jejakjutawan
Document Sample


SIRI JEJAK JUTAWAN Jutawan Yang Belum Anda Kenali Keluarga anda kenali beliau, rakan anda temui beliau, cuma anda sahaja yang tidak kenali beliau siapakah beliau ? JUTAWAN YANG BELUM ANDA KENALI Panduan Komprehensif Yang Saintifik, Praktis, Pragmatik Dan Filosofi Ke Arah Menjadi Usahawan Berjaya Bermula Daripada Rumah Muhammad Amin Al Farabi 1 Jutawan Yang Belum Anda Kenali Jutawan yang Belum Anda Kenali Panduan Komprehensif Yang Saintifik, Praktis, Pragmatik Dan Filosofi Ke Arah Menjadi Usahawan Berjaya Bermula Daripada Rumah Isi Kandungan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. Prakata Bolehkah Anda Berjaya Sebagai Usahawan Daripada Rumah ? Apakah Sebenar-benarnya Formula Kepada Kejayaan? Apa Yang Anda Baca Ini Akan Mengubah Persepsi Anda Tentang Hidup Anda Senjata Paling Berkuasa Manusia Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa Akal Anugerah Allah Yang Paling Tinggi Kepada Manusia Kuasa Minda Separa Sedar Seperti Gergasi Yang Sedang Tidur Minda Mempunyai Kekuatan Seperti Gergasi Tetapi Yang Selalu Digunakan Hanya Seperti Semut Kecil Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak Kebangkitan Gergasi Anda Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda Apakah Kaitan Dunia Material, Realiti dan Minda ? Realiti Dunia Material bermula dari dalam Minda Anda Realiti Apakah Realiti ? Realiti Wujud Hanya Mengikut Persepsi Fikiran Manusia Realiti Anda Bermula Dari Apa Yang Anda Fikirkan Di dalam Minda Anda Visualkan Realiti Kekayaan Telah Berlaku Di Minda Anda Visualisasi : Teknik Berfikir Menyemai Minda Separa Sedar Bersyukur : Baja Penyubur dan Pengikat Rezeki Anda Semangat : Gergasi Yang Bangkit Di Dalam Jasad Anda Perasaan : Bahanapi Pembakar Semangat Anda Takwa dan Tawakal : Kepercayaan dlm bentuk praktikal Mitos Menjadi Seorang Usahawan Yang Berjaya Analisa Diri : Adakah Anda Usahawan Tulin ? Orang Lain Sibuk Meraih Kejayaan Anda Sibuk Mencari Alasan Kegagalan Hanya Satu Illusi Kata-kata Hikmat 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 15 16 17 20 23 24 25 26 27 28 29 30 31 35 36 37 38 39 2 Jutawan Yang Belum Anda Kenali BAHAGIAN II : Idea dan Strategi Menjayakan Projek Niaga Anda 1. Idea-idea Projek Yang Bermula Daripada Rumah 2. Minat Yang Tulin Terhadap Bidang Pilihan Anda 3. 7 Kebijaksanaan Manusia 4. Idea-idea Projek 5. 18 Cara Mencetus Idea Perniagaan yang Unik dan Kreatif 6. Anda Tahu Guna Komputer ? Gunakannya Untuk Cari Wang! 7. Inovasikan Perkhidmatan Anda 8. Awas! Jangan tertipu dengan Skim Cepat Kaya! 9. Peluang Perniagaan Melalui Program Affiliate/Reseller/MLM 10.Persediaan Premis SOHO Anda 11.Strategi Mudah Tetapi Berkesan Mempromosikan Perniagaan 12.Apakah Media Pengiklanan Yang Sesuai Untuk Perniagaan Anda? 55 13.Formula Pemasaran Yang Mesti Anda Ketahui dan Praktikkan 14.Bagaimana Dapatkan Publisiti Percuma Di dalam Media Bercetak 15.Bagaimana Mendapat Iklan PERCUMA bernilai RM12,000 16.Kelebihan Publisiti daripada Iklan 17.Nilai Seorang Pelanggan Selama Hayat Berurusan Dengan Anda 18.Apakah Kelebihan Perniagaan Anda Berbanding Pesaing Anda 19.Kenalpasti Diantara Ciri-ciri Dan Faedah-faedah 20.Seni Kejurujualan (I) 21.Seni Kejurujualan (II) 22.Bagaimana “Menawan” Pelanggan Pesaing-Pesaing 23.Persepsi Pelanggan : Aspek Yang Dihargai Oleh Pelanggan 24.Bagaimana Mendapat Lebih Banyak Pelanggan Melalui Penggunaan Internet 25.Kisah-kisah Usahawan Jutawan Sebagai Inspirasi Untuk Anda 26.Langkah Tindakan Anda hari Ini! 40 41 42 44 45 46 47 49 51 52 53 54 56 57 Buku Ini Adalah Hakcipta Terpelihara Muhammad Amin Al Farabi Versi digital boleh diedarkan secara bebas oleh anda asalkan tidak mengubah sebarang isi kandungan buku. Penafian : Segala panduan adalah melalui pengalaman dan pembacaan penulis, jika ada kesilapan dan ralat adalah tidak disengajakan. Tanggungjawab pembaca untuk membuat penilaian sendiri. 58 59 60 62 64 65 67 69 70 71 72 75 Prakata Apa yang anda „mesti lakukan‟ mesti dilakukan kerana „tidak melakukannya‟ juga bermakna anda „melakukan sesuatu‟ iaitu menghancurkan apa yang mesti anda lakukan - Amin Al Farabi Apabila sahaja anda selesai membaca buku kecil ini, anda akan mendapat pengetahuan yang tidak keterlaluan saya katakan , satu pengetahuan baru yang akan menambah keyakinan diri yang seterusnya mengorak langkah menjadi usahawan ataupun menjadi insan yang lebih gagah Percayalah ! Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian I dan Bahagian II Bahagian I buku ini memfokuskan kepada persediaan mental dan pengasahan minda anda untuk menjadi seorang usahawan Di dalam bahagian ini anda akan belajar mengenali diri anda supaya anda yakin bahawa diri anda mampu untuk menjadi usahawan yang bermula daripada rumah Anda pasti terperanjat kerana akhirnya anda tahu dan yakin bahawa di dalam diri anda sendiri mempunyai kekuatan luarbiasa yang anda tidak pernah anda gunakan selama ini. Bahagian II pula akan mengajar apa yang perlu anda lakukan untuk mengeksploitasikan kekuatan anda yang luarbiasa tersebut untuk menjadi usahawan daripada rumah Anda akan mempelajari prinsipprinsip , formula, teknik dan strategi langkah demi langkah bagaimana anda boleh merealisasikan idea projek anda menjadi realiti. Anda digalakkan mencetak keseluruhan isi kandungan buku ini untuk lebih mudah anda baca dan fahami dan pelajari maklumat yang didedahkan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat buku ini dengan mengedarkan kepada rakan-rakan lain yang mempunyai minat untuk mendirikan perniagaan daripada rumah (soho) atau untuk tujuan motivasi diri. Anda boleh berhubung dengan penulis di amin_alfarabi@yahoo.com jika anda berminat untuk bertanya soalan-soalan lanjutan mengenai motivasi diri dan perihal keusahawan. Muhammad Amin Al Farabi amin_alfarabi@yahoo.com Jutawan Yang Belum Anda Kenali Siapakah Jutawan Yang Belum Anda Kenali? Saya hanya menunjukkan anda jalan ke pintu rumahnya, andalah yang mesti membukanya sendiri.... Ada antara anda pasti bertanya kenapa saya bersusah payah menulis sebuah buku dan memberikannya percuma kepada orang ? Anda ingin tahu sebabnya ? Ini adalah kerana saya merasa amat selesa memberikan sesuatu. Inilah rahsia utama yang dinyatakan di dalam buku “The Greatest Money-Making Secret in History!” oleh Joe Vitale. Cuba ingat kembali pernahkah seseorang yang tidak anda kenali bertanyakan anda jalan menuju ke arah suatu tempat yang anda amat arif sekali lokasinya? Pernah bukan ? Saya pasti anda dengan rela hati memberikan maklumat yang sebaik-baiknya agar beliau selamat sampai yang ingin ditujunya. Bagaimanakah perasaan anda selepas membantu orang yang tidak anda kenali itu ? Anda merasa amat selesa bukan ? Begitulah tujuan saya menulis buku ini. Mudah bukan ? Walaubagaimanapun bagaimana jika orang tersebut meminta anda membawa mereka dengan menggunakan kereta anda ke tempat tersebut, anda mungkin keberatan sedikit. Atau mungkin terdetik hati anda, orang ini mengganggu anda. Atau anda mungkin membantu beliau setelah beliau membayar anda kerana bersusah payah membantu mereka. Begitulah keadaannya dengan saya. Daripada pengalaman saya selama lebih tahun sebagai pakar perunding saya dapati bahawa saya mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang boleh saya kongsi bersama dan ada juga pengetahuan yang terpaksa saya kenakan caj professional. Contohnya jika anda memasuki kursus saya, saya tanpa raguragu mengenakan bayaran kursus yang mungkin berkos hampir RM500 seminggu untuk mengetahui selok belok perniagaan. It‟s nothing personal , just business. Saya juga menulis dan menjual buku bercetak pada harga saikologi RM29.90 tentang panduan keusahawan. Tapi itu cerita lain. Dan saya disini bukannya hendak mempromosikan kursus saya. Oleh sebab itu saya lebih selesa menggunakan nama pena saya ini. Namun jangan sekali-kali menganggap mutu maklumat di dalam buku percuma ini boleh diambil ringan. Oleh itu jika anda serius dan ingin berjaya di dalam perniagaan di rumah anda, pertimbangkan sebaik-baiknya apa yang perbincangkan di dalam buku ini. Saya menunjukkan anda arah, dan kini bergantung kepada anda sahaja samada hendak berlari atau merangkak ataupun berpatah balik menuju ke tempat yang ingin anda tuju. 5 saya
Get documents about "