Doa Majlis Solat Hajat by iccundar06

VIEWS: 761 PAGES: 2

More Info
									P
‫ا ـَحود هلل الذي بنعوته تتن الصالحات ، والصالة والسالم‬ ‫ـ‬ ‫ل‬ . ‫على رسولنا األهين وعلى آله وأصحابه أجـهعين‬
Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada petang ini kami berkumpul keranaMu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuhmusuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau . Ya Allah Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin , Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan , Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan . Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’ Kepada Engkau sajalah kami memohon agar Engkau mengurniakan taufiq kepada generasi Islam hari ini, hinggalah mereka menjadikan Islam itu sebagai pegangan dalam pemikirannya, kepercayaannya, kemuncak pengukurannya, amalnya, dan juga sebagai tujuan dalam penyelidikannya hingga mencapai kemuliaan yang ditunggu-tunggu dan kehormatan yang dicari-cari. Engkaulah sebaik-baik tempat memohon pertolongan dan Engkau pasti akan mengabulkan permohonan. Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemahlembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan. Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.


								
To top