JENAKA Betul atau Salah

Document Sample
JENAKA Betul atau Salah Powered By Docstoc
					Betul atau Salah Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua. Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?" Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya." Apa itu MARKETING? Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya dan berkata, "Aku adalah orang kaya.. MARI KERJA dengan aku." Itu adalah DIRECT MARKETING. Jika anda berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, Lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda).Ia sangat kaya, KERJALAH dengan dia." Itu adalah ADVERTISING. Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampiri dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan mengatakan,"Hi.. aku sangat kaya, KERJALAH dengan aku." Itu adalah TELEMARKETING. Anda tengah berada d sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda membetulkan tie, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, "Aku sangat kaya, mahukah kau KERJA dengan aku?" Itu adalah PUBLIC RELATIONS. Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Ia berjalan ke arah anda dan mulai merayu, "Kau sangat kaya rupanya." Itu adalah BRAND RECOGNITION. Anda berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya dan berkata, "Aku sangat kaya, KERJAlah dengan aku." Lalu ia menampar muka anda. Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK alias COMPLAIN

1

Asal Nama ELEKTRIK Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris. Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat. "Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu ) Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang, MEMO UTK STAFF Staff Sekalian, Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2005, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:a. PENGANGKUTAN. Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji. b. CUTI TAHUNAN. Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad. 2

c. WAKTU LUNCH: 1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan. 2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil. 3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan. d. CUTI SAKIT: Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga. e. PENGGUNAAN TANDAS: Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'. f. PEMBEDAHAN: Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak. g. PENGGUNAAN INTERNET Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka. Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

3

Sekian, terima kasih. MMMMMMMMMMMMMMM Matahari Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi. Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?" Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!" Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..." Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku: Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya." Dokter : "Kenapa?" Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat." Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun." Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..." Dokter : "???" ………………………….. HANDPHONE PAK PANDIR Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin. "Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya.Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula."Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik"."Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekal ………………..

4


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:56
posted:11/6/2009
language:Malay
pages:4