Docstoc

teks pengacara majlis

Document Sample
teks pengacara majlis Powered By Docstoc
					                         TEKS JASAMU DIKENANG


CUE/                           PENGUMUMAN/ ANN 1

       Ke Pekan Kuala membeli bingka
       Sayang pesanan terlupa sudah
       Majlis bermula tirai dibuka
       Dengan alunan madah yang indah.


       BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
       YANG DIRAIKAN PUAN NORANI BT YUSOFF, MANTAN PENGETUA
       SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA,


       YANG BERBAHAGIA ,TUAN HAJI ROSLAND BIN MOHD YUSOF, YANG
       DIPERTUA PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA,


       YANG DIHORMATI PUAN ROSEHIDAY BT HASIM,
       GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK TAMAN DAYA,


       ENCIK JEFFERIN BIN HAJI SAAT,
       GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SMK TAMAN DAYA,


       PUAN LIM HUI MOOI,
       GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK TAMAN DAYA,




                                     1
         PUAN ANITA BINTI HAJI MAHZAN, GURU PENOLONG KANAN PETANG
         SMK TAMAN DAYA,
         RAKAN-RAKAN GURU DAN PELAJAR-PELAJAR YANG DISAYANGI
         SEKALIAN.


         ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.


         ALHAMDULILLAH, SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN DIPANJATKAN KE
         HADRAT ILLAHI KERANA DAPAT KITA BERKUMPUL BERSAMA-SAMA
         DALAM MAJLIS JASAMU DIKENANG




 CUE                            PENGUMUMAN/ ANN 2

Bacaan   Kalau pergi Tanjung Keramat,
 doa     Anak manis Jangan diangkat,
         Bersama kita memohon rahmat,
         Moga majlis mendapat berkat.


         BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS PADA PAGI INI, MARILAH KITA
         SAMA-SAMA MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIPIMPIN OLEH ENCIK
         SHAHRUNIZAM BIN MASKAN
         DIPERSILAKAN ENCIK SHAHRUNIZAM.

                                    2
 CUE                           PENGUMUMAN/ ANN 3

Selepas   AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN
bacaan    MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK
 doa      SHAHRUNIZAM BIN MASKAN ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI.


          MENERUSKAN ACARA, MAJLIS SEGERA MENAMPILKAN SAUDARA
          MOHD HAZIQ HAZAHAN BIN IBRAHIM, WAKIL PELAJAR SMK TAMAN
          DAYA UNTUK MELONTAR RASA.

          DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN SAUDARA HAZIQ.


          MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA
          MOHD HAZIQ HAZAHAN BIN IBRAHIM, WAKIL PELAJAR SMK TAMAN
          DAYA ATAS LONTARAN RASA ITU TADI.



          SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI PUAN
          ROSEHIDAY BINTI HASIM, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK
          TAMAN DAYA UNTUK LUAHAN BICARA.

          DENGAN PENUH TAKZIMNYA DIPERSUDIKAN PUAN.

          JUTAAN TERIMA KASIH BUAT YANG DIHORMATI PUAN ROSEHIDAY
          BINTI HASIM, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK TAMAN DAYA
          ATAS LUAHAN BICARA ITU TADI.




                                   3
   CUE                             PENGUMUMAN/ ANN 5


Selepas    HADIRIN SEKALIAN,
ucapan
           Si burung unta duduk sekawan
puan
           Duduk teratur di atas papan
pengetua
           YDP PIBG kami alukan
           Dijemput Tuan Haji Rosland memberi ucapan


           SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI TUAN HAJI
           ROSLAND BIN MOHD YUSOF, YANG DIPERTUA PIBG SMK TAMAN
           DAYA BERKONGSI BICARA

           DENGAN PENUH HORMATNYA DIPERSUDIKAN TUAN.

           JUTAAN TERIMA KASIH BUAT YANG DIHORMATI TUAN HAJI ROSLAND
           BIN MOHD YUSOF, YANG DIPERTUA PIBG SMK TAMAN DAYA ATAS
           PERKONGSIAN BICARA ITU TADI

           HADIRIN SEKALIAN,

           AMANAH YANG DIGALAS SEBAGAI PENGETUA SMK TAMAN DAYA
           DILAKSANAKAN DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB DAN
           KEIKHLASAN. KATA NASIHAT TIDAK PERNAH PUTUS DARIPADA MULUT
           BELIAU TERUTAMANYA KEPADA ANAK-ANAK TDS. HARI INI, KITA
           BERTUAH KERANA MASIH BOLEH MENDENGAR UCAPAN DAN KATA-
           KATA NASIHAT BELIAU.




                                         4
           Terbang di awan burung jentayu
           Kerana penat gugur ke bumi
           Tampillah puan kami merayu
           Bersama amanat bekalan kami



           DENGAN ITU, MAJLIS AMAT BERBESAR HATI MEMPERSILAKAN YANG
           DIRAIKAN PUAN NORANI BINTI YUSOFF UNTUK BERKONGSI BICARA
           DAN RASA.

           DENGAN SEGALA TAKZIMNYA DIPERSUDIKAN PUAN.



  CUe                             PENGUMUMAN/ ANN 6


Selepas    Malam hari berlagu unggas
sahaja     Memecah kesunyian di dalam hutan
 Yang      Walaupun terpisah tempat bertugas
Diraikan   Budimu puan dalam ingatan
berucap

           MAJLIS MERAKAMKAN SELANGIT PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
           KEPADA YANG DIRAIKAN PUAN NORANI BINTI YUSOFF ATAS UCAPAN
           ITU TADI.

           MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UPACARA PERASMIAN BILIK
           PENGURUSAN PRAUNIVERSITI. UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS,
           DIJEMPUT PUAN ROSEHIDAY BINTI HASIM, EN.JEFFRIN BIN SAAT DAN

                                        5
          BARISAN PENTADBIR (G10) MENGIRINGI PUAN NORANI BINTI YUSOF
          KE BILIK PENGURUSAN PRAUNIVERSITI.

          DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN TUAN PUAN.

          (pengetua dan barisan pentadbir bergerak ke blok B, pelajar dikawal
          oleh __________)




  CUE                              PENGUMUMAN/ ANN 8


PELAJAR   Hujan turun badan pun basah,

 G10      Batang galah haluan perahu;

          Niat di hati tak mahu berpisah,
KEBIRU
          Kehendak Allah siapa yang tahu.
 PIBG


          HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

          MAJLIS DISAMBUNG DENGAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA
          KEPADA YANG DIRAIKAN PUAN NORANI BINTI YUSOFF.

          DENGAN INI, MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN ROSEHIDAY BINTI HASIM



                                      6
UNTUK MENGIRINGI PUAN NORANI BINTI YUSOFF UNTUK MENERIMA
CENDERAMATA.

DENGAN PENUH TAKZIMNYA DIPERSILAKAN PUAN

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA TANDA
KENANGAN DARIPADA KUMPULAN PENTADBIR SMK TAMAN DAYA
(G10).

UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN ROSEHIDAY BINTI HASIM,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN UNTUK MENYAMPAIKAN
CENDERAMATA.




SELANJUTNYA MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN
CENDERAMATA TANDA KENANGAN DARIPADA KEBIRUS TAHUN 2013.

UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN ENCIK SALLEH BIN ABDUL RAZAK
UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.




SETERUSNYA PENYAMPAIAN CENDERAMATA TANDA KENANGAN
DARIPADA PIHAK PIBG SMK TAMAN DAYA.

UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN TUAN HAJI ROSLAND BIN MOHD
YUSOF UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.




                        7
       MAJLIS SELANJUTNYA MEMPERSILAKAN SAUDARA MOHD HAZIQ
       HAZAHAN BIN IBRAHIM, WAKIL PELAJAR SMK TAMAN DAYA UNTUK
       MENYAMPAIKAN CENDERAMATA TANDA KENANGAN.




       AKHIR SEKALI, MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN
       CENDERAMATA TANDA KENANGAN DARIPADA GURU-GURU
       PRAUNIVERSITI.

       UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN CIK ROZIAH BINTI SHAFIE,
       UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.




       JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SMK TAMAN DAYA
       ATAS PEMBERIAN CENDERAMATA TERSEBUT.

       DIHARAPKAN CENDERAMATA INI DAPAT MEMBERI KENANGAN
       TERINDAH BUAT PUAN NORANI BINTI YUSOFF SEPANJANG HAYAT.



CUE/                         PENGUMUMAN/ ANN 8


        HADIRIN YANG DISANJUNGI,

        MAJLIS DILANJUTKAN DENGAN PERASMIAN BILIK PENGURUSAN
        PRAUNIVERSITI.
        DENGAN ITU, MAJLIS MEMPERSUDIKAN BARISAN PENTADBIR SMK
        TAMAN DAYA UNTUK MENGIRINGI PUAN NORANI BINTI YUSOFF, KE


                                8
               BILIK PENGURUSAN PRAUNIVERSITI BAGI MENYEMPURNAKAN
               UPACARA PERASMIAN.


               DIPERSILAKAN TUAN PUAN

  CUE                                PENGUMUMAN/ ANN 7


 Pelajar     Bintang barat terbit petang,
bersalam Bintang Timur terbit pagi;
   an
             Jika tidak melarat panjang,
dengan
             Ada umur ketemu lagi.
pengetua


             MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SESI BERSALAMAN DAN UCAPAN
             SELAMAT JALAN OLEH PELAJAR SMKTD.

             DIJEMPUT BARISAN PENTADBIR MENGIRINGI PUAN NORANI BINTI
             YUSOF UNTUK BERADA DI HADAPAN PENTAS.

             DENGAN SEGALA TAKZIMNYA DIPERSILAKAN PUAN.



   CUE/                                PENGUMUMAN/ ANN 9


  Selesai      HADIRIN YANG DISANJUNGI,
perasmian,
               Terbang sekawan si burung merbuk
 upacara
               batang selasih di tanjung Dara
  salam


                                            9
 bersama       padamu hadirin kami persembah
  pelajar      santapan kasih juadah mesra

  Selesai
               DENGAN ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIRAIKAN PUAN
   salam
               NORANI BT YUSOFF DAN BARISAN PENTADBIR, GURU-GURU KANAN
  upacara
               BIDANG SERTA GURU-GURU KE DEWAN UNTUK MENJAMU SELERA.
 menjamu
 selera di
  dewan



   CUE                               PENGUMUMAN/ ANN 10


Selepas      PARA HADIRIN, KITA TELAH PUN BERADA DI HUJUNG ACARA
menjamu Anak haruan lima-lima
selera       Mati ditimpa punggur berdaun
             Budi puan kami terima
             Jadi kenangan bertahun-tahun


             DENGAN ITU, BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI,
             SEBELUM BERSURAI, MAJLIS MENGUCAPKAN BERGUNUNG TERIMA
             KASIH KEPADA YANG DIRAIKAN PUAN NORAINI BINTI YUSOF KERANA
             SUDI UNTUK BERSAMA DENGAN KAMI PADA PAGI INI. DAN MAJLIS
             TURUT MERAKAMKAN SELANGIT TERIMA KASIH KEPADA TETAMU
             DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA
             KAMI MEMERIAHKAN MAJLIS PADA PAGI INI.


                                        10
SAYA BAGI PIHAK MAJLIS INGIN MEMOHON KEMAAFAN JIKA
TERDAPAT SEBARANG KECACATAN DAN KEPINCANGAN SEPANJANG
PERJALANAN MAJLIS INI. SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM
KESEJAHTERAAN

SEBAGAI TANDA KENANGAN SEPANJANG HAYAT, MOHON TUAN-
TUAN DAN PUAN-PUAN BERSAMA BERKUMPUL BAGI MENJAYAKAN
SESI POTRET KENANGAN BERSAMA MANTAN PENGETUA SMK TAMAN
DAYA, PUAN NORANI BINTI YUSOFF.

DIPERSILAKAN SEMUA.




                        11

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:3
posted:3/14/2013
language:Unknown
pages:11