Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

Doa Kursus Kepimpinan Badan Pengawas Bersatu 2004

VIEWS: 555 PAGES: 2

himpunan doa2 daripada negeri selangor.

More Info
									P
‫الـحود هلل الذي بنعوته تتن الصالـحات ، والصالة والسالم‬ . ‫على رسولنا األهين وعلى آله وأصحابه أجـوعين‬
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Badan Pengawas Bersatu SMK Tengku Ampuan Rahimah pada petang ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada petang ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Jadikanlah Badan Pengawas Bersatu STAR ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami . Ya Allah Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan pengawas kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa .

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan , Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram , Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan . Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemahlembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا فً الدنيا حسنة وفً اآلخزة حسنة وقنا عذاب‬ ‫النار والحود هلل رب العالـوين‬


								
To top