jutawan

Document Sample
jutawan Powered By Docstoc
					Ringkasan eksekutif – ebook diriandajutawan

MENEROKAI

RAHSIA MANUSIA DAN ALAM Untuk Membina Kejayaan
M.sc planning , B.sc HBP USM
FAUZI AHMAD,

Diri Anda Jutawan
Adalah Motivasi Pembinaan Kekuatan Dalaman , Suatu yang perlu anda baca dan ketahui dan RAHSIA YANG ADA PADA DIRI ANDA
“Dalam diri anda terdapat longgokan emas dan berlian yang amat besar dan banyak. Anda boleh mengambil seberapa banyak yang anda mahu, hasil emas ini tidak akan habis hingga akhir hayat anda. Anda tidak perlu modal dan jentera untuk mengoreknya. Jika anda dapat mengambil harta karun tersebut, kehidupan anda akan berubah. Anda berjaya hidup mewah di dunia dan akhirat. Selama ini anda tidur lena dan tidak sedar harta karun yang begitu besar terdapat dalam minda dan minda bawah sedar anda. Mulai saat ini, kita akan sama-sama meneroka dan mengambil harta karun tersebut.”

Diri anda Jutawan bermaksud harta yang amat besar dalam diri anda untuk diterokai. Harta tersebut ialah dari segi tubuh fizikal yang amat ajaib kejadiannya, penciptaan akal dan minda dalaman yang begitu kompleks. Tiada ada lagi makluk yang lebih baik, melainkan manusia. Sebenarnya kejayaan, kebahagian, kekayaan itu terletak di dalam diri anda sendiri. Ia tidak terbatas jika anda mahu membuka pintu hati minda, bagi melihat harta yang terdapat dalam diri anda. Dalam diri anda terdapat longgokan emas dan berlian yang amat besar dan banyak. Anda boleh mengambil seberapa banyak yang anda mahu, hasil emas ini tidak akan habis hingga akhir hayat anda. Anda tidak perlu modal dan jentera untuk mengoreknya. Jika anda dapat mengambil harta karun tersebut, kehidupan anda akan berubah. Anda berjaya hidup mewah di dunia dan akhirat. Selama ini anda tidur lena dan tidak sedar harta karun yang begitu besar terdapat dalam
1

Ringkasan Eksekutif - ebook

Ringkasan eksekutif – ebook diriandajutawan

minda dan minda bawah sedar anda. Mulai saat ini, mari kita sama-sama meneroka dan mengambil harta karun tersebut. Tentu sekali rahsia yang hebat ini terletak dalam diri anda dan minda bawah sedar anda yang akan memain peranannya nanti. Minda bawah sedar anda yang perlu di jana dan di komersialkan untuk mengeluarkan produk-produk yang dapat menghasilkan kekayaan yang amat besar. Allah telah mencipta kita dengan keajaiban yang sungguh hebat. Gabungan tenaga dalaman anda dengan tenaga alam kosmos (dunia) yang maha luas dan besar tenaganya akan memberi impak yang amat besar dalam kehidupan anda. Daya dan tenaga yang ada pada anda perlu dijanakan. Kami akan mengajar dan melatih anda mengenai penggunaan dan penjanaan minda anda agar ia dapat berfungsi dengan betul dan tidak tidur dan terus tidur. Kami juga akan mengajar anda erti keyakinan dan apakah yang minda anda boleh lakukan untuk menjanakan kekayaan dan kemewahan hidup. Matlamat kami selepas anda membaca buku ialah: 1. Anda tahu dan faham siapa diri anda yang sebenar 2. Yakin pada diri sendiri dan selalu bersikap positif, tidak mudah kecewa 3. Menerima diri dengan seadanya dan berupaya mengunakan potensi diri anda untuk kejayaan 4. Menemui peluang dan berjaya dalam hidup anda 5. Tahu mengolah diri dan berinteraksi dengan alam melalui latihan Pernafasan.

RAHSIA PENCIPTAAN MANUSIA
Dari Kandungan Ibu (alam rahim) ke Alam Dunia
Bab ini penting bagi anda untuk mengetahui tentang kejadian anda dan bab ini akan menerangkan beberapa perkara tentang kejadian tersebut. Manusia merupakan ciptaan yang amat ajaib, kerana dalam diri manusia terdapat perbagai sistem tubuh badan yang amat komplek. Sebagai tuan kepada tubuh anda, anda perlu tahu tentang kejadian diri anda. Saya ingin mengajak anda sama-sama perhatikan kebesaran ciptaan Allah, bagaimana kejadian manusia pada Alam Rahim. Terdapat banyak ayat AlQur'an berhubung dengan Alam Rahim yang difirmankan oleh Allah diantaranya seperti berikut:-

2

Ringkasan eksekutif – ebook diriandajutawan

yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.
Dalam surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia

Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan, ayat 20 hingga 23 Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih)

dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh(rahim). Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.
Dalam surah Al-'Imran, juz ketiga ayat 6, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu

kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dalam surah Yaasin, juz keduapuluh tiga ayat 77, Allah Ta'ala berfirman: Yang bermaksud: Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa

Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Yang demikian sifatnya ialah Tuhan

yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha
3

Ringkasan eksekutif – ebook diriandajutawan

Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

Sistem Otak Atau Minda Manusia
Otak yang diciptakan Allah ini mempunyai sistem yang kompleks dan ajaib. Kita tidak dapat membincangkan secara mendalam disini kerana melibatkan satu bidang sains yang mendalam. Disebabkan sistem otak ini dicipta dengan sempurna, maka kita dapat membuat kerja yang perbagai dalam satu masa secara serentak. Sel-sel saraf yang terdapat dalam otak boleh menerima berbillion-billion isyarat atau maklumat dan ia dapat menyimpan dan menganalisa kemudian membuat keputusan di atas apa yang ia terima. Operasi otak ini berfungsi 24jam sehari tanpa berhenti. Jika kita dalam keadaan sedar ia berfungsi secara sedar, tetapi bila tidur ia berfungsi secara tanpa sedar. Otak manusia akan mengawal sistem dalam tubuh badan kita, seperti jantung, paru-paru, darah, air, buah pinggang, deria rasa, sistem penghadaman perut dan usus dan sebagainya. Unsur-unsur yang penting yang terdapat dalam sistem otak ialah sistem saraf yang berjumlah 10 trilion (anggaran saintis sahaja) mungkin lebih dari itu, hanya Allah yang mengetahui. Saraf ini akan berfungsi untuk mengirim maklumat dengan cara menciptakan arus lektrik yang lemah. Sebab itu sel-sel yang dapat pada tubuh dapat berhubungan antara satu sama lain. Saintis menganggarkan hubungan antara sel-sel melebihi 120 trilion jaringan. Disebalik dari keadaan sedar kepada keadaan bawah sedar, terdapat lebih bertrilion-trilion aktiviti sel yang berlaku dalam minda kita. Kita akan bincang aktiviti pernafasan ini nanti. Sistem otak berkerja adalah amat kompleks sekali. Otak dapat menjalankan berjuta-juta fungsinya tanpa kesalahan atau ‘system breakdown’. Inilah keajaiban penciptaan manusia. Kemudian kita lihat pula, kelenjar bawah otak (pituitary gland) yang berukuran sebesar kacang berfungsi mengendalikan dan menyesuaikan pengeluaran berbagai hormon dalam tubuh kita.
4

Ringkasan eksekutif – ebook diriandajutawan

Kelenjar inilah yang mengawal hormon yang lain dari segi pengeluaran untuk digunakan sistem yang lain. Sistem ini akan terus bekerja sehingga akhir hayat hidup kita. Jika anda dalam keadaan sedih, anda perlu berehat sahaja untuk menenangkan sistem hormon. Jika tekanan darah naik, kelenjar lendir akan berfungsi dan mengeluarkan molekul-molekul dan menyebabkan otot pembuluh mengecut dan ketenangan kembali semula.

Sistem Pernafasan
Sistem paru-paru berfungsi secara automatik dan ia akan bertambah kuat bekerja apabila ada aktiviti gerak, seperti berlari, berjalan, naik tangga dan sebagainya. Ia kembali normal apabila anda dalam kedaan rehat atau tidur. Sepanjang hidup anda, paru-paru akan terus bekerja. Ia akan mengepam masuk dan keluar udara. Sistem paru-paru juga berhubung kait dengan sistem yang lain dalam badan. Bila anda tarik nafas paru-paru akan mengembang dan apabila nafas di lepaskan paru-paru akan mengecil. Semuanya berlaku secara automatik. Tetapi kualiti dan kuantiti kita bernafas itu yang menentukan kadar aktiviti sel dan zarah dalam badan kita. Sistem otak dan pernafasan mempunyai peranan yang kuat dalam menentukan kejayaan aktiviti manusia itu. Anda boleh baca sepenuhnya dalam ebook saya,

Allah Mengajak Kita Memikirkan Tentang Keajaiban CiptaanNya
Dalam firman Allah dalam surah Maryam, 19:66-67, yang bermaksud,

“Dan berkata manusia, “betulkah apabila aku mati, bahawa aku sunguhsunguh akan dibangkitkan menjadi hidup kembali?” Dan tidakkah manusia

itu memikirkan bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, sedangkan ia tidak ada sama sekali”. Allah telah menjawap bahawa Ia berkuasa mencipta manusia dahulu dan kemudian ia berkuasa untuk mematikan manusia dan Ia juga berkuasa untuk menghidupkan semula. Dalam hal penciptaan Alam semesta ini Allah telah berfirman, bahawa “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti siang dan

malam, bahtera yang berlayar dilaut membawa apa yang berguna pada manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu ia hidupkan bumi sesudah mati (kemarau)nya, dan ia sebarkan dibumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang
5

Ringkasan eksekutif – ebook diriandajutawan

dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya (terdapat) tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan” (Surah Al
Baqarah, 2: 164.)

MEMBINA KEKUATAN DALAMAN
Rahsia Dalaman Manusia
“Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. (Surah At Tin Ayat 4). Ayat ini mengambarkan

manusia yang di cipta Allah adalah makluk yang di jadikan dengan sebaikbaik kejadian yang lebih baik dari makluk yang lain. Lihat bab sebelum ini tentang sistem manusia. Hebat dan kompleks, sistem yang bekerja dengan sendirinya. Bermula dari sini kita sebagai khalifah dan pemegang amanah harus menggunakan kekuatan dalaman kita untuk berjaya dalam kehidupan seharian. Ayat ini harus di fahami oleh kita bahawa dalam tubuh kita ini mempunyai sistem yang terbaik dan harus pula kita menggunakan sistem tersebut dengan sebaik mungkin. Sebarang tindakan yang kita buat harus bersandarkan kepada perkara ini. Manusia merupakan makluk kejadian Allah yang mempunyai potensi yang sungguh hebat dalam dirinya.Ini kerana tubuh manusia mempunyai sistem yang hebat. Bagaimanakah manusia menggunakan potensi yang sungguh hebat itu untuk membina kejayaan.. Agama dan minda adalah harta yang terpenting dalam pembinaan kehidupan. Kegiatan seharian manusia menyaksikan manusia mudah kecewa di sebabkan perbagai tekanan dan desakan hidup. Banyak tamadun silam hancur akibat sikap manusia itu sendiri. Kepentingan diri telah merosakan kehidupan itu sendiri. Apabila ingin berjaya atau ingin menjadi jutawan, gabungan kekuatan minda, tenaga dalaman akan mewujudkan seorang manusia yang sungguh hebat. Berdasarkan konsep manusia yang dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian, maka peranan minda dan tenaga dalaman manusia adalah penting. Anda BOLEH MENJADI JUTAWAN jika anda memikirkan ke arah bagaimana nak jadi jutawan. Minda dan arah tuju hidup anda perlu, ke arah bagaimana nak jadi jutawan. Tip yang paling hebat yang akan kami berikan kepada anda ialah berlatih berfikir secara positif dan berlatih menguasai minda dalaman anda.

6

Ringkasan eksekutif – ebook diriandajutawan

Rahsia Minda Dan Tenaga Dalaman
Tenaga dalaman atau tenaga hayat adalah tenaga semulajadi yang memang sudah sediada dalam diri sesaorang manusia sejak dilahirkan.. Kajian mengenai tenaga dalaman ini sudah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu. Ia bermula dari tamadun Greek, tamadun Tanah Arab hingga tamadun China. Orang Jepun memanggil tenaga ini sebagai KI. Manakala orang China memanggil tenaga ini sebagai CHI. Tenaga ini merupakan pengerak utama sistem tubuh manusia. Tanpa tenaga ini tiada kehidupan di alam ini. Gabungan tenaga ini dengan tenaga yang berada di luar tubuh kita akan memberi kesan yang cukup hebat kepada sesaorang itu. Seorang yang berlatih atau mempraktikkan ilmu tenaga dalam akan mempunyai aura atau warna tenaga di sekeliling tubuhnya. Aura ini akan dapat dilihat dengan menggunakan kamera khas. Kajian juga menunjukan bahawa aura sesaorang itu berbeza-beza mengikut keadaan sesaorang itu berada, samada ia berada dalam keadaan tidur, beremosi, bekerja atau berehat. Aura yang berada di sekitar tubuh kita mempunyai potensi tenaga yang cukup hebat. Ketebalan aura di sekitar tubuh sesaorang itu bergantung kepada fikirannya ketika itu. Orang yang mempunyai fikiran positif akan mempunyai aura tenaga yang lebih tebal berbanding ketebalan orang yang mempunyai fikiran yang negatif. Alam kosmik atau persekitaran kita mempunyai molekul-molekul yang bergerak bebas. Sesaorang yang mempunyai tenaga dalaman yang kuat akan berupaya mengecas molekul-molekul tadi seterusnya dapat digunakan untuk perbagai tujuan yang baik. Ilmu tenaga dalam ini ialah ilmu sains yang menerangkan mengenai latihan bagaimana untuk menarik tenaga luar dari alam kosmik masuk ke dalam jiwa dan fizikal tubuh manusia. Apabila tenaga kosmik ini masuk ia akan meningkatkan fungsi tenaga dalaman yang kita ada ke paras yang lebih maksima. Tenaga dalam yang kita miliki boleh pula digunakan untuk tujuan pencarian rezeki, menghindari penyakit, perwatakan atau keperibadian yang baik dan sebagainya. Jika kita berlatih dengan betul kekuatan tenaga dalaman kita akan bertambah. RAHSIA UNTUK MEMBINA KEKUATAN DALAMAN IALAH DENGAN TEKNIK MEDITASI. DAN LATIHAN PERNAFASAN (akan di bincang nanti)
7

Ringkasan eksekutif – ebook diriandajutawan

Rahsia Alam Kosmik Dan Hubungan Dengan Manusia
Sistem cekerawala yang meliputi bumi, planet-planet, jutaan bintang di langit, jutaan bintang yang tidak di ketahui, matahari, bulan di sekitar planet, semuanya beredar dengan sendiri tanpa ada cacat celanya. Sistem yang maha hebat ini mempunyai penciptanya. Firman Allah dalam surah Ath Thalaaq, ayat 65:12, “ ....... agar kamu mengetahui bahawasanya

Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmunya benar-benar meliputi segala sesuatu”.

Susunan yang teratur, peredaran yang konsisten, tidak berlaku kemalangan, saiz yang maha besar, luas dan jarak berjuta km, suhu yang berbeza dari suhu bumi, menunujukan alam ini amat ajaib. Bumi adalah satu-satunya planet yang mempunyai kehidupan. Jarak bumi dengan matahari telah menjadikan suhu dan permukaan bumi sesuai untuk kehidupan. Permukaan bumi diliputi daratan tanah, bukit dan kawasan air laut , sungai dan tasik. Selain itu putaran seharian di paksinya telah menyebabkan siang dan malam silih berganti. Kemudian pula bumi menikmati hujan, menikmati panas dan beberapa musim yang berlainan. Udara yang kita sedut mempunyai 77% Nitrogen, 21% Oksigen, 1% Karbon dikoksid . Kadar ini di atur oleh Maha Penciptanya. Dengan membandingkan dengan planet lain, apa yang ada di bumi ini merupakan suatu kenikmatan kepada manusia dan penghuninya yang lain. Sudah tentu bumi, air, awan, langit, matahari, bulan dan bintang mempunyai kekuatan tersendiri. Seperti bumi ia mempunyai kekuatan daya graviti. Kita boleh mengambil pengajaran disini bahawa sistem alam kosmik disekeliling kita yang meliputi bumi dan planet-planet dan cenkerawala yang lain mempunyai satu rahsia kekuatan dan sistem yang amat canggih untuk kita renungkan. Kita bernafas setiap hari dan menyedut dan menghembus nafas. Kita membuat hubungan terus dengan alam ini tanpa sedar. Di sebalik aktiviti pernafasan tersebut terdapat rahsia yang sungguh ajaib dan hebat. Apabila manusia bijak mengunakan dan

mengolah minda dan nafasnya maka suatu kekuatan akan berlaku pada dirinya dan kehidupannya.

8

Ringkasan eksekutif – ebook diriandajutawan

BAGAIMANA ? Maklumat lanjut dalam ebook penuh
10 Manfaat latihan pernafasan cara duduk
1. Meningkatkan kemampuan untuk mengembangkan sistem pernafasan yaitu dengan meningkatnya kapasiti isipadu paru-paru. Kapasiti ini merupakan salah satu kayu ukur bagi kemampuan fungsi sistem pernafasan. Latihan pernafasan duduk akan menyebabkan seluruh gelembong paru (alveoli) mengembang dan menjadi aktif dalam proses pernafasan, suatu cara latihan yang baik untuk kesihatan pernafasan. Dalam aktiviti olahraga, pernafasan akan menjadi lebih dalam dan cepat, tetapi bertambah dalamnya pernafasan dan akan berlaku maksima apabila kita membuat latihan pernafasan duduk ini. 2. Dengan pernafasan duduk yang melakukan sedutan maksima, hembusan maksima , maka tidak hanya otot-otot pernafasan saja yang dilatih, tetapi juga otot-otot lain dalam sistem pernafasan juga juga otot-otot dinding perut dan dasar punggul, khususnya pada saat dada mengembang. Otot-otot pernafasan lain ialah seperti otototot tubuh yang akan menjadi aktif membantu pernafasan bila terjadi kesulitan bernafas . Misalnya pada pesakit Asma Bronkial . Dengan latihan pernafasan demikian maka cukup banyak otot-otot tubuh turut sama dalam latihan ini, sehingga bila latihan pernafasan duduk akan menyebabkan tubuh menjadi panas dan berpeluh. 3. Mekanisma pernafasan, khususnya pernafasan perut melancar aliran darah pergi dan balik dari paru-paru menuju ke jantung. Perkara ini disebabkan pada waktu tarik nafas tekanan di rongga perut meningkat sedangkan tekanan di rongga dada menurun, sehingga darah dari arah perut ditekan, sedangkan dari arah dada dihisap. Dengan semakin tingginya tekanan di dalam perut dengan tekanan pada dada maka terjadi seperti urutan terhadap sistem disekitar perut, sehingga aliran darah dalam alat-alat tubuh di rongga perut dan juga aliran darah balik ke jantung akan semakin lancar, Ini lebih menjamin pemeliharaan kesihatan alat-alat dalam perut tersebut, serta juga meningkatkan kelancaran peredaran darah .

9

Ringkasan eksekutif – ebook diriandajutawan

4. Tekanan-tekanan yang terjadi pada sistem dalam perut itu, khususnya terhadap sistem penghadaman makanan, akan merupakan rangsangan mekanik yang akan memperbaiki gerakan saluran usus makanan, sehingga dapat menyembuhkan penyakit-penyakit gangguan misalnya perut kembung, sembelit dan susah buang air besar, 5. Meningkatkan tingkat kesihatan fizikal dan mental.. Fenomena yang menarik mengenai rentak pernafasan ialah apabila kita lihat keadaan manusia dalam situasi yang berbeza-beza, seperti dalam keadaan marah, menanggis, putus asa, sikap negatif, panas baran, amok dan sebagainya , ternyata menunjukkan rentak pernafasan yang tidak teratur, Bila dalam keadaan ini gelombang otaknya diimbas dengan alat EEG, hasilnya adalah gelombang otak yang tidak normal, tidak teratur. Jadi sebenamya ada hubung kait antara mental, rentak pernafasan dan gelombang otak.

5 lagi MANAFAAT terdapat sepenuhnya dalam ebook saya TEKNIK DAN CARA PERNAFASAN AKAN DI AJAR DALAM EBOOK INI.

Kandungan Penuh ebook ini
Muqadimah 1.0 Rahsia Penciptaan Manusia
1.1 Dari kandungan ibu ke alam dunia 1.2 Sistem Otak 1.3 Sistem pernafasan 1.4 Allah mengajak kita memikirkan tentang keajaiban Ciptaannya

2.0 Membina Kekuatan Dalaman
2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8

Rahsia Dalaman Manusia Rahsia Minda Dan Tenaga Dalam Rahsia Alam Kosmik Dan Hubungan Dengan Manusia Konsep Tenaga Dalaman Dan Penggunaannya Apakah Pernafasan Rahsia Pernafasan Manafaat Latihan Pernafasan Cara Duduk Minda Bawah Sedar

10

Ringkasan eksekutif – ebook diriandajutawan

2.9 Kaedah Membuka Dan Mengaktifkan 7 Pusat Cakra 2.10 Diri Anda Adalah Manusia Yang Hebat 2.11 Beberapa Ilmu Tenaga Dalam Dan Penggunaannya 2.12 Strategi Tingkatkan Tenaga Emosi Atau Pertingkatkan Sikap

3.0 Meditasi Ke Arah Jutawan
3.1 Peringkat-peringkat Meditasi 3.2 Rahsia Berdoa 3.3 Bagaimana Mengukur Minda Anda

4.0 Bagaimana Menjadi Diri Anda Pakar
4.1 Jadikan Minda Anda Sebagai Tuan Kepada Tubuh Anda 4.2 Langkah Menguasai Diri 4.3 Bagaimana Menjadi Pakar Dalam Bidang Permasaran

5.0 Rahsia Kejayaan Usahawan 6.0 Mencari Idea Perniagaan

Dapatkan ebook Ini Segera
Diri anda jutawan www.diriandajutawan.com
Harga RM50 termasuk 40 ebook menarik serta dokumentasi yang amat berguna untuk anda RM30 ebook diri anda jutawan tanpa 40 ebook Maklumat lanjut sila lihat www.diriandajutawan.com trimuda@gmail.com

- 11 -


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:232
posted:11/6/2009
language:Malay
pages:11