Docstoc

TINJAUAN LITERATUR

Document Sample
TINJAUAN LITERATUR Powered By Docstoc
					BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) adalah kajian perbandingan antarabangsa yang mengkaji pelaksanaan dan keberkesanan kurikulum sains dan matematik. Malaysia adalah salah sebuah negara yang telah terlibat di dalam kajian ini sebanyak tiga kitaran iaitu pada 1998 sehingga 2000, 2001 sehingga 2004 dan 2005 sehingga 2008. Hasil kajian dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan kemerosotan pencapaian murid negara ini dalam matematik dan sains

(http://www.utusan.com.my). Menurut laporan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kedudukan Malaysia daripada 49 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007, adalah ditangga ke 20. Sementara pada tahun 2003, Malaysia telah menduduki tangga ke 10 daripada 46 buah negara. Sekiranya laporan TIMSS dijadikan kayu pengukur, pencapaian matematik dan sains negara kita menunjukkan kemerosotan yang amat ketara dan secara tidak langsung memberi kesan ke atas pelaksanaan PPSMI di sekolah selama ini. Di dalam kajian ini, pengkaji telah mengutarakan beberapa faktor yang mempengaruhi kegagalan PPSMI di sekolah. Faktor yang pertama ialah tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru PPSMI. Seperti yang sedia maklum, guru dan murid adalah saling melengkapi antara satu dengan lain. Tanpa guru murid tidak dapat belajar dan tanpa murid guru tidak dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru matematik, tugas utama adalah untuk menterjemahkan kandungan silibus pelajaran kepada bentuk yang boleh difahami oleh anak didiknya (Noor Azlan,

12

2006). Justeru itu, adalah penting untuk guru-guru PPSMI menguasai Bahasa Inggeris. Senario ini mendatang masalah di kalangan guru-guru PPSMI kerana sebelum ini mereka belajar mata pelajaran matematik dan sains dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional. (Pembina), mendapati penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan guru-guru PPSMI amatlah kritikal dan ia merupakan masalah utama untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu juga, guru juga belum mempunyai keyakinan yang sepenuhnya untuk menggunakan Bahasa Inggeris terutamanya di sekolah luar Bandar. Selepas tahun 2003, kemerosotan pendidikan sains dan matematik telah berlaku di sekolah-sekolah. Hal ini kerana guru-guru tidak mahir mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Inggeris oleh sebab sebelum ini mereka mengajar dalam Bahasa Melayu (Dato’ Baha Zain, 2008). Hasil kajian

mendapati, 39.3 peratus guru (74 orang) sekolah rendah gagal dalam Penilaian Tahap Proficiency Bahasa Inggeris.. Keadaan ini perlu dipandang serius kerana ia memberi impak besar kepada pedagogi serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (http://arkib-ppsmi.blogspot.com) Selain itu juga, masih terdapat guru Bahasa Inggeris di sekolah rendah yang tidak berkelayakan atau tidak tergolong sama ada mempunyai opsyen pertama mahu pun kedua dalam bidang sains dan matematik yang mengajar PPSMI. Hasil kajian Pembina, 1.6 peratus atau 3 orang bagi opsyen pertama bukan dalam bidang sains dan matematik mengajar mata pelajaran PPSMI. Sementara opsyen kedua yang bukan bidang sains dan matematik ialah 4.8 peratus atau 9 orang. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku secara berterusan kerana PPSMI adalah satu mata pelajaran yang mementingkan konsep dan istilah dengan huraian yang sintifik dan tepat. Faktor ini akan menyebabkan murid sukar dan lemah dalam matematik dan sains (Prof. Emeritus Dato’ Isahak Harun et al, 2007). Justeru itu, mengajar PPSMI bukan sekadar mengajar murid dengan menggunakan Bahasa Inggeris tetapi juga perlu ada asas yang kukuh dalam subjek sains dan matematik (http://arkib-ppsmi.blogspot.com) Faktor seterusnya ialah kemahiran guru menggunakan komputer. Pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer merupakan agenda yang penting dalam kehidupan seharian pada era globlisasi. Guru-guru merupakan golongan pendidik yang perlu

13

melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran komputer sebagai satu elemen penting dalam membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selari dengan perkembangan ini golongan pendidik perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran berkaitan penggunaan komputer (Noor Awanis et al, 2006). Berdasarkan kepada Bajet 2003, kerajaan menyediakan peruntukan hampir RM5 bilion dalam tempoh tujuh tahun, mulai 2002 sehingga 2008 kepada Kementerian Pelajaran untuk menyediakan prasarana pendidikan, khususnya penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 2003, Kementerian Pelajaran telah membekalkan 47,000 komputer riba kepada guru sains dan matematik di seluruh negara bagi memudahkan mereka mengajar dua mata pelajaran berkenaan dalam Bahasa Inggeris. Di samping itu juga, pihak kementerian turut mengadakan kursus kemahiran bagi mata pelajaran terbabit (Philip ak Pupur, 2006). Senario ini membuktikan pihak kementerian telah berusaha menyediakan peralatan komputer bagi memudahkan guru-guru PPSMI melaksanakan prosos pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dologite (1987), definisi literasi komputer adalah gabungan pengetahuan dan kebolehan (kemahiran) mengendalikan perkakasan dan peralatan komputer. Summer (1988) tahap pengetahuan amat diperlukan di dalam membuat sebarang proses yang melibatkan komputer terutama di dalam aplikasi ke atas sesuatu sistem. Sebagai contoh, seorang pendidik perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat melaksanakan penggunaan komputer dan internet dengan efisyen dan effektif (Noor Awanis et al, 2006). Dari kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer atau dengan penggunaan perisian pendidikan telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Satu kajian perbandingan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pelajar yang menerima pengajaran dan pembelajaran berbatukan komputer bersama kombinasi pengajaran guru boleh meningati kembali fakta matematik sebanyak 73 peratus berbanding yang diajar oleh guru. Namun demikian, walaupun pihak kementerian telah menyediakan prasarana dan mengadakan kursus bagi guru yang terlibat masih ada dikalangan mereka tidak menggunakan kemudahan ini. Kajian yang telah dijalankan oleh Philip ak Pupur

14

(2006) medapati penggunaan peralatan PPSMI di kalangan guru-guru PPSMI masih kurang memuaskan. Guru-guru PPSMI ini tidak menggunakan peralatan PPSMI dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kekangan untuk menghabiskan sukatan pelajaran matematik dan sains. Hal ini kerana penggunaan peralatan PPSMI memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Hasil kajian mendapati, masih ramai guru yang tidak mahir dengan penggunaan komputer dan ICT, meskipun penggunaan teknologi tersebut pesat digunakan dalam sitem pendidikan. Keadaan ini akan menyebabkan kurang keyakinan atau tidak bersedia untuk melaksanakan dasar baru. Dan apa yang lebih menimbulkan masalah ialah tidak semua sekolah di kawasan pedalaman mempunyai prasarana yang lengkap seperti komputer dan peralatan ICT. Ini akan menyebabkan pelaksanaan inovasi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana kaedah utama pelaksanaannya melibatkan penggunaan komputer dan prasarana ICT (Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, 2008). Pelaksanaan dasar PPSMI adalah secara menyeluruh yang melibatkan semua sekolah di Negara ini. Pelaksanaan PPSMI menyebabkan jurang pendidikan yang sedia ada semakin ketara. Hal ini kerana sekolah di luar Bandar bukan sahaja menghadapi masalah prasarana tetapi juga masalah dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya penguasaan Bahasa Inggeris Justeru itu, faktor seterusnya yang mempengaruhi kegagalan PPSMI ialah tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik telah menjadikan taraf pembelajaran mata pelajaran ini sebagai bahasa kedua. Penguasaan bahasa kedua memakan masa yang. Kefasihan dalam bahasa kedua tidak dapat dicapai dlam jangka masa yang singkat terutamanya kefasihan bahasa kedua sebagai bahasa ilmu. Kajian ke-3 sains dan matematik (2000) menunjukkan pencapaian sains dan matematik pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding pelajar dari negara serantau khususnya Singapura, Korea dan Jepun. Pelajar-pelajar yang sedia lemah dalam mata pelajaran sains dan matematik akan bertambah lemah kerana mereka terpaksa memahami dan menguasai mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris. Hakikatnya pelajar yang sedia lemah dalam sains dan matematik menyukarkan mereka untuk mengguna dan memahami

15

bahasa tersebut meskipun Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahasa Inggeris yang digunakan dalam buku teks bagi kedua-dua mata pelajaran ini mudah difahami serta sesuai mengikut tahap umur pelajar (Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, 2008). Faktor latarbelakang sosioekonomi juga memainkan peranan dalam mementukkan kejayaan dan kegagalan pelaksanan dasar PPSMI. Latarbelakang social kelaurga bermaksudsaiz keluarga, pendapatan ibubapa, pekerjaan ibubapa,dan aspirasi keluarga. Status sosioekonomi merupakan faktor penting yang menentukan kejayaan sseorang murid. Kajian-kajian tahun-tahun 1960an seperti Hess dan Shipman (1965) serta Berstain (1960,1962) memperlihatkan interaksi lisan di antara ibu dan anak-anak dari 4 kumpulan status sosioekonomi yang berbeza. Ibu-ibu daripada kumpulan

berada memberi lebih banyak penerangan-penerangan secara lisan serta menggalakan tingkah laku penyelesaian masalah dalam menghadapi pembelajaran seharian berbanding dengan ibu-ibudari golongan miskin dan kurang berada (Abdullah Mohd.Noor, 2005). Menurut kajian yang dilakukan oleh Ishak Haron (1977), beliau menyatakan terdapat pengaruh taraf sosioekonomi yang berbeza keatas pencapaian akademik murid di kalangan kumpulan-kumpulan etnik, kelas sosial dan tempat tinggal mereka di kalangan masyarakat Malaysia. Murid dari kelas sosioekonomi yang tinggi memperoleh purata pencapaian yang tinggi berbanding dengan murid dari keluarga yang berstatus sosioekonomi rendah (Abdullah Mohd.Noor, 2005). Hasil kajian Alvarez (1989) pula mendapati pendapatan keluarga mempunyai kolerasi positif dengan pencapaian bahasa Inggeris dan matematik. Implikasinya ialah murid daripada keluarga berpendapatan sederhana tinggi mencapai pencapaian yang baik dalam matematik dan Bahasa Inggeris. Hal ini kerana keluarga yang berada mempunyai peluang-peluang yang lebih baik untuk membeli bahan pendidikan dan mengadakan kelas bimbingan tambahan. Persekitran pembelajaran yang baik boleh diadakan apabila pendapatan keluarga tinggi. (Abdullah Mohd.Noor, 2005). Kesimpulannya pelaksanaan dasar PPSMI ini gagal dalam memenuhi aspirasi pendidikan negara. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa faktor utama Bahasa Inggeris menjadi penghalang kepada kejayaan PPSMI. Kajian pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris mengenai dasar PPSMI pada tahun 2008, mendapati 80

16

peratus pelajar menyatakan guru matematik dan sains menggunakan dwi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Pelajar menyatakan mereka agak sukar memahami kedua-dua subjek ini sekiranya guru mengajar menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. (Abdullah Mohd.Noor, 2005). Dapatan ini dan dapatan-dapatan kajian lain juga cuba memperlihatkan bahawa objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai malah menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran matematik dan sains (Noorazilawati Abdullah, 2004)


				
DOCUMENT INFO