Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

Doa Penutup Kejohanan Boling Tenpin 2005

VIEWS: 106 PAGES: 2

himpunan doa2 daripada negeri selangor.

More Info
									P
‫الحود هلل ،نحوده ًنستعٍنو ًنستغفسه ًنعٌذ ببهلل هن شسًز أنفسنب‬ ‫ـ‬ ‫ًهن سٍئبث أعوبلنب هن ٌيده اهلل فال هضل لو ًهن ٌضللو فال ىبدي‬ ‫لو ، ًالصالة ًالسالم على زسٌلنب األهٍن ًعلى آلو ًأصحببو‬ . ‫أجـهعٍن‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia :

. َ ْ‫ُلْ إِ َ صالَتيْ ونسكي ومحياي ومماتي ِ ِ َ ِ ال َاَمِي‬ ‫هلل رّب ع ل ن‬ ِ َ ‫ق ّن‬
Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah. Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk menghadiri Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan Boling Tenpin MSSM Peringkat Kebangsaan 2005 pada hari ini . Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimat Ikhlas dan prinsip keikhlasan . Berpegang kepada agama Nabi Junjungan Kami Nabi Muhammad S.A.W. , yang juga agama ayah kami Nabi Ibrohim ‘alaihissalam dengan setulus hati . Dan Nabi Ibrohim bukan seorang musyrikin . Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar , Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami . Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

1

Perbaikilah urusan agama kami kerana ia adalah pengawal kehidupan kami , Perbaikilah urusan dunia kami kerana di sinilah kami menjalani kehidupan kami , perbaikilah urusan akhirat kami kerana di sanalah kami akan dikembalikan . Ya Allah , Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) mutu dan tahap sukan ini akan mencapai kecemerlangan sehingga kami dapat memberi sumbangan yang positif dan bermakna ke arah memajukan sukan ini di negara yang tercinta . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

‫زبنب آتنب فً الدنٍب حسنت ًفً اَخسة حسنت ًقنب عراة النبز‬ ‫ًصلى اهلل على خٍس خلق اهلل ًخبتن األنبٍبء ًالوسسلٍن سٍدنب هحود‬ ‫ًعلى آلو ًصحبو أجوعٍن ًالحود هلل زة العبلـوٍن‬

2


								
To top