Docstoc

Doa Majlis Jasamu Dikenang

Document Sample
Doa Majlis Jasamu Dikenang Powered By Docstoc
					Ya Allah Engkaulah Pengurnia Kenikmatan dan Kesejahteraan, Kami rafakkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Mu, dengan nikmat kesihatan dan kesejahteraan-Mu, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman-Mu, sehingga kami dapat menghadiri Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Ditatang sempena meraikan persaraan Tuan Haji Razak bin Draman, Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia pada pagi yang berbahagia ini. Ya Allah Tuhan yang menyampaikan segala hajat dan permintaan, Sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hamba-Mu tidak akan terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam disulami siang yang terang benderang, setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya, justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka jadikanlah pertemuan kami bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.

Doa sempena Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Ditatang Tuan Haji Razak bin Draman 16 September 2004 Hotel Goldcourse Klang

1

Ya Allah kami menyedari dengan penuh ketaakulan bahawa Engkau amat menyayangi hamba-Mu yang melaksanakan sesuatu tugasan dan amanah dengan tekun dan teliti sehingga mencapai tahap kecemerlangan, justeru kurniakanlah kepada insan yang kami sedang raikan, keinginan dan kecenderungan untuk terus menabur bakti dengan penuh iltizam dan dedikasi demi mencapai tahap kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ya Allah Tuhan yang menyatukan hati , Kami warga Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor ingin memohon dari-Mu Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati, emosi, minda dan tindakan melalui penghayatan visi dan misi Jabatan ini dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia umumnya dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral khususnya, dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang, Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda ashabul kahfi , sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami ,

Doa sempena Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Ditatang Tuan Haji Razak bin Draman 16 September 2004 Hotel Goldcourse Klang

2

Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni. Kurniakanlah kami kesabaran dan ketabahan seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul ‘azmi yang telah diuji lebih jauh kesukarannya daripada ujian yang kami hadapi. Akhirnya jangan Engkau sia-siakan amalan hamba-hamba-Mu yang telah mengorbankan kesenangan jiwa, kelapangan harta dan ruang masa mereka dalam mendokong dan menjayakan hasrat murni kami sehingga mencapai pengiktirafan ini.

.

Doa sempena Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Ditatang Tuan Haji Razak bin Draman 16 September 2004 Hotel Goldcourse Klang

3


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:820
posted:11/2/2009
language:Malay
pages:3
Description: himpunan doa2 daripada negeri selangor.