Docstoc

Ovitrap 48 Jam sebagai petunjuk keberkesanan semburan kabus membunuh nyamuk dewasa Aedes spp. yang gravid di lokaliti kejadian demam denggi

Document Sample
Ovitrap 48 Jam sebagai petunjuk keberkesanan semburan kabus membunuh nyamuk dewasa Aedes spp. yang gravid di lokaliti kejadian demam denggi Powered By Docstoc
					Ovitrap 48 Jam sebagai petunjuk keberkesanan semburan kabus membunuh nyamuk dewasa Aedes spp. yang gravid di lokaliti kejadian demam denggi
Kamilan bin Demin, Nurul ‘Ain binti Elias, Safnatul Salisa binti Ismail, Irda Idura Laili binti Nordin dan Junaidden bin Mohd. Zain Pegawai Sains (Ahli Kaji Serangga), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
•.

Hasil Kajian Operasi:
Kewujudan nyamuk dewasa gravid Aedes spp. (telah menghisap darah dan berpotensi pembawa virus denggi) selepas aktiviti semburan kabus dilakukan dapat dikesan dalam tempoh 48 jam menerusi perangkap telur yang dipanggil “Ovitrap 48 Jam”. Sekiranya dijumpai telur nyamuk Aedes spp. pada Ovitrap 48 Jam (bacaan Indeks Ovitrap adalah tidak sifar) menunjukkan semburan kabus yang dilakukan adalah tidak berkesan. Penghuni rumah juga berupaya mengecam telur nyamuk Aedes spp. kerana ianya mudah dilihat dengan mata kasar di atas “paddle” yang disalut kertas tisu putih. Menerusi kajian ini, tempoh kekerapan pemantauan aktiviti kawalan vektor penyakit denggi boleh dilakukan setiap 48 jam supaya jangkitan dapat diputuskan dalam jangkamasa yang sewajarnya.

Pendahuluan: .
Sehingga kini tiada alat dapat menentukan kewujudan nyamuk dewasa gravid Aedes spp. berada di sesuatu premis. Ovitrap 48 Jam dilakukan berdasarkan tempoh minimum kitaran gonotropik nyamuk Aedes spp. dalam 1-2 hari (Macdonald, 1956). Kitaran gonotropik ialah masa yang diperlukan antara pengambilan darah dan bertelur.

Carta Alir Kerja Ovitrap 48 Jam: .

Perbincangan: .
1. Kajian awal Ovitrap 48 Jam (Ahmad Safri, 2005). 2. Intervensi apabila Indeks Ovitrap 48 Jam melebihi sifar iaitu semburan ulangan; pematuhan tempoh operasi semburan; bancuhan racun serangga; pergerakan semasa semburan; semburan “indoor”; 3. Ovitrap 48 Jam alat bantu aktiviti penglibatan masyarakat (Integrated Vector Management).

Tujuan:
1.Memperkasa “Ovitrap 48 Jam” untuk keberkesanan aktiviti semburan kabus. 2. Melibatkan penduduk melihat telur nyamuk Aedes spp. dan seterusnya menjadi pendorong melakukan tindakan kawalan secara kendiri.
CATATAN: Keputusan awal Indeks Ovitrap berdasarkan telur adalah sifar menunjukkan “semburan berkesan”. Rendaman bekas ovitrap dan “paddle” selama 7 dan 14 hari adalah verifikasi keputusan di peringkat larva kerana mudah mengecam spesis.

Rujukan:
Ahmad Safri M. (2005). Mesyuarat Pegawai Kanan Vektor. Unpublished Report.

Keputusan:
Sebanyak 70% aktiviti semburan kabus berada dalam status “tidak berkesan”. Hanya 30% sahaja pada status semburan “berkesan”. Keputusan ini menunjukkan “Ovitrap 48 Jam” sesuai dijadikan alat pemantauan keberkesanan aktiviti semburan kabus.
Rajah: Frekuensi pemasangan Ovitrap 48 Jam terhadap “Prevalence Index (X100)

Kaedah:
1.Penyediaan kelengkapan dan peralatan. 2.Pemasangan secara radius daripada rumah indeks kes sebaik sahaja operasi semburan kabus selesai. 3.Sasaran minima iaitu 30 premis masingmasing dipasang “indoor” dan “outdoor”. Jumlah ovitrap dipasang ialah 60 bekas. 4.Selepas 48 jam, telur Aedes spp. pada “paddle” diperiksa bersama ahli rumah.

Kitron UD, Webb DW, Novak RJ. (1989). Oviposition behavior of Aedes triseriatus (Diptera: Culicidae): Prevalence, intensity and aggregation of eggs in oviposition traps. J Med Entomol 26:462-7. Macdonald WW. (1956). Aedes aegypti in Malaya. 2. Larval and adult biology. Ann. Trop. Med. Parasit. 51:175-186.

Telur nyamuk Aedes boleh dilihat dengan mata kasar:
Telur nyamuk Aedes spp. jelas kelihatan berwarna hitam (dengan mata kasar) di atas permukaan kertas tisu putih yang digunakan sebagai “paddle” ovitrap.

Penghargaan:
Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Entomologi Negeri, Mohd Saberi bin Mohamed, Ahmad Dahrul Safizul bin Aziz, Mohd Rozi bin Yusoff dan Norruzaman bin Yusoff. Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di atas keizinan membentangkan hasil kajian.ini.

5.Analisa secara “Density Ovitrap Index” dan “Larva Ovitrap Index” (Kitron et al., 1989).
Rupabentuk telur nyamuk Aedes spp. yang terdapat di atas “paddle” jika dilihat dengan kanta tangan.
1. Pasang Ovitrap 2. Penglibatan penduduk 3. Memeriksa telur Aedes 4. Semburan membunuh nyamuk Aedes gravid

CATATAN: Sasaran yang diperlukan supaya semburan kabus berada dalam status berkesan iaitu “Prevalence Index (Density Ovitrap) X 100” hendaklah sifar.

Maklumat lanjut mengenai kajian ini boleh dihubungi menerusi e-mail: kamilan@moh.gov.my

“7th Scientific Meeting of Allied Health Professionals”: Auditorium, Hospital Serdang, Selangor. 29-30 Julai 2008.


				
DOCUMENT INFO
Description: Kamilan, D., Nurul ‘Ain, E., Safnatul Salisa, I., Irda Idura Laili, N. dan Junaidden, M.Z. (2008). Ovitrap 48 Jam sebagai petunjuk keberkesanan semburan kabus membunuh nyamuk dewasa Aedes spp. yang gravid di lokaliti kejadian demam denggi. Pembentangan Poster. “7thScientific Meeting of Allied Health Professionals”: Auditorium, Hospital Serdang, Selangor. 29-30 Julai 2008.