Docstoc

Doa Pertandingan Debat Bahasa Inggeris

Document Sample
Doa Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Powered By Docstoc
					c
‫الحود هلل الذي بنعوته تتن الصالحات ، والصالة‬ ‫والسالم على رسولنا األهين وعلى آله وأصحابه‬ . ‫أجوعين‬
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud , Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri serta menyaksikan Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Inggeris Piala Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arsad peringkat Negeri Selangor pada hari ini . Kami juga memohon kehadhrat-Mu agar majlis ini berjalan dengan lancar . Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki , Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi membangunkan negara dalam menghadapi alaf baru .

Jadikanlah juga majlis ini sebagai usaha murni kami untuk mengembangkan potensi anak-anak pelajar secara seimbang baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum . Amin Ya Rabbal’alamin Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabarancabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru tahun 2000 . Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya . Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا فً الدنيا حسنة وفً اآلخزة حسنة وقنا‬ ‫عذاب النار والحود هلل رب العالـوين‬


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:692
posted:11/2/2009
language:Arabic
pages:2
Description: himpunan doa2 daripada negeri selangor.