Pemasaran SMS

Document Sample
Pemasaran SMS Powered By Docstoc
					Pemasaran SMS - Mengapa SMS Sangat Efektif ?
27 03 2007

Salam Sejahtera, Gelombang pemasaran cara baru telah tiba. SMS memang akan merevolusi kaedah komunikasi untuk pemasaran akan datang. Walau pun WAP, 3G, GPRS dan protokol tanpa wayar yang lain dikatakan akan menjadi „next big thing‟, tetapi tiada yang menunjukkan sebarang progress positif sehingga sekarang. Bukan hanya disebabkan kemampuan SMS untuk mencapai lebih 21 juta bakal pelanggan di Malaysia, saya ingin berkongsi beberapa fakta yang dikatakan menjadi ‘killer factor’ SMS : 1. Kos Efektif Sebagai medium komunikasi, SMS dikategorikan sebagai antara yang paling rendah kosnya. Berbanding dengan panggilan telefon, kos SMS hanya sebahagian kecil sahaja. 2. Capaian Pelanggan Yang Tinggi Tahukah anda, telefon bimbit mempunyai 7 kali ganda lebih besar jumlahnya berbanding dengan satu tempat capaian internet. Ini bermakna sekiranya terdapat satu tempat capaian internet, kita akan dapati ada 7 telefon bimbit disekelilingnya! Ini bermakna lebih ramai pelanggan boleh dicapai berbanding dengan pelanggan internet. 3. Tindakbalas Yang Tinggi Email adalah personal. SMS pula sangat personal. Ini bermakna, skrin ditelefon bimbit yang hanya ditujukan kepada individu, membolehkan perhatian yang lebih diperolehi dari individu tersebut. Saya sendiri mempunyai 9 „killer factor‟ SMS ini. Nanti saya akan kongsikan lagi.

Apakah Industri Anda ? Bagaimana SMS Membantu Perniagaan Anda?
26 03 2007

Salam Sejahtera, Telah hampir 5 bulan projek SMS saya dimulakan. Banyak input dan pandangan saya terima. Terima kasih kepada yang menyokong dan juga memberi inputinput yang sangat berguna. 1

Dalam menyediakan pelbagai pendekatan pemasaran baru, sering kali saya diajukan pertanyaan berikut : “Bagaimana saya boleh menggunakan SMS sebagai alat pemasaran ? Saya tak nampak langsung.. ” Saya sendiri sentiasa terfikir, dalam kecanggihan SMS menyediakan platform yang canggih untuk pemasaran, fundamental atau asas keperluan pelanggan mungkin saya perlu beri perhatian. Saya perlu lakukan sedikit kajian apakah bentuk perniagaan, apakah proses dalam perniagaan , bagaimanakah cara promosi konvensional yang dilakukan sekarang? Saya mengharapkan sokongan anda kali ini. Berikan saya apakah industri yang anda ingin tahu tentang bagaimana SMS boleh memberi manfaat kepada perniagaan anda… Saya mulakan dengan industri yang saya ketahui, dan saya harap anda boleh memberi tambahan kepada industri ini. Saya dalam proses menyediakan keperluan perniagaan mengikut industri. Industri anda akan saya ambil kira, dan akan cuba saya selesaikan masalah bagaimana SMS membantu industri anda.. Antara industri yang saya boleh mulakan… 1. 2. 3. 4. 5. 6. Perhotelan Perbankan dan Kewangan Kebajikan Pendidikan dan Pembelajaran Internet ( ini suatu industri kan?) Kesihatan

Apakah lagi yang perlu saya tambahkan? Mungkin banyak diluar sana, tetapi tidak terfikir oleh minda saya…

Mengapa SMS terus popular?
4 01 2007

Salam Sejahtera, Minggu pertama Januari ini saya akan tambahkan beberapa kategori tajuk utama dalam blog SMS ini. Sebelum ini, saya telah memulakan posting Siri Memulakan Perniagaan SMS dalam 14 Hari. Seterusnya saya juga mungkin akan memasukkan maklumat mengenai beberapa analisis perniagaan SMS yang popular ketika ini. Ada juga beberapa email yang saya terima meminta memasukkan posting yang berkaitan teknikal. Saya rasa sesuai juga, tetapi 2

mungkin saya akan hadkan kerana SMSBlog yang dibangunkan ini khusus untuk pembangunan perniagaan SMS dan bukan secara teknikalnya. Berbalik kepada topik post hari ini, SMS masih lagi memacu pasaran dengan penggunaan yang meluas. Dalam ebook saya ada menerangkan 3 perkara utama mengapa perniagaan berasaskan SMS adalah model perniagaan yang mempunyai prospek yang cerah iaitu : 1. Caj penghantaran dan penerimaan yang rendah oleh telco. Ia menjadikan SMS sebagai mampu dimiliki oleh pelbagai peringkat usia. 2. Kandungan berasaskan teks memudahkan maklumat dimanipulasi oleh pelbagai sistem. Ini merupakan ciri fleksibiliti sistem SMS yang paling ketara. 3. Hampir semua handphone masa kini menyokong SMS sebagai ciri minimum. SMS tidak memerlukan ciri2 khas pada handphone seperti perkhidmatan lain seperti MMS dan 3G. Sungguhpun begitu, terdapat juga pelbagai ciri2 SMS yang menjadikan ia tetap popular. Antaranya : 1. Mesej SMS boleh dibaca dan dihantar bila-bila masa (tidak termasuk keadaan bila talian telco bermasalah). Memandangkan handphone boleh dikatakan sebuah alat yang “wajib ada” pada seseorang, handphone sentiasa ada. Tidak kira di mana anda berada sama ada di sekolah, di pejabat atau di rumah. 2. SMS boleh dihantar kepada handphone lain walau dalam keadaan dimana handphone penerima SMS tidak dihidupkan sama ada disebabkan tiada network coverage, tiada bateri atau handphone tersebut rosak. SMS yang dihantar akan disimpan terlebih dahulu sebelum dihantar ke handphone penerima pada ketika handphone tersebut bersedia dalam rangkaian telco. 3. SMS adalah telekomunikasi ’sunyi & bisu’. Ini merujuk kepada keadaan dimana SMS boleh dibaca dan dibalas pada bila2 masa tanpa mengganggu persekitaran. Menaip mesej juga tidak menghasilkan sebarang bunyi yang mengganggu. Tidak seperti talian telefon, seseorang yang terpaksa menjawab sesuatu panggilan dan dalam masa yang sama terpaksa „mengganggu‟ persekitaran. Contohnya di bank yang melarang menggunakan handphone, tetapi tentunya tidak dapat mengawal dan melarang daripada pelanggan menggunakan SMS bukan ? 4. SMS adalah platform yang matang. SMS disokong oleh pelbagai telco atau network carrier di pelbagai negara. SMS juga disokong handphone berteknologi GSM menjadikan ia lebih global.

3

5. Dari segi teknikalnya, SMS merupakan teknologi yang menyokong pelbagai pembangunan aplikasi wireless. Selain dari menyokong GSM, SMS boleh membawa data binari selain dari teks. Ini membolehkan ia membawa pelbagai data seperti ringtone, gambar, operator logo, wallpaper, animasi dan juga VCard. Kemudahan teknologi reverse-billing juga memudahkan sebarang kaedah pembayaran dalam transaksi SMS. Ada sebarang pandangan mengapa SMS masih dan terus popular?

4


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:93
posted:11/6/2009
language:Malay
pages:4