Doa Jasamu Dikenang 2004

Description

himpunan doa2 daripada negeri selangor.

Shared by: iccundar06
-
Stats
views:
244
posted:
11/2/2009
language:
Malay
pages:
2
Document Sample
scope of work template
							Ya Allah Engkaulah Pengurnia Kenikmatan dan Kesejahteraan, Kami rafakkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Mu, dengan nikmat kesihatan dan kesejahteraan-Mu, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman-Mu, sehingga kami dapat menghadiri Majlis Jasamu Dikenang, sempena meraikan persaraan Pegawai-pegawai Pendidikan pada pagi yang berbahagia ini. Ya Allah Tuhan yang menyampaikan segala hajat dan permintaan, Sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hamba-Mu tidak akan terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam disulami siang yang terang benderang, setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya, justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka jadikanlah pertemuan kami bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.

Doa sempena Majlis Jasamu Dikenang, Pegawai Pendidikan 2004 23 November 2004 di Hotel Sheraton Subang

1

Ya Allah kami menyedari dengan penuh ketaakulan bahawa Engkau amat menyayangi hamba-Mu yang melaksanakan sesuatu tugasan dan amanah dengan tekun dan teliti sehingga mencapai tahap kecemerlangan, justeru kurniakanlah kepada insan yang kami sedang raikan, keinginan dan kecenderungan untuk terus menabur bakti dengan penuh iltizam dan dedikasi demi mencapai tahap kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ya Allah Tuhan yang menyatukan hati , Kami warga Jabatan Pelajaran Negeri Selangor amat mengharap agar Engkau kurniakan kepada insan yang diraikan pada hari ini kesihatan yang sempurna, ketenangan yang bermakna, kelapangan yang mesra , pilihan yang tepat agar mereka dapat menikmati kehidupan selepas bersara dalam keadaan damai dan sentosa. Akhirnya jangan hampakan segala hajat dan impian hadirin yang ada bersama kami, kerana sesungguhnya hanya kepada Engkau kami mengharap dan hanya Engkau sahaja yang mencukupkan segala permintaan hamba.

.

Doa sempena Majlis Jasamu Dikenang, Pegawai Pendidikan 2004 23 November 2004 di Hotel Sheraton Subang

2


						
Related docs
Other docs by iccundar06
Doa Seminar Pengurusan Pendidikan Selangor 2004
Views: 547  |  Downloads: 6
Bahasa Pengaturcaraan - DOC
Views: 1410  |  Downloads: 19
DOA PETANG
Views: 711  |  Downloads: 15
Doa Mesyuarat Agung KAFA Integrasi Darul Ulum
Views: 931  |  Downloads: 10
Doa Hari Peperiksaan Gabungan
Views: 63  |  Downloads: 2
DoaPenutupINTI99
Views: 55  |  Downloads: 1
Mac OS
Views: 131  |  Downloads: 4
Doa Kursus Pendedahan Kurikulum P.Islam 2003
Views: 24  |  Downloads: 0
PEMPLOT
Views: 31  |  Downloads: 0
Doa Gotong Royong Perdana Kg Sg Udang 2005
Views: 130  |  Downloads: 3