Docstoc

MODUL PROMOSI

Document Sample
MODUL PROMOSI Powered By Docstoc
					PROMOSI & PENJENAMAAN

Kaedah Pemasaran.

LANGKAH PEMASARAN YANG PRAKTIS.

Tingkatkan strategi pengiklanan. Pengiklanan penting untuk memperkenalkan produk anda. Anda perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk melabur dalam pengiklanan. Jika kita membuat pelaburan yang munasabah, insya-Allah, pulangannya pun akan munasabah

Mulut ke mulut ke mulut…
“Word of Mouth” marketing… pemasaran mulut-ke-mulut.Terdapat laporan perniagaan mengatakan 60% daripada pelanggan anda datangnya daripada pemasaran mulut-ke-mulut. Amat besar jumlah tersebut, oleh itu, jangan pandang rendah teknik pemasaran ini.

Teknik promosi sekiranya modal terhad
Langkah #1: Tentukan sasaran pasaran anda. Kecilkan pasaran anda kepada satu market sahaja. Who are the BEST target market for your products & services? Luangkan lebih banyak masa di sini. Langkah #2: Ulang mesej promosi anda berkali-kali pada sasaran tersebut. Ulang-ulang dan ulang pada sasaran yang sama-sama dan sama!

Proses promosi akan melibatkan usaha (AIDA). 1. Kesedaran (Attention) – untuk memberi maklumat kesedaran pengguna mengenai wujud produk. 2. Minat (Interest) – cuba memujuk supaya pembeli mempunyai minat terhadap produk. 3. Percubaan (Desire) – pembeli akan membeli atau mencuba penggunaan produk sama ada akan memuaskan atau tidak.

4. Penerimaan(Action) – Pengguna berpuashati dengan percubaannya dan akan terus menerima keluaran tersebut pada masa hadapan

Pengiklanan Merujuk kepada segala bentuk persembahan atau promosi berbayar/tajaan tentang sesuatu ide, barangan @ perkhidmatan yang akan dilakukan oleh sesebuah badan penaja. Persembahan iklan tidak dipengaruhi oleh perasaan @ personaliti peribadi. Objektif iklan adalah untuk menarik minat pelanggan sedia ada, bakal pelanggan atau pelanggan yang telah terlepas. Antara objektif adalah ; 1. mewujudkan kesedaran dan minat. 2. mengingatkan pengguna dan bakal pengguna. 3. Mengingatkan ahli-ahli dalam saluran pengagihan. 4. memasarkan sesuatu keluaran@idea. 5. Menyampai maklumat kepada kelompok sasaran. 6. Mengurangkan perasaan tidak puashati dikalangan pengguna. Media iklan boleh dibahagikan kepada dua iaitu media cetak dan media elektronik.

Penjualan bersemuka – merupakan proses tradisional dan jualan asas diantara penjual & pembeli secara langsung. Untuk melaksana proses ini, skil atau kemahiran kejurujualan amat diperlukan. Bagi syarikat yang terlibat dalam proses ini perlu menitikberat perkara ; 1. Pendekatan perlakuan jurujual – 3 peringkat dorongan perlu dilakukan iaitu keperluan, kehendak dan desakan. 2. Proses penjualan – aspek lokasi, AIDA dan susulan . 3. Pengurusan jualan – aspek sistem perancangan

Promosi jualan Aktiviti dorongan yang ditujukan kepada pengguna, personal syarikat atau orang tengah. Promosi jualan juga merupakan aktiviti untuk meningkatkan jumlah jualan. Kebaikan promosi jualan adalah; 1. boleh menimbulkan rangsangan membeli dikalangan pengguna. dan mewujud tindakbalas

2. merupakan pendorong secara langsung kepada bukan sahaja pelanggan tetapi kepada jurujual. 3. alat yang mempunyai daya penarikan yang memperkukuhkan kedudukan produk dalam pasaran. dapat

Bentuk promosi jualan adalah 1. mesyuarat jualan. 2. buku panduan. 3. edaran sample produk 4. kempen dan pertandingan. 5. pameran perdagangan. 6. demonstrasi

Publisiti Definisikan sebagai segala bentuk iklan tidak berbayar dalam bentuk berita, komen, karangan pengarang dan hebohan percuma. Jenis publisiti yang sering digunakan adalah : 1. siaran berita. 2. cerita/karangan di akhbar.

3. sidang akhbar
4. hebohan juruhebah


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:583
posted:11/6/2009
language:Malay
pages:32