DSP SEJARAH TING 2

Document Sample
DSP SEJARAH TING 2 Powered By Docstoc
					Draf




                          KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


                            DOKUMEN STANDARD PRESTASI

                                     SEJARAH

                                   TINGKATAN 2
                                   STANDARD PRESTASI

                                   MATEMATIK TAHUN 1




DSP Sejarah Tingkatan 2
20 September 2012
                          FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."




DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                          2
20 September 2012
PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan
untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.


Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai
perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.


Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.




DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                                     3
20 September 2012
TAFSIRAN

o     Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan
      individu.

o     Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan
      gambaran holistik tentang individu.

o     Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan
      menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu
      terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band).
      Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
      untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

o     Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang
      dapat ditaksir dan dicapai.

o     Evidens :

      Murid               -   Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai
                              berdasarkan deskriptor.
      Instrumen           -   Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
                              dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o     Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
      bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .




DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                                        4
20 September 2012
                                  KERANGKA STANDARD PRESTASI

           BAND                                      STANDARD
             1            Tahu
             2            Tahu dan Faham
             3            Tahu, Faham dan Boleh Buat
             4            Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
             5            Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
             6            Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali




DSP Sejarah Tingkatan 2                                                       5
20 September 2012
TAFSIRAN BAND

BAND             PERNYATAAN BAND                              TAFSIRAN

                                   Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
   1       TAHU
                                   memberikan respons kepada perkara yang asas.

                                   Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
   2       TAHU DAN FAHAM
                                   menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

           TAHU, FAHAM DAN BOLEH   Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
   3
           BUAT                    kemahiran dalam satu-satu situasi.

           TAHU, FAHAM DAN BOLEH   Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu
   4
           BUAT DENGAN BERADAB     mengikut prosedur atau secara sistematik.

           TAHU, FAHAM DAN BOLEH   Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan
   5       BUAT DENGAN BERADAB     mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
           TERPUJI                 positif.

                                   Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
           TAHU, FAHAM DAN BOLEH   keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
   6       BUAT DENGAN BERADAB     cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
           MITHALI                 mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
                                   sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.




DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                 6
20 September 2012
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH
Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara
Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan,
para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan
mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan
ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.



OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH
Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:
 OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan
         sepanjang hayat serta mampu berdikari.
 OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
 OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
 OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan
         negara dan mempertahankan maruah bangsa.
 OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.
 OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat
         antarabangsa.
 OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.
 OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni.
 OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.




DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                                   7
20 September 2012
     BAND                                                  PERNYATAAN STANDARD
         1            Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

         2            Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

         3            Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur
                      patriotisme .

         4            Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa
                      mengamalkan unsur patriotisme.

         5            Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan
                      serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.

         6            Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai
                      warganegara Malaysia dan warga dunia.




DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                                     8
20 September 2012
    BAND            PERNYATAAN STANDARD                      DESKRIPTOR                                EVIDENS
                                                                                    Bab 1
       1           B1                                B1D1                           B1D1E1
                   Mengetahui fakta sejarah,         Mengetahui kemakmuran dan      Menyatakan wilayah yang dikuasai oleh Syarikat
     TAHU          kemahiran pemikiran sejarah dan   kekayaan negara kita menarik   Hindia Timur Inggeris (SHTI)
                   unsur patriotisme                 British untuk menjajah
                                                                                    B1D1E2
                                                                                    Melorek lokasi Negeri-Negeri Selat dalam peta
                                                                                    Tanah Melayu

                                                                                    B1D1E3
                                                                                    Menyenaraikan pemimpin Kedah dan Johor yang
                                                                                    berusaha mempertahankan kedaulatan negeri (UP)

                                                                                    Bab 2
                                                                                    B1D1E4
                                                                                    Menamakan Negeri-Negeri Melayu yang mengalami
                                                                                    ketidakstabilan politik

                                                                                    B1D1E5
                                                                                    Melorek lokasi Negeri-Negeri Melayu yang dikuasai
                                                                                    British dalam peta Tanah Melayu

                                                                                    Bab 3
                                                                                    B1D1E6
                                                                                    Menyenaraikan kuasa besar yang berusaha untuk
                                                                                    bertapak di Asia Tenggara pada awal kurun ke-20

                                                                                    B1D1E7
                                                                                    Melorek lokasi Negeri-Negeri Melayu Utara dan
                                                                                    Johor dalam peta Tanah Melayu


                                                                                    B1D1E8
DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                                                 9
20 September 2012
    BAND            PERNYATAAN STANDARD          DESKRIPTOR                      EVIDENS
                                                              Menyenaraikan pemimpin Negeri-Negeri Melayu
                                                              Utara dan Johor yang mempertahankan kedaulatan
                                                              negeri (UP)

                                                              Bab 4
                                                              B1D1E9
                                                              Melorek kawasan Sarawak pada tahun 1841 dalam
                                                              peta

                                                              B1D1E10
                                                              Menyenaraikan kekayaan hasil bumi Sarawak (UP)

                                                              Bab 5
                                                              B1D1E11
                                                              Melorek kawasan Sabah pada tahun 1877 dalam
                                                              peta

                                                              B1D1E12
                                                              Menyenaraikan kekayaan hasil bumi Sabah (UP)

                                                              Bab 6
                                                              B1D1E13
                                                              Memerihalkan pertanian dagangan

                                                              B1D1E14
                                                              Menyenaraikan kekayaan hasil bumi di Tanah
                                                              Melayu (UP)

                                                              B1D1E15
                                                              Melorek kawasan tanaman getah dan
                                                              perlombongan bijih timah pada kurun ke-20 dalam
                                                              peta Tanah Melayu

                                                              Bab 7
                                          B1D2                B1D2E1
DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                         10
20 September 2012
    BAND            PERNYATAAN STANDARD                      DESKRIPTOR                                EVIDENS
                                                     Mengetahui tindak balas        Menyenaraikan pemimpin setempat yang berjuang
                                                     masyarakat tempatan terhadap   untuk kedaulatan bangsa
                                                     penjajahan British
                                                                                    B1D2E2
                                                                                    Melabel lokasi kebangkitan pemimpin setempat
                                                                                    menentang British dalam peta Malaysia

                                                                                    B1D2E3
                                                                                    Menyenaraikan ciri patriotik pemimpin setempat
                                                                                    yang menentang British (UP)

                                                                                    Bab 8
                                                                                    B1D2E4
                                                                                    Menyatakan maksud semangat kebangsaan

                                                                                    B1D2E5
                                                                                    Melabel lokasi gerakan kebangsaan di negara luar
                                                                                    yang mempengaruhi kebangkitan semangat
                                                                                    kebangsaan di negara kita dalam peta dunia

                                                                                    B1D2E6
                                                                                    Menyenarai tokoh nasionalis di negara kita sebelum
                                                                                    Perang Dunia Ke-2 (UP)

                                                                                    Bab 1
       2           B2                                B2D1                           B2D1E1
                   Memahami fakta sejarah,           Memahami kemakmuran dan        Menjelaskan faktor pertapakan Syarikat Hindia
  TAHU DAN         kemahiran pemikiran sejarah dan   kekayaan negara kita menarik   Timur Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura
   FAHAM           unsur patriotisme                 British untuk menjajah




                                                                                    B2D1E2
DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                                                  11
20 September 2012
    BAND            PERNYATAAN STANDARD   DESKRIPTOR                       EVIDENS
                                                       Menjelaskan pertapakan Syarikat Hindia Timur
                                                       Inggeris di Negeri-Negeri Selat secara kronologi

                                                       B2D1E3
                                                       Menjelaskan tindakan pemimpin Kedah untuk
                                                       mempertahankan kedaulatan negeri (UP)

                                                       Bab 2
                                                       B2D1E4
                                                       Menjelaskan faktor campur tangan British di Negeri-
                                                       Negeri Melayu

                                                       B2D1E5
                                                       Menjelaskan keadaan di Negeri-Negeri Melayu
                                                       yang menyebabkan campur tangan British

                                                       Bab 3
                                                       B2D1E6
                                                       Menjelaskan tindakan British untuk menguasai
                                                       Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor secara
                                                       kronologi

                                                       Bab 4
                                                       B2D1E7
                                                       Menjelaskan tindakan James Brooke untuk
                                                       menguasai Sarawak

                                                       Bab 5
                                                       B2D1E8
                                                       Menjelaskan usaha syarikat asing untuk bertapak di
                                                       Sabah


                                                       Bab 6
                                                       B2D1E9
DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                      12
20 September 2012
    BAND            PERNYATAAN STANDARD          DESKRIPTOR                                 EVIDENS
                                                                         Menjelaskan ciri ekonomi tradisional dan ekonomi
                                                                         dagangan

                                                                         B2D1E10
                                                                         Menjelaskan perkembangan perlombongan bijih
                                                                         timah di Tanah Melayu

                                                                         B2D1E11
                                                                         Menjelaskan unsur patriotisme yang mesti
                                                                         diamalkan hasil daripada kekayaan khazanah
                                                                         negara kita (UP)

                                                                         Bab 7
                                          B2D2                           B2D2E1
                                          Memahami tindak balas          Menjelaskan sebab kebangkitan pemimpin
                                          masyarakat tempatan terhadap   setempat menentang British
                                          penjajahan British
                                                                         B2D2E2
                                                                         Menjelaskan peristiwa perjuangan pemimpin
                                                                         setempat menentang British

                                                                         B2D2E3
                                                                         Menjelaskan iktibar daripada perjuangan pemimpin
                                                                         setempat menentang British (UP)

                                                                         Bab 8
                                                                         B2D2E4
                                                                         Menjelaskan faktor yang menyemarakkan
                                                                         kesedaran kebangsaan di negara kita




                                                                         Bab 1
       3           B3                     B3D1                           B3D1E1
DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                                     13
20 September 2012
    BAND            PERNYATAAN STANDARD                     DESKRIPTOR                                 EVIDENS
                   Menerangkan fakta sejarah serta   Menerangkan kemakmuran dan     Menerangkan cara Syarikat Hindia Timur Inggeris
TAHU, FAHAM        mengaplikasi kemahiran            kekayaan negara kita menarik   bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
 DAN BOLEH         pemikiran sejarah dan             British untuk menjajah
   BUAT            mengamalkan unsur patriotisme                                    B3D1E2
                                                                                    Melakar dan melorek peta pembahagian kawasan
                                                                                    pengaruh British dan Belanda di Kepulauan Melayu
                                                                                    pada tahun 1824

                                                                                    Bab 2
                                                                                    B3D1E3
                                                                                    Menerangkan peranan Residen dan kesan
                                                                                    pelaksanaan Sistem Residen di Negeri-Negeri
                                                                                    Melayu

                                                                                    B3D1E4
                                                                                    Melakar dan melorek peta Negeri-Negeri Melayu
                                                                                    Bersekutu

                                                                                    Bab 3
                                                                                    B3D1E5
                                                                                    Melakar dan melorek peta Negeri-Negeri Melayu
                                                                                    Utara dan Johor

                                                                                    Bab 4
                                                                                    B3D1E6
                                                                                    Menerangkan perubahan ekonomi dan sosial
                                                                                    semasa pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak

                                                                                    B3D1E7
                                                                                    Melakar dan melorek peta wilayah Sarawak yang
                                                                                    dikuasai oleh keluarga Brooke


                                                                                    Bab 5
                                                                                    B3D1E8
DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                                                14
20 September 2012
    BAND            PERNYATAAN STANDARD          DESKRIPTOR                                  EVIDENS
                                                                         Menerangkan perubahan ekonomi dan sosial di
                                                                         Sabah semasa pentadbiran Syarikat Borneo Utara
                                                                         British

                                                                         Bab 6
                                                                         B3D1E9
                                                                         Menerangkan perubahan sosial di Tanah Melayu
                                                                         kesan daripada perkembangan ekonomi semasa
                                                                         pentadbiran British

                                                                         Bab 7
                                          B3D2                           B3D2E1
                                          Menerangkan tindak balas       Menerangkan kesan perjuangan pemimpin
                                          masyarakat tempatan terhadap   setempat menentang British
                                          penjajahan British
                                                                         B3D2E2
                                                                         Membuat garis masa perjuangan pemimpin
                                                                         setempat menentang British

                                                                         Bab 8
                                                                         B3D2E3
                                                                         Menerangkan peranan golongan intelektual dalam
                                                                         gerakan kesedaran kebangsaan di negara kita

                                                                         B3D2E4
                                                                         Mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik
                                                                         (UP)




                                                                         Bab 1
       4           B4                     B4D1                           B4D1E1
DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                                     15
20 September 2012
    BAND            PERNYATAAN STANDARD                      DESKRIPTOR                                  EVIDENS
                   Menghuraikan fakta sejarah dan     Menganalisis kemakmuran dan    Membandingkan cara Syarikat Hindia Timur
TAHU, FAHAM        mahir mengaplikasi kemahiran       kekayaan negara kita menarik   Inggeris mengambil Pulau Pinang, Singapura dan
 DAN BOLEH         pemikiran sejarah serta sentiasa   British untuk menjajah         Melaka
    BUAT           mengamalkan unsur patriotisme
  DENGAN                                                                             Bab 2
  BERADAB                                                                            B4D1E2
                                                                                     Menganalisis campur tangan British di Negeri-
                                                                                     Negeri Melayu daripada aspek sebab, pemimpin
                                                                                     dan kesan

                                                                                     B4D1E3
                                                                                     Menganalisis penubuhan Negeri-Negeri Melayu
                                                                                     Bersekutu atau Persekutuan 1896 daripada aspek
                                                                                     faktor dan kesan

                                                                                     Bab 3
                                                                                     B4D1E4
                                                                                     Menganalisis kewibawaan pemimpin di Negeri-
                                                                                     Negeri Melayu Utara dan Johor dalam
                                                                                     mempertahankan kedaulatan negeri daripada aspek
                                                                                     tindakan dan kesan (UP)

                                                                                     Bab 4
                                                                                     B4D1E5
                                                                                     Menganalisis tindakan keluarga Brooke
                                                                                     memantapkan pentadbiran untuk menguasai
                                                                                     Sarawak

                                                                                     Bab 5
                                                                                     B4D1E6
                                                                                     Menganalisis tindakan Syarikat Borneo Utara British
                                                                                     memantapkan pentadbiran untuk menguasai Sabah

                                                                                     Bab 6
                                                                                     B4D1E7
DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                                                    16
20 September 2012
    BAND            PERNYATAAN STANDARD                   DESKRIPTOR                                  EVIDENS
                                                                                  Membandingkan sistem pendidikan vernakular di
                                                                                  Tanah Melayu

                                                                                  Bab 7
                                                   B4D2                           B4D2E1
                                                   Menganalisis tindak balas      Mengelaskan perjuangan pemimpin setempat
                                                   masyarakat tempatan terhadap   menentang British mengikut tokoh, lokasi, sebab
                                                   penjajahan British             dan cara berjuang

                                                                                  Bab 8
                                                                                  B4D2E2
                                                                                  Mengelaskan perjuangan pertubuhan dalam
                                                                                  gerakan kesedaran kebangsaan berdasarkan
                                                                                  pemimpin, matlamat, bentuk dan kesan perjuangan

                                                                                  B4D2E3
                                                                                  Selalu mengamalkan ciri-ciri warganegara yang
                                                                                  patriotik (UP)

                                                                                  Bab 1
       5           B5                              B5D1                           B5D1E1
                   Menghubungkait sejarah negara   Boleh menghubungkait           Menilai keistimewaan Negeri-Negeri Selat yang
TAHU, FAHAM        dengan sejarah dunia,           perkembangan sejarah negara    menarik campur tangan Syarikat Hindia Timur
 DAN BOLEH         mengamalkan unsur patriotisme   dengan sejarah dunia serta     Inggeris
    BUAT           secara berterusan serta         mengambil iktibar daripada
  DENGAN           mengambil iktibar daripada      peristiwa sejarah              Bab 2
  BERADAB          peristiwa sejarah                                              B5D1E2
   TERPUJI                                                                        Menilai tindakan pemimpin Negeri-Negeri Melayu
                                                                                  menghadapi peluasan kuasa British




                                                                                  Bab 4
                                                                                  B5D1E3
DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                                             17
20 September 2012
    BAND            PERNYATAAN STANDARD   DESKRIPTOR                      EVIDENS
                                                       Menilai perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial
                                                       semasa pentadbiran Brooke terhadap penduduk
                                                       tempatan di Sarawak (UP)

                                                       Bab 5
                                                       B5D1E4
                                                       Menilai perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial
                                                       Syarikat Borneo Utara British (SBUB) terhadap
                                                       penduduk tempatan di Sabah (UP)

                                                       Bab 6
                                                       B5D1E5
                                                       Menilai perubahan ekonomi dan sosial terhadap
                                                       penduduk tempatan semasa pentadbiran British di
                                                       Tanah Melayu (UP)

                                                       Bab 7
                                                       B5D1E6
                                                       Menilai keberkesanan perjuangan pemimpin
                                                       tempatan dalam mempertahankan kedaulatan
                                                       negeri daripada ancaman kuasa luar

                                                       Bab 8
                                                       B5D1E7
                                                       Menilai keberkesanan cara perjuangan kesedaran
                                                       kebangsaan di negara kita pada awal kurun ke-20

                                                       B5D1E8
                                                       Mengambil iktibar daripada kegigihan perjuangan
                                                       nasionalis mempertahankan kedaulatan bangsa
                                                       dan negara



                                                       B5D1E9
DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                    18
20 September 2012
     BAND           PERNYATAAN STANDARD                       DESKRIPTOR                                    EVIDENS
                                                                                         Sentiasa mengamalkan ciri-ciri warganegara yang
                                                                                         patriotik (UP)

         6         B6                                 B6D1                               B6D1E1
                   Menjana idea secara rasional dan   Menjana idea untuk                 Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan
TAHU, FAHAM        menjadi warganegara yang cinta     kesejahteraan negara dan           kemakmuran negara serta dunia (UP)
 DAN BOLEH         akan negara serta berbangga        menjadi warganegara yang
    BUAT           sebagai warganegara Malaysia       patriotik serta warga dunia yang   B6D1E2
  DENGAN           dan warga dunia                    bertanggungjawab                   Menjadi contoh dalam pengamalan unsur
  BERADAB                                                                                patriotisme (UP):
   MITHALI                                                                                    Berbangga sebagai rakyat Malaysia
                                                                                              Bersemangat setia negara
                                                                                              Bersemangat kekitaan
                                                                                              Berdisiplin
                                                                                              Berusaha dan produktif


Nota :

UP             -          Unsur Patriotisme




DSP Sejarah Tingkatan 2                                                                                                                    19
20 September 2012

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:0
posted:3/27/2013
language:Unknown
pages:19