Doa Perjalanan dalam Bas by iccundar06

VIEWS: 1,686 PAGES: 1

himpunan doa2 daripada negeri selangor.

More Info
									YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM PADA DI PAGI YANG KUDUS INI KAMI BERMOHON KAU BUKAKANLAH PINTU HATI KAMI, IBUBAPA KAMI, GURU-GURU KAMI SUPAYA MUDAH MENERIMA NUR DAN HIDAYAH MU BAGI KAMI MENGEJAR DAN MEMPERJUANGKAN CITA-CITA KAMI. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU JADIKANLAH PERJALANAN KAMI HARI INI DIPENUHI SEGALA KEBAIKAN BAGI KAMI DAN SAMPAIKANLAH KAMI KE DESTINASI YANG DITUJU. YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, KAMI DENGAN RASA TAWADHU' MEMOHON PERLINDUNGAN DARI MU DARI SIFAT ALPA DAN PUTUS ASA, DAN SIFAT PENAKUT DAN BAKHIL DAN SEGALA SIFAT KEJI YANG ENGKAU TIDAK REDHAI. YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, ENGKAU SATUKANLAH HATI-HATI KAMI, ENGKAU TINGKATKANLAH KEIMANAN DAN KETAQWAAN KAMI, ENGKAU BERSIHKANLAH HATI KAMI, ENGKAU TAMBAHKANLAH ILMU KAMI, ENGKAU PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI, ENGKAU RINGANKANLAH BEBANAN KAMI DAN ENGKAU KUATKANLAH KEYAKINAN DAN ILTIZAM KAMI. YA ALLAH YA RABBAL'ALAMIN DI PAGI INI JUA KAMI MENADAH KEDUA-DUA BELAH TANGAN INI MEMOHON RESTU DARI MU AGAR DIAMPUN SEGALA DOSA KAMI, DOSA IBU BAPA KAMI, DOSA GURU-GURU KAMI KERANA KAMI SENTIASA MENZALIMI DIRI KAMI INI SENDIRI DAN BERIKANLAH KEPADA KAMI PETUNJUK DAN HIDAYAH MU SEMOGA KAMI AKAN DIPAYUNGI KEJAYAAN YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. WALHAMDULILLAHIRABBIL'ALAMIN


								
To top