Docstoc

DOA PETANG

Document Sample
DOA PETANG Powered By Docstoc
					Doa Petang

Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi Ya Allah kami bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini kepada agama, bangsa dan negara. Ya Allah Tuhan yang menyampaikan segala permintaan, Selamatkanlah perjalanan pulang kami moga kami dapat melaksanakan tugas dan amanah kepada keluarga kami yang tercinta, Ya Allah Tuhan Yang Mengurniakan Ketenangan, Limpahilah hati kami dengan ketenangan dan ketenteraman rumah tangga moga kami beroleh kerehatan yang sempurna, Ya Allah Ya Tuhan Yang Mengurniakan Kesihatan dan Kesejahteraan, Anugerahilah kami akal yang cerdas, tubuh yang cergas serta tindakan yang bernas moga kami dapat meneruskan khidmat bakti kami pada keesokan hari dengan lebih cemerlang dan bertenaga.


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:733
posted:11/2/2009
language:Malay
pages:1
Description: himpunan doa2 daripada negeri selangor.