promosi by kehamilan

VIEWS: 246 PAGES: 8

									Mungkin semua dah tau, prez US baru Barack Obama. Saya suka baca biografi-biografi orang yang berjaya, dan antara banyak-banyak info yan gmenarik mengenai Obama, adalah, beliau telah bercita-cita untuk menjadi president ketika di bangku sekolah lagi. Sekolah rendah! Ketika Obama bersekolah rendah di Indonesia, seperti kita masa di sekolah rendah kita perlu tulis, bila besar nanti nak jadi apa. Standard lah, jawapan saya masa kecil dulu, Polis, Bomba, Askar… dan budak2 perempuan pula Pembaca berita, Pramugari & Cikgu begitu juga rakan2 Obama yang lain… Tapi, bagi Barack Obama, cita-citanya sejak sekolah rendah adalah menjadi “PRESIDENT”! Kalau seseorang boleh berpegang kepada cita-cita sejak sekolah rendah lagi dan mencapainya sehingga kini, apa lagi kita yang dah besar pandai- pastinya boleh mempunyai cita-cita & mencapainya!

Apa yang bermain dalam kepala usahawan berjaya?
Dalam perniagaan perlu kah seorang usahawan itu berani? Mereka yang berjaya dalam perniagaan, adakah mereka tak takut gagal & 100% positif sahaja? Dalam perniagaan, adakah segalanya mudah bagi mereka yang sudah hebat? Jawapannya: Tidak, tidak & tidak! Dari pengalaman saya berkawan dengan usahawan-usahawan berjaya, isunya bukanlah “keberanian”. Sememangnya ada rasa gemuruh bila nak mulakan perniagaan, atau menyusun strategi perniagaan baru, atau melakukan teknik baru dalam perniagaan. tetapi, mereka lakukan sahaja anyway. It’s not about being brave, it’s about just doing it! Usahawan tak takut gagal? 100% positif…. sudah pastinya tidak. Pastinya semua usahawan TAKUT GAGAL. Takut kepada kegagalan ini lah memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan. Menjadi kreatif dalam merancang strategi2 perniagaan baru. 100% keyakinan sememangnya perlu, tetapi, hakikatnya mereka sering memberi ruang untuk kegagalan DIMANA strategi “back-up” juga disediakan… bak kata lain, Plan-B. Adakah perniagaan mudah bagi mereka yang hebat? I think not… sekiranya anda lihat sekeliling juga terdapat ramai usahawan-usahawan yang selalu stress bukan? Semestinya, kerja untuk di lakukan adalah banyak dan bukan mudah. Tetapi, itulah kunci nya, mereka yang ingin berjaya akan memilih dan lakukan perkara yang susah- mereka tahu, rasa dan faham ianya susah, tetapi, mereka lakukan juga. Kuncinya adalah, perasaan & keadaan usahawan yang berjaya dibandingkan dengan orang ramai adalah sama sahaja. Cuma, mereka berpegang kepada konsep Nike: Just Do It! Untuk menjadi usahawan yang berjaya, abaikan perasaan-perasaan yang ada dalam fikiran seperti takut, tidak yakin & fikir susah. Sememangnya perasaan itu sering bermain dalam kepala setiap usahawan diluar sana, tetapi, kita pilih sendiri untuk abaikan sahaja ps: Anda menjalankan per

Kuasa tiga untuk menarik pelanggan

Untuk menarik pelanggan menggunakan produk atau perkhidmatan anda sekiranya mereka pada asalnya menggunakan produk dan perkhidmatan pesaing anda adalah, gunakan teknik kuasa tiga. Kuasa tiga bermaksud anda perlu mendapatkan 3 sebab mengapa produk atau perkhidmatan anda adalah lebih baik dari apa yang sedia ada di pasaran. Sebagai contoh, produk anda lebih tahan lama, lebih murah dan penghantaran dilakukan dengan lebih cepat (3 sebab). Menggunakan teknik kuasa tiga dapat menarik pelanggan dari pesaing anda dengan lebih mudah. Tip Satu Minit adalah lebih padat, lebih straight-forward dan lebih praktikal dari laman web yang lain. Itulah teknik kuasa tiga!

Iklan yang pasti menarik pelanggan

Tidak kira media apa yang anda gunakan, terdapat 3 kunci kepada iklan yang berjaya. Kunci-kuncinya adalah: • Cipta keseronokan • Beri berita • Menyeru ambil tindakan Sebagai contoh, lihat iklan ini: “Jutawan Internet Malaysia mendedahkan Cara Memulakan Perniagaan Internet yang Menguntungkan dari Rumah dalam Masa 7 Hari! Sertai Workshop Jutawan Internet hari ini” Ia mengandungi ketiga-tiga kunci iklan yang efektif di atas. “Jutawan Internet Malaysia”memberi berita. “Cara Memulakan Perniagaan Internet yang Menguntungkan dari Rumah dalam Masa 7 Hari!”- mencipta keseronokan. “Sertai Workshop Jutawan Internet hari ini”menyeru ambil tindakan. Itulah rahsia pengiklanan yang berkesan

Kos satu pelanggan

Salah satu pengiraan kos yang paling penting tetapi sering diendahkan adalah… “Berapakah kos untuk mendapat satu pelanggan?” Ketahui berapa kos anda perlu untuk mendapatkan seorang pelanggan, sebagai contoh, sekiranya kempen iklan anda berharga RM500 dan anda berjaya mendapat 25 pelanggan, maka, kos untuk mendapatkan satu pelanggan adalah RM20. Terdapat pelbagai kegunaan pengetahuan ini. Sebagai contoh, bandingkan kos untuk mendapatkan satu pelanggan bagi kempen iklan surat khabar, banner, radio, internet, flyer dsb… Kemudian lihat media iklan mana yang memberi kos satu pelanggan paling rendah. Jawapan ini merupakan media iklan anda yang paling efektif!

Soalan kepada pelanggan anda

Soalan penting yang anda boleh tanya kepada pelanggan anda adalah: “Mengapa anda membeli dari saya dan bukan pesaing saya?” Tanya soalan ini kepada pelanggan-pelanggan anda dan anda akan mendapat jawapan yang dapat mengubah perniagaan anda! Jawapan yang diberi oleh pelanggan anda adalah “alat” yang anda akan gunakan untuk mendapatkan bakal pelanggan yang akan datang. Sebagai contoh, sekiranya kebanyakan pelanggan anda memberitahu anda bahawa mereka membeli dari anda kerana “kepantasan anda menyiapkan kerja mereka”, maka, dalam mendapatkan pelanggan yang akan datang, ketengahkan kekuatan anda ini iaitu “kepantasan menyiapkan kerja”

Kenapa anda tidak beli dari saya?

Hari tu saya ada menulis tip soalan terbaik yang anda boleh tanya pelangganpelanggan anda. Hari ni pula, tip saya adalah soalan terbaik anda boleh tanya kepada mereka yang tidak beli dari anda. Tanyakan kepada mereka yang tidak beli dari anda, apakah punca keputusan mereka tidak membeli? Semestinya ada sebab mengapa mereka tidak membeli dari anda. Ketahui sebab tersebut! Sekiranya sebabnya adalah berpihak kepada anda, cuba perbaiki isu tersebut untuk masa-masa yang akan datang. Mungkin mereka tidak membeli kerana tidak suka warna produk anda. Maka, cari alternatif untuk mempelbagaikan warna produk anda. Mungkin mereka tidak membeli kerana produk anda mahal. Maka, cari alternatif untuk menurunkan harga produk anda. Mungkin mereka tidak membeli kerana perkhidmatan yang anda sediakan tidak secepat yang mereka harapkan. Maka, cari alternatif untuk mempercepatkan perkhidmatan anda. Sekiranya anda dapat menangani isu-isu “rejection” mengapa mereka tidak membeli dan memberi alternatif lain, anda akan mendapati semakin kurang akan reject produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Berikan alternatif!


								
To top