Semasa berumur 18 tahun, saya sudah menetapkan matlamat hendak jadi jutawan sebelum berumur 30 tahun. Saya tulis di atas kertas dan simpan dalam dompet. Saya baca apa yang saya tulis itu setiap hari. Saya percaya apa yang dibaca jika selalu diulang-ulang, akhirnya akan termakbul. Sampai hari ini pun setiap perancangan saya yang akan datang, saya akan baca tiap-tiap hari. Apa perancangan akan datang Irfan?

Saya hendak cuba memperkenalkan diri di seluruh negara sebagai motivator pula, terutama kepada anak-anak muda kita. Bagaimana perasaan Irfan bila berjaya mencapai matlamat sebelum masa yang ditetapkan? Semestinya saya seronok. Tetapi apa yang lebih penting ialah saya rasa lebih yakin dengan kemampuan diri sendiri. Irfan terlalu merendah diri, kenapa? Macam saya kata tadi, mungkin dari segi pergaulan dengan kawan-kawan saya terbawa-bawa sikap ini. Kawan-kawan saya memang begitu, tambahan pula dari tingkatan satu sampai tingkatan lima kami dalam satu kumpulan. Persepsi kami semasa itu ialah orang kaya ini biasanya sombong dan suka berlagak tetapi sekarang saya sedar mereka pun sama macam kita sahaja. Semasa sekolah pernah kena buli? Memang pernah, biasalah kena buli sebab saya ini lemah sedikit (ketawa). Antara kejadian yang saya masih ingat ialah semasa saya menyertai kelas tae kwan do. Ada seorang budak yang sedang buat latihan secara tidak semenamena terajang saya. Sikap saya pula ialah tidak suka melawan. Sebenarnya saya memang diajar begitu, sentiasa menghormati orang lebih dewasa. Sekarang Irfan sudah berjaya, adakah masih berasa rendah diri lagi? Saya suka begini. Kalau tidak merendah diri saya akan rasa tidak selesa (ketawa). Mungkin sebagai motivator, sikap rendah diri begini tidak begitu sesuai? Saya rasa itu bergantung kepada cara pembawaan kita. Bagi saya, yang penting ialah keikhlasan. Saya biasanya akan mengadakan seminar (bengkel) setiap sekali atau dua kali sebulan cara bagaimana untuk menjadi jutawan, tetapi cara saya berpakaian misalnya, jelas dapat dilihat yang para peserta lagi segak bergaya daripada saya. Bagaimanapun saya rasa masyarakat sudah mula menerima gaya penyampaian begini (berpakaian ringkas). Sebelum ini bila kata jutawan, orang itu mesti pakai kot, tali leher, bawa kereta mewah dan sebagainya. Tetapi di Amerika Syarikat seperti Bill Gates sendiri, dia beri ceramah pakai baju T biasa sahaja. Yang penting kejayaan dia. Saya kalau boleh hendak menjadi seperti resmi padi - semakin berisi semakin tunduk. Pertama kali bertindak sebagai motivator, apa pengalaman yang dialami?

Kelam-kabut kerana saya lupa banyak fakta dan saya buat banyak kesilapan. Saya cakap tergagap-gagap. Tetapi ini memang saya jangka dari awal. Di sekolah saya tidak pernah buat pengucapan awam. Itu kali pertama seumur hidup saya berucap depan 20 hingga 30 orang. Sampai sekarang saya masih gementar. Tetapi biasanya ia berlaku dalam 10 minit pertama kemudian semua berjalan lancar. Orang kata kalau terlalu merendah diri, pihak lain mudah mengambil kesempatan? Ada betulnya juga, tetapi itu mungkin berlaku dalam dunia korporat atau perniagaan yang banyak persaingan. Macam saya kerja di rumah dan mengadakan bengkel mungkin keadaan itu tidak terasa sangat. Sebelum terlibat dalam bidang multimedia, Irfan mengambil jurusan ekonomi di UiTM. Mengapa beralih bidang? Semasa itu saya sendiri tidak tahu hendak pilih jurusan atau bidang apa yang patut saya ceburi. Jadi ibu banyak mendorong saya supaya mengambil jurusan itu. Persepsi orang tua, untuk berjaya kena jadi ahli ekonomi, doktor atau peguam, itu sahaja. Walaupun saya telah ada minat melukis, mereka bentuk tetapi ketika itu saya tidak nampak boleh mengembangkan bakat yang ada. Sehinggalah selepas UiTM, kerajaan mula memperkenalkan MSC. Saya lihat inilah peluang saya. Dan pada masa sama, saya memohon di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang multimedia. Alhamdulillah saya diterima. Saya merupakan pelajar pertama yang JPA hantar untuk buat jurusan multimedia di luar negara. Untuk ini saya berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah mencetuskan idea ini. Apa pendapat Irfan tentang Tun? Beliau banyak memberi galakan kepada orang Melayu untuk berjaya. Saya sensitif bercakap fasal Tun (sebak). Kenapa Irfan sebak? Saya kagum dan hormat pada beliau. Saya sukar menerima kritikan negatif orang lain terhadap beliau. Bagi saya, manusia memang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan tetapi Tun telah melakukan banyak perkara baik untuk orang Melayu. Kalau diberi peluang berjumpa Tun?

Sebenarnya saya memang teringin sangat untuk berjumpa dengan Tun. Tiga perkara yang Irfan suka lakukan? Saya suka bermain dengan anak-anak, melayan isteri dan keluarga, melukis selain menonton cakera padat digital (DVD). Tiga perkara yang tidak suka dilakukan? Saya tidak suka bersukan (ketawa), membuang masa dan kalau saya tidak ada kerja untuk dilakukan (menambah pendapatan). Semasa kecil pernah berlaku perkara yang Irfan tidak boleh lupakan sehingga membentuk sikap Irfan hari ini? Tidak ada perkara luar biasa yang berlaku dalam hidup saya. Sebenarnya hidup saya agak bosan juga (ketawa). Yang banyak mempengaruhi diri saya ialah mungkin minat membaca. Boleh dikatakan waktu dulu, buku adalah teman baik saya. Semasa remaja, saya suka tengok dan membaca kisah kehidupan bintangbintang terkenal dunia seperti penyanyi Kylie Minogue, Micheal Jackson dan lain-lain lagi. Bila saya tengok mereka, mereka seronok bekerja (menyanyi atau berlakon) kerana mereka dapat buat apa yang mereka suka. Bila kaji kehidupan mereka, rumah mereka besar-besar kerana berjaya dalam hidup. Dari situ, saya tanam cita-cita untuk jadi seperti mereka. Disebabkan saya tidak pandai menyanyi, maka saya perlu mencari jalan lain untuk mencapai kejayaan. Siapa pelakon yang diminati? Tom Cruise, Tom Hanks dan Nicole Kidman. Apa kelemahan Irfan? Saya mudah lupa terutama membabitkan nombor. Semasa sekolah dulu, saya tidak minat dengan subjek Matematik dan subjek-subjek lain yang berkaitan dengan nombor. Semasa sekolah dulu, saya selalu tidak lulus subjek Matematik dan Perakaunan. Apa falsafah hidup Irfan? Kejayaan tidak akan datang bergolek. Kita perlu sentiasa bekerja keras untuk mencapai matlamat. Masalahnya sekarang, ramai yang suka mengambil jalan singkat.

Tetapi Irfan sendiri membuktikan kejayaan boleh dicapai dengan jalan singkat? Tidak, saya tidak mendapatkan kekayaan ini dengan jalan singkat. Saya mula menetapkan sasaran saya pada umur 18 tahun. Hari-hari saya mengulangi hasrat saya, hari-hari juga saya membaca buku ke arah merealisasikan hasrat saya. Setiap satu atau dua minggu, saya akan menghabiskan sebuah buku. Kalau bukan bersungguh-sungguh, orang lain tidak akan melakukan apa yang saya lakukan. Usaha ini berterusan sehingga tujuh tahun. Tujuh tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat. Saya berjaya semasa berumur 25 tahun. Apa perasaan menjadi jutawan pada usia muda? Saya rasa ada ramai lagi jutawan muda di luar sana. Mungkin kejayaan mereka tidak dihebahkan. Saya pula lebih suka berkongsi pengetahuan yang ada dengan orang lain. Sukarkah untuk menjadi kaya? Tidak susah kalau kita tahu jalannya. Paling penting kita mesti buat apa yang kita minat. Kalau kita minat, kita kerja dari pagi ke malam, tidak akan rasa ia sebagai beban. Apa makna wang pada Irfan? Walaupun saya kata wang perkara kedua dalam hidup, tetapi saya tidak pernah ada tanggapan negatif pada wang. Sesetengah orang kata, duit banyak bukan boleh bawa masuk ke kubur. Tetapi kita kena terima hakikat dengan duit, kita boleh buat keluarga gembira selain kalau kita mati pun, wang masih berguna kerana kalau kita ada yayasan, ia masih boleh membantu kerana ia merupakan amal jariah berterusan kita. Pernah terfikir untuk menubuhkan yayasan sendiri? Memang ini sebahagian daripada perancangan saya. Dan saya rasa ini konsep yang sepatutnya mereka yang mampu, amalkan. Bagaimana Irfan membelanjakan wang? Saya banyak belanja kepada perkara yang berkaitan dengan perniagaan saya. Saya bukan seorang yang boros sebaliknya lebih suka melabur semula wang ke dalam bidang yang memberi pulangan misalnya hartanah. Apa aktiviti tahunan yang sering dilakukan bersama keluarga?

Setiap tahun saya akan membawa keluarga melancong ke luar negara. Dalam negara pula dalam dua atau tiga kali setahun. Percutian bagaimana yang disukai? Yang ada permainan atau tempat hiburan seperti Disneyland dan Under Water World (ketawa). Selain bawa anak-anak, saya dan isteri memang suka tempattempat begini. Satu lagi yang kami tidak akan ketinggalan ialah melihat rumah mereka yang berjaya kerana ini akan lebih merangsang diri saya. Tempat yang menjadi impian Irfan dan keluarga untuk dilawati? Kami ingin melawat Sepanyol. Di sana ada Under Water World terbesar di dunia. Bagaimana Irfan fikir orang lain melihat Irfan? Penampilan saya atau cara saya membawa diri saya mahu orang senang dengan saya. Saya lebih suka kalau masyarakat melihat saya sebagai seorang yang boleh memberi inspirasi dan meningkatkan keyakinan untuk mencapai kejayaan daripada melihat saya sebagai seorang jutawan. Apa yang Irfan banggakan tentang diri Irfan? Saya dapat menggembirakan keluarga dan dapat melakukan kerja yang saya suka. Apa yang selalu diimpikan? Saya mahu semakin maju dan berjaya dalam hidup. Kalau boleh saya hendak membantu orang lain mencapai kejayaan. Bila masa paling menggembirakan Irfan? Sewaktu saya mendapat anak. Apa yang Irfan rasa sekarang? Pernah juga saya terfikir dulu saya tidak minat subjek Ekonomi, Matematik dan subjek-subjek nombor yang lain tetapi sekarang saya terlibat secara langsung (ketawa). Malah sekarang bila jumpa kawan-kawan, mereka pelik, macam mana dulu tak suka kira-kira duit, sekarang boleh membuat duit. Jawapan saya ialah, saya buat apa yang saya minat dan bekerja keras, duit akan datang dengan sendiri selepas itu.

Siapa yang banyak mempengaruhi hidup Irfan? Untuk berjaya dalam bidang yang saya ceburi sekarang kebanyakannya diri saya sendiri. Emak dan ayah memang ada memberi dorongan tetapi daripada jauh. Selepas tamat pengajian di UK, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku tentang kejayaan orang lain. Irfan anggap diri terkenal sekarang? Belum lagi rasa-rasanya (ketawa). Kalau ikutkan saya, saya lagi ramai kenal wartawan yang interviu daripada kawan-kawan. Dunia luar memang saya kurang tahu. Suka dengar muzik? Saya minat rock tetapi rock Barat. Kalau di Malaysia, saya suka KRU. Saya pilih KRU kerana mereka business minded. Bila tengok muzik, saya tidak tengok muzik sahaja tetapi tengok siapa orangnya - apa kejayaan-kejayaan yang telah mereka capai. Harapan Irfan? Mahu membina keluarga yang bahagia dan berjaya. Saya juga harap dapat meneruskan kerja dengan lebih cemerlang lagi. Apa yang Irfan kesalkan? Ada pihak-pihak tertentu menyalahgunakan nama saya. Mereka kaitkan saya dengan skim piramid online. Saya bimbang orang ramai akan fikir cara itu betul padahal kejayaan saya tiada kaitan langsung dengan skim piramid yang dimaksudkan. (maklumat lanjut mengenai skim-skim Internet yang mempergunakan nama Irfan Khairi)

Irfan jadi jutawan muda berniaga guna Internet Siswazah menganggur boleh ceburi perniagaan berasaskan ICT

Memperoleh keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usia muda menjadi impian setiap insan . Jika anda mengenali pengasas laman lelongan menerusi imternet yang dikenali Ebay , Pierre Omidyar yang menjadi jutawan dalam usia belum pun mencecah 30 tahun . Berikutan kejayaan Omidyar jugalah mendorong anak muda tempatan lulusan sarjana muda reka cipta multimedia dari universiti Staffordshire , United Kingdom , Irfan Khairi , 28 , menceburi perniagaan sendiri di internet . Pengalaman luas sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet di salah sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] di Netmedia [UK] Ltd , Birmingham , Irfan memanfaatkan peluang itu dengan memulakan jaringan perniagaan di internet . 'Pada asalnya , saya menjalankan perniagaan itu secara sambilan pada 1999 dan lama-kelamaan permintaan semakin bertambah dan mengambil keputusan untuk memberi tumpuan terhadap perniagaan ini . 'Bermodalkan hanya RM500 , laptop dan akses internet , saya menubuhkan perniagaan laman web Idea Bubble'. 'Selepas tiga tahun , saya berjaya memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM1 juta tanpa pekerja dan peralatan Komputer Canggih .' Katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur , baru-baru ini . Irfan berkata kesungguhan dan yakin terhadap potensi diri menjadi kunci kejayaan beliau yang turut disokong keluarga . Sehingga kini , Irfan telah memberi perkhidmatan kepada lebih 3,000 pelanggan di seluruh negara . Ditanya mengenaai perniagaan internet , Irfan berkata konsepnya lebih luas kerana memperoleh pelanggan dari seluruh negara . 'Kemudahan internet sebenarnya memberi potensi cukup luas dalam memperluaskan perniagaan dan kita boleh berniaga apa sahaja di luar sana . 'Jenis perniagaan itu pula bebas asalkan mendapat permintaan pelanggan ,Saya memilih menawarkan perkhidmatan reka bentuk laman web , grafik , e-BOOK , perunding multimedia , e-Niaga , pembelajaran dan terbaru menceburi bidang pelancongan ,' Katanya . Katanya , perniagaan itu sesuai diceburi golongan siswazah menganggur kerana mereka mempunyaai pelbagai kepakaran dalam bidang yang boleh diniagakan

menerusi internet , asalkan mereka celik IT , mempunyaai peralatan komputer dan kemudahan internet . Irfan juga tidak lokek berkongsi kejayaan malah menulis buku bertajuk Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar kepada oreng ramai yang berminat mempelajari teknik berkesan untuk membina perniagaan internet . Kisah Jutawan Muda

Dengan bermodalkan wang sebanyak RM500,Irfan Khairi yang baru berusia 28 tahun,sudah pun bergelar jutawan. MELIHAT dari segi luarannya,penampilan lelaki ini cukup ringkas dengan kemeja T lengan panjang berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang jutawan . Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda bernama Irfan Khairi ini.Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Staffordshire,Britain yang pernah bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham,iaitu Netmedia [UK] Ltd. Selaku seorang pereka system multimedia dan perunding internet, Irfan bertanggung jawab mencipta satu system pembelajaran internet,dipanggil Learning Grid yang digunakan oleh lebih 5,000 buah sekolah di Britain. Namun , Irfan nyata tidak puas dengan pencapaian tersebut.Berasaskan minatnya yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, dia memulakan „perusahannya‟ sendiri pada tahun 1999.Perniagaan itulah yang membawanya menjadi seorang jutawan pada usia yang begitu muda. „Perjalanan untuk mencari satu juta ringgit bermula ketika saya belajar di Universiti Teknologi Mara [UiTM] dalam bidang yang saya kurang minat iaitu ekonomi. Minat saya sebenarnya lebih kepada designing [seni rekaan] .Lepas habis belajar di UiTM , saya melanjutkan pelajaran ke Britain dalam bidang multimedia,‟Katanya.

Sejak itu, Irfan cuba mengaplikasikan bagaimana untuk mendapatkan wang daripada kemahiran rekaannya. Irfan sedar jika dia bekerja dengan orang, dia tidak akan dapat menghasilkan banyak wang.Justeru, Irfan mengambil keputusan untuk bekerja sendiri sebagai pereka . Perniagaan internetnya yang melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku eletronik [e-book] laman web, grafik, SEO [Search Engine Optimization], menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran, nyata berkembang dengan pesat. „Internet adalah cara saya mendapatkan pasaran yang lebih luas. Bermula dari situ [Kira-kira enam tahun lalu] ,tiga tahun kemudian saya berjaya memperoleh RM1 juta yang pertama,‟ jelas Irfan secara jujur. Perkhidmatannya digunakan oleh lebih 3,000 pelanggan dari serata dunia,kebanyakannya dari Amerika Syarikat , Britain, Negara Eropah,Timur Tengah, Jepun dan Australia. Menurut Irfan, dia memang seorang yang bermotivasi dan telah menetapkan matlamat untuk menjadi seorang jutawan sebelum umur 30 tahun. Usahanya bermula sejak berusia 18 tahun lagi. „Saya membaca kisah-kisah kejayaan, biografi tokoh-tokoh berjaya dan belajar tentang perniagaan. Akhirnya saya berjaya. Tapi ambil masa tujuh tahun jugalah. Walaupun saya berjaya memperolehinya pada usia itu, jangan fakir ia sesuatu yang cepat.‟katanya yang hanya memandu sebuah kereta nasional keluaran Perodua. Namun, Irfan melihat kejayaannya itu bukan sekadar mengumpul kekayaan. Sebaliknya, dia menilai dari aspek etika kerja, kualiti dan usaha gigih kerana mahu melihat sejauh mana potensi dirinya. Menurut Irfan lagi, seseorang boleh menjadi jutawan dalam apa jua industri, sama ada hartanah, perniagaan ataupun saham. Cuma kita perlu mendapatkan ilmu yang berkaitan dengan sesuatu bidang itu. „Pendidikan atau pengetahuan ini penting dari segi pengkhususan dalam industri yang ingin kita ceburi. Kita sering melihat industri orang lain lebih berjaya dan berpendapatan tinggi. Apabila telah masuk industri itu, kita lihat industri lain pula yang lebih baik Kalau macam itu, tiada kesudahannya,‟ ujar Irfan yang gemar menonton TV . Dia juga menyatakan bahawa masih banyak jurang [peluang] yang perlu diisi di Malaysia.

„Misalnya, sebelum ini di Amerika, banyak program TV seperti Home Improvement, kita tidak ada program seperti itu. Tetapi bila tersiarnya rancangan seperti Casa Impian, maka ia jadi suatu perkara yang unik. Di Malaysia banyak lagi jurang. Seorang harus mengisinya dan mereka pasti akan berjaya,‟ katanya. Jadi Jutawan Sebelum Usia 30 Tahun Matlamat Irfan Khairi Tercapai Antara kaedah pembelajaran yang digunakan Termasuk menghadiri beberapa kursus pendek, Menceduk pelbagai tip menerusi internet, serta Menjadikan beberapa orang pakar dalam bidang Pemasaran internet sebagai contoh. Latar belakang hidup Irfan Khairi yang kini cukup sinonom dengan gelaran 'jutawan internet' tidak banyak berbeza dengan individu lain. Gayanya yang ringkas dan bersahaja langsung tidak mengambarkan kedudukannya sebagai seorang jutawan. Menurut Irfan, penampilannya banyak dipengaruhi oleh suasana pekerjaan yang dilakukan, berniaga menerusi internet. Pejabatnya di rumah, dan kerjayanya tidak memerlukan dia berurusan dengan pelanggan secara fizikal. Sebab itu penampilannya begitu ringkas. Jika melihat penampilan Irfan , pasti ramai yang ingin mengikut jejak langkahnya. Bekerja di rumah, tanpa dikongkong oleh pelbagai masalah, seperti yang dihadapi oleh mereka yang menjalankan perniagaan yang lain, atau mereka yang bekerja makan gaji. Akan tetapi, bagaimana Irfan mampu berada pada kedudukan ini, sedangkan terdapat ramai lagi individu yang turut bertungkus-lumus membangunkan perniagaan mereka di internet. 'Semua ini bukan datang dengan sendiri, sebaliknya saya berusaha keras untuk mencapainya,' jelas Irfan Khairi bersungguh-sungguh. Di sebalik kisah kejayaan yang banyak dikongsikan bersama menerusi penampilannya dalam media massa dan eletronik tempatan hari ini, tidak ramai yang tahu pengalaman yang pernah dilalui untuk mencapai kejayaan yang dikecap sekarang. Menurutnya, matlamat untuk menjadi jutawan sebelum mencapai umur 30 tahun berjaya dicapai setelah melalui pelbagai kesukaran.

Menceritakan pengelamannya ketika bekerja di Netmedia, sebuah syarikat Multimedia di Birmingham, selepas tamat pengajian dalam bidang Reka Bentuk Multimedia di Universiti Staffordshire, United Kingdom, Irfan tidak menyembunyikan fakta bahawa dia pernah gagal dalam menjalankan perniagaan di internet secara sambilan. Penglibatannya dalam perniagaan menerusi internet bermula pada tahun 1999, dengan menawarkan perkhidmatan mereka bentuk laman web, brosur, kulit buku dan sebagainya. Banyak masa, tenaga dan wang ringgit telah dihabiskan untuk membangunkan perniagaan tersebut, tetapi hasilnya tidak kelihatan 'Selama setahun saya menghadapi masalah untuk mendapatkan pelanggan, menyebabkan perniagaan yang dijalankan menghadapi kegagalan,' jelas Irfan berterus-terang. Antara faktor yang dikenal pasti menjadi penyebab kegagalan perniagaan yang dijalankan ialah kelemahan daripada aspek promosi. 'Ketika itu , cara promosi yang dilakukan tidak betul, cara pemilihan produk yang salah, dan sasaran pasaran yang tidak tepat, telah menyebabkan perniagaan yang dijalankan menghadapi kegagalan,' jelas Irfan sambil menceritakan pengalaman awalnya dalam menjalankan perniagaan menerusi internet. Kegagalan yang dialami menyebabkan Irfan mula belajar tentang selok-belok perniagaan di internet. Hasil penelitiannya, Irfan mendapati bahawa terdapat dua kelemahan utama yang menyebabkan dia gagal. Pertama kaedah promosi yang tidak tepat,. Kedua tidak ada fokus. 'Ramai yang menganggap apabila kita ada laman web dan ada produk, pelanggan akan dating. Namun hakikatnya , jika laman web berkenaan tidak dipromosikan , maka tidak ada siapa yang tahu kewujudannya ,' jelas Irfan . Minat yang mendalam terhadap perniagaan menerusi internet telah mendorong Irfan mempelajari pelbagai perkara tentang pemasaran menerusi internet. Antara kaedah pembelajaran yang digunakan termasuk menghdiri beberapa kursus pendek, menceduk pelbagai tip menerusi internet, serta menjadikan beberapa orang pakar dalam bidang pemasaran internet sebagai contoh. Salah seorang tokoh pemasaran internet yang dijadikan contoh ialah Corey Rudl. Corey Rudl merupakan presidan dan Ketua Pegawai Eksekutif Internet Marketing Centre, yang memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kaedah untuk menarik kumpulan sasaran kepada laman web yang dibina dan cara untuk menukar aliran pengunjung laman web kepada jualan dan profit.

Irfan menjelaskan, faktor minat, diikuti usaha yang gigih adalah resipi kejayaannya. Pada masa yang sama, pengetahuan tentang selok belok perniagaan yang dijalankan tidak patut diabaikan. Berbekalkan ilmu dan pengelaman yang dipelajarinya sebelum ini , Irfan telah menyusun semula perniagaannya, dengan hanya bermodalkan kurang daripada RM500 . Dalam percubaan yang kedua ini , Irfan lebih bijak memilih kaedah promosi yang lebih sesuai dengan produk yang diketengahkan. Misalnya , Irfan telah memberi tumpuan promosi kepada pasaran Arab bagi menjual peta Malaysia , apabila mendapati produk tersebut mempunyaai permintaan yang tinggi di sana . Irfan akhirnya berjaya membawa perniagaannya ke landasan yang betul , apabila pendapatannya menerusi perniagaan tersebut meningkat berlipat berkali ganda daripada pendapatan yang diperolehi daripada pekerjaan tetapnya . Hal ini telah mendorong Irfan menjadikan perniagaan internet sebagai kerjaya sepenuh masa . Akhirnya , selepas tiga tahun menjalankan perniagaan , Irfan telah berjaya memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM1 juta . Walau bagaimanapun , Irfan tidak menafikan bahawa permintaan daripada pengguna tempatan masih amat rendah , ekoran kurangnya keyakinan masyarakat tempatan pembelian menerusi internet . Ketika ini 90 peratus daripada pelanggannya terdiri daripada pasaran Eropah dan Amerika Syarikat , sementara lebih kurang 10 peratus lagi datang dari negara-negara lain termasuk Malaysia . 'Masyarakat Malaysia masih menganggap transaksi menerusi internet masih tidak selamat , menyebabkan mereka kurang berminat untuk membeli menerusi internet,' jelas Irfan . Walau bagaimanapun Irfan yakin keadaan tersebut akan berubah dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi . Sehubungan itu , Irfan yakin individu yang sudah memiliki perniagaan di internet hari ini akan mendapat manfaatnya kelak . Bagi mereka yang ingin menceburi perniagaan ini , Irfan mengingatkan mereka tidak perlu memulakan perniagaan dengan kos yang tinggi . Irfan mendakwa banyak perniagaan menerusi internet mengalami kegagalan kerana dimulakan perniagaan dengan kos yang besar . 'Kos sewa premis perniagaan melibatkan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan . Begitu juga kos pembelian produk yang tinggi , sedangkan permintaan terhadap produk berkenaan masih belum dapat dipastikan . Semua ini menyebabkan peniaga sering menghadapi masalah kekurangan modal pusingan ,' tegas Irfan .


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:517
posted:11/6/2009
language:Malay
pages:30