Docstoc

Doa Majlis Penutup Audit SIRIM

Document Sample
Doa Majlis Penutup Audit SIRIM Powered By Docstoc
					Ya Allah Engkaulah Pengurnia Kenikmatan dan Kesejahteraan, Kami rafakkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Mu sehingga kami dapat menyempurnakan proses Audit Pematuhan MS ISO 9001:2000 pada saat dan tika ini. Kami juga bersyukur kerana Engkau memberi ruang dan peluang untuk kami menimba pengalaman dan pelajaran baru setelah kami menjalani proses audit pematuhan bermula dari semalam hingga ke detik ini. Moga-moga pengalaman yang cukup berharga ini memberi petunjuk dan pengajaran kepada kami menambahbaik mutu perkhidmatan kami pada masa akan datang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para juru audit yang telah menjalankan tugas mereka dengan penuh profesional semoga dengan kepakaran ini dapat membawa kami bergerak seiring dengan kerajaan negeri Selangor ke arah negeri maju 2005 insya Allah. Ya Allah Tuhan yang menyampaikan segala hajat dan permintaan, Sesungguhnya kami amat bersyukur dan menghargai kesempurnaan nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk mencapai tahap pengurusan berkualiti bertaraf dunia. Sesungguhnya kami

Doa sempena Majlis Penutupan Audit Pematuhan MS ISO 9001:2000 Jabatan Pelajaran Selangor 26 – 27 Ogos 2004

1

sememangnya meyakini dengan penuh keyakinan bahawa pengiktirafan ini amat bernilai dan bersejarah bagi kami keluarga Jabatan Pelajaran Negeri Selangor,justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka permudahkanlah segala urusan kerja kami, sehingga kami dapat mengekalkan mutu perkhidmatan yang berkualiti demi kesejahteraan agama , bangsa dan negara kami yang tercinta. Ya Allah kami menyedari dengan penuh ketaakulan bahawa Engkau amat menyayangi hamba-Mu yang melaksanakan sesuatu tugasan dan amanah dengan tekun dan teliti sehingga mencapai tahap kecemerlangan, justeru kurniakanlah kami kecintaan, keinginan dan kecenderungan melaksanakan amanah dan tugas dengan penuh iltizam dan dedikasi demi mencapai tahap kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ya Allah Tuhan yang menyatukan hati , Kami keluarga Jabatan Pelajaran Negeri Selangor ingin memohon dari-Mu Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati, emosi, minda dan tindakan melalui penghayatan visi dan misi Jabatan ini dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang,

Doa sempena Majlis Penutupan Audit Pematuhan MS ISO 9001:2000 Jabatan Pelajaran Selangor 26 – 27 Ogos 2004

2

Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda ashabul kahfi , sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami , Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni. Kurniakanlah kami kesabaran dan ketabahan seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul ‘azmi yang telah diuji lebih jauh kesukarannya daripada ujian yang kami hadapi. Akhirnya jangan Engkau sia-siakan amalan hamba-hamba-Mu yang telah mengorbankan kesenangan jiwa, kelapangan harta dan ruang masa mereka dalam mendokong dan menjayakan hasrat murni kami sehingga mencapai pengiktirafan ini.

.

Doa sempena Majlis Penutupan Audit Pematuhan MS ISO 9001:2000 Jabatan Pelajaran Selangor 26 – 27 Ogos 2004

3


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:1205
posted:11/2/2009
language:Indonesian
pages:3
Description: himpunan doa2 daripada negeri selangor.