Docstoc

sem 5

Document Sample
sem 5 Powered By Docstoc
					                  PERINCIAN TUGASAN KURSUS DAN RITMA DAN PERGERAKAN
                                  SEM 2 SESI 2012/2013

TUGASAN BERTULIS (40 MARKAH)

Dalam tugasan bertulis ini, anda akan memainkan dua peranan penting, iaitu:

1. Peranan pertama ialah, anda sebagai seorang guru yang akan melatih sekumpulan murid bagi
   mewakili sekolah ke pertandingan pergerakan kreatif anjuran Pejabat Pendidikan Daerah di
   kawasan anda.
       a. Anda diberi kebebasan untuk memilih tajuk pergerakan kreatif bagi pasukan anda, dan
          anda juga bertanggungjawab untuk merancang kareografi persembahan yang akan
          berlangsung selama 15 minit.
       b. Sila sediakan 1 kertas kerja berkaitan perancangan anda dalam menysusun kareografi
          persembahan Pergerakan Kreatif tersebut.
       c. Format penulisan harus mempunyai maklumat berikut:
                 i. Tajuk
                ii. Masa persembahan
               iii. Objektif kognitif, psikomotor dan afektif
               iv. Jumlah murid
                v. Alatan/props/costume
               vi. Latar bunyi/irama/lagu yang akan digunakan
              vii. Aspek keselamatan yang harus diutamakan
             viii. Huraian kareografi mengikut segmen:
                         Jenis pergerakan
                         Tema dan unsur pergerakan
                         Masa mengikut segmen
               ix. Penutup
       d. Kareografi persembahan boleh dibahagikan kepada beberapa segmen penceritaan bagi
          memenuhi kehendak tajuk dan masa.
       e. Dalam setiap segmen, huraikan jenis pergerakan yang akan dilakukan oleh murid,
          nyatakan jenis tema pergerakan yang digunakan serta huraikan unsur-unsur yang
          terdapat dalam tema pergerakan tersebut.
       f. Sebagai contoh, dalam segmen pertama, murid A, B, C, D dan E akan keluar dari
          belakang pentas mengikut laluan zig zag sambil tangan didepakan seperti burung yang
          terbang. Pergerakan murid adalah perlahan, adakala dalam keadaan tunduk dan tegak
          seperti alunan ombak.
          Dalam segmen ini, tema pergerakan yang digunakan ialah Tema 1 Aktiviti Lokomotor
          (unsur bergerak dari satu tempat ke tempat lain), Tema 5 Penyesuaian Terhadap Rakan
          (murid bergerak bertiga dengan keadaan sekata), Tema 7 Lapan Lakuan Daya Asas
          (unsur apung - kawal lambat - halus)
       g. Perlu diingat bahawa tugasan ini hanyalah gambaran guru terhadap pergerakan kreatif
          sahaja dan tidak ada aplikasi pergerakan secara praktikal untuk divideokan atau
          ditontonkan.
       h. Markah bagi tugasan peranan pertama ini ialah 30 markah.
2. Peranan kedua ialah, anda telah dilantik sebagai urusetia pengadilan pertandingan oleh Pejabat
   Pendidikan Daerah yang menganjurkan pertandingan Pergerakan Kreatif.
       a. Tugas anda ialah menyediakan satu borang markah yang mengandungi skema
          pemarkahan/rubrik pemarkahan.
       b. Sila sediakan borang tersebut mengikut kreativiti anda sendiri.
       c. Penyediaan kriteria dan rubrik pemarkahan haruslah mengambil kira aspek tema dan
          prinsip-prinsip pergerakan selain elemen persembahan yang dirasakan penting oleh
          anda.
       d. Markah bagi tugasan peranan kedua ini ialah 10 markah.

3. Maklumat penghantaran tugasan adalah seperti berikut:

       a. Kedua-dua tugasan di atas membawa sebanyak 40 MARKAH.
       b. Kedua-dua tugasan hendaklah ditulis dalam 1 FAIL sahaja dan diupload dalam tapak
          penghantaran tugasan.
       c. Tugasan ini hendaklah dihantar kepada PENSYARAH E-LEARNING KUMPULAN MASING-
          MASING SAHAJA! Jangan hantar tugasan ini kepada tenaga pengajar tutorial kerana
          mereka mungkin bukan pensyarah e-learning anda, atau sesiapa sahaja yang bukan
          menjadi pensyarah e-learning kumpulan anda.
       d. Mekanisme penghantaran tugasan ini adalah melalui TAPAK YANG DISEDIAKAN DALAM
          TUGASAN MYGURU3 SAHAJA! Jangan hantar tugasan melalui emel atau pos. Pensyarah
          E-Learning anda TIDAK AKAN MELAYAN tugasan yang dihantar melalui pos atau emel
          kecuali atas kes-kes tertentu yang dipersetujui oleh pensyarah e-learning.
       e. SILA HANTAR TUGASAN INI SEBELUM TARIKH TUTUP IAITU PADA 3 MEI 2013 (MINGGU
          KE 10)! Tarikh tutup tapak penghantaran tugasan adalah muktamad dan tidak akan
          dibuka lagi selepas itu.
       f. Oleh yang demikian, pastikan anda mengikuti langkah-langkah sepatutnya dalam proses
          “upload’ tugasan bagi memastikan pensyarah e-learning berjaya membuka tapak
          penghantaran tugasan anda.
       g. Merujuk kepada pengalaman semester lepas, pensyarah e-learning tidak ada masalah
          dalam membuka tapak tugasan pelajar kecualilah jika pelajar sendiri tidak melakukan
          proses ‘upload’ dengan betul menyebabkan tugasan diterima tapi tidak boleh dibuka.

4. Skema Pemarkahan adalah seperti berikut:



      BIL           ELEMEN DAN KRITERIA PEMARKAHAN       WAJARAN                    MARKAH
                                                          MARKAH                   YANG DIBERI
     1. KERTAS KERJA KAREOGRAFI PERSEMBAHAN PERGERAKAN KREATIF

      1     Tajuk                                                         2
             Menarik dan bersesuaian dengan tahap umur pelajar
      2     Objektif kognitif, psikomotor dan afektif                     6
             Eksplisit
             Jelas
             Spesifik
      3     Alatan/props/costume                                          2
             Menyerlahkan daya kreativiti
             Menggunakan bahan yang munasabah dari aspek kos
             Alatan mencukupi dan pelbagai
 4   Latar bunyi/irama/lagu yang akan digunakan                2
      Pemilihan bunyi/irama/lagu yang bersesuaian
         dengan tajuk serta segmen.
      Mengambil kira unsur emosi dalam penceritaan.
 5   Aspek keselamatan yang harus diutamakan                    3
 6   Huraian kareografi mengikut segmen:                       15
      Jumlah segmen yang bersesuaian dengan tajuk dan
         masa
      Huraian tentang jenis pergerakan/aktiviti bagi setiap
         segmen adalah jelas dan spesifik
      Huraian mengenai tema dan unsur pergerakan dapat
         menjelaskan prinsip jenis pergerakan/aktiviti yang
         dilakukan oleh murid dalam segmen tersebut.
      Huraian aktiviti yang dilakukan dapat menjelaskan
         mood atau emosi penceritaan.
      Masa mengikut segmen adalah bersesuaian.
2. BORANG MARKAH PERSEMBAHAN PERGERAKAN KREATIF

 1    Elemen persembahan                                       4
       Pemilihan elemen penting dalam persembahan yang
          tepat dan jelas.
 2    Penjelasan kriteria/rubrik pemakarhan yang bersesuaian   6
      dengan kompetensi yang diharapkan dalam setiap
      elemen persembahan yang dinilai.
                 JUMLAH MARKAH KESELURUHAN                     40

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:140
posted:3/3/2013
language:
pages:3