Doa Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKCK 2000

Document Sample
Doa Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKCK 2000 Powered By Docstoc
					c
‫الحم د ِهلل ، حم دٍ و سعيٍ و سغفٍ و عوذ ب ِ م ى زوز‬ ِ ْ ُ‫َ ـ َ ْ ُ ِ ى ْ َ ُ ُ َى ثِ ىُ َى ثْ زِ ُ َى ُ ْ ُ اِهلل ِ ْ ش‬ ُ َ ُ َْ َ ْ َْ َ َ ٍ‫أ ف ى َم ى سئ ِ أعم ا ِى َ ى ي دٍ ا ُ ال م ل ٍ وم ى ي ل‬ ُ‫َى ساَ و ِ ْ ياَث َ ْ َ ل اَ م ْ ٍَ ِ ِ هلل فَ ُ ضَ لُ َ َ ْ ضل‬ ْ ِْ ُ َ ِ ْ َِ ُِْ ٍ ‫ال ٍ ا ِي ٍ ، وال ال ة وال ال م عل َ ز و ى ا َم ى وعلى آ‬ ِِ َ َ َ ِ‫فَ َ د َ لُ َ ََ ُ َ ََ ُ َ ى َسْل اَ أل ِ ي‬ ‫ل‬ ْ ِ ُ ‫ّس‬ ‫ّص‬ َ . ‫وأ حا ٍِ أجـم ع ى‬ َ‫ََص َ ب َ ْ َ ِي‬ ْ ْ
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam dua majlis yang bersejarah ini iaitu: Majlis Ulangtahun ke-37 dan Majlis Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah Klang tahun 2002 . Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di bumi STAR bertuah ini . Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana , Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajarpelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajarpelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini. Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫زبٌا آتٌا فً الدًيا حسٌت وفً اآلخسة حسٌت وقٌا عراب الٌاز‬ ‫وصلى اهلل على خيس خلق اهلل وخاتن األًبياء والوسسليي سيدًا‬ ‫هحود وعلى آلَ وصحبَ أجوعيي والحود هلل زب العالـويي‬


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:607
posted:11/2/2009
language:Arabic
pages:2
Description: himpunan doa2 daripada negeri selangor.