Docstoc

Doa Majlis Jamuan Persatuan Silat Seni Gayong 2002

Document Sample
Doa Majlis Jamuan Persatuan Silat Seni Gayong 2002 Powered By Docstoc
					P
‫الحود هلل الذي بنعوته تتن الصالحات ، والصالة والسالم‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ . ‫على رسولنا األهين وعلى آله وأصحابه أجـهعين‬
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Jamuan dan Perpisahan Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah Klang sesi 2002 pada pagi ini . Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Ya Allah Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) kami akan menjadi remaja Islam yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin , Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan , Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan . Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’ Kepada Engkau sajalah kami memohon agar Engkau mengurniakan taufiq kepada kami selaku generasi Islam hari ini, hinggalah kami menjadikan Islam itu sebagai pegangan dalam pemikiran kami, kepercayaan kami, kemuncak pengukuran kami, amal kami, dan juga sebagai

tujuan dalam penyelidikan kami hingga mencapai kemuliaan yang ditunggu-tunggu dan kehormatan yang dicari-cari. Engkaulah sebaik-baik tempat memohon pertolongan dan Engkau pasti akan mengabulkan permohonan kami . Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemahlembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Pada kesempatan ini juga ingin kami ucapkan jutaan terima kasih khusus buat Gurulatih kami yang dimuliakan dan disayangi Cikgu Mohd. Iswan bin Basro di atas tunjuk ajar dan bimbingannya sepanjang tahun ini , dan kami amat berharap agar beliau sudi lagi untuk membimbing kami pada tahun hadapan . Ya Allah permudahkanlah urusannya dan sampaikanlah segala hajatnya .

‫ربنا آتنا فً الدنيا حسنة وفً اآلخزة حسنة وقنا‬ ‫عذاب النار والحود هلل رب العالـوين‬


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:772
posted:11/2/2009
language:Arabic
pages:2
Description: himpunan doa2 daripada negeri selangor.